Carian Daripada Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label NEGARA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NEGARA. Papar semua catatan

Ahad, Mei 26, 2013

ISU GURU DAN PENDIDIKAN BUKANLAH ISU REMEH


Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini isu-isu berkaitan pendidikan dan keguruan semakin mendapat perhatian masyarakat khususnya dalam kalangan warga pendidik sendiri. Antara isu yang timbul kebanyakanya adalah berkaitan bidang tugas guru yang rencam selain isu yang berkaitan dengan penyelarasan gaji dan kenaikan pangkat bagi sebilangan guru. Terdapat juga isu yang dibangkitkan berkaitan pelaksanaan sistem pendidikan yang berkait rapat dengan pembinaan diri dan potensi murid yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Malangnya banyak pihak melihat isu-isu seperti itu adalah perkara remeh yang diperbesar-besarkan untuk menarik perhatian masyarakat.

Ironinya, guru ada ejen perubahan dalam masyarakat. Sebagai ejen, guru perlu memiliki kekuatan, kelengkapan dan persediaan yang cukup untuk melaksanakan tugaasnya. Seiring dengan perkembangan semasa, cabaran yang wujud bukan mudah untuk dihadapi. Berbekalkan pengetahuan pengajaran daripada institusi pendidikan dan pengalaman dari masa ke masa daripada kerjayanya, ia dapat membentuk seorang guru menjadi ejen yang berkesan bagi merubah masyarakat mengikut acuan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendididkan Negara. Untuk memastikan ejen menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan juga, segala keperluan yang berkaitan dengan tugas dan maslahat dirinya harus diberikan perhatian. Ejen bukanlah hamba abdi yang boleh diarah sesuka hati tanpa mengira perasaan dan keperluan untuk memastikan kelangsungan tugas yang diberikan berjalan dengan baik. Malah, guru juga bukanlah sebuah mesen memproses produk yang ditekan butang on dan off. Sedangkan mesen pun perlu diselenggara, apatah lagi guru sebagai manusia. Isu-isu berkaitan gaji dan pangkat guru harus diselesaikan sebaik mungkin oleh pihak yang bertanggungjawab. Berdasarkan teori Hygen, ganjaran berbentuk ekstrinsit merupakan salah satu item yang dapat melonjakkan motivasi individu untuk melakukan sesuatu.

Guru juga bukanlah sebuah robot yang disetkan untuk menjalankan tugas pemiliknya semata-mata. Sebuah robot sememangnya dicipta untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak penciptanya. Bagaimanapun, guru pula sebaliknya di mana peranannya adalah berkaitan langsung dengan tugas-tugas pengajaran. Adalah tidak tepat jika guru dikaitkan sebagai kelompok yang harus menjadi pak turut semata-mata dengan membuat pelbagai perkara kerana kalangan guru sememangnya arif dan mengetahui tugas-tugas yang sepatutnya mereka laksanakan. Biarpun peranan guru adalah multi tasking yang dilihat sejak dahulu, kadang-kadang ia telah menyebabkan peranan sebenar guru tersasar daripada landasannya. Lihat saja lambakan tugas sampingan yang lebih banyak daripada tugas pengajaran yang wujud. Tugas-tugas luar pengajaran dilihat sesuatu yang membebankan guru sekaligus menjadikan motivasi guru berkurangan. Tugasan yang tidak masuk akal dengan gelaran seorang guru atau cikgu mencerminkan fungsinya yang tidak selari daripada tugas asalnya. Tidak dinafikan juga kebanyakan guru kecewa dengan situasi kerjaya keguruan pada hari ini. Untuk lari meninggalkan kerjaya ini, ia bukanlah seuatu yang bijak kerana kelompok ini mengetahui peranannya sebagai guru, ejen dan wasilah dalam penyebaran ilmu kepada anak didik sangat besar ganjarannya di sisi Tuhan. Alangkah tidak bijak jika menjadikan alasan kerja yang rencam itu sebagai alasan untuk melarikan diri. Mahu tidak mahu cabaran bebanana yang ada harus diterima dengan melalukannya sekadar yang termampu.

Isu penjenamaan semula KPM turut menjadi polemik dalam masyarakat. Walaupun diwujudkan signifikan kepada penggabungan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, ia dilihat tidak membawa impak yang besar kepada sistem pendidikan negara. Apa yang dilihat, ia lebih kepada penyusunan organisasi ke arah lebih bersistematik lantaran sebelum itu pelbagai isu yang berlaku antara kedua-dua kementerian itu hingga menenui jalan buntu seperti isu pertukaran gred kakitangan dan penempatan siswazah pendidikan. Namun, di sebalik penggabungan itu, istilah pelajaran juga diubah kepada pendidikan atas motif yang sama. Istilah ini bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi ia sebelum ini telah digunakan sebelum ditukar selepasnya. Apa yang dapat dilihat, istilah itu hanyalah sekadar satu istilah yang peranannya adalah sama. Tetapi, antara dua istilah tersebut secara peribadi, pendidikan dilihat lebih mencakupi seluruh aspek penererapan, tarbiah, pengajaran, bimbingan dan seumpamanya dalam membina generasi berilmu dan berpotensi di tengah-tengah masyarakat. Sementara pelajaran pula hanya terfokus pada bimbingan dalam proses pengajaran dan pembelajaran semata-mata dan terhad dalam usaha guru untuk memberi input kepada murid sementara proses seterusnya dilihat tidak menjadi kewajiban kepada guru untuk memastikan objektif yang lebih holistik tercapai. Boleh juga dikatakan, perubahan istilah itu sedikit sebanyak akan membawa kepada penggunaan wang yang tentunya bukan suatu perbelanjaan yang bijak. Apapun yang lebih penting daripada kedua-dua istilah itu sebenarnya, untuk membina masyarakat, bukanlah semata-mata tanggungjawab guru dan sekolah secara mutlak. Tetapi intergrasi melalui peranan ibu bapa, komuniti, masyarakat dan pemimpin sangat diperlukan.

Apapun isu berkaitan guru dan pendidikan yang wujud, ia seharusnya ditangani dengan berhemah. Adalah tidak wajar jika ada yang memberi respon kepada isu ini dengan meminta guru meninggalkan kerjaya keguruan sedangkan itulah niat dan matlamatnya yang sebenar selama ini. Apa yang harus dilakukan adalah mencari alternatif dan jalan penyelesaian yang sesuai memandangkan peranan guru yang penting dalam hirerki masyarakat relatifnya tidak boleh dipandang sebelah mata. Berlakulah adil kepada kelompok guru yang seramai lebih 400 ribu orang di mana istilah adil yang digunapakai menurut pemahaman Islam adalah meletakkan sesuatu ditempatnya. Mungkin ada yang melihat isu-isu yang dibangkitkan menerusi media massa dlihat sesuatu yang remeh dan tidak penting, namun sebenarnya dalam kebanyakan negara membangun dan maju, aspek pendidikan adalah keutamaan bagi mereka. Tidak rugi membuat pelaburan bagi meningkatkan mutu pendidikan dan sebarang kaitan dengannya, tetapi pastinya rugi mengorbankannya dengan tidak menyelasaikan isu yang timbul kerana tanpa guru siapalah kita semua.

