Carian Daripada Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label AQIDAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AQIDAH. Papar semua catatan

Selasa, Disember 25, 2012

DUNIA BELUM KIAMAT


Dunia belum kiamat. Ya, kenyataan itu adalah sebahagian daripada kata-kata yang diucapkan oleh individu-individu yang menjadi penunggu kepada tarikh yang diramalkan bakat mengakhiri dunia iaitu pada 20/12/2012. Jelas, ramalan itu meleset sama sekali. Amatlah malang, dilaporkan dalam media antarabangsa, terdapat sebilangan individu yang bertindak membunuh diri semata-mata tidak sanggup menghadapi saat-saat penamatan dunia seperti yang tercatat dalam kalendar kaum Mayan. Tetapi, pada akhirnya situasi itu tidak lagi berlaku pada tarikh itu. Sekian banyak ramalan yang dibuat sebelum ini oleh pelbagai pihak, mengapa masih ada yang mahu mempercaya?

Bagi yang beriman, sedari awal telah meyakini akan pengakhiran dunia ini tidak langsung diketahui oleh mana-mana makhluk setepatnya. Melalui rukun iman yang kelima, jelas menunjukkan kepercayaan untuk meyakini adanya hari kiamat, namun tidak pula dituntut untuk mempercayai bilakah masanya kiamat itu. Malah perkara yang di luar pengetahun makhluk merupakan dalam pengetahuan Allah semata-mata. Walaupun hari kiamat itu bersifat ghaib sama seperti adanya kewujudan syurga, neraka, malaikat, iblis, roh dan sebagainya, sebagai manusia beriman kepercayaan 100% adalah perlu sebagai tanda mengimani ketauhidan Allah Yang Maha Kuasa. Keraguan walau 1% terhadap perkara-perkara ghaibiyat ini boleh jadi dapat menjejaskan aqidah seseorang. 

Namun, sebaliknya bagi yang tidak beriman dengan hari akhirat, mereka sekadar tersenyum seolah-olah memerli mereka yang percaya dengan adanya hari kiamat, apatahlagi akan tarikh ramalan kiamat itu. Pada mereka, dunia ini kekal selama-lamanya, dan hidup mati seseorang pula adalah satu kitaran hidup yang normal dan biasa. Kerana itulah dapat diperhatikan golongan yang begini akan hidup bebas sebebas bebasnya mengikut kemahuan hatinya. Perkara baik dan buruk tidak diperdulikan. Yang hak dan batil tidak diambil perhatian. Yang halal dan haram apatahlagi, semua bercampur aduk dalam kehidupan mereka. Gejala ini tidak berlegar dalam kalangan mereka yang tidak mempercayai adanya Tuhan, tetapi pada yang mengaku masih bertuhan, tetap menjalani hidup seperti orang yang tiada pedoman. Mengaku bertuhan dan beragama terhad kepada beberapa keadaan dalam kehidupan mereka sedangkan bagi umat Islam secara khusus, kehidupannya haruslah berjalan mengikut rentak agama setiap masa. Tidakkah mereka menyedari Islam yang bertapak dalam hatinya itu adalah sesyumul-syumul agama yang merentas sempadan masa, waktu, tempat dan zaman? Walau pun ramai yang mengetahui, apa yang berlaku kebanyakkannya terlupa dengannya. Maka, kehidupan mereka dilihat sama sahaja dengan manusia-manusia lain yang tidak mengesakan Allah pada akhirnya.

Apa pun keadaannya, bagi masyarakat muslim yang bijak, ramalan itu walau pun ditolak, tidak pula berterusan diperlekehkan. Menerusi hadith-hadith nabi, kronologi pengakhiran dunia jelas dinyatakan. Tanda-tanda akhir zaman satu persatu telah dihuraikan oleh ramai ulama silam dan semasa. Alamat-alamat kiamat yang kecil dan besar juga telah disyarahkan sejak lama dahulu. Jadi, mengapa harus diabaikan apa yang telah ditetapkan Allah melalui lidah baginda Rasulullah? Sebelum terus memusatkan fikiran kepada hari kiamat, perlu dilihat dahulu signal-signal yang ada satu persatu. Pada yang mencari kebenaran, kesemua tanda-tanda ini akan dijejaki satu-persatu tanpa mengabaikan apa-apa kemungkinan yang terjadi pada persekitarannya. Walau pun begitu, ramai pula masyarakat yang memperlekeh golongan yang berusaha mengamati apa yang telah Allah dan rasul nyatakan. Yang mengahairankan, masyarakat yang mendakwa mengamalkan al-Quran dan al-Suannah pun turut mempermain-mainkan golongan itu sedangkan mereka sepatutnya tidak bersifat sedemikian terutamanya bagi golongan ulama semasa merekalah yang sepatutnya terkehadapan dalam menyusurinya. Untuk berdiam diri sahaja mungkin satu tindakan yang baik untuk masyarakat muslim awam, tetapi yang bijak pandai dalam agama, itu bukanlah sifat seorang yang ada pendidikan dan ilmu pengetahuan.

