Carian Daripada Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label PENGURUSAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGURUSAN. Papar semua catatan

Ahad, Mei 26, 2013

CADANGAN PENYELESAIAN ISU DALAM PENDIDIKAN



Sejak akhir-akhir ini, banyak isu berkaitan guru dan pendidikan timbul. Ia ketara sejak sebelum PRU13 bermula di mana keluh-kesah guru yang selama ini dipandang sepi oleh pihak kementerian dan kerajaan persekutuan mula diambil perhatian. Gara-gara janji untuk mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang dihadapi guru-guru selama ini membuatkan semangat guru seolah-olah bangkit semula. walaupun ramai mengetahui mungkin ia adalah salah satu retorik persis janji-janji manis terdahulu, ia masih mampu menarik kepercayaan mereka untuk terus menyokong kerajaan. Namun, tatkala jalan penyelesaian itu dijanjikan berlaku selepas pilihanraya, ramai yang memberi persepsi berbeza-beza. Pokoknya keadaan ini dilihat seolah-olah isu ini dipermain-mainkan sekaligus menunjukkan sikap tidak ikhlas untuk mencari formula sesuai untuk meningkatkan keupayaan sistem pendidikan negara termasuk hal-hal yang bersangkut-paut dengannya. Seharusnya ia seharusnya diselesaikan sesegara mungkin, bukan menarik tali memperjudikannya kerana di akhirnya nanti yang rugi adalah negara dan masyarakat juga. 

Kini, selepas tamatnya PRU13, masih tidak nampak apakah jalan penyelesaian untuk merungkai semua isu yang timbul. Apa yang terpapar di media adalah beberapa istilah yang selama ni telah digunapakai ditukar kepada istilah lain yang turut telah digunapakai sebelumnya seperti 'pelajaran kepada pendidikan' untuk penjenamaan semula KPM, 'Malaysia kepada Melayu' untuk pemantapan Bahasa Kebangsaan dan 'putra kepada pertanian' untuk nama UPM. Apa yang kelihatan, sebarang nama dan istulah yang diberikan pun, ia tidak memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan negara malah ada sebahagaian pihak menganggap ia sekadar membazirkan wang rakyat untuk penjemaan semula perkara-perkara di atas sedangkan apa yang penting adalah peranannya.

Oleh yang demikian,  melalui sebuah artikel yang ditulis oleh wakil guru di sini, terdapat beberapa cadangan kepada pihak berkenaan sebagai jalan keluar kepada kemelut yang wujud. Barangkali pihak berkenaan dalam kebuntuan hingga tidak nampak jalan yang sesuai untuk mengatasi masalah pendidikan dan keguruan.


1. Hadkan penglibatan ko-kurikulum di semua sekolah kepada salah satu sahaja sama ada unit beruniform, sukan atau kelab. Jika ingin juga melaksanakan program-program ko-kurikulum dan menjalankan dasar ‘1 Murid, 1 Sukan’ mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk membawa masuk pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan dan berikan mereka sedikit elaun untuk memantau dan merancang aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari di sebelah petang.
Saya tidak pasti sama ada cadangan ini sesuai dilaksanakan atau tidak. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan potensi murid-murid merangkumi aspek JERIS, maka ia tidak harus menjurus kepada satu-satu cabang kokurikulum sahaja. Adalah tidak wajar jika seorang murid mendalami sukan tanpa mempelajari kebudayaan dan sebaliknya. Tetapi dari cadangan ini juga boleh dicadangkan, guru-guru hanya terlibat dalam salah satu cabang kokurikulum sahaja dan perlu pakar dan mahir dalam bidang berkenaan sama ada sukan, kebudayaan dan seumpamanya bagi memastikan kepakaran mereka tidak disia-siakan  dan dimanfaatkan sebaiknya.
2. Begitu juga dengan majlis rasmi di sekolah, Kementerian Pelajaran boleh menetapkan beberapa acara rasmi sahaja untuk dijalankan setiap tahun dan diselaraskan untuk semua sekolah.
Cadangan ini sesuatu yang harus diteliti semula. Sebenarnya jika disedari, program-program yang dijalankan di sekolah amat banyak. Daripada program panitia, hal ehwal murid dan kokurikulum, ia dilihat seolah-olah dalam setahun waktu PdP banyak mengalami pengurangan. Ya, semua program yang dianjurkan ada manfaatnya, tetapi jika proses PdP banyak dikorbankan, yang rugi murid juga. Jika diteliti, selain program-program kokurikulum, program anjuran Panitia Pendidikan Islam juga sangat banyak. Ini berikutan panitia ini dilihat sebagai jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam mengimarahkan hari-hari kebsaran Islam seperti israk mikraj, awal muharam, ihya ramadhan dan seumpamanya selain aktiviti koakademik yang bermacam-macam. Jadi, cadangan mengehadkan aktiviti di sekolah seharusnya diterima dengan membuat perancangan awal dan diamsukkan di dalam takwim. Apa yang selalunya terjadi, banyak pula program lain yang tidak dimasukkan di dalam takwim dijalankan secara ad-hock.
3. Selain itu keluarkan arahan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar tidak lagi membebankan guru-guru dengan pemantauan berbagai-bagai fail kerana pada pendapat saya penilaian terhadap prestasi seseorang guru itu perlu dilihat dari aspek pengajaran dan bukannya sistem dokumentasi yang nampak begitu gah dari luar, tetapi jarang dilaksanakan dengan baik.
Pada saya, pihak atasan dalam kalangan pegawai di kementerian, jabatan dan pejabat pelajaran harus seia sekata dalam memberikan arahan. Realiti yang berlaku guru-guru di sekolah terpaksa menerima tekanan yang diterima daripada pihak-pihak atasan yang berlagak pandai dan serba tahu. Seharusnya guru-guru tidak harus tertekan dengan tugsan sampingan dalam menguruskan fail kerana bidang dan kepakaranannya adalah mengajar dan bukan menguruskan fail. Tidak salah untuk guru diberikan tangungjawab itu, tetapi ia seharusnya tidak ada percanggahan arahan dan cadangan yang dikemukakan oleh pihak atasan.
4. Menteri Pelajaran juga harus sedar arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai pangkalan data juga semakin menjadi-jadi pada hari ini sehingga kami terpaksa membeli ‘broadband’ semata-mata untuk kerja mengisi data.
Saya tidak merasakan cadangan ini harus diterima bulat-bulat. Tetapi apa yang harus dilakukan adalah, mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya dengan memastikan sistem ini dapat digunakan sebaiknya. Tidak sedikit laporan yang didengar mengenai kelemahan sistem atas talian yang diperkenalkan untuk tugasan-tugasan pengkeranian termasuk mengisi markah dan prestasi murid, tetapi penambahbaikannya tidak begitu mesra pengguna hingga menyebabkan banyak masa guru terbuang di depan skrin komputer biarpun ketika itu guru berada di rumah. Tatkala kakitangan di jabatan lain pulang ke rumah tanpa membawa kerja mereka, kalangan guru adalah sebaliknya. Dalam tempoh tidak mengajar beberapa waktu di sekolah, ia tidak mencukupi untuk guru menyelesaikan semua kerja dan tugasnya sekaligus dalam masa yang tepat.
5. Saya mewakili guru-guru dan saya juga sebagai ibubapa menasihatkan Kementerian Pelajaran untuk menghentikan PBS serta merta demi masa depan anak-anak kami. Jangan bazirkan waktu mereka di sekolah dengan PBS lagi.
Ramai yang melihat PBS ni satu sistem yang baru diperkenalkan ini baik untuk dilaksanakan. Lebih-lebih lagi bilamana pendidikan berasaskan peperiksaan semata-mata membuatkan murid sekadar cemerlang di atas kertas tetapi penghayatan ilmunya tiada. Namun dalam masa yang sama ia tidak sesuai dilaksanakan apabila mengambil kira keadaan dan situasi sekolah dan guru di Malaysia. Dengan jumlah murid yang ramai dalam sesebuah kelas dan lambakan tugas sampingan guru yang lain, adalah mustahil untuk PBS ini dilaksanakn dengan sebaiknya. Pihak kementerian seharusnya meneliti semula dengan mengambil kira aspek lain untuk memastikan kekeberkesanan sistem ini dilaksanakan pada beberapa tahun akan datang.