Isnin, Mei 13, 2013

SEMINGGU SELEPAS PRU13




Alhamdulillah. Negara kita telah selamat menjalankan proses pilihanraya umum untuk kali ke 13 pada 5 Mei lalu. Sungguh pun keputusannya telah diumumkan, ia masih menjadi kontroversi dari semasa ke semasa. Hingga saat ini semakin banyak pembongkaran yang disifatkan banyak pihak sebagai penipuan dan kekaburan. Antara yang menjadi bualan ialah isu ‘blackout’ di malam pengiraan undi di beberapa tempat, dakwat kekal yang tidak berapa kekal, pengundi hantu yang didaftarkan namanya oleh SPR dan peti undi dilarikan. Sama ada benar atau sebaliknya, biarlah pihak berwajib menyelesaikannya. Salah satu tindakan yang mencerminkan kerajaan yang mengamalkan demokrasi, semua petisyen yang diketengahkan oleh pihak-pihak berkaitan harus dipertimbangkan dalam membuat penilaian. Jika pihak SPR mendabik dada mengwar-warkan yang mereka sememangnya bersih dan telus dalam menjalankan tugas, janganlah menolak sebarang tuntutan yang dikemukakan lantaran adanya klausa yang membenarkan sebarang tuntutan hasil daripada PRU13 boleh dibuat dalam tempoh 21 hari selepasnya.

               Selain beberapa isu berkaitan tuntutan daripada ketidakpuasan hati pihak-pihak berkenaan berhubung dengan proses pilihanraya umum ke 13, terdapat pelbagai perkara lain yang timbul hingga menimbulkan tanda tanya dan polemik dalam kalangan masyarakat. Sehingga kini barisan pemimpin yang telah memenangi kerusi dalam parlimen untuk menganggotai kabinet belum lagi diumumkan. Isu Tsunami Cina yang diungkapkan oleh ketua kerajaan dan disebarkan melalui media kelihatan telah mengeruhkan keadaan hingga menyebabkan parti komponan dalam gerakan pimpinannya seakan-akan merajuk mengundur diri daripada terpilih dalam barisan Kabinet. Perhimpunan ‘blackout’ yang dianjurkan pihak yang tewas dengan majoriti tipis di kebanyakan kerusi semakin memeningkan kepada hingga dikatakan ketua polis negara meletak jawatan walaupun sebenarnya beliau bersara wajib dan menolak untuk disambung kontraknya. Tidak cukup dengan itu, masyarakat mula menyedari kenaikan harga barangan seperti tong gas, roti gardenia dan gula lalu menuding jari kepada kerajaan yang dilihat tidak berjaya membendung kenaikan harga barang. Tidak cukup dengan itu, isu siapa Menteri Besar bagi kerajaan negeri Selangor turut menarik perhatian ramai biarpun ia adalah isu dalaman tetapi telah dimanipulasi oleh media hingga ada dalam kalangan pemimpin negeri lain turut membuat kenyataan mengenainya.

               Berdasarkan statistik undian popular yang telah dianalisis daripada keputusan pilihanraya yang lepas, parti yang membentuk kerajaan telah mendapat sebanyak 48.67% undian daripada lebih kurang 11 juta pengundi berbanding pakatan pembangkang sebanyak 51.32%. Namun, kemenangan tipis dengan memperolehi 133 kerusi di parlimen seolah-olah dirasakan satu keajaiban biarpun tidak mendapat 2/3 kerusi yang dianggap sebagai zon selesa untuk membentuk kerajaan. Apa yang berlaku sebenarnya bukanlah wujudnya gelombang tsunami masyarakat Cina, tetapi relatifnya seluruh kelompok masyarakat juga bertindak balas hingga merungsingkan pihak kerajaan. Biar pun di dada akhbar dan media eletronik seringkali disebutkan masyarakat Melayu masih memberi kepercayaan, ia sebenarnya tidak begitu mencerminkan realiti sebenar di mana kebanyakan kerusi yang dimenanginya adalah di kawasan kampung dan pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak. Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku, kebanyakan kita telah mengetahuinya terutamanya apabila melihat rata-rata generasi muda tidak lagi memihak kepada parti kerajaan yang baru terbentuk ini.

               Dalam 14 buah negeri (termasuk 1 Wilayah Persekutuan yang dibahagi kepada tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) sebanyak tiga buah negeri masih milik di bawah pakatan pembangkang di mana ketiga-tiga negeri tersebut mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kelantan kaya dengan  hasil minyak, Pulau Pinang terkenal dengan pembangunannya dan Selangor yang merupakan negeri termaju sangat-sangat menjadi rebutan antara kedua-dua belah pihak. Selangor terutamanya, seribu satu macam program dan pelan disusun oleh parti kerajaan untuk memilikinya. Namun terbukti rakyat Selangor majoritinya masih selesa dengan pentadbiran di bawah pakatan pembangkang yang dilihat sebagai bersih dan telus dalam aspek menguruskan dana negeri. Walaupun gagal merebut kembali setelah dua penggal, parti kerajaan tetap ‘mengambil berat’ dalam urusan perlantikan Menteri Besar bagi negeri ini sehingga menjadi tajuk utama di akhbar beberapa hari ini. Sedangkan apa yang seharusnya difokuskan adalah urusan pentadbiran di negeri-negeri yang dimenanginya. Adalah tidak molek jika urusan rumah tangga orang disibukkan. Lainlah jika mereka meminta tolong, barulah parti kerajaan sebagai sebuah kerajaan persekutuan boleh campur tangan. Adalah lebih baik teruskan agenda berkhidmat untuk masyarakat tanpa memilih bulu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Terengganu yang jelas bersikap tidak rasional dalam perancangan menjalankan pembangunan di negerinya.

               Sementara itu, sehingga hari ini, MCA dan Gerakan mula bermain sandiwara. Kononnya kesal dengan kekalahan di kebanyakan kerusi yang dipertandingakan, mereka menarik diri daripada disenaraikan sebagai anggota kabinet kali ini. Dalam hal ini, ramai pihak melihat ia merupakan satu reaksi terhadap tuduhan ketua kerajaan Malaysia yang menyebutkan masyarakat Cina bersifat rasis dan perkauman gara-gara menolak calon daripada parti kerajaan. Sedangkan jika diperhatikan, MCA dan Gerakan yang ahlinya dalam kalangan masyarakat China secara teorinya merancang strategi halus untuk bangun menentang kerajaan secara senyap. Kalaupun mereka tidak mengisytiharkan keluar daripada komponan Barisan Nasional yang menerajui kerajaan, sekurang-kurangnya mereka akan berada di belakang pembangkang khususnya DAP dalam menuntut sesuatu demi kepentingan kaum mereka. Jika mereka berada di dalam kabinet, tentu sahaja keadaan ini lebih sukar kerana mereka seharusnya menjadi suara kerajaan dan terpaksa menolak sebarang tuntutan daripada pembangkang tersebut. Jadi, jika benar mereka tidak akan berada di dalam kabinet, boleh jadi akan wujud satu masalah yang besar dan memberi kesan kepada kestabilan politik negara. Keadaan ini akan mewujudkan kesatuan dalam masyarakat Cina sama ada daripada MCA, Gerakan dan DAP yang dimonopoli masyarakat Cina untuk menentang kerajaan pada suatu hari nanti dengan mudah lantaran mereka pada masa itu telah bersatu hati seia sekata.