Bagaimana pun, bulakah masanya kiamat itu berlaku bukanlah isu utama dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Keimanannya kepada Allah perlu dipertingkatkan dan aqidah selaku umat Islam perlu dimantapkan dari semasa ke semasa. Tidak perlu menyibukkan diri dengan ramalan-ramalan yang ada tanpa berbuat sesuatu yang membawa diri ke arah persediaan memperbaiki diri untuk menghadapi Tuhan-Nya. Tentu sahaja inilah antara golongan yang muflis di akhirat sedangkan sebagai muslim tiket untuk mendapat kebaikan di akhirat sangat terbentang luas. Selagi masih ada umur dunia ini, berterusanlah memastikan diri berada di landasan-Nya. Tetapi jangan pula menganggap umur dunia ini lama lagi, kerana apa yang perlu diingatkan adalah umur diri sendiri yang belum tentu lama atau sebentar lagi. Boleh jadi, sebelum datangnya kiamat dunia, kiamat diri pula menyusul dahulu. wallahu a'lam.




Ahad, November 06, 2011

MANIFESTASI DARI SEBUAH PENGORBANAN AGUNG



Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana buat kesekian kalinya kita dapat merayakan Aidil Adha bagi tahun 1432 hijriah. Hari ini yang turut disebut dengan Hari Raya Qurban adalah hari untuk kita memanifestasikan pengertian sebuah pengorbanan. Secara literalnya sememangnya bila mana tibanya Aidil Adha ibadah khusus bagi masyarakat Islam adalah menyembelih binatang ternak sebagai tanda korban. 

Ibadah korban adalah satu tuntutan bagi memperingati dan menyusuri kisah sebuah pengorbanan Nabi Ibrahim yang secara paksa rela bertekad untuk mengorbankan anaknya melalui mimpi yang menggambarkan baginda menyembelih anaknya, Ismail. Sebagai ayah yang menyayangi si anak tentu sahaja perkara itu begitu sukar buatnya. Namun kerana itu arahan Allah tentu sahaja ianya perlu dilaksanakan. 

Tekad Nabi Ibrahim sebagai ayah yang menyayangi anaknya turut mengikat keyakinan si anak yang menjadi objek sembelihan seperti sarananan di dalam mimpi ayahnya. Tatkala Nabi Ibrahim meluahkan rasa hairan dengan ulangan mimpi itu kepada Ismail, tidak timbul riak kerisauan mahu pun kemarahan dari hatinya. Dengan lembut ayahnya diyakinkan bahawa pastinya itu perintah Allah yang wajib ditunaikan. Hati si ayah yang bergelodak ditenangkan dengan pelbagai kebarangkalian hikmah yang bakal muncul daripada saranan mimpi. 

Bagi pihak Siti Hajar sebagai ibu kerisauan jelas terpancar diwajahnya. Terfikir di benaknya masakan itu arahan daripada Allah. Namun melihat keyakinan anaknya dan kepasrahan suaminya yang meyakini memang ianya arahan daripada Tuhannya maka hatinya meredhakan akan apa yang bakal berlaku. Tambahan pula ini bukanlah ujian hebat yang dilaluinya malah sebelum itu pun dirinya pernah ditinggalkan bersama-sama Ismail yang masih bayi ditengah-tengah padang pasir yang tandus tanpa penghuni dan sumber makanan. Jadi, ujian yang bakal dihadapi ini mungkin saja akan ada hikmah disebaliknya seperti mana kebaikan yang diperolehi sepeninggalan suaminya suatu ketika dulu.

Keyakinan ketiga-tiga individu sekelurga itu dapat dilihat satu pengorbanan agung dan besar. Mengikut logik mana mungkin akan ada arahah yang dianggap gila sesetengah orang untuk seorang ayah mengorbankan anaknya. Tidak mungkin juga akan ada seseorang yang sanggup berkorban untuk melalui detik-detik cemas dikorbankan oleh orang tersayang. Juga jauh sekali aka nada seorang ibu yang pasrah membiarkan anaknya diperlakukan sedemikian rupa. Namun kolaborasi keyakinan mereka membuahkan satu hikmah yang jauh lebih hebat sehingga meninggalkan kesannya sehngga ke hari ini.  

Apa yang dapat dilihat, sesuatu yang berharga dan disayangi menjadikan kita tidak sanggup kehilangannya bahkan seboleh-bolehnya mempertahankannya daripada rosak dan musnah. Sesuatu yang berharga dijaga dengan baik mungkin melebihi diri sendiri dan perkara-perkara lain pula dikesampingkan. Namun bagi Nabi Allah Ibrahim mimpi berulangan sebanyak tiga kali tidak lagi menjadi keraguan baginya. Malah menyakini itu adalah perintah allah yang pastinya ada hikmah terkandung atas arahan yang diberikan. 

Sifat yakin Ismail atas arahan Allah itu menunjukkan rasa taat dan pasrah yang tinggi kepada Tuhannya. Tidak sesekali perintah itu disanggah walaupun menyedari dirinya bakal dikorbankan dari tangan ayah yang menyayanginya sendiri. Keberanian ini timbul hasil daripada sifat taqwa dan yakin dengan apa yang telah ditakdirkan dalam hidup. Andai kata keyakinan kepada Allah itu kuat dan utuh apa sahaja yang menimpa dalam hidup akan sentiasa dilalui dengan sabar dan redha. 