6. Jika pihak Kementerian Pelajaran malu untuk mengakui kesilapan mereka dan takut ego mereka tercalar, jalankanlah PBS tetapi bukan dengan cara penyediaan beratus ‘evidence’ yang perlu ditanda, difailkan dan kemudian diisi pula dalam SPPBS kerana ianya membebankan guru-guru dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada pelajar

Cadangan di atas ini mungkin kelihatan kelakar. Tetapi tidak salah untuk pihak-pihak berkaitan mempertimbangkannya demi kemaslahan semua pihak terlibat. Secara peribadi diakui tugasan ini sangat berkaitan dengan tugasan seorang guru, namun ia harus disemak semula bagaimana untuk dilaksanakan dengan sempurna. Cukuplah selama ini guru sebagai radas yang menjadikan murid sebagai tikus makmal dalam proses ujikaji yang dijalankan oleh pihak kementerian sebagai saintis yang hebat sedangkan telah banyak contoh dilihat yang mengakami kegagalan dan tida, berkesan gara-gara ia dijalankan atas dasar kepentingan sesetengah pihak sahaja.

Apapun cadangan yang diberikan, guru-guru masih meyakini pihak atasan mempunyai formulanya yang tersendiri untuk mengatasi segala masalah yang dikemukakan. Cuma bilakan jalan penyelesaian itu hendak dikemukakan, ia masih menjadi tanda tanya. Biarpun pelbagai pengalaman pahit yang diterima darpada isu dalam menyelsaikan masalah berbangkit berkaitan pendidikan dan keguruan, guru-guru masih komited menjalankan tugas mereka. Biarlah orang kata mereka tidak ikhlas dalam menjalankan tugas kerana merungut dan mengadu itu ini, tetapi ia bukan untuk kepentingan mereka. Selaku ejen perubahan masyarakat, mereka berhak menyuarakan cadangan agar sistem pendidikan berjalan dengan baik dan kemas lantaran mereka adalah kelompok yang berada dalam landasan pendidikan secara langsung sebagai pelaksana yang tentunya mengetahui salah, silap dan kepincangan yang ada dari masa ke masa.



ISU GURU DAN PENDIDIKAN BUKANLAH ISU REMEH


Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini isu-isu berkaitan pendidikan dan keguruan semakin mendapat perhatian masyarakat khususnya dalam kalangan warga pendidik sendiri. Antara isu yang timbul kebanyakanya adalah berkaitan bidang tugas guru yang rencam selain isu yang berkaitan dengan penyelarasan gaji dan kenaikan pangkat bagi sebilangan guru. Terdapat juga isu yang dibangkitkan berkaitan pelaksanaan sistem pendidikan yang berkait rapat dengan pembinaan diri dan potensi murid yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Malangnya banyak pihak melihat isu-isu seperti itu adalah perkara remeh yang diperbesar-besarkan untuk menarik perhatian masyarakat.

Ironinya, guru ada ejen perubahan dalam masyarakat. Sebagai ejen, guru perlu memiliki kekuatan, kelengkapan dan persediaan yang cukup untuk melaksanakan tugaasnya. Seiring dengan perkembangan semasa, cabaran yang wujud bukan mudah untuk dihadapi. Berbekalkan pengetahuan pengajaran daripada institusi pendidikan dan pengalaman dari masa ke masa daripada kerjayanya, ia dapat membentuk seorang guru menjadi ejen yang berkesan bagi merubah masyarakat mengikut acuan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendididkan Negara. Untuk memastikan ejen menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan juga, segala keperluan yang berkaitan dengan tugas dan maslahat dirinya harus diberikan perhatian. Ejen bukanlah hamba abdi yang boleh diarah sesuka hati tanpa mengira perasaan dan keperluan untuk memastikan kelangsungan tugas yang diberikan berjalan dengan baik. Malah, guru juga bukanlah sebuah mesen memproses produk yang ditekan butang on dan off. Sedangkan mesen pun perlu diselenggara, apatah lagi guru sebagai manusia. Isu-isu berkaitan gaji dan pangkat guru harus diselesaikan sebaik mungkin oleh pihak yang bertanggungjawab. Berdasarkan teori Hygen, ganjaran berbentuk ekstrinsit merupakan salah satu item yang dapat melonjakkan motivasi individu untuk melakukan sesuatu.

Guru juga bukanlah sebuah robot yang disetkan untuk menjalankan tugas pemiliknya semata-mata. Sebuah robot sememangnya dicipta untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak penciptanya. Bagaimanapun, guru pula sebaliknya di mana peranannya adalah berkaitan langsung dengan tugas-tugas pengajaran. Adalah tidak tepat jika guru dikaitkan sebagai kelompok yang harus menjadi pak turut semata-mata dengan membuat pelbagai perkara kerana kalangan guru sememangnya arif dan mengetahui tugas-tugas yang sepatutnya mereka laksanakan. Biarpun peranan guru adalah multi tasking yang dilihat sejak dahulu, kadang-kadang ia telah menyebabkan peranan sebenar guru tersasar daripada landasannya. Lihat saja lambakan tugas sampingan yang lebih banyak daripada tugas pengajaran yang wujud. Tugas-tugas luar pengajaran dilihat sesuatu yang membebankan guru sekaligus menjadikan motivasi guru berkurangan. Tugasan yang tidak masuk akal dengan gelaran seorang guru atau cikgu mencerminkan fungsinya yang tidak selari daripada tugas asalnya. Tidak dinafikan juga kebanyakan guru kecewa dengan situasi kerjaya keguruan pada hari ini. Untuk lari meninggalkan kerjaya ini, ia bukanlah seuatu yang bijak kerana kelompok ini mengetahui peranannya sebagai guru, ejen dan wasilah dalam penyebaran ilmu kepada anak didik sangat besar ganjarannya di sisi Tuhan. Alangkah tidak bijak jika menjadikan alasan kerja yang rencam itu sebagai alasan untuk melarikan diri. Mahu tidak mahu cabaran bebanana yang ada harus diterima dengan melalukannya sekadar yang termampu.