               Untuk esok dan akan datang, belum ada kepastian untuk adanya penyelesaian isu-isu yang wujud selepas seminggu pilihanraya diadakan. Walaupun masyarakat awam rata-ratanya menjalani kehidupan seperti biasa, tetapi pada yang peka, selagi mana SPR tidak menyelesaikan isu-isu dan tuntutan yang dibangkitkan maka ia belum lagi dikatakan selesai. Malah, penyenaraian anggota kabinet yang belum wujud akan menyebabkan banyak mata daripada luar memberi persepsi akan kelemahan kepimpinan Malaysia. Isu tawaran ketua kerajaan kepada PAS dan DAP untuk bergabung dalam membentuk kerajaan nampaknya belum menampakkan respon positif. Masing-masing kelihatan cuba menarik tali. Pokoknya, kedua-dua belah pihak harus membuang ego masing-masing jika mahu penggabungan itu direalisasikan. Apapun, untuk esok bertarikh 13 Mei, Diharapkan tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

               Bagi yang sedar, dalam pada kesibukan masyarakat di Malaysia dengan isu-isu pilihanraya, sebenarnya ada satu berita menarik yang wujud seiring dengan situasi yang berlaku di negara ini semenjak Mac lalu, iaitu isu penahanan kepimpinan tertinggi syarikat GISB dan staf-stafnya di Arab Saudi. Mereka didakwa ditahan atas kesalahan melakukan bid’ah dan kesesatan pada awalnya namun dakwaan itu digugurkan dan diganti dengan kesalahan berkaitan imegresen. Kebanyakan di antara mereka seramai 95 orang ditahan disebabkan ketiadaan visa, dan sebahagian lain ditahan kerana berada di Arab Saudi selepas tamat tempoh. Majoriti mereka akhirnya dibebaskan dan yang terakhir beberapa orang dalam kalangan mereka akan dihantar pulang oleh kerajaan Arab Saudi ke Malaysia. Bagi yang peka dengan perkembangan mereka, kepulangan mereka ke Malaysia ini bukan kerana berkebetulan dengan tarikh peristiwa berdarah pada 1969, tetapi ia juga adalah hari kepulangan ke hadrat Ilahi pemimpin mereka pada tarikh yang sama pada tahun 2010. Lagi-lagi kebetulan, kepulangan mereka adalah dalam tempoh negara ini yang masih dalam mood pasca pilihanraya yang masih banyak isu yang sedang dipertimbangkan untuk diselesaikan. Dalam pada itu isu perkauman makin membarah akibat penyebarannya di media massa termasuk akhbar arus perdana. Tanda soal yang berlegar di kepala saya, apakah semua ini satu kebetulan?  Apakah akan terjadi sesuatu pada tarikh ini esok? Adakah keyakinan para ahli GISB akan terbukti dengan kehadiran mereka pada kali ini adalah untuk berperanan besar di negara ini sementelahan selama ini mereka dinafikan bermacam-macam hak walaupun kesesatan mereka tidak terbukti sedari dulu hingga kini? Wallahu a’lam.

               Apapun, diharapkan Malaysia terus maju dan makmur dengan rahmat-Mu, Tuhan. Harmonikan kami wahai Tuhan. Jika benar tanah air ini bakal menjadi tapak kebangkitan ummah kali kedua, perlihatkanlah segera kepada kami. Jadikanlah kami dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang bersyukur kepada-Mu yang hidup di negara yang tercinta ini.

Sabtu, Mei 04, 2013

Selamat Mengundi 5 Mei 2013




Bahang pilihanraya semakin di kemuncaknya. Pelbagai cara kempen dari kesemua pihak bertanding dapat dilihat. Melalui kempen, pelbagai janji dan manifesto diberikan bagi menarik pengundi. Bagi pihak pengundi, mereka merasakan inilah masanya untuk mereka melihat manifesto mana yang ideal dan memenuhi hasrat mereka. Oleh kerana keperluan dan keinginan seseorang itu berbeza, maka setiap calon harus mengkaji terlebih dahulu demografi pengundi agar manifesto yang disenaraikan dapat diterima dengan baik.

Kempen di media massa dilihat lebih berkesan daripada perhimpunan mengumpul pengundi pada masa kini. Daripada pelbagai media yang ada, media eletronik seperti televisyen dan internet kelihatan lebih rancak. Manakala melalui akhbar, sungguh pun ia memberi kesan kepada pembaca, ia masih tidak dapat menyamai media eletronik yang lebih dominan. Atas tiket berkempen ini jugalah dapat juga dilihat budaya kata-mengata, fitnah-memfitnah dan caci-maki berleluasa. Walau bagaimana pun, bagi pengundi yang bijak, sumber yang diperolehi harus pelbagai. Jika orang kata televisyen dan akhbar tidak boleh dipercayai sepenuhnya, maka dapatkanlah berita melalui internet yang jelas mudah diperolehi dalam dunia tanpa sempadan. Lagi bijak jika meneliti semua sumber yang ada dan bukan hanya memilih satu sumber lalu mempercayai dan menolak dapatan daripada sumber lain.

Apa pun, jelas kemeriahannya dapat dirasakan sehingga ianya menjadi topik perbualan di sana sini. Di kedai kopi dan di rumah-rumah sudah menjadi rutin saat ini. Tatkala saling berziarah berjumpa sanak saudara dan rakan taulan juga tidak asing lagi. Di tempat kerja pun tidak dapat lari dari menjadi bahan bualan. Di masjid? Di sekolah? Tiada masalah. Politik itu sebahagian daripada perkara yang dituntut dalam Islam dan pendidikan. Hanya menjadi persoalan gaya politik yang diamalkan sama ada selari dengan syarak dan fitrah atau sebaliknya.

Jika ditanya saya, saya sebenarnya tidaklah pro pada mana-mana pihak yang bertanding untuk pemilihan atas nama demokrasi. Sudah terang lagi bersuluh ia acuan dari Barat yang makin lama makin jelas kepincangannya, maka sampai bila-bila ia tidak sesuai untuk diamalkan. Namun, atas rasa tanggungjawab, pemilihan tetap akan dibuat sebagai sokongan kepada tanah tumpah negara tercinta (walau darah pertama saya bukan jatuhnya di sini…hihi). Saya sebenarnya lebih memprcayai negara ini akan makmur, damai dan sejahtera jika dipimpin oleh figura yang membai’ahnya secara sukarela. Ia terjadi akibat daripada rasa kekecewaan masyarakat terhadap situasi dunia yang kian tenat. Jenayah berleluasa, arak dan zina jadi perkara biasa, rasuah dan tipudaya di mana sahaja serta penzaliman dan penindasan tiada yang membela hingga terasa mahu ke mana-mana pun tidak lagi selamat.