Pasrahnya Siti Hajar jelas memperlihatkan kekuatan rohaninya dalam menerima ujian Allah. Bukan tiada sifat keibuan terserlah darinya namun beliau tetap menyakini betapa kasih sayang Allah lebih luas dari apa yang dimiliki. Kebergantugan itu menjelaskan bahawa kebesaran allah itu luas dengan segala kehebatannya yang berkuasa atas segala apa yang dimiliki. Sebagai manusia yang menjadi ciptaan-Nya, terpulanglah pada Allah untuk menentukan apa yang terbaik buat diri hamba-hamba-Nya. Tugas sebagai manusia ke atas Khaliqnya hanyalah menuruti apa yang diperintahkan dan menjauhi segala larangan-Nya.

          Dengan demikian sebagai umat islam yang mengakui akan keagungan Allah perlulah sentiasa meletakkan asas keyakinan kepada Tuhan melebihi daripada segala-galanya. Melalui keyakinan jugalah sebuah pengorbanan dapat dilakukan. Mengorbankan sesuatu yang disayangi, atau sanggup berkorban demi sesuatu yang dicintai, atau juga melihat sebuah pengorbanan yang dapat menyucikan diri menjadikan ia sebagai landasan dalam membuktikan keikhlasan dan rasa kehambaan kepada Allah. Apa yang berlaku dan dilalui oleh kita juga pasti mengandungi hikmah yang besar. Tatkala kita merancang sesuatu jangan dilupa perancangan Allah jauh lebih hebat kerana Dialah satu-satunya sebaik-baik Perancang. 



Rabu, September 07, 2011

SPM: Sijil Padang Mahsyar




SPM...sebuah penilaian yang amat-amat penting dalam hidup kita...menjadi penentu kepada masa depan pendidikan dan kerjaya...yang lulus cemerlang memang akan berbahagia...yang cukup2 makan kene pandai2 nak hidup la...yang kantoi pula baru terasa menyesal tak terhingga...namun...walau secemerlang mana pun kita...atau sekantoi mana pun jua...penilaian ini tidak memberi apa2 makna buat kita...kerana penilaian itu hanyalah demi kehidupan dunia semata-mata...mungkin juga menjadi jambatan di akhirat sana...kerana di sana...ada satu lagi SPM kita kene hadapi dan merasa...seluruh manusia tidak akan terlepas daripadanya...wajib melaluinya bagi menetukan hala tuju balasan seterusnya...lalu, apakah dia...? SPM di dunia adalah Sijil Penilaian Malaysia...manakala SPM di akhirat adalah...Sijil Padang Mahsyar. Sudah pastikah kita akan cemerlang seperti SPM di dunia...? Bersedialah kita untuk menduduki SPM buat kali yang kedua :D

Khamis, Jun 09, 2011

PENGUKUHAN AKIDAH SEBELUM SYARIAT



Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun memperlihatkan satu tempoh yang ideal bagi dakwah dan syariat Allah diperkenalkan kepada seluruh umat. 13 tahun di bumi Makkah tidak cukup untuk syiar Islam terpancar seluruhnya. Kala ini penerapan Islam lebih tertumpu kepada pengukuhan akidah dalam hati-hati umat yang dengan rela dan pasrah menyerahkan segala jiwa raganya demi keimanan kepada Allah. Sebagai syarat utama keimanan, KeEsaan Allah wajib diperkukuhkan dalam diri dengan meninggalkan segala perakuan syirik yang menyekutukan-Nya.

Kemudian untuk tempoh 10 tahun terakhir adalah era Islam bertapak di Madinah di mana pada masa ini  secara berperingkat syiar-syiar Islam tertegak dan diperkenalkan kepada penganutnya. Seruan tidak sahaja semata-mata meyakini Allah sebagai Tuhan seperti mana yang diterapkan oleh Rasulullah di Makkah bahkan memperakui keEsaan-Nya melalui amalan dan tindakan. Solat yang disyariatkan sebelum era Islam di madinah sekitar 9 tahun Islam disebarkan diperkukuhkan pula dengan amalan puasa dan zakat selain tuntutan-tuntutan kewajiban dan kifayah selainnya.

Daripada pembahagian period Islam di Makkah dan Madinah jelas sesuatu boleh diambil untuk difikirkan bersama – Aqidah mendahului Syariat – di mana satu persoalan yang sebenarnya pernah berputar di kepala suatu masa dulu kini mula menemui jawapan yang relevan untuk dikongsi.

Pengukuhan akidah dengan mengenal Tuhan lebih utama perlu ditanamkan dalam hati dan minda manusia sedang syariat melalui ibadat pula diamalkan setelah pasti Tuhan itu dikenali sebaik-baiknya. Ramai dalam kalangan kita beramal tanpa sedar seringkali pada masa yang sama lalai dan lupa dengan Sang Penciptanya.