Isu penjenamaan semula KPM turut menjadi polemik dalam masyarakat. Walaupun diwujudkan signifikan kepada penggabungan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, ia dilihat tidak membawa impak yang besar kepada sistem pendidikan negara. Apa yang dilihat, ia lebih kepada penyusunan organisasi ke arah lebih bersistematik lantaran sebelum itu pelbagai isu yang berlaku antara kedua-dua kementerian itu hingga menenui jalan buntu seperti isu pertukaran gred kakitangan dan penempatan siswazah pendidikan. Namun, di sebalik penggabungan itu, istilah pelajaran juga diubah kepada pendidikan atas motif yang sama. Istilah ini bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi ia sebelum ini telah digunakan sebelum ditukar selepasnya. Apa yang dapat dilihat, istilah itu hanyalah sekadar satu istilah yang peranannya adalah sama. Tetapi, antara dua istilah tersebut secara peribadi, pendidikan dilihat lebih mencakupi seluruh aspek penererapan, tarbiah, pengajaran, bimbingan dan seumpamanya dalam membina generasi berilmu dan berpotensi di tengah-tengah masyarakat. Sementara pelajaran pula hanya terfokus pada bimbingan dalam proses pengajaran dan pembelajaran semata-mata dan terhad dalam usaha guru untuk memberi input kepada murid sementara proses seterusnya dilihat tidak menjadi kewajiban kepada guru untuk memastikan objektif yang lebih holistik tercapai. Boleh juga dikatakan, perubahan istilah itu sedikit sebanyak akan membawa kepada penggunaan wang yang tentunya bukan suatu perbelanjaan yang bijak. Apapun yang lebih penting daripada kedua-dua istilah itu sebenarnya, untuk membina masyarakat, bukanlah semata-mata tanggungjawab guru dan sekolah secara mutlak. Tetapi intergrasi melalui peranan ibu bapa, komuniti, masyarakat dan pemimpin sangat diperlukan.

Apapun isu berkaitan guru dan pendidikan yang wujud, ia seharusnya ditangani dengan berhemah. Adalah tidak wajar jika ada yang memberi respon kepada isu ini dengan meminta guru meninggalkan kerjaya keguruan sedangkan itulah niat dan matlamatnya yang sebenar selama ini. Apa yang harus dilakukan adalah mencari alternatif dan jalan penyelesaian yang sesuai memandangkan peranan guru yang penting dalam hirerki masyarakat relatifnya tidak boleh dipandang sebelah mata. Berlakulah adil kepada kelompok guru yang seramai lebih 400 ribu orang di mana istilah adil yang digunapakai menurut pemahaman Islam adalah meletakkan sesuatu ditempatnya. Mungkin ada yang melihat isu-isu yang dibangkitkan menerusi media massa dlihat sesuatu yang remeh dan tidak penting, namun sebenarnya dalam kebanyakan negara membangun dan maju, aspek pendidikan adalah keutamaan bagi mereka. Tidak rugi membuat pelaburan bagi meningkatkan mutu pendidikan dan sebarang kaitan dengannya, tetapi pastinya rugi mengorbankannya dengan tidak menyelasaikan isu yang timbul kerana tanpa guru siapalah kita semua.

Isnin, Mei 21, 2012

PERANAN GURU DALAM MENANGANI PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN



1.0           PENDAHULUAN

Pendidikan adalah salah satu institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan generasi masa hadapan. Sudah tentu sistem pendidikan itu mesti dirancang dengan teliti dan berhati-hati supaya sesuai dan munasabah dalam menghadapi segala kemungkinan dan cabaran ini (Ibrahim Saad 1990).

Dalam kepesatan pembangunan Negara, Pemimpin dan rakyat yang maju dan saintifik adalah hasrat utama pembangunan modal insan yang harmorni. Masyarakat yang maju dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik dan tidak ketinggalan dalam segala aspek perubahan globalisasi.

Sementara itu, institusi pendidikan bukanlah sesuatu yang jumud dan tidak boleh berubah sejajar dengan peredaran masa. Dunia pendidikan mestilah peka dengan perkembangan yang berlaku disekelilingnya. Setiap perubahan yang berlaku di luar dunia pendidikan mestilah diambil kira dan dibuat tindakan susulan. Ini bagi memastikan ilmu yang disampaikan kepada para pelajar adalah yang terkini dan mampu digunakan apabila mereka keluar dari alam persekolahan.
Untuk itu perubahan di sekolah tentu tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi sekolah sering dianggap sebagai agen perubahan untuk sesebuah negara. Guru yang menjadi golongan yang melaksanakan perubahan harus memberi sokongan padu kepada perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Persediaan yang secukupnya dari segala aspek fizikal, mental dan emosi haruslah ada dalam kalangan guru bagi memastikan perubahan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Bagi mengulas tajuk tugasan ini, sebuah artikel yang bertajuk Caught between different worlds: Teachers and educational change (Terperangkap dalam dunia berbeza: Guru dan perubahan pendidika) yang diperolehi daripada Jurnal Pendidikan dan Pembagunan Antarabangsa (IJED) telah digunakan di mana ia membincangkan isu yang berkaitan dengan respon guru terhadap perubahan dalam pendidikan.
2.0           GURU DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Di Malaysia serta kebnanyakan negara luar agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan dan latihan merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia akan menentukan kejayaan perubahan insan (Mohd Najib 1997). Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan kerana setiap ilmu dan penemuan akan berubah ke arah penambahbaikan setiap masa. Pelbagai faktor lain turut menuntut perubahan dalam pendidikan sama ada dari faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan menekan untuk melakukan perubahan khususnya dalam pendidikan di Malaysia.
Menurut Mok Soon Sang (1996), guru merupakan tenaga iktisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di institusi pendidikan. Manakala Moore (1995), pula mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu orang yang merancang, memandu dan menilai pembelajaran. Peranan ini memerlukan sokongan daripada orang lain. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa guru ialah pakar dalam pengajaran yang bertanggungjawab merancang, memandu dan menilai pembelajaran.

Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Walaupun istilah seperti perubahan kakitangan, latihan dalam perkhidmatan, dan perkembangan profesionalisme selalu di gunakan, tetapi perubahan ke atas guru menggambarkan satu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran pendidikan. Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Ia mesti dikendalikan dengan sistematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek.

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah bertangggungjawab untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna, secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan jayanya (Mok Soon Sang & Lee Sok Mee 1988).


3.0           LANGKAH-LANGKAH PERUBAHAN
Dalam melaksanakan perubahan dalam pendidikan Josept & Susan Berk (1993) dalam Mohammed Sani (2000) telah mencadangkan langkah-langkah berikut:

3.1           Mengenalpasti perubahan untuk keperluan
Untuk melakukan perubahan dalam pendidikan ia perlulah melihat kepada keperluan mengikut situasi semasa. Perubahan  juga perlu dilakukan secara menyeluruh dari pelbagai aspek.  Ianya termasuklah dalam aspek  latihan untuk pelajar dan guru serta  menyediakan kemudahan yang menyeluruh untuk semua.

3.2           Mengenalpasti pihak yang terlibat
Perubahan harus dilakukan dengan mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaannya. Antaranya adalah pihak sekolah terutamanya guru yang dilihat sebagai agen perubahan. Ia satu tindakan yang bijak bagi memastikan perancangan perubahan itu tidak sia-sia bahkan mengenalpasti pihak yang terlibat secara langsung dapat mengumpul kekuatan dan sokongan untuk mendapatkan kesan yang baik dalam perubahan.

