Hari ibu adalah hari yang dikhaskan untuk masyarakat dunia yang bergelar ibu diraikan. Bagaimana ia hendak disambut adalah terpulang kepada budaya dan cara keluarga masing-masing. Bagi masyarakat muslim, ibu adalah individu yang perlu diutamakan dalam setiap hal dalam kalangan manusia selepas meltakkan Allah dan rasul dalam kehidupannya. Jasa dan bakti ibu tidak perlu disebutkan kerana memang terlalu banyak. Malah dalam Islam tiada satu hari khusus untuk disebut sebagai hari ibu malah ibu itu sendiri perlu diraikan pada setiap masa dan ketika. Apapun melalui entri kali ini saya kongsikan sedkit informasi berkaitan dengan tarikh sambutan hari ibu di seluruh dunia. Rasanya ramai yang keliru tarikh mana yang sebenarnya dihighlightkan sebagai Hari Ibu, betul tak? Ok, mari kita tengok sama-sama senarai di bawah ini:
8 Mei 2011 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe.

1 Mei 2011 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain.
24 Mei 2011 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
22 Mac 2011 bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom.
12 Ogos 2011 bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit.
22 Disember 2011 di Indonesia.
Ooo...rupanya sambutan Hari Ibu ini berbeza-beza mengikut negara, malah setiap tahun tarikhnya juga adalah berbeza kalau di Malaysia ni. Patutlah ramai yang confuse. hehe...x kisahlah, janji ibu kita diraikan sebaik-baiknya tanpa mengira waktu dan detik.