Seringkali manusia menyedari Allah itu sebagai Tuhan yang Maha berkuasa tetapi pada waktu yang sama masih melakukan kemungkaran. Mungkin solatnya cukup lima waktu namun masih suka berbohong dan terlibat dengan fitnah. Atau juga seseorang yang cukup puasa dan zakatnya namun suka sangat menganianyai orang lain. Keadaan ini menunjukkan betapa dalam hati masih wujud ruang kosong yang tidak diisi dengan hakikat Ihsan yang meyakini Allah melihat dan mengetahui segala apa yang dilakukan.

Tidak kurang ada yang sudah menjejakkan kaki di depan kaabah tetapi dalam hati masih mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Malah memanjat doa saban kali selepas solat masih tidak meletakkan keyakinan 100% kepada Allah. Selalu tidak bersangka baik dengan-Nya selain seringkali melupakan Allah diwaktu senang dan hanya mengantinya kala dalam kesukaran.

Jika begitu adakah mereka telah mengenali Tuhan dengan sebaik-baiknya? Jika Tuhan dikenali segala sifat dan zat-Nya pasti hati akan sentiasa terpaut dan merasakan dirinya sebagai hamba yang lemah. Pergantungan kepada Allah semata-mata tentu saja itu jawapannya bagi orang yang benar-benar takwa dan percaya dengan keEsannya.

Keyakinan kepada Allah perlu diperkukuhkan dahulu disebabkan ia melibatkan pemupukan hati untuk memberi kefahaman jelas bahawa tiada Tuhan yang lebih agung dari-Nya. Dengan maksud jangan ada yang lain untuk dipercayai dan bergantungan hanya selain kepada Tuhan yang dipercayai paling berkuasa dan hebat tanpa sebarang keraguan. Tatkala Allah diimani sepenuh hati maka secara tidak langsung dirinya sentiasa terpaut pada pergantungan dengan-Nya. Tiada yang lain untuk diminta dan diharap bila mana hatinya telah dipenuhi dengan rasa kehambaan kepada Allah dahulu.

Untuk melahirkan rasa kehambaan, bagai seorang pacal hina di mata si raja memerlukan takwa yang menjadi benteng kepada segala tindak tanduk dalam kehidupan hariannya. Melalui takwa menjadi asas kepada perlakuan-perlakuan lain yang dibuat seolah-olah merasakan Allah mengetahui dan memerhatikannya saban waktu selain memahami akan kesan daripada tindakannya yang tidak selari dengan syariat.

Dengan ini, apabila sifat takwa telah wujud dalam hati dengan meyakini akan adanya Allah yang begitu hebat kekuasaannya maka segala tindakan dan perlakuan seseorang itu pastinya tidak terpesong dari jalan dan cara yang salah. Lalu dengan itu keadaan hati telah yakin dengan Allah maka dizahirkan pula dengan amal ibadah yang membuktikan keimanannya. Pada waktu ini tidak mungkin boleh wujudnya kemungkaran walau seseorang mengakui berimana kepada Allah. Tidak akan terjadi juga pada seseorang yang cukup solat lima waktu tetapi mencuri dan menyamun. Atau seseorang yang puasa dan beramal kebajikan tetapi membuka aurat dan memperlekehkan hukum Allah. Tidak mungkin itu adalah sifat seseorang yang beriman dan bertakwa yang tentunya mengetahui akan kesan dan akibat daripada setiap daripada tingkah lakunya yang berlawanan dengan pengakuannya yang mengimani Allah sepenuh jiwa raga.

Maka jelas menunjukkan mengenali Allah sebagai Tuhan yang Esa dan Agung adalah perkara yang sebaik-sebaiknya perlu ditekankan dalam diri seseorang. Ia merupakan kunci kepada kebahagian dunia akhirat melalui ibadat yang dilakukan dengan mengetahui apa tujuan amal ibadahnya itu. Adalah sia-sia bila mana seseorang itu beramal tapi tidak mengetahui tentang Tuhannya. Malah tidak pula sempurna keimanannya andai tidak dibuktikan dengan amal ibadahnya. Di mana pun keadaannya, ‘awaaluddiin makrifatullaah’ iaitu perkara awal dalam beragama (Islam) adalah mengenali Allah.


Sabtu, Februari 12, 2011

Sambutan VALENTINE'S DAY: Memperlekeh Aqidah Muslim





PANEL Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Amalan merayakan Valentine Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan Islam.”

Hakikatnya larangan bagi meraikan sambutan Hari Valentine berpaksikan kepada dua alasan utama iaitu pertama, ia dilarang nas syarak dan kedua ia mampu mendatangkan kesan kehancuran yang besar kepada agama, bangsa dan negara.

Menurut Rizki Ridyasmara dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, sejarawan masih tiada kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diingati.

Bagaimanapun, berdasarkan sejarah, ada empat pendapat popular berkaitan Hari Valentine;

Pendapat pertama:
Ia mengaitkan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia iaitu upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari.

Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bernama Juno Februata. Pada hari itu pemuda Rom memilih nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak terbabit secara rawak.