3.3           Keperluan perubahan komunikasi.
Untuk melaksanakan perubahan yang dirancang ia memerlukan satu medium yang dapat menyebarkan kefahaman dan mesej jelas akan matlamatanya kepada seluruh masayarakat terutamanya warga pendidik. Segala maklumat berkaitan pendidikan seperti keperluan kursus, kenaikan pangkat dan sebagainya hendaklah dihebahkan kepada semua guru. Langkah ini dapat mengelakkan masalah lain yang membabitkan komunikasi selain perasaan prejudis terutamanya antara pentadbir dengan kaki tangan akibat tidak mendapat maklumat yang secukupnya.

3.4           Dapatkan pandangan subordinat yang terlibat
Apabila perubahan hendak dilakukan, perbincangan antara pihak lain terutamanya subordinat yang terlibat haruslah dilakukan. Sebarang perubahan yang hendak dijalankan perlu kepada pendapat atau pandangan semua pihak yang terlibat supaya dapat dibuat perancangan yang terbaik. Jika dalam situasi sekolah pihak pentadbir harus cuba elakkan daripada membuat keputusan secara autokratik tanpa mendapatkan pandangan daripada guru-guru sebagai kakitangan yang menjadi kepada pelaksanan perubahan di sekolah.

3.5           Melakukan perubahan dan bersedia untuk membuat pengubahsuaian
Perubahan yang dirancang itu perlulah benar-benar dilaksanakan dengan tidak hanya secara teori di atas kertas. Jika perlu plan tindakan mungkin perlu diubah suai setelah strategi sebelumnya menemui kegagalan. Perubahan juga  hendaklah selaras dengan perkembangan semasa dan tidak bertentangan dengan norma masyarakat di samping harus berani dalam menghadapi sebarang cabaran dan halangan yang berlaku.


4.0           PERUBAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KELAS

Dalam pengurusan perubahan,aspek-aspek yang harus ditekankan oleh aspek yang harus ditekankan oleh guru ialah penggunaan kaedah P & P guru ialah penggunaan kaedah P & P  yang :

4.1           Berpusatkan murid dan bukannya guru
Dalam situasi pendidikan semasa pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru tidak begitu relevan lagi digunakan. Selaras dengan perkembangan dunia pendidikan yang selari dengan globalisasi   pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar harus digunakan di dalam kelas. Komunikasi dua hala antara guru dan murid menjadi keperluan masa kini bagi mengembangkan potensi minda murid untuk berfikir dan member pandangan mereka berbanding hanya menerima bulat-bulat apa yang diberitahu guru tanpa banyak soal.

4.2           Berasaskan perkembangan teknologi
Era globalisasi tidak dapat dihalang daripada menembusi sistem pendidikan. Untuk itu guru harus menerimanya sebagai satu cara dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Penggunaan sumber dan bahan rujukan berkomputer dan berteknologi harus diberi penekanan kerana pelajar sendiri di luar sekolah telah tertedah dengan penggunaannya. Jadi, guru tidak boleh lari untuk menggunakannya bagi memberi kesan positif dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.

4.3           Berpandukan hasil penyelidikan terkini
Apabila dikatakan pendidikan satu perkara yang dinamik dan berkembang maka sudah tentu banyak penyelidikan telah dibuat bagi memastikan pendidikan itu sendiri sesuai dan relevan dengan situasi semasa. Oleh itu guru harus menerapkan pengajaran dan pembelajaran di kelas dengan menggunakan pendekatan-pendekatan, bahan-bahan dan maklumat-maklumat terkini agar memberi kesan yang baik terhadap perestasi murid.

4.4           Berlandaskan psikologi pertumbuhan dengan perkembangan murid.
Guru harus menyedari bahawa tahap penerimaan murid terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran tidak sama dan berbeza dari apa yang dari sukatan pelajaran yang digunakan. Oleh itu guru harus bijak melihat keadaan itu dengan

5.0           FAKTOR HALANGAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Walaupun pelbagai langkah dan pendekatan boleh digunakan dalam membuat sesuatu perubahan disebaliknya terdapat juga faktor-faktor yang menjadi halangan kepada keberkesanan dalam melakukan perubahan dalam pendidikan. Untuk itu Mr. Simon melalui artileknya ini telah menggariskan faktor-faktor kegagalan dalam membuat perubahan seperti mana berikut:
5.1           Kelemahan guru dalam memahami amalan perguruan.
5.2           Kecenderungan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru.
5.3           Budaya masyarakat yang konservatif dan karenah birokrasi.
5.4           Kerendahan status keprofesionalisme dan kuasa autonomi guru.
5.5           Kecenderungan dalam usaha dalam menerapkan pendidikan untuk semua (EFA) yang lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti.
5.6           Kesan negatif daripada dasar awam yang baru.


6.0           KESIMPULAN
Kualiti perkhidmatan perlu ditingkatkan dan pelanggan pendidikan mendesak peningkatan mutu perkhidmatan. Oleh itu, seseorang guru perlu memberi perkhidmatan bermutu, kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Warga guru perlu peka dengan perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih. Faktor-faktor di atas seakan mendesak guru agar berubah. Mereka perlu peka dan bertindak kepada perubahan supaya perubahan tidak membawa padah yang buruk (Zainal Abidin,1999).
Sebahagian penulis dalam Jurnal Pendidikan dan Pembangunan Antarabangsa (IJED) berpendapat bahawa perubahan dapat dijayakan dengan berkesan jika projek dan agenda perubahan yang dirancang itu dijalankan sebaiknya serta diuruskan oleh kakitangan yang komited dan berkemahiran.
Dalam menjayakan perubahan dalam pendidikan, semua pihak harus bekerjasama dalam memastikan setiap perancangan yang dibuat terlaksana sebaiknya. Guru pula seharusnya benar-benar menjadi agen kepada perubahan dan dalam masa yang sama bersikap responsif dan kritis terhadap pelbagai perkembangan dan dinamika peradaban yang berterusan berlaku dari semasa ke semasa (Najeemah 2006).
Guru juga dengan kerjasama dari pihak pentadbiran pendidikan seharusnya sentiasa menjadikan sekolah sebagai ‘magnet’ yang mampu mengundang tarikan kepada pelajar untuk berinteraksi, berdialog dan saling bertukar-tukar pendapat dalam suasana  pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Dengan cara sedemikian tidak akan berlaku keadaan di mana institusi seklah dijauhi oleh masyarakat akibat ketidakberjayaan sekolah dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang baik di era globalisasi.




__________________________________________

Ini adalah tugasan kuliah bagi kursus Perubahan Dalam Pendidikan yang telah saya perbentangkan di dalam kelas pada tahun 2011. 