Tapi, melihat situasi masa kini, pada saya ia masih dalam keadaan aman dan selamat walaupun statistik jenayah makin meruncing dari semasa ke semasa. Oleh itu, pada saya siapa pun yang mendapat mandate dengan undian majoriti, maka diharapkan ia menjadi perintis kepada laluan tertegaknya daulah Islam kali kedua yang dijanjikan Tuhan. Daripada pemerhatian saya sehingga sat ini, saya cuba mengandaikan (bukan ramalkan ya), Pakatan memperolehi mandate di mana-mana enam negeri  yang salah satunya adalah negeri saya sendiri dengan mendapat jumlah kerusi di parlimen hampir antara 100-110 berdasarkan sokongan padu daripada masyarakat di pelusuk negara. Kalaulah meleset andaian ini, itu tidak akan saya kesali. Sesungguhnya perencanaan Allah lebih baik walaupun ia direncana baik sejak awal-awal lagi.

Wahai Tuhanku, selamatkanlah negaraku daripada bala bencana yang membawa kepada kehancuran. Peliharalah negara kami agar ia benar-benar menjadi contoh kepada negara-negara lain dalam segala aspek. Suburkanlah semangat cintakan negara ke dalam hati kami. Musnahkanlah segara perencanaan jahat yang dilakukan oleh musuh yang tidak senang dengan kedaulatan negara ini. 

Akhir kalam, Saya Sayang Selangor & selamat menunaikan tanggungjawab kita kepada negara esok :D

Ahad, April 07, 2013

Bahang PRU13 Dari Perspektif Saya

Bahang PRU13 semakin panas saat ini. Dengan pembubaran rasmi oleh PM pada Khamis lepas membuatkan semua pihak semakin berdebar-debar. Para pemimpin mula melobi sana-sini. Para pengundi turut teruja untuk mengetahui siapakah gerangannya calon yang bakal mewakili suara mereka. Pelbagai kriteria digariskan bagi menilai kelayakan seseorang calon itu untuk mewakili mereka. Persaingan antara calon kelihatan senget, walaupun sehingga saat ini masih banyak kawasan yang belum jelas lagi siapa calon-calonnya. 

Bagaimana pun, perkara yang jadi keutmaan adalah mengambil hati masyarakat. Bagi parti-parti yang bertanding, mereka meyakini, siapa pun calonnya, masyarakat akan melihat apakah manfaat dan faedah yang bajal mereka perolehi jika calon yang mewakili parti itu beroleh kemenangan. Sehingga saat ini pihak-pihak yang bertanding telah mewar-warkan manifesto masing-masing yang kebanyakannya dilihat memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Sama ada senarai yang wujud dalam manifesto mereka itu dapat dilaksanakan atau sebaliknya, itu bukanlah perkara utama. Apa yang penting saat in apa yang ada dalam manifesto itu dapat meyakinkan dan menarik perhatian masyarakat untuk memilih mereka. 

Namun, tidak semua individu memandang pada senarai manifesto yang dicanang-canangkan oleh parti-parti yang bertanding. Ada yang beranggapan, jani yang disebut-sebutkan itu adalah perkara yang kurang utama. Ini kerana, pengundi yang bijak adalah mereka yang tidak terpesona dengan janji-janji yang ada. Bukanlah kerana ianya tidak menarik tetapi yang lebih utama adalah pemimpin yang bakal mewakili suara mereka dapat mewakili dan membela mereka dalam erti kata sebenar. Kalau nak dikatakan pemimpin itu harus turun padang bersama masyarakat, keadaan itu semamangnya tidak menjadi masalah terutamanya apabila dalam zaman ini struktur perhubungan seperti jalanraya dan talian sosial seperti telefon, television dan sebagainya telah mendekatkan diri pemimpin kepada masyarakatnya. Lebih-lebih lagi dewasa ini ramai pemimpin masyarakat sangat suka bertemu dengan rakyatnya dalam pelbagai majlis dan program. Asal ada program masyarakat seboleh-bolehnya mesti ada wakil rakyat yang datang merasmikan. Hatta dalam program-program sekolah pun, tanpa adanya wakil rakyat seolah-olah majilis itu tiada serinya. Jadi, istilah pemimpin lupa pengundi saat ini tidak lagi menjadi isu besar. Tetapi pemimpin yang lupa janji kepada pengundi itulah yang sering menjadi masalah besar. 

Apapun, jika ditanya kepada saya yang bakal mengundi buat kali kedua dalam hidup ini, saya tidak terlalu meminta itu dan ini untuk saya pilih mana-mana calun sebagai wakil rakyat di kawasan saya. Saya bukanlah penyokong mana-mana parti yang tegar. Malah saya hampir tidak percaya dengan perjalanan demokrasi yang kelihatan semakin caca-marba. Tetapi kerana mengundi itu adalah hak setiap individu yang berkelayakan, maka saya harus ambil peluang ini.alau pun saya sangat berharap agar PRU13 tidak akan berlaku kerana mempercayai akan muncul keajaiban lain yang dapat membaiki situasi masyarakat yang semakin korup. Dalam pada itu saya juga ada tuntutan yang ingin saya kemukakan sebagai rakyat dengan kapasiti sebagai seorang yang bekerjaya dalam bidang pendidikan, seorang yang masih belum dan bakal berkahwin dan seorang Muslim. 

Apa yang saya inginkan ialah kerjaya perguruan tidak dibebani dengan pelbagai tuntutan tugas yang sangat memenatkan. Sebagai seorang guru saya tahu apa tugas sebenar seperti mana yang dilatih semasa di pusat pengajian. Tetapi kerana percaturan golongan cerdik pandai yang mendakwa bijak menyusun kurikulum membuatkan tugasan guru-guru semakin caca-marba. Belum lagi dengan campur tangan pemimpin yang mempolitikkan pendidikan hingga peranan guru sekarang ini tidak lagi tertumpu kepada menjayakan kecemerlangan murid semata-mata, tetapi disebukkan dengan tugas-tugas lain di luar lingkungan akademik secara mutlak.

Perkara lain yang ingin saya ketengahkan adalah mengenai harga rumah yang semakin tidak munasabah. Sungguh pun saya berkerjaya dengan pendapatan yang sederhana secara tetap, hingga kini saya masih mencongak-congak untuk mendapatkan sebuah rumah yang berkos sederhana yang sesuai di sekitar saya. Kebetulan saya adalah penduduk di sebuah negeri yang maju dengan kawasan sekitar yang terkenal dan hampir dengan pusat kerajaan persekutuan, maka rumah yang dijual hampir kesemuanya mendekati kos setengah juta. Kalaulah begini, mati hidup semula pon memang tak dapat nak dibayar sampai habis melainkan dengan berhutang. Berhutang dengan amaun yang besar meungkinkan hati ni akan setiasa resah gelisah sampai berbelas tahun. Kereta pun saya harap harganya biarlah sepadan dengan kualitinya. Antara lain cukai untuk kereta import diturunkan juga. Untuk apa membayar mahal hanya untuk sebuah kereta import yang sebenarnya harganya kurang sekali ganda.