Nama gadis yang tertera akan menjadi pasangan dan objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelih anjing dan kambing.

Kemudian mereka memilih dua pemuda Rom dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang itu ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Selepas itu diadakan perarakan besar-besaran diketuai dua pemuda itu yang memukul orang ramai di laluan dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk menerima pukulan kerana beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua:
Ia mengaitkannya dengan kematian paderi St Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Peristiwa ini yang sering dikaitkan dengan kisah pengorbanan besar demi keagungan cintanya terhadap agama sementara versi lain, cinta kepada seorang gadis.

Pendapat ketiga:
Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St Valentine ialah individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu.

Disebabkan sumbangan itu, St Valentine dianggap kekasih rakyat dan 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol yang dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat:
Ia berdasarkan apa yang dinukilkan Geoffrey Chaucer, penyair Inggeris dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.

Berdasarkan versi itu, jelaslah tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan sudah terang lagi bersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan akidah Islam dan orang Islam sendiri. 


http://b.scorecardresearch.com/p?c1=8&c2=6864323&c3=993&c4=&c5=&c6=&c10=&c15=&cj=1

Rabu, Januari 26, 2011

MENGIMANI TANPA MEMPERSOAL PERKARA GHAIBIYAT DAN SAM'IYYAT


Dalam dunia ini tidak semua benda dapat dilihat dan dirasa oleh manusia dengan pancaindera dianggota badannya. Ada juga ilmu-ilmu yang menjadi rahsia sehingga tidak dapat diketahui oleh manusia secara jelas. Untuk menjelaskan kenyataan ini, ia lebih tepat menggunakan perkataan ghaibiyat dan sam’iyat. 


Ghaibiyat secara umunya membawa erti perkara-perkara yang ghaib dan terhijab untuk diperlihatkan kepada manusia. Atau dengan kata lain manusia tidak dapat melihat dan merasakannya melalui mata kasar atau menyentuhnya dengan kulit. Contoh mudah adalah kewujudan jin dan syaitan yang ada disekeliling manusia. Walaupun menyedari akan adanya makhluk-makhluk itu, ia masih tidak dapat dilihat oleh manusia. 

Manakala sam’iyyat pula membawa erti perkara-perkara yang menjadi pengetahuan hanya melalui pendengaran atau didengarinya tanpa dapat dilihat perkara-perkara berkenaan. Contohnya adalah berkenaan dengan syurga dan neraka yang hanya diketahui manusia melalui al-quran atau hadith nabi. Untuk menyaksikan keadaan syurga dan neraka tentu saja mustahil.

Setiap penganut Islam wajib mempercayai akan adanya unsur-unsur ghaibiyat yang tidak boleh dipertikaikan walaupun tidak dapat dilihat secara nyata melalui penglihatan mata. Bahkan untuk mengkufurinya pula menjadikan keimanan seseorang itu rapuh lantaran tidak meyakini akan adanya perkara-perkara ghaib yang menjadi pengetahuan Allah.

Selain mengakui akan adanya unsure maujud yang harus diimani seperti mukjuzat al-Quran dan pengutusan rasul-rasul setiap muslim harus juga mengakui akan kewujudan malaikat dan hari akhirat serta ketetapan qada’ dan qadar Allah. Syurga dan neraka yang menjadi persinggahan akhir kehidupan manusia di akhirat juga menjadi kewajiban untuk diimani selain mengakui akan adanya iblis dan syaitan yang wujud sama bersama manusia di alam ini. 

Pernah Nabi s.a.w didatangi sekumpulan kaumnya dengan membawa persoalan berkaitan roh. Lalu baginda diwahyukan Allah untuk member jawapan bertapa ianya adalah urusan Allah. Begitu juga tatkala ditanyakan tentang kematian dan kiamatnya dunia, tetap nabi katakan ianya adalah urusan Allah. 

Ketetapan melalui qada dan qadar allah tiada siapa yang mengetahui lantaran dangkalnya ilmu manusia untuk mengatasi pengetahuan allah yang maha luas. Hanya dengan iman dan kenyakinan kepada Allah sahaja menjadi benteng untuk setiap manusia berterusan mengimani perkara-perkara yang menjadi rahsia dan ghaibiyat dari pandangan manusia.

Namun perkara-perkara ini bukan menjadi isu utama dalam menyakini keimanan kerana banyak lagi perkara yang maujud boleh dilihat dengan mata menjadi bukti kepada kehebatan Sang Pencipta. Jangan kerana menginginkan bukti betapa hebatnya Allah melalui perkara-perkara ghaib, apa yang wujud di alam secara nyata dan jelas ini dikesampingkan.

Jangan pula mempersoalkan mengapa perkara-perkara ghaib itu tidak didedahkan untuk pengetahuan manusia. Tentu ada hikmah tersembunyi yang sengaja Allah rahsiakan dari pengetahuan dan penglihatan manusia. Antara lain bukankah Allah menuntut supaya manusia sentiasa berfikir melalui banyak ayat yang tercatat dalam Kalam-Nya? Jadi, berfikirlah. Moga-moga iman di dada sentiasa kukuh dan teguh untuk mengimani apa yang tersirat disebalik yang tersurat dari perkara-perkara ghaibyyat dan sam’iyyat.