Isnin, Januari 02, 2012

CADANGAN AKTIVITI CUTI SEKOLAH


Cuti sekolah kembali lagi. Lumrah kepada kanak-kanak dan murid sekolah, ia merupakan satu tempoh yang menyeronokkan apabila pada masa ini mereka tidak lagi terikat dengan buku pelajaran sekolah, aktiviti kokurikulum sekolah ataupun kelas tambahan sekolah. Malah, ramai yang menganggap inilah masanya untuk mereka berehat, bergembira dan melakukan sesuatu yang menjadi kesukaan mereka yang tidak dapat dilakukan selama tempoh sesi persekolahan. Maka perlbagai aktiviti dan program telah dirancang sebagai pengisian sepanjang cuti persekolahan. 

Bagi kalangan ibu bapa, mereka seharusnya ada perancangan tersendiri untuk anak-anak mereka. Tatkala menjalankan rutin harian bekerjaya, anak-anak harus dipastikan tidak terbiar tanpa perhatian wajar. Artikel ini ditulis adalah bagi menjawab surat yang disiarkan melalui berita harian bertarikh 31/12/2012 yang meminta agar tempoh cuti semester persekolahan dikaji semula. Kesimpulan daripada surat itu dapatlah dilihat bahawa ibu bapa yang kurang berkemampuan mengalami masalah untuk merancang cuti anak-anak mereka dengan aktiviti yang terbaik. Oleh itu, di sini dinyatkan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh disusun untuk anak-anak semasa cuti persekolahan antaranya:
 
1) Bercuti ke mana-mana destinasi; Bila menyebut bercuti, terbayang di fikiran ia memerlukan poket yang tebal. Bercuti tidak semestinya pergi melancong ke serata dunia dengan bajet yang tinggi. Boleh juga bercuti dengan melawat persekitaran sendiri dengan bajet yang kurang seperti berkelah di tepi pantai atau kawasan air terjun berbanding di taman tema air dan taman tema hiburan yang berbayar. Lawatan ke pusat-pusat ilmiah seperti Petrosains jika mahal boleh saja ke Planetarium negara yang tidak mengenakan caj yang tinggi selain melakukan lawatan ke muzium-muzium dan pusat kebudayaan. Jika mahukan lebih keakademian, boleh melawat dan meneroka buku-buku di mana-mana perpustakaan dengan membuat rujukan dan pinjaman berbanding membeli di toko-toko buku untuk mengurangkan bajet. Malah pilihan pulang ke kampung halaman juga satu idea yang baik berbanding melancong ke luar negara jika tidak ada bajet lebih untuk bercuti. Pilihan lain, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke ekspo-ekspo dan karnival-karnival yang bersesuaian seperti pameran buku, pertanian selain pusat hiburan yang tidak berbayar (saya maksudkan fun fair) berbanding mengunjungi pusat membeli belah yang mempunyai pusat hiburannya yang tersendiri.
 
2) Daftarkan ke mana-mana program motivasi dan perkhemahan; Program-program seperti ini sememangnya menjadi pilihan buat ibu bapa yang bekerja. Mungkin menanggap ia adalah tempat yang terbaik untuk anak-anak dididik sambil diperhatikan oleh pihak pengurusan berbanding apabila mereka bersendirian di rumah. Selain aspek pengurusan harian, anak-anak akan mendapat pengalaman yang baik dalam proses pendidikan dan sosial apabila berhadapan dengan situasi baru yang diisi dengan pelbagai aktiviti. Seperti yang dimaklumi semua, program ini juga memerlukan bajet yang besar untuk diperuntukkan terutamanya apabila terdapat 2, 3 atau 4 orang anak yang bersekolah. Tetapi jangan lupa, program ini sejak akhir-akhir ini menjadi trend semasaapabila sesi cuti semester bermula. Banya pihak yang menganjurkan program-program sedemikan seperti, motivasi dan sahsiah, agama dan kerohanian, akhlak dan ibadah, jati diri dan sosial dan sebagainya. Maka, banyak pilihan boleh dibuat untuk anak-anak. Jika ada bajet lebih, daftarkan sahaja anak-anak di mana-mana tempat mengikut pilihan. Pada yang bermasalah dari sudut kewangan, jangan tidak tahu, pihak pengursan masjid sekarang banyak yang menganjurkannya dengan kadar bayaran yang rendah. Jika ada daya usaha dan komitmen dalam komuniti setempat, buat perancangan dalam kalangan komuniti program-program yang serupa seperti di luar. Tentunya kos tidak setinggi di luar dan ia juga boleh memberi sumbangan dalam masyarakat.
 
3) Kelas tambahan untuk peningkatan akademik; Bagi ibu bapa yang prihatin dengan pembelajaran anak-anak, mungkin menghantar mereka ke kelas-kelas tusyen satu idea yang baik. Situasi ini merupakan sessuatu yang positif terutamanya kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM pada tahun berikutnya. Selain itu, anak-anak juga boleh dihantar untuk menjalani kelas mengaji dan fardhu ain untuk memantapkan bacaan dan kefahaman Islam selain aspek akademik semata-mata. Mengenai bajet pula, sekarang banyak pilihan boleh dibuat jika rajin membuat tinjaun ke pusat-pusat berkaitan. Jika bermasalah dengan kewangan, tidak perlulah mendaftarkan anak-anak ke pusat tusyen yang mahal seperti KUMON, Smart Reader dan sebagainya. Cukup sekadar di pusat-pusat biasa walaupun tidak ada nama yang gah memandangkan tujuan utama adalah mendapatkan ilmu. Jika tidak pun, boleh sahaja bertanyakan pihak sekolah jika ada kelas tambahan diwujudkan sepanjang cuti persekolahan. Kebanyakan sekolah pada masa kini menganjurkan kelas tambahan dengan kadar bayaran yang sangat rendah dengan harapan anak-anak murid lebih bersedia untuk meneruskan persekolahan pada tahun hadapan dengan penguasaan topik-topik lepas yang belum mahir. Idea lain, boleh juga dapatkan khidmat anak-anak yang lebih tua untuk membantu adik-adiknya dalam pelajaran selain meminta bantuan jiran-jiran dan masyarakat kominiti yabng ada kemahiran mengajar dan ilmu pengetahuan.

Daripada pandangan yang dikemukakan di atas, sebenarnya banyak lagi pilihan yang ibu bapa boleh rancang dan lakukan demi anak-anak. Jangan menggunakan alasan kewangan kerana pilihan kini banyak. Selain aktivit-aktiviti di atas, anak -anak juga boleh dilatih untuk menguruskan diri dan rumah dengan batuan ibu bapa. Ada sebilangan ibu bapa yang mengantar anak ke kampung, itu juga satu idea yang baik. 

Tetapi harus diingat, jangan anggap ia satu kaedah yang baik untuk kepentingan diri sendiri dari segi ongkos dan masa. Pastikan terdapat aktiviti-aktiviti yang dapat membina diri, minda dan sahsiah anak-anak daripada duduk melepak tidak tentu hala dengan rakan-rakan sebaya kerana ia juga satu keadaan yang tidak ada manfaatnya selain telah membebankan datuk dan nenek mereka di kampung. Sekurang-kurangnya pastikan wujud aktiviti bermanfaat walaupun menjaga dan melayan bicara datuk dan nenek mereka ataupun membantu mereka di kebun dan sebagainya.