Tetapi, apa yang pasti, saya inginkan agar para pemimpin yang bakal mentadbir negara kelak adalah dalam kalangan mereka yang mendukung Islam yang sebenar. Tidak mengambil hanya sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Yang penting juga mereka harus komited dalam mendidik masyarakat untuk kembali kepada Tuhan tidak kira dalam agama apa sekali pun. Bagi yang Muslim, saya berharap sangat mereka tidak terlalu mengekang perkara-perkara yang menuju ke arah kebangkitan daulah Islam kali kedua seperti yang baginda Nabi s.a.w sebutkan dalam hadith-hadithnya. jangan mudah menyesatkan mana-mana gerakan tariqat dan jemaah kerohanian yang tidak jelas sesatnya. Hanya mengandaikan tanpa memahami secara terperinci operasi dan gerak kerja sesebuah kumpulan, ia bukan satu tindakan yang bijak, tetapi tindakan jahil walau pun mempergunakan jabatan-jabatan agama untuk memutuskan kesesatan sesebuah jemaah. 

Akhirnya, saya menulis topik ini bukanlah atas kapasiti seorang kakitangan kerajaan persekutuan atau sebagai seorang warga negeri yang ditadbir pembangkang kerajaan sebelum ini, tetapi atas kapasiti sebagai seorang rakyat marhaen yang layak mengundi. Jika ditanya siapakah calon yang saya pilih, saya tak tahu lagi sehingga saat ini. Seperti yang saya katakan, saya bukanlah penyokong mana-mana parti dan yang pasti calon untuk saya pilih mengikut keutamaan adalah dalam kalangan individu beragama islam, berbangsa melayu dan orang tempatan. Jika ada pertembungan ciri-ciri berkenaan, keperibadian antara mereka pula perlu dilihat. Dan saya juga tertunggi-tunggu siapakah PM ke 7 setelah PM ke 6 mengundur diri jika berlaku. Saya berharap juga biarlah PM ke 6 sekarang ini terus mentadbir sehingga menyerahkan tampuk pemerintahan kepada seseorang yang dijanjikan Tuhan untuk mendamaikan dan menyatukan antara Malaysia dan Indonesia. Kenapa? Entah. Wallahu a'lam.

Khamis, Mac 14, 2013

Dalang Di Sebalik Konfrantasi Di Lahad Datu?


Bagaimana situasi di Lahad Datu pada hari ini? setelah hampir sebulan 'peperangan saudara' berlaku di antara kerajaan Malaysia dan Keluarga Kiram, masih ada jalankah untuk penyatuan berlaku di antara ke dua-duanya? Logiknya, mungkin kebanyakan kita tidak terfikir sebelum ini di mana di suatu hari nanti kes sebegini akan berlaku. Kes berkaitan tuntutan-tuntutan wilayah dan kawasan di perairan yang terpisah daripada tanah besar memang biasa berlaku seperti kes tuntutan Pulau Sipadan dengan Indonesia dan Pulau Batu Putih dengan Singapura yang hanya merupakan sebuah pulau kecil namun mempunyai 1001 manfaat daripadanya, tetapi tuntutan kali ini dilihat sungguh melampaui batas. Tatkala ramai pihak seantero dunia melihat Malaysia sebagai pendamai yang merungkai persengketaan Kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu yang menuntut kemerdekaan ke atas wilayah mereka, kini tiba-tiba mereka pula mencari pasal dengan menuntut Sabah. Dalam hal ini, siapa yang punya Sabah boleh diketepikan kerana selepas 50 tahun kemerdekaan, mengapa baru sekarang mahu disibukkan? Tentu ada pihak lain yang berperanan di sebaliknya hingga membuatkan keadaan ini berlaku. Walaupun pada awalnya perbincangan dibuka untuk melerai masalah, namun ia tidak dipedulikan mereka. Bodohkah mereka sehingga tidak mahu mencari pendamaian dengan menerima cadangan-cadangan tertentu daripada Malaysia yang mungkin mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-duanya? Mungkin tidak. Lantaran adanya kemungkinan diberikan pulangan yang lebih hebat daripada pihak luar, maka motivasi mereka untuk menceroboh Sabah tetap diteruskan. Apapun di sini berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi daripada pembacaan di talian, maka sedikit sebanyak kita dapat ketahui apa yang menyebabkan kestabilan rantau Asia Tenggara ini terganggu.


1. Amerika Syarikat mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendirikan sebuah Naval Base di rantau Asia Tenggara.

Selepas penutupan Clark Base dinegara Filipina beberapa tahun lepas, Amerika tidak mempunyai pangkalan tentera laut (naval base) yang kukuh serta yang dapat membenarkannya menjalankan operasi penuh dengan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuclear (nuclear powered aircraft carrier).Walaupun sekitar tahun lepas Filipina dikatakan mula membuka semula pangkalan tersebut untuk diduduki oleh tentera US, namun US merasakan Filipina bukanlah lokasi strategik untuk dijadikan pangkalan tentera.(Masih ingat penghujung tahun lepas kapal perang canggih berteknologi tinggi Amerika USS John C. Stennis ada berlabuh di Sabah?Rasanya kedatangan kapal itu ke Sabah sebenarnya bukan sekadar 'lawatan biasa', besar kemungkinan Amerika telah menggunakan kesempatan lawatan itu untuk mengintip rahsia sulit pertahanan Sabah dan mengatur strategi untuk 'covert operation' Lahad Datu ketika ini)

Pada akhir-akhir ini, Amerika Syarikat bertambah terdesak untuk mendirikan Naval Base oleh kerana kebangkitan Negara Cina dan pertikaian wilayah di Laut Cina Selatan.Amerika perlu segera mendirikan sebuah pangkalan tentera laut dan memerlukan sebuah negara yang menyokong kehendaknya.Jarak diantara Sabah dan Negara Cina serta Sabah dan Filipina menjadikannya lokasi yang terbaik untuk apa jua operasi tentera laut di Laut Cina Selatan serta perairan-perairan yang berkaitan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa halangan besar yang tidak memungkinkan Amerika untuk mendirikan Naval Base mereka di Sabah kerana pada ketika ini, kerajaan Malaysia tidak akan sesekali membenarkan Amerika mendirikan Naval Base di Sabah.Ini adalah kerana banyak aset-aset penting Tentera Laut Diraja Malaysia, terutamanya kapal-kapal selam TLDM berpangkalan di Sepanggar.

Namun demikian, Amerika berkemungkinan akan dapat merealisasikan impian mereka jika kerajaan Sabah (serta Putrajaya) jatuh pada PRU13 nanti.Amerika/The Hidden Hand mempunyai ejen di Malaysia yang dapat membantu mereka (tanpa perlu memberikan nama- rasanya ramai boleh meneka siapakah ejen yang dimaksudkan ini).Dengan menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk kepada ejen/tokoh ini, maka dapatlah Amerika mencapai matlamat mereka.Ejen ini memang pandai berurusan dengan Amerika.Walaupun secara logiknya, soal memisahkan Sabah dari Malaysia adalah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai 'mission impossible', tetapi menawarkan Sabah sebagai pengkalan tentera kepada Amerika bagi mengantikan pengkalan Clark di Cebu Filipina adalah sesuatu tidak mustahil untuk terjadi...

2. Perebutan Untuk Penguasaan 'Emas Hitam' Laut Sulu

Emas Hitam yang dimaksudkan disini adalah minyak mentah/crude oil yang terdapat di dasar laut Sulu.Sabah sahaja dikatakan memiliki "simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari."