Selasa, Januari 11, 2011

SALAH TANGGAPAN PERANAN USTAZ DI TELEVISYEN



Kebelakangan ini timbul isu yang dipaparkan dalam sebuah akhbar perdana melalui ruangan surat pembaca berkenaan dengan penyalahgunaan peranan dan watak ustaz atau ahli agama di dalam drama-drama televisyen. Ia berikutan seolah-olah ada yang tidak kena dengan peranan yang ditonjolkan melalui lakonan sebagai ustaz dengan tidak lebih sekadar sebagai tempelan dalam sesebuah cerita. Apa yang ditampilkan watak ustaz dirujuk sebagai orang yang mampu memulihkan pesakit yang menderita akibat daripada gangguan makhluk halus. 

Situasi ini digambarkan betapa ustaz sememangnya berperanan besar dalam hal ehwal berkaitan mistik seperti hysteria, kerasukan, santau, saka dan seumpamanya. Lebih daripada itu kelihatan ada yang kurang untuk dipertonjolkan sedangkan peranan ustaz tidak sekadar berdepan dengan jin dan syaitan semata-mata. Lebih lucu peranan yang dibawa ustaz itu kelihatan terbatas dalam lingkungan kelompok penduduk tempatan, lebih-lebih lagi pelakon yang membawa watak ustaz itu adalah muda dan kebiasaannya tentu belum cukup sesuai tatkala aspek-aspek kebatinan ini dikendalikan oleh watak seperti itu (lelaki muda). 

Untuk menampakkan logic watak ustaz selalunya melekat di masjid dan surau sedangkan realitinya ustaz dalam dunia moden ini khususnya Malaysia ramai yang berada di luar itu kini tidak lagi bersifat jumud dengan meninggalkan hal ehwal dunia. Ustaz dikalangan warga muda seharusnya digambarkan sebagai seorang individu yang berkaliber dan aktif sesuai dengan ketinggian ilmunya untuk memanafaatkannya tidak sekadar mengendalikan perkara yang berkaitan tahyul dan khurafat.

Memfokus pada watak ustaz dalam sesebuah cerita berunsur tahyul dan khurafat ini seharusnya peranannya lebih lagi dipertonjolkan selain ritual mengendalikan pesakit kebatinan. Apa yang boleh diselitkan adalah kata-kata nasihat kepada pesakit supaya lebih mendekatkan diri kepada Allah atau dengan kata lain menyebutkan tatacara untuk mengelakkan daripada gangguan jin dan syaitan seperti menunaikan solat, membaca al-quran atau berzikir. Lebih baik lagi jika ustaz itu menasihati pesakit untuk meninggalkan sebarang amalan tahyul da khurafat. Mungkin ada dioalog-dialog sebegini dipaparkan namun penekanan agak lemah sehingga meninggalkan kefahaman di kalangan penonton bahawa situasi mistik ini adalah perkara biasa serta ustaz yang mengubati tidak berhak memberi nasihat seumpama itu sebagai panduan kepada orang datang meminta pertolongannya.

Perlu disedari peranan golongan agama tidak terhad untuk mengendalikan kes mistik seperti itu kerana kebolehan itu tidak semestinya dimiliki oleh golongan ustaz bahkan ada juga dikalangan individu biasa turut berkebolehan untuyk mengendalikannya. Kesan daripada pemaparan yang sebegitu akan memberikan tafsiran yang salah di minda penonton betapa jika ada kes-kes sebegitu orang yang harus dirujuk adalah ustaz sedangkan untuk bergelar ustaz ia bukan syarat bahkan apa yang utama adalah bertindak sebagai agen perubahan dalam masyarakat dengan membawa misi tauhid. 

Cuba bayangkan, andai ada dalam kalangan ustaz ini tiba-tiba dirujuk untuk mengendalikan kes-kes berkaitan makhluk halus ini sedangkan dirinya tidak ahli dalam bidang itu? Lalu jika gagal dirinya akan ditohmah dan diperkecilkan. Sungguh mengharukan…. Ia tentunya gara-gara tanggapan masyarakat daripada tayangan drama-drama yang seumpama itu.


Khamis, Ogos 19, 2010

BAGAIMANALAH AKU TIDAK MENYEMBAHMU TUHAN



TUHAN BAGAIMANALAH AKU TIDAK MENYEMBAHMU
SEDANGKAN AKU HAMBAMU
SEDANGKAN KEWUJUDANKU
TANPA KU PINTA IA ADALAH DENGAN IRADAHMU
YANG MENGANDUNGI HIKMAH

BAGAIMANA AKU TIDAK BERSYUKUR KEPADAMU
SEGALA YANG AKU MILIKI KURNIAANMU
BAGAIMANA AKU TIDAK MENGAGUNGKAN
DAN MEMBESARKANNYA SEGALA YANG KU LIHAT
MENGGAMBARKAN KEBESARANMU