Pendek kata ibu bapa harus bertanggungjawab merancang dan mengurus anak-anak semasa cuti persekolahan dengan tidak mengharapkan pihak lain menjaga dan memberi perhatian terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa yang menganngap cuti sekolah merupakan satu beban kepada mereka seharusnya sedar, itu bukan satu cadangan yang baik merujuk kepada cadangan untuk mengkaji tempoh cuti persekolahan kerana ia sememangnya memperlihatkan kepentingan diri ibu bapa dan sikap tidak prihatin kepada anak-anak. 

Jika ditanya kepada ibu bapa, adakah dahulu semasa zaman kanak-kanak, mereka tidak suka dengan cuti persekolahan? Tidakkah berasa seronok dengan musim percutian yang panjang? Fikir-fikirkanlah, jika ibu bapa bertanya kepada anak-anak mereka sendiri pun, mungkin mereka merasakan cadangan itu sesuatu yang menjengkelkan kerana fitrah mereka adalah suka kepada keseronokan, dan sebagai ibu bapa jangan mensia-siakan anak-anak yang sedang membesar. Baik buruknya mereka pada masa depan, ibu bapalah yang mencorakkannya walaupun kita menyedari cabaran keibubapaan ini makin tinggi dalam dunia tanpa sempadan pada hari ini. Jika anda tidak berupaya untuk mengelola anak-anak, apakata ibu bapa juga harus ambil cuti dan hadiri mana-mana kursus kemahiran keibubapaan untuk pengurusan keluarga yang lebih cemerlang :P




Isnin, Disember 26, 2011

Kepimpinan Pengajaran dan Kurikulum

Kepemimpinan pengajaran merupakan satu idea atau gambaran dalam fikiran yang telah dipertanggungjawab terhadap kejayaan sekolah-sekolah sepanjang tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an (Leihwood & Mary 1992). Begitu juga isu kepemimpinan pengajaran telah menjadi agenda utama bagi para pengetua di sekolah-sekolah yang berkesan. Drake dan Roe (1986) menganggap kepemimpinan pengajaran sebagai tugas utama pengetua sekolah. Menurutnya lagi dengan berperanan sebagai kepemimpinan pengajaran mereka dapat meningkat dan memajukan pembelajaran para pelajar.
Bagi Harris (dlm. Mohd Nor 2004) pula, kepemimpinan pengajaran dikaitkan dengan pelaksanaan program inovasi oleh pengetua di sekolah. Avi-Itzhak dan Peretz (dlm. Mohd Nor 2004) telah mendefinisikan konsep kepemimpinan pengajaran pengetua sebagai pencetus dan pelaksana inovasi kurikulum. Mohd Nor (2004) menambah, kepemimpinan pengajaran sebagai tindakan-tindakan yang diambil oleh pengetua, atau menugaskan kepada kakitangannya bermatlamatkan untuk memajukan pembelajaran pelajar. Kefahaman ini selari dengan kenyaan yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia (1993);
“Kepepimpinan kurikulum oleh pengetua melibatkan 3 peringkat: input, proses dan output. Sesungguhnya kepemimpinan kurikulum merangkumi bidang yang amat luas seperti peruntukan masa bagi sesuatu mata pelajaran dan penyebaran waktu, sukatan pelajaran, rancangan pengajaran tahunan, mingguan dan harian, JK sekolah, panitia mata pelajaran, pusat sumber sekolah, perkembagnan staf, sistem penilaian dan pencerapan di dalam bilik darjah.”
Menurut Hallinger (2003) kepemimpinan pengajaran berfokus kepada peranan pengetua dalam mengkoordinasi, mengawal, menyelia dan membangunkan kurikulum dan pengajaran di sekolah. Kepemimpinan pengajaran ialah peranan utama pengetua sekolah. Pengetua yang mengamalkan kepimpinan ini ialah pengetua yang yakin dan bermatlamat. Pemimpin pengajaran ialah pemimpin yang berkemahiran dan berkarisma. Mereka ialah pengetua yang rajin, benar-benar arif tentang kurikulum dan pengajaran, tidak takut bekerja dengan guru dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pemimpin pengajaran berorientasikan matlamat dan berfokus kepada peningkatan hasil pembelajaran pelajar. Misi dan strategi mereka lebih sempit tetapi focus. Kepemimpinan pengajaran sebagai agen pembentuk budaya dan mencipta suasana akademik yang meletakkan jangkaan yang tinggi kepada guru dan pelajar.
Sebagai gaya kepimpinan yang menekankan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan pengajaran ini ditakrifkan sebagai tindakan yang diambil oleh pengetua atau wakilnya bagi tujuan mempertingkatkan perkembangan pembelajaran murid-murid (Ishak 2003). Kepimpinan ini juga ditakrifkan sebagai ‘observable practice and behaviours that principals can implement’ (Hallinger dan Murphy 1985). Corak kepimpinan ini dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan guru dan pelajar yang dapat menghasilkan prestasi akademik yang cemerlang. Kepimpinan pengajaran berfungsi sebagai tugas utama pengetua sekolah. Pengetua dapat meningkatkan dan memajukan pembelajaran para pelajar dan adalah beberapa tugas bersepadu seperti penyeliaan pengajaran di bilik darjah, perkembangan staf dan perkembangan kuriklum.
Kepimpinan ini juga menurut Drake & Roe (1994) peranan pengetua dilihat dari dua dimensi iaitu pentadbiran/pengurusan dan kepemimpinan pengajaran. Pemimpin pengajaran merujuk pengetua yang mampu mengerakkan sekolah secara berkesan. Kepemimpinan pengajaran merupakan tindakan yang dilakukan oleh pengetua yang mampu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang turut melibatkan guru, murid, ibubapa, perancangan sekolah, pengurusan sekolah, kemudahan sumber dan budaya sekolah (Hallinger dan Murphy 1987). Justeru, pengetua perlu berperanan memastikan segala tenaga dan usaha guru-guru digembeling dengan menggunakan sumber yang ada ke arah pencapaian program pendidikan yang berkesan.


Sabtu, Disember 10, 2011

DI SEBALIK KEPRIHATINAN & INSENTIF



Hujung tahun ini kelihatan rezeki rakyat Malaysia secara umumnya sedikit bernasib baik. Dalam tempoh sebulan dua kebelakangan kerajaan seolah-olah mengambil berat n meluah keprihatinan dengan memberikan pelbagai insentif bagi meringankan beban rakyat. Bagus, barulah nampak moto yang sering segembar-gemburkan, rakyat didahukukan, pencapaian diutamakan.

        Bermula dengan pemberian wang RM100 kepada semua murid sekolah, nampaknya semua ibu bapa murid memberi respon positif menerimanya dengan senang hati. Tidak ada pula laporan yang menyebutkan ada kalangan ibu bapa yang tidak mahukan hadiah daripada kerajaan yang bermatlamatkan untuk persediaan persekolahan bagi tahun hadapan. Namun begitu,terdapat beberapa insiden yang berlaku yang dihadapi oleh beberapa sekolah di seluruh negara apabila ibu bapa melahirkan rasa tidak puas hati duit yang diterimanya dipotong untuk membayar yuran tertunggak. Dapat dilihat, kerana duit semuanya sanggup bertegang urat meminta hak, tetapi masih juga buat-buat lupa dengan hutang yang tertunggak. Di sini, kerajaan mendapat nama, tetapi pihak sekolah pula dicela, sedangkan agihan itu tidak harus diberikan kepada pihak sekolah.