Itu baru Sabah, belum lagi kawasan-kawasan lain yang belum diteroka di sekitar lautan Sulu yang luas.Berikut dipautkan beberapa link yang memperlihatkan beberapa kajian saintifik tentang kewujudan 'emas hitam' di sekitar lautan Sulu.Anda boleh melihatnya sendiri di sini & sini.

Lokasi pantai timur Sabah yang terletak berhadapan dengan laut Sulu, dilihat begitu strategik kepada US dalam merealisasikan impian mereka dalam menguasai sumber 'emas hitam' laut Sulu ini.Seperti yang diketahui umum, minyak mentah/crude oil, adalah salah satu sebab utama mengapa US melakukan 'penjajahan terancang' ke atas negara-negara Arab.Lihat saja apa yang berlaku dengan Iraq, Kuwait, dan yang terbaru Libya.Dan kini, adalah tidak mustahil jika mereka mula beralih arah ke kawasan yang mempunyai sumber lebih besar yang belum diteroka...

Menurut satu info, (tidak dapat dipastikan kebenaran info ini, sekadar perkongsian) pihak Amerika akan membawa masuk seramai 3000 orang guru kulit putih yang pandai berbahasa Tausug/Suluk ke Jolo, Sulu pada tahun ini.Tujuannya adalah untuk mengajar dan membangunkan Sulu, agar entiti 'Kesultanan Sulu' akan dapat dihidupkan semula.Ini adalah kerana, Amerika sebenarnya ingin mempergunakan Kesultanan Sulu ini agar mereka menghidupkan semula tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.Mengapa Sabah?Kerana reserve simpanan minyak di laut Sulu dikatakan menjangkau sehingga ke daerah Sandakan di Sabah.Maka dengan itu, Sandakan mesti diambil semula dan Kesultanan Sulu, akan dijadikan kambing hitam demi untuk mencapai matlamat keji Amerika/The Hidden Hand itu.

3. Percubaan Untuk Mematahkan 'Kebangkitan Dari Timur'.

Kenapa kerajaan Filipina ketika ini dilihat seperti 'menyokong sepenuhnya' tindakan kerajaan Malaysia untuk memerangi para penceroboh yang ketika ini telah pun digelarkan sebagai pengganas ini?Pada pendapat aku, sebenarnya kerajaan Filipina 'terlibat dibelakang tabir' dalam kisah pencerobohan ini.Mereka sebenarnya hanya bermain wayang dengan kerajaan Malaysia.Kenapa?Biar aku jelaskan satu persatu kenapa aku berpendapat sedemikian.

1. Kerajaan Malaysia (Islam) & self-proclaimed 'Kesultanan Sulu' (Islam).Maknanya, apa yang berlaku ketika ini adalah 'peperangan' sesama Islam.Mereka ini (MNLF, MILF, SSDI, self-proclaimed Kesultanan Sulu, Muslim Mindanao) telah berperang selama berdekad lamanya dengan kerajaan Filipina.Atas sebab itulah, kerajaan kafir Filipina dengan tangan yang terbuka dan hati yang gembira, merasa amat 'senang' sekiranya Malaysia dapat 'membantu' mereka untuk menangani musuh yang telah lama berperang dengan mereka ini.Kerajaan Filipina secara tidak langsung akan dapat 'mencuci tangan' dan berjaya memindahkan sedikit kebencian orang-orang Islam di Selatan Filipina ini kepada Malaysia diatas tindakan membunuh pengganas-pengganas kiram ini.Walaupun pada awalnya Malaysia cuba untuk mengambil pendekatan 'menarik rambut dari tepung' dengan penceroboh-penceroboh ini atas dasar saudara seagama, namun rasanya tindakan berlembut kerajaan Malaysia terhadap geng kiram ini telahpun dijangka oleh Filipina.Apa yang diperlukan oleh mereka adalah 'pencetus/trigger' dan akhirnya setelah 3 minggu pencerobohan geng kiram berlaku, akhirnya 'bom jangka' yang tersimpan sekian lama telah dicetuskan oleh geng pengganas kiram dan pertumpahan darah sesama Islam mula berlaku.Siapa yang akan mendapat manfaat daripada pertumpahan darah ini?Sudah tentu salah satunya adalah kerajaan kafir Filipina serta golongan yang sentiasa ingin melihat umat Islam berpecah belah.

2. Kenapa Filipina ingin memindahkan kebencian masyarakat Islam Sulu kepada Malaysia?Malaysia sememangnya selama ini diketahui oleh Filipina sebagai pihak yang banyak membantu para pejuang Islam Sulu/Moro dalam peperangan mereka menentang pemerintahan kafir Filipina.Terdapat banyak info yang mengatakan bahawa para pejuang Sulu/Moro ini sebenarnya dilatih oleh Malaysia di satu lokasi di Sabah suatu ketika dulu dan senjata yang digunakan oleh mereka dibekalkan oleh Allahyarham Muammar Gadafi, bekas presiden Libya yang telah dibunuh oleh Amerika.Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda MNLF, telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka mempunyai simpanan senjata di Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan kepada mereka melalui Malaysia (?).(Sila rujuk artikel INI dan INI untuk maklumat lanjut.)

Bila kesalahan dan kebencian ini dapat dipindahkan oleh Filipina kepada Malaysia, maka dengan sendirinya proses penyatuan umat Islam yang sedang giat diusahakan oleh para pejuang dan pendakwah Islam di akhir zaman ini akan mengalami kesukaran.Perang saudara akan tercetus sesama Islam, dan ini akan membuatkan umat Islam menjadi semakin lemah.Puak kafir akan bertepuk tangan & bersorak gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam untuk berperang sesama sendiri.

Malaysia, Selatan Thailand, Indonesia, Brunei dan Selatan Filipina adalah negara/kawasan majoriti penduduk Islam terbesar yang terletak di benua 'Timur' ini.Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya telah menyatakan dengan jelas bahawasanya kebangkitan umat Islam di akhir zaman akan bermula dari 'Timur' dan ramai yang beranggapan bahawa 'Timur' yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah merujuk kepada salah sebuah lokasi/negara dikawasan Asia Tenggara ini.

Sabda Rasulullah SAW :
"Akan datang Panji-Panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi.Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji."

"Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun."

(Aku tidak akan mengulas lanjut mengenai Hadis Nabi mahupun pengkisahan mengenai kemunculan Panji-Panji Hitam & kedatangan Imam Mahdi ini.Kepada yang kurang mengetahui mengenai hal ini, anda disarankan untuk membuat kajian sendiri dan membaca artikel-artikel mengenai kisah ini di internet mahupun dengan guru-guru agama)

Sesungguhnya kerajaan kafir Filipina yang disokong oleh Amerika/The Hidden Hand sememangnya telah mengetahui tentang hal ini.Oleh sebab itulah, maka satu 'black ops' diperlukan oleh mereka untuk menggagalkan proses penyatuan dan kebangkitan semula umat Islam ini.Mereka ini sebenarnya bersembunyi disebalik topeng dajjal mereka, kerana sesungguhnya Islam adalah ancaman yang sangat besar kepada mereka dalam menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan dunia ini sebagai syurga kepada hawa nafsu mereka.Walaupun begitu, sepintar manapun perancangan mereka, mereka tidak akan dapat mengalahkan perancangan Yang Maha Esa.

ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran Surah Al-Imran ayat 54 : 
“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”

Kesimpulan
Berdasarkan analisis ini, aku meyakini satu perkara : bahawa sesungguhnya Amerika/The Hidden Hand melalui CIA adalah tok dalang sebenar dalam pencerobohan Lahad Datu ini.Cuma tidak dapat dipastikan secara jelas melalui pihak manakah operasi sulit mereka ini berjalan.Ataupun adakah mereka juga sebenarnya melakukan 'joint-operation' sama seperti apa yang dilakukan oleh PDRM-ATM ketika ini?Adakah CIA, Kiram, kerajaan Filipina, Nur Misuari dan pihak-pihak tertentu di dalam Malaysia bersekongkol dalam krisis pencerobohan kedaulatan Sabah ini?Aku tinggalkan persoalan itu kita fikirkan bersama...

Credit to: Tekok BeriuhBagaimana situasi di Lahad Datu pada hari ini? setelah hampir sebulan 'peperangan saudara' berlaku di antara kerajaan Malaysia dan Keluarga Kiram, masih ada jalankah untuk penyatuan berlaku di antara ke dua-duanya? Logiknya, mungkin kebanyakan kita tidak terfikir sebelum ini di mana di suatu hari nanti kes sebegini akan berlaku. Kes berkaitan tuntutan-tuntutan wilayah dan kawasan di perairan yang terpisah daripada tanah besar memang biasa berlaku seperti kes tuntutan Pulau Sipadan dengan Indonesia dan Pulau Batu Putih dengan Singapura yang hanya merupakan sebuah pulau kecil namun mempunyai 1001 manfaat daripadanya, tetapi tuntutan kali ini dilihat sungguh melampaui batas. Tatkala ramai pihak seantero dunia melihat Malaysia sebagai pendamai yang merungkai persengketaan Kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu yang menuntut kemerdekaan ke atas wilayah mereka, kini tiba-tiba mereka pula mencari pasal dengan menuntut Sabah. Dalam hal ini, siapa yang punya Sabah boleh diketepikan kerana selepas 50 tahun kemerdekaan, mengapa baru sekarang mahu disibukkan? Tentu ada pihak lain yang berperanan di sebaliknya hingga membuatkan keadaan ini berlaku. Walaupun pada awalnya perbincangan dibuka untuk melerai masalah, namun ia tidak dipedulikan mereka. Bodohkah mereka sehingga tidak mahu mencari pendamaian dengan menerima cadangan-cadangan tertentu daripada Malaysia yang mungkin mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-duanya? Mungkin tidak. Lantaran adanya kemungkinan diberikan pulangan yang lebih hebat daripada pihak luar, maka motivasi mereka untuk menceroboh Sabah tetap diteruskan. Apapun di sini berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi daripada pembacaan di talian, maka sedikit sebanyak kita dapat ketahui apa yang menyebabkan kestabilan rantau Asia Tenggara ini terganggu.


1. Amerika Syarikat mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendirikan sebuah Naval Base di rantau Asia Tenggara.

Selepas penutupan Clark Base dinegara Filipina beberapa tahun lepas, Amerika tidak mempunyai pangkalan tentera laut (naval base) yang kukuh serta yang dapat membenarkannya menjalankan operasi penuh dengan kapal pengangkut pesawat berkuasa nuclear (nuclear powered aircraft carrier).Walaupun sekitar tahun lepas Filipina dikatakan mula membuka semula pangkalan tersebut untuk diduduki oleh tentera US, namun US merasakan Filipina bukanlah lokasi strategik untuk dijadikan pangkalan tentera.(Masih ingat penghujung tahun lepas kapal perang canggih berteknologi tinggi Amerika USS John C. Stennis ada berlabuh di Sabah?Rasanya kedatangan kapal itu ke Sabah sebenarnya bukan sekadar 'lawatan biasa', besar kemungkinan Amerika telah menggunakan kesempatan lawatan itu untuk mengintip rahsia sulit pertahanan Sabah dan mengatur strategi untuk 'covert operation' Lahad Datu ketika ini)

Pada akhir-akhir ini, Amerika Syarikat bertambah terdesak untuk mendirikan Naval Base oleh kerana kebangkitan Negara Cina dan pertikaian wilayah di Laut Cina Selatan.Amerika perlu segera mendirikan sebuah pangkalan tentera laut dan memerlukan sebuah negara yang menyokong kehendaknya.Jarak diantara Sabah dan Negara Cina serta Sabah dan Filipina menjadikannya lokasi yang terbaik untuk apa jua operasi tentera laut di Laut Cina Selatan serta perairan-perairan yang berkaitan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa halangan besar yang tidak memungkinkan Amerika untuk mendirikan Naval Base mereka di Sabah kerana pada ketika ini, kerajaan Malaysia tidak akan sesekali membenarkan Amerika mendirikan Naval Base di Sabah.Ini adalah kerana banyak aset-aset penting Tentera Laut Diraja Malaysia, terutamanya kapal-kapal selam TLDM berpangkalan di Sepanggar.

Namun demikian, Amerika berkemungkinan akan dapat merealisasikan impian mereka jika kerajaan Sabah (serta Putrajaya) jatuh pada PRU13 nanti.Amerika/The Hidden Hand mempunyai ejen di Malaysia yang dapat membantu mereka (tanpa perlu memberikan nama- rasanya ramai boleh meneka siapakah ejen yang dimaksudkan ini).Dengan menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk kepada ejen/tokoh ini, maka dapatlah Amerika mencapai matlamat mereka.Ejen ini memang pandai berurusan dengan Amerika.Walaupun secara logiknya, soal memisahkan Sabah dari Malaysia adalah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai 'mission impossible', tetapi menawarkan Sabah sebagai pengkalan tentera kepada Amerika bagi mengantikan pengkalan Clark di Cebu Filipina adalah sesuatu tidak mustahil untuk terjadi...

2. Perebutan Untuk Penguasaan 'Emas Hitam' Laut Sulu

Emas Hitam yang dimaksudkan disini adalah minyak mentah/crude oil yang terdapat di dasar laut Sulu.Sabah sahaja dikatakan memiliki "simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari."

Itu baru Sabah, belum lagi kawasan-kawasan lain yang belum diteroka di sekitar lautan Sulu yang luas.Berikut dipautkan beberapa link yang memperlihatkan beberapa kajian saintifik tentang kewujudan 'emas hitam' di sekitar lautan Sulu.Anda boleh melihatnya sendiri di sini & sini.

Lokasi pantai timur Sabah yang terletak berhadapan dengan laut Sulu, dilihat begitu strategik kepada US dalam merealisasikan impian mereka dalam menguasai sumber 'emas hitam' laut Sulu ini.Seperti yang diketahui umum, minyak mentah/crude oil, adalah salah satu sebab utama mengapa US melakukan 'penjajahan terancang' ke atas negara-negara Arab.Lihat saja apa yang berlaku dengan Iraq, Kuwait, dan yang terbaru Libya.Dan kini, adalah tidak mustahil jika mereka mula beralih arah ke kawasan yang mempunyai sumber lebih besar yang belum diteroka...