BAGAIMANA AKU DAPAT MELUPAKANMU
KASIH SAYANGMU DAPAT KU RASAKAN
IA BERLAKU DI SETIAP MASA DAN WAKTU
BAHKAN TURUN NAIKNYA NAFASKU ITU
SALAH SATU DARI KASIH SAYANGMU
KASIH SAYANGMU

BAGAIAMANA AKU ADALAH HAMBA
ENGKAU PUN TAHU DIANTARA SIFAT
SIFAT HAMBA ITU TERLALAI DAN TERLUPA
CUAI DAN TERLEKA
KERANA ITULAH AKU SELALU SAJA
MEMOHON AMPUN KEPADAMU

CUAI DAN LALAI PASTI BERLAKU TERHADAPKU
LUPA DAN LEKA TERJADI SELALU
DI SINILAH KU HARAP DENGAN RAHMATMU
LUPAKAN SAJA KESALAHANKU
JANGANLAH ENGKAU BERTINDAK KE ATASKU

BAGAIMANALAH AKU TIDAK MENYEMBAHMU TUHAN



TUHAN BAGAIMANALAH AKU TIDAK MENYEMBAHMU
SEDANGKAN AKU HAMBAMU
SEDANGKAN KEWUJUDANKU
TANPA KU PINTA IA ADALAH DENGAN IRADAHMU
YANG MENGANDUNGI HIKMAH

BAGAIMANA AKU TIDAK BERSYUKUR KEPADAMU
SEGALA YANG AKU MILIKI KURNIAANMU
BAGAIMANA AKU TIDAK MENGAGUNGKAN
DAN MEMBESARKANNYA SEGALA YANG KU LIHAT
MENGGAMBARKAN KEBESARANMU

BAGAIMANA AKU DAPAT MELUPAKANMU
KASIH SAYANGMU DAPAT KU RASAKAN
IA BERLAKU DI SETIAP MASA DAN WAKTU
BAHKAN TURUN NAIKNYA NAFASKU ITU
SALAH SATU DARI KASIH SAYANGMU
KASIH SAYANGMU

BAGAIAMANA AKU ADALAH HAMBA
ENGKAU PUN TAHU DIANTARA SIFAT
SIFAT HAMBA ITU TERLALAI DAN TERLUPA
CUAI DAN TERLEKA
KERANA ITULAH AKU SELALU SAJA
MEMOHON AMPUN KEPADAMU

CUAI DAN LALAI PASTI BERLAKU TERHADAPKU
LUPA DAN LEKA TERJADI SELALU
DI SINILAH KU HARAP DENGAN RAHMATMU
LUPAKAN SAJA KESALAHANKU
JANGANLAH ENGKAU BERTINDAK KE ATASKU

Sabtu, Disember 05, 2009

POLEMIK 2012 - DUNIA AKHIR ZAMAN



Apakah yg dimaksodkan dgn Akhir Zaman? Maka setiap bangsa dan agama ada
prophecy masing2... Maka disini kita catitkan beberapa pendapat mengenai maksod
Akhir Zaman / End Time itu... Apakah dunia bumi dan segala isi2nya akan musnah
mengalami kehancuran? Apakah dunia dan alam semesta akan mengalami Kiamatul
Kubra? Wallahu'alam....



Prophecy & Kalender Kaum Mayan :

Dlm prophecy Kaum Mayan mereka meramalkan Tahun 2012 akan berlakunya End
Time, yaitu pada hari Jumaat tanggal 21/12/2012 @11:11, dunia ini akan kiamat.
Tamaddun dan kepakaran ilmu astronomi Kaum Mayan yg silam amat dikagumi oleh
Para Sarjana Astrology dan Astronomy, kerana walau pun teknologi mereka nampak
kuno, tetapi dari catitan sejarahnya perkiraan mereka adalah tepat. Sekarang
ramalan Kaum Mayan itu sedang rancak ditayangkan dlm Movie End Time 2012 itu.
Apakah tanggal 21/12/2012 @11:11 hari Jumaat itu benar2 akan berlaku, seperti
yg tayangakan dlm bayangan Movie 2012 itu....????


Prophecy Kaum Hindu :

Bagi pendapat Kaum Hindu Akhir Zaman itu mereka maksodkan akan berakhirnya
Kali Yoga dan akan mendatangnya Kalki Yoga. Maksod mereka alam semesta dan
manusia akan mengalami detik2 berakhirnya zaman kegelapan dan akan masuknya
zaman cahaya. Maka pengikut2 dan suku-sakat Samiri itu percaya, kot2 akan muncul
sesaorang dari kalangan mereka pembawa cahaya. Maka orang yg mereka nanti2kan
itu kot2 saorang penyelamat dari kalangan mereka yg berdarjat Avatar...???