         Kemudian, sekarang ini rata-rata masyarakat maklum dengan permohonan pemberian RM500. Permohonan dibuka kepada golongan masyarakat yang berpendapatan kurang daripada RM3000 yang mengetuai keluarga. Bermaksud ia berdasarkan pendapatan ketua keluarga dengan tidak merangkumi jumlah keseluruhan pendapatan seisi rumah. Lalu dilihat ia memberi peluang kepada ramai individu untuk membuat permohonan kerana jika tidak dicampur dengan jumlah pendapatan isi rumah yang lain tentu sahaja ramai yang layak untuk menerimanya. Sekali lagi masyarakat memberi respon positif dengan tidak ada pula laporan yang menyebutkan keenganan mana-mana pihak untuk tidak mengambil peluang itu.

      Terkini juga, dilaporkan semua pelajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah, sama ada institusi pendidikan tinggi awam dan swasta yang berada di bawah KPM dan KPT, mereka diberi juga insentif berupa baucer sebanyak RM50 untuk pembelian buku dan bahan-bahan pembelajaran di premis-premis yang terpilih. Sekali lagi golongan sasaran ini memberi reaksi positif untuk menerimanya. Malah peluang ini terbuka kepada semua yang bergelar pelajar di mana-mana institusi dalam negara dipelbagai peringkat pengajian hatta PHD. Dilaporkan semua pelajar boleh menghubungi pihak institusi masing-masing untuk mendapatkan baucer berkenaan.

    Daripada kesemua keadaan ini kelihatan ia memberi kebaikan kepada pelbagai lapisan masyarakat walaupun jumlah yang diberikan tidaklah begitu besar.  Namun begitu, penghargaan kepada pihak kerajaan tidak harus dinafikan.

       Namun tidak sekadar itu pula rasa keprihatinan kerajaan kepada rakyatnya. Terbaru kerajaan telah mengumumkan sebuah sistem yang baru yang dinamakan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam untuk semua kakitangan awam di negara ini. Sekali lagi kerajaan dilihat berjaya menarik perhatian umum dengan berita yang dianggap dinanti-nantikan oleh golongan sasaran. Namun disebaliknya, wujud polemik daripada pengumuman itu. Sama ada kerana kurang maklumat, tidak memahami maklumat ataupun tidak tahu menahu tentang sistem ini membuatkan sebahagian kakitangan awam curiga dengan sistem baru ini.

       Isunya mungkin berikutan pengumuman itu dibuat dengan pekeliling yang dikeluarkan meminta kakitangan awam menerima untuk memilih umur persaraan pada umur 60 tahun. Ia bukan sesuatu yang menyeronokkan apabila umur persaraan disentuh. Sebelum ini majoriti kakitangan awam menolak dan membantah idea persaraan pada usia emas lantara memikirkan implikasi terhadap kesihatan diri, tahap motivasi dan juga keupayaan minda untuk berkhidmat dalam usia yang sudah boleh dianggap waktu berehat di rumah. Namun keadaan ini seolah-olah tidak dipedulikan oleh pihak atasan. Lalu bantatah itu sekadar bantahan dan tiba-tiba pengumuman ini seiring pula dengan wujudnya SBPA yang dilihat sebagai taktik untuk memujuk kakitangan menambah tempoh perkhidmatan mereka di sektor awam.

       Tidak selesai dengan khabar usia persaraan 60 tahun, sebulan lalu isu arahan guru bertugas 9 jam sehari menjadi polemik hebat. Namun idea ini ditarik balik dalam tempoh beberapa hari lantaran wujudnya banyak bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kalangan yang bukan guru berbanding menerima idea itu. Keadaan ini seoalah-olah satu provokasi dari pihak kerajaan untuk membangkitkan emosi guru-guru, namun dalam pada itu masih wujud masyarakat yang prihatin dan maklum dengan tugasan guru yang bukan terhad pada tempoh 9 jam, malah menjangkau masa 7 hari seminggu dan 24 jam sehari.

       Apapun, bukan mudah pihak kerajaan untuk memuaskan hati rakyatnya. Bukan hanya kerana masyarakatnya berbilang bangsa, agama dan keturunan, tetapi juga berbeza latarbelakang dan ideologi. Dengan pemberian pelbagai insenitf kepada semua lapisan masyarakat ia seolah-olah satu pelaburan kepada kerajaan bagi memastikan rakyat masih bersamanya. Masyakat rata-rata melihat pemberian insentif ini sememangnya ada 'sesuatu' disebaliknya. Jika hendak disebut sebagai politik wang, mungkin tidak berapa tepat dan jelas. Tetapi metod yang digunakan ini seolah-olah satu mainan pujuk-pujukan dan dalam beberapa situasi dilihat seoalah-olah bermain tarik tali. Memberi dengan mengharap balasan yang terasa semacam satu paksaan. Terpulang kepada penerimaan dan persepsi individu untuk menganalisis situasi yang berlaku.


Isnin, November 07, 2011

TUGASAN KISSM

DASAR-DASAR KERAJAAN

1.               Bagi mencapai matlamat wawasan 2020, terdapat sembilan cabaran yang harus diatasi. Huraikan cabaran tersebut.


Jawapan:

Sembilan cabaran yang telah dikenalpasti ialah

i.                 mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.
·        Ia mesti menjadi negara yang aman,berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya,secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

ii.               mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri,bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
·        Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya,tidak mengalah kepada sesiapa, dan dan dihormati oleh rakyat negara lain.

iii.               mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
iv.              Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegara kukuh dalam nilai agama,dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi
v.                Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adapt,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara
vi.              Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga meyumbang kepada tamaddun saintifik dan teknologi masa depan
vii.             Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu system social yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insane tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling system kekeluargaan yang kukuh.
viii.            Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi berdasarkan kaum; dan
ix.              Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,giat dan kental.


2.             Dasar penswastaan telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Maac 1983 dengan tujuan-tujuan tertentu. Huraikan dengan ringkas tujuan-tujuan Dasar Penswastaan tersebut.

Jawapan:

Tujuan pelaksanaannya:

i.                 mengurangkan beban kewangan kerajaan
ii.                meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja
iii.               menggalakkan pertumbuhan ekonomi
iv.              pengagihan sumber secara cekap
v.                mempercepatkan pencapaian DEB/DPN
vi.              mengurangkan kerugian berterusan
vii.             meningkatkan pendapatan negara melalui cukai.
viii.             

3.             Terangkan matlamat dasar ekonomi baru dan strategi pelaksanaan yang telah dirangka bagi mencapai kadar pertumbuhan ekonomi negara.