Menurut satu info, (tidak dapat dipastikan kebenaran info ini, sekadar perkongsian) pihak Amerika akan membawa masuk seramai 3000 orang guru kulit putih yang pandai berbahasa Tausug/Suluk ke Jolo, Sulu pada tahun ini.Tujuannya adalah untuk mengajar dan membangunkan Sulu, agar entiti 'Kesultanan Sulu' akan dapat dihidupkan semula.Ini adalah kerana, Amerika sebenarnya ingin mempergunakan Kesultanan Sulu ini agar mereka menghidupkan semula tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.Mengapa Sabah?Kerana reserve simpanan minyak di laut Sulu dikatakan menjangkau sehingga ke daerah Sandakan di Sabah.Maka dengan itu, Sandakan mesti diambil semula dan Kesultanan Sulu, akan dijadikan kambing hitam demi untuk mencapai matlamat keji Amerika/The Hidden Hand itu.

3. Percubaan Untuk Mematahkan 'Kebangkitan Dari Timur'.

Kenapa kerajaan Filipina ketika ini dilihat seperti 'menyokong sepenuhnya' tindakan kerajaan Malaysia untuk memerangi para penceroboh yang ketika ini telah pun digelarkan sebagai pengganas ini?Pada pendapat aku, sebenarnya kerajaan Filipina 'terlibat dibelakang tabir' dalam kisah pencerobohan ini.Mereka sebenarnya hanya bermain wayang dengan kerajaan Malaysia.Kenapa?Biar aku jelaskan satu persatu kenapa aku berpendapat sedemikian.

1. Kerajaan Malaysia (Islam) & self-proclaimed 'Kesultanan Sulu' (Islam).Maknanya, apa yang berlaku ketika ini adalah 'peperangan' sesama Islam.Mereka ini (MNLF, MILF, SSDI, self-proclaimed Kesultanan Sulu, Muslim Mindanao) telah berperang selama berdekad lamanya dengan kerajaan Filipina.Atas sebab itulah, kerajaan kafir Filipina dengan tangan yang terbuka dan hati yang gembira, merasa amat 'senang' sekiranya Malaysia dapat 'membantu' mereka untuk menangani musuh yang telah lama berperang dengan mereka ini.Kerajaan Filipina secara tidak langsung akan dapat 'mencuci tangan' dan berjaya memindahkan sedikit kebencian orang-orang Islam di Selatan Filipina ini kepada Malaysia diatas tindakan membunuh pengganas-pengganas kiram ini.Walaupun pada awalnya Malaysia cuba untuk mengambil pendekatan 'menarik rambut dari tepung' dengan penceroboh-penceroboh ini atas dasar saudara seagama, namun rasanya tindakan berlembut kerajaan Malaysia terhadap geng kiram ini telahpun dijangka oleh Filipina.Apa yang diperlukan oleh mereka adalah 'pencetus/trigger' dan akhirnya setelah 3 minggu pencerobohan geng kiram berlaku, akhirnya 'bom jangka' yang tersimpan sekian lama telah dicetuskan oleh geng pengganas kiram dan pertumpahan darah sesama Islam mula berlaku.Siapa yang akan mendapat manfaat daripada pertumpahan darah ini?Sudah tentu salah satunya adalah kerajaan kafir Filipina serta golongan yang sentiasa ingin melihat umat Islam berpecah belah.

2. Kenapa Filipina ingin memindahkan kebencian masyarakat Islam Sulu kepada Malaysia?Malaysia sememangnya selama ini diketahui oleh Filipina sebagai pihak yang banyak membantu para pejuang Islam Sulu/Moro dalam peperangan mereka menentang pemerintahan kafir Filipina.Terdapat banyak info yang mengatakan bahawa para pejuang Sulu/Moro ini sebenarnya dilatih oleh Malaysia di satu lokasi di Sabah suatu ketika dulu dan senjata yang digunakan oleh mereka dibekalkan oleh Allahyarham Muammar Gadafi, bekas presiden Libya yang telah dibunuh oleh Amerika.Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda MNLF, telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka mempunyai simpanan senjata di Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan kepada mereka melalui Malaysia (?).(Sila rujuk artikel INI dan INI untuk maklumat lanjut.)

Bila kesalahan dan kebencian ini dapat dipindahkan oleh Filipina kepada Malaysia, maka dengan sendirinya proses penyatuan umat Islam yang sedang giat diusahakan oleh para pejuang dan pendakwah Islam di akhir zaman ini akan mengalami kesukaran.Perang saudara akan tercetus sesama Islam, dan ini akan membuatkan umat Islam menjadi semakin lemah.Puak kafir akan bertepuk tangan & bersorak gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam untuk berperang sesama sendiri.

Malaysia, Selatan Thailand, Indonesia, Brunei dan Selatan Filipina adalah negara/kawasan majoriti penduduk Islam terbesar yang terletak di benua 'Timur' ini.Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya telah menyatakan dengan jelas bahawasanya kebangkitan umat Islam di akhir zaman akan bermula dari 'Timur' dan ramai yang beranggapan bahawa 'Timur' yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah merujuk kepada salah sebuah lokasi/negara dikawasan Asia Tenggara ini.

Sabda Rasulullah SAW :
"Akan datang Panji-Panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi.Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji."

"Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun."

(Aku tidak akan mengulas lanjut mengenai Hadis Nabi mahupun pengkisahan mengenai kemunculan Panji-Panji Hitam & kedatangan Imam Mahdi ini.Kepada yang kurang mengetahui mengenai hal ini, anda disarankan untuk membuat kajian sendiri dan membaca artikel-artikel mengenai kisah ini di internet mahupun dengan guru-guru agama)

Sesungguhnya kerajaan kafir Filipina yang disokong oleh Amerika/The Hidden Hand sememangnya telah mengetahui tentang hal ini.Oleh sebab itulah, maka satu 'black ops' diperlukan oleh mereka untuk menggagalkan proses penyatuan dan kebangkitan semula umat Islam ini.Mereka ini sebenarnya bersembunyi disebalik topeng dajjal mereka, kerana sesungguhnya Islam adalah ancaman yang sangat besar kepada mereka dalam menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan dunia ini sebagai syurga kepada hawa nafsu mereka.Walaupun begitu, sepintar manapun perancangan mereka, mereka tidak akan dapat mengalahkan perancangan Yang Maha Esa.

ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran Surah Al-Imran ayat 54 : 
“Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”

Kesimpulan
Berdasarkan analisis ini, aku meyakini satu perkara : bahawa sesungguhnya Amerika/The Hidden Hand melalui CIA adalah tok dalang sebenar dalam pencerobohan Lahad Datu ini.Cuma tidak dapat dipastikan secara jelas melalui pihak manakah operasi sulit mereka ini berjalan.Ataupun adakah mereka juga sebenarnya melakukan 'joint-operation' sama seperti apa yang dilakukan oleh PDRM-ATM ketika ini?Adakah CIA, Kiram, kerajaan Filipina, Nur Misuari dan pihak-pihak tertentu di dalam Malaysia bersekongkol dalam krisis pencerobohan kedaulatan Sabah ini?Aku tinggalkan persoalan itu kita fikirkan bersama...

Credit to: Tekok Beriuh.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.