Prophecy IChing Kaum China :

Bagi Kaum China bagaimakah kefahaman mereka mengenai itu Akhir Zaman kita pun
kurang ariff. Jika berlaku sesuatu perubahan besar pada mereka, dari sejarah China
silam, mereka boleh meneruskan survival. Bangsa China ini satu bangsa yg dimana
saja dicampak mereka boleh hidup. Tamaddun dan kepakaran orang2 China dlm Ilmu
Feng Shui tidak kurang hebatnya. Perkiraan mereka berdasarkan 5 element utama
dan 12 Chinese Animal Signs. Tahun 2012 nanti jatuhnya pada The Year Of The
Water Dragon (+ve sign)..... Perubahan iklim dan cuaca global yg tidak menentu
sedang berlaku sekarang. Apakah kesannya akan mencairkan bungkahan air batu
dikutub2 itu..?? Apakah tahun 2012 Water Dragon, dunia akan mengalami
berlebehan air yg menyebabkan banjir besar..? Apakah dunia akan karam seperti
peristiwa Banjir Dunia pada zaman Nabi Nuh AS akan berulang semula...??


Prophecy Ahli Astrology & Astronomy :

Dari kedudukan dan bertaburannya bintang2 Fixed Star dan Planet2, Para Astrologer
dan Astronomer berpendapat, kita sekarang sedang berada dihujong Age Of Pisces
dan akan memasuki Age Of Aquarius. Maka Akhir Zaman itu adalah akan tamatnya
Age Of Pisces dan akan masuk zaman The Golden Age, itulah Age Of Aquarius....
Wellcome Aquarius....  Bagi kita yg tiada basic Ilmu Astrology dan Astronomy
mungkin apa yg kami bicarakan ini perkara baru yg memeningkan. Apakah itu Age.?
Biarlah diterangkan oleh mereka yg ariff dlm bidang ini. Janganlah dek kerana kita
telah lama sedap berpijak dibumi, kita lupa langit yg dijunjong... "As Above So
Below, We are Seeded FromThe Cosmic..." Dari kedudukan Buruj2, Falak2 Langit
dan Planet2 dilangit tanggal 21/12/2012 nanti, pastinya menjanjikan perubahan
dan tranformasi struktor global secara besar2an....


Prophet Muhammad SAW Prophecies :

Maka Akhir Zaman dari maksod Hadis2 Nabi SAW itu, inilah yg dinanti2kan oleh
orang Islam ummat Muhammad SAW seluruh dunia ini. Maka bagi ummat Moses
Bani Israel, mereka menantikan kemunculan Messiah yg telah menjanjikan The
Promised Land... ?? Maka bagi orang Bani Nasrani pula sedang menunggu
turunnya Jesus sebagai Savior bagi mereka ( termasuk dikalangan ummat
Muhammad itu sendiri ada yg percaya )... ??


Maka bagi kita ummat Muhammmad SAW, Penyelamat yg dijanjikan Allah pasti
akan datang.... Maka akan berakhirnya zaman gelap bagi Islam memasuki
zaman Cahaya Kebenaran, dibawah pemerintahan Wali Agung, Imam Mahdi
Khalifah Akhir Zaman....


Maka Akhir Zaman itu zaman Islam penuh dgn ujian Allah dinamakan Fitnah Akhir
Zaman. Maka tidak akan ada Zaman Kegemilangan Islam jika tiada pengorbanan.
Kejayaan tidak datang menggolek. Pada Akhir Zaman ini Agama Islam telah disalah
tafsir. Konspirasi Gereja Vatican City, Zionis, USA, Pihak Barat dan konco2nya
sentiasa bermain kotor memburuk2kan Islam. Bermula agenda percaturan mereka
sendiri itu adalah Peristiwa 9/11, utk menjajah negara2 Islam. Nama Nabi Muhammad
SAW telah dihina oleh Barat. Ummat Muhammad SAW telah dilabel oleh Barat
sebagai pengganas. Orang2 Islam ramai yg dibunuh dgn kejam dan diperlakukan
seperti hamba dan sebagainya, dibumi Allah ini... Wallahu'alam....


Fasal pada menyatakan Imam Mahdi, Rasulullah SAW tidak berdusta. Nabi SAW
amat kasyap, diketahuinya malang yg akan menimpa Nasab2nya Ahlul Bait. Nabi
SAW amat Fatanah/Bijaksana, dlm membicarakan fasal Imam Mahdi, Nabi SAW
banyak memberikan makna2 kias dan tersirat, utk mengelirukan musuh2nya Imam
Mahdi. Demi utk memelihara keselamatan Imam Mahdi yg terlalu banyak musuh2nya.
Pernah diriwayatkan Rasulullah SAW hinggakan bercucuran air matanya apabila
mengenangkan bala bencana yg bakal menimpa kepada Nasab2nya Ahlul Bait,
hingga kepada kemunculan Imam Mahdi....


Perjalanannya kita maseh jauh, tetapi kemunculan orang yg dinanti2kan itu sudah
tersangat dekat.... Mudah2an langkahnya Tok Habib Al-Hussin membawa kejayaan,
Insya'Allah.... Amin....


Wallahu'alam.....

Sekian dari kami sekadar buat renungan...

Wassalam.....  

( ABHusin Pencinta Imam Mahdi.... )

________________________________________________________________________________________________

saya perolehi info ini dari seorang kenalan untuk dikongsikan di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.