Jawapan:

i.                 dilancarkan oleh kerajaan pada 1970 melalui Rancangan Malaysia kedua (1971-1975) merupakan rancangan ekonomi jangka panjang iaitu sehingga tahun 1990.
ii.                Matlamat utamanya ialah mewujudkan perpaduan antara kaum dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi,social,kebudayaan dan penempatan.Matlamat ini cuba dicapai melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi.
iii.               Antara langkah membasmi kemiskinan ialah
·        Mewujudkan peluang pekerjaan
·        Menggalakkan mobility pekerjaan
·        Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum,kawasan dan wilayah
·        Memodenkan kehidupan desa
·        Mewujudkan usahawan bumiputera
·        Memperbaiki taraf hidup rakyat melalui peluang Pendidikan dan penyediaan prasarana

iv.              langkah meyusun semula masyarakat ialah:

·        meningkatkan daya pengeluaran
·        mengurangkan ketidakseimbangan struktur guna tenaga antara kaum
·        menambah ekuiti saham bumiputera
·        mengurangkan kadar pemilikan saham asing
·        memajukan negeri-negeri yang mundur

v.                matlamat akhir DEB ialah memberi peluang penglibatan bumiputera sebanyak 30% dalam kegiatan ekonomi negara menjelang akhir tahun 1990.

4.             Terangkan factor-faktor yang diambil kira dalam penentuan Dasar Luar Malaysia



Jawapan:

Kepentingan nasional

·        Dari aspek keselamatan, Malaysia ingin mengelakkan sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara luar.
·        Dari aspek ekonomi, Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa oleh kerana ekonomi Malaysia adalah berorientasikan eksport
·        Jestru itu, Malaysia mengadakan hubungan baik dengan semua negara serta memperjuangkan prinsip perdagangan bebas dan pasaran terbuka.

Piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu

·        Malaysia merupakan penyokong kuat PBB yang dianggap sebagai pelindung negara-negara kecil serta penggalak keamanan dan kemakmuran dunia
·        Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip piagam PBB seperti memelihara keamanan dunia,melindungi hak asasi manusia,menegakkan keadilan dan kewibawaan undag-undang dan menggalakkan perkembangan ekonomi dan social

Persekitaran Geostrategik

·        Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang telah mengalami masalah ketidakstabilan politik sejak Perang Dunai Kedua
·        Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat bergantung kepada kejadian-kejadian yang berlaku di Asia Tenggara
·        Malaysia juga terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.ini menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menegakkan pengaruh masing-masing di rantau Asia Tenggara.
·        Jestru itu Malaysia mengutamakan hubungan yang baik dengan negara-negara Asia Tenggara . Malaysia juga ingin menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman bebas dan berkecuali

Islam

·        Memandangkan Islam merupakan agama persekutuan Malaysia menitikberatkan hubungan baik dengan negara-negara Islam
·        Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam serta menyokong projek-projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam

Bekas jajahan British

·        Malaysia sebagai bekas jajahan British menganggap dirinya sebagai anggota Komanwel British
·        Malaysia meneruskan hubungan dengan Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand

Dasar Berkecuali

·        Sejak tahun 1970 malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu ia ingin mengadakan hubungan yang baik dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideology mereka
·        Dasar berkecuali ini bertujuan mengelakkan penglibatan Malaysia dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia.

Prinsip hidup bersama

·        Malaysia berpegang teguh kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai. Malaysia berpendapat bahawa rakyat sesebuah negara hendaklah menentukan nasib mereka sendiri
·        Malaysia juga berpendapat bahawa negara-negara luar tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara
·        Jestru itu Malaysia telah menyokong perjuangan Pertubuhan Pembebasan Pelastin,Kerajaan Demokratik Kemboja dan pejuan-pejuang Mujahidin Afghanistan.



11.  Huraikan faktor-faktor yang diambil kira dalam penentuan Dasar Luar Malaysia


A.    PENGENALAN


1.     Dasar Luar Malaysia bertujuan melindungi dan memajukan kepentingan-kepentingan nasional, iaitu keselamatan dan kesejahteraan ekonomi.
2.     Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali dan ingin mengadakan hubungan yang baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi.

B.    FAKTOR-FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA DALAM PENENTUAN DASAR LUAR MALAYSIA

1.     Kepentingan nasional
a)     Dari aspek keselamatan, Malaysia ingin mengelakkan sebarang ancaman atau serangan dari negara-negara luar.
b)     Malaysia merupakan negara yang kecil dan tiada mempunyai kekuatan tentera. Malaysia tidak boleh menggunakan kekerasan dalam dasar luarnya. Justeru itu, Malaysia ingin mengadakan hubungan baik dengan semua negara.
c)     Dari aspek ekonomi, Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa memandangkan ekonomi Malaysia adalah berorientasikan eksport.
d)     Justeru itu, Malaysia mengadakan hubungan baik dengan semua negara termasuklah negara-negara komunis seperti Rusia, China dan negara-negara Eropah Timur.

2.     Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
a)     Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) seperti memelihara keamanan dunia, melindungi hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan kewibawaan undang-undang dan menggalakkan perkembangan ekonomi dan sosial.
b)     Malaysia menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTAD. Malaysia pernah juga menyertai Pasukan Pendamai PBB di Congo dalam tahun-tahun 1960-an.

3.     Kedudukan geografi
a)     Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang mengalami masalah ketidakstabilan politik sejak Perang Dunia Kedua.
b)     Pergolakan politik di Indo-China serta Pendudukan Vietnam di Kampuchea membimbangkan negara-negara ASEAN memandangkan ia mungkin merebak di rantau tersebut.
c)     Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat berantung kepada apa yang berlaku di Asia Tenggara.
d)     Malaysia juga terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Ini menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menegakkan pengaruh mereka di rantau Asia Tenggara.
e)     Justeru itu, Malaysia mengutamakan hubungan yang baik dengan negara-negara Asia Tenggara.

4.     Islam
a)     Memandangkan Islam merupakan agama rasmi negara, Malaysia menitikberatkan hubungan baik dengan negara-negara Islam.
b)     Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam serta menyokong projek-projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam.
c)     Malaysia juga terlibat di dalam usaha-usaha perantaraan untuk menyelesaikan konflik Iran-Iraq.

5.     Bekas jajahan British
a)     Malaysia sebagai bekas jajahan British menganggap dirinya sebagai anggota Komanwel British.
b)     Malaysia meneruskan hubungan dengan Britain dan Kerajaan-kerajaan Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand.

6.     Dasar Berkecuali
a)     Malaysia tidak ingin berpihak kepada Blok Barat atau Blok Komunis. Ini bertujuan mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar.
b)     Maka Malaysia ingin mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi.

7.     Prinsip hidup bersama
a)     Malaysia berpegang teguh kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai.
b)     Malaysia berpendapat bahawa rakyat sesebuah negara hendaklah menentukan nasib mereka sendiri.
c)     Malaysia juga berpendapat bahawa negara-negara luar tidak boleh campur tangan dalam hal-ehwal sesebuah negara.
d)     Justeru itu, Malaysia menyokong perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan perjuangan-perjuangan Mujahidin Afghanistan.

C.    KESIMPULAN

1.     Malaysia ingin mengadakan hubungan baik dengan negara-negara luar tanpa mengira ideologi mereka.
2.     Keutamaan dalam Dasar Luar Malaysia adalah berdasarkan kepada hubungan erat dengan negara-negara Asia Tenggara, negara-negara Islam, negara-negara berkecuali dan Kerajaan-kerajaan Komanwel.


_____________________________________________________
Ini adalah salinan daripada tugasan yang penulis sediakan semasa menjalani Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia sesi Julai 2009. Keputusannya, penulis mendapat markah dan gred lulus yang baik :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.