Carian Daripada Blog Ini

Selasa, Mei 26, 2009

PROTAZ dalam Masyarakat Kini

Melihat situasi beragama kini masyarakat muslim hari ini ternyata sudah membuka mata mengenai keperluan untuk memahami islam dengan baik. hal ini melibatkan kesedaran untuk mengahayati Islam dengan ilmu dengan tidak sekadar bertaqlid semata-mata. Islam yang menjadi 'the way of life' telah membuatkan sebahagian masyarakat mula mencari hikmah dan kewajaran sesuatu amalan terutamanya dari pelbagai aspek peribadatan dan syariat yang di anjurkan dalam ajaran Islam. Malah ada juga atas dasar pengetahuan mereka menginginkan agar sesuatu perkara berkaitan dengan islam diperjelaskan sehingga sesetengah perkara itu telah diterjemahkan melalui kajian saintifik oleh pakar-pakar yang terbabit dalam bidang-bidang tertentu.

Bertitik tolak dari ini dapat dilihat dari hari ke hari makin ramai individu yang telah membuka mata masyarakat dengan idea dan pandangannya mengenai Islam. Jika dulu ustaz dan para ulama memainkan peranannya dalam menerapkan pemahaman Islam dalam diri masyarakat, namun sekarang ini bukan saja mereka, malah sesiapa jua yang punya ilmu pengetahuan dan pemahaman daripada pelbagai sumber turut sama telah memainkan peranannya. Golongan ini bukan saja beromongan kosong semata-mata. Mereka tentu sekali telah menjalankan pemerhatian, kajian dan mendalami sesuatu secara detail sehingga berani berkongsi apa yang telah mereka dapati mengenai islam daripada pelbagai aspek.

Apabila dikatakan golongan ini menjalankan pengkajiannya, perlu kita lihat, siapa mereka ini. Adakah mereka ini dari kalangan orang biasa atau masyarakat awam yang cetek ilmunya? Tentu sekali tidak. Rata-rata mereka itu merupakan golongan yang tinggi kelayakan akademiknya disamping punya karier yang mantap. Walaupun bukan dari individu yang berlatarbelakangkan pengajian Islam diperingkat tertinggi, namun dipercayai mereka mempunyai asas yang kuat mengenai Islam sehingga mampu untuk berfikir dan mendalami ilmu sepertimana golongan ustaz yang mendalami Islam diperingkat pengajian tinggi. Bahkan dengan ilmu dan kepakaran yang dimilikinya, maka mereka telah menggabung jalinkannya dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam.

Hasilnya, hari ini dapat kita lihat pelbagai manfaatnya daripada golongan ini. Contoh mudah, solat. Kita selama ini menunaikan solat tanpa menyedari ada hikmah tersurat dan tersirat padanya. Tapi kini, kita telah didedahkan dengan kesan-kesan positif daripada amalan tersebut yang bukan hanya terletak pada kesan kerohanian, tetapi ia lebih kepada kesan-kesan yang diperolehi daripada kajian dari sudut saintifik.

Secara kesimpulannya, masyarakat amat-amat memerlukan orang yang sebegini. Banyak manfaat yang boleh dikongsi bersama masyarakat dalam memperlihatkan kesyumulan Islam. Namun ia tidak sesekali pula meremehkan pengorbanan dan pengetahuan yang diberikan oleh golongan ustaz dan ulama. Golongan ini juga mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan keperluan untuk menghormati mereka adalah perlu sesuai dengan statusnya sebagai pewaris Nabi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.