Rabu, Ogos 31, 2011

HAPPY MERDEKA RAYA 2011





SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN BUAT KALI KE-54
SEMOGA RAKYAT MALAYSIA GEMBIRA DAN BEROLEH RAHMAT
MERAIKAN KEHADIRAN SYAWAL YANG PENUH BERKAT
BERBAKTI PADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA DENGAN BERSEMANGAT.

Isnin, Ogos 29, 2011

AIDILFITRI TIBA LAGI




Dengan pengumumannya yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja maka secara rasminya seluruh umat Islam di Malaysia bakal meraikan 1 Syawal pada esok hari bersamaan 30 Ogos 2011. Selari dengan catatan hisab di kalendar, semua sedari awal telah ternanti-nantikan pengumuman ini. Persiapan sejak awal telah dilakukan dengan kemuncaknya berjalan pada hari ini. 

      Ada sesekali di benak akal membayangkan apakah yang berlaku andai hari raya jatuh pada 31 Ogos, iaitu hari Rabu. Mungkin kerana masih tidak mahu berpisah dengan Ramadhan yang penuh barakah. Namun Malaysia yang menentukan tarikh jatuhnya Syawal ini adalah mengikut hisab juga rukyah. Semua orang harus menerimanya tanpa ada sikap memperlekeh dan mempersoalkan kredibiliti pihak berkuasa dalam menentukan Aidilfitri yang jatuh pada hari yang telah ditentukan.

      Kini Ramadhan telah pergi meniggalkan kita. Ada yang rasa berat hati kerana terpaksa akur dengan ketetapan ini. Namun ada juga yang merasa gembira dengan hadirnya Syawal. Mengambil kata perpatah, 'life must go on' membuatkan sesetengah orang merasakan tidak perlu menangisi kehilangan Ramadhan kerana dengan hadirnya Syawal ia sebagai tanda kemenangan umat islam setelah bermujahadahs elama sebulan. Maka meraikan Syawal setelah perginya Ramdhan juga menjadi satu ibadah dengan mengikut landasan syariat yang ditetapkan,

      Apapun pandangan yang ada, pastikan jangan terlalu gembira dengan Ramadhan yang telah berlalu. Ramadhan ini setahun sekali datangnya seperti mana Syawal. Perbanyakkan doa dan pengharapan kepada Allah, moga-moga segala amal ibadah kita diterima oleh-Nya. Pastikan juga kita berazam untuk terus konsisten dengan ibadah yang telah dilakukan. Apa yang baik terus dibuat, apa yang kurang baik jangan diulangi lagi. 

      Besar harapan agar Syawal ini disambut dengan meriah, namun tidak melampaui batas dalam adab dan akhlak sebagai seorang muslim. Raikan Syawal dengan takbir, tasbih dan tahmid memuja-muji Allah sebagai tanda kemenangan. Kemenangan yang dmaksudkan adalah keberjayaan seseorang itu menjalani iabdah puasa dengan jayanya serta ibadah-ibadah sampingan lainnya dengan sempurna dan cukup syarat-syaratnya. Kemenangan juga kerana berjaya terhindar daripada ganguan syaitan yang dibelenggu daripada mengganggu gugat muslim yang berpuasa untuk mengisi Ramadhan dengan beribadah siang dan malam.

      Syawal kali ini turut dirasakan istimewa kerana kedatangan Syawal ini mengiringi hadirnya ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 pada 31 Ogos. Apakah hikmah disebaliknya? Tentunya ada. Namun jangan lupa, dalam pada kita menyambut merdeka dalam suasana berhari raya, syaitan juga turut serta meraikan kemerdekaannya setelah dibelenggu sebulan disepanjang Ramadhan. Pastikan kita dapat membebaskan diri daripada segala tipu daya mereka. 

      Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI kepada semua pengunjung dan pembaca artikel dan blog ini. Maaf andai ada dalam mana-mana penulisan dan artikel yang saya paparkan ini telah mengguriskan hati anda atau juga menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Ampun maaf saya pohonkan. Saya doakan agar ibadah kita diterima Allah dan dapat bertemu kembali dengan Ramadhan pada tahun-tahun berikutnya. Insya-Allah.

TAKBIR RAYA

Ahad, Ogos 28, 2011

SIKAP DI PENGHUJUNG RAMADHAN




Alhamdulilah...Setelah 28 hari menjalani ibadah puasa kelihatan mood ramai orang masa kini ke arah persiapan untuk meraikan hari lebaran yang bakal menjelang dua hari lagi. Persiapan menyambut kehadiran Syawal nampaknya sungguh meriah. Tidak keterlaluan andai disebutkan kemeriahannya sehingga menenggelamkan keberadaan ramadhan yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Andai benar ramai yang semakin kemaruk dengan raya amat malanglah mereka. 

      Selama ini kita seringkali mendengar bahawasanya Ramadhan ini merupakan bulan yang penuh berkat dan rahmat. Kehadirannya setahun sekali seperti mana hadirnya Syawal. Namun munculnya Syawal tidak sama dengan wujudnya Ramadhan yang memberikan 1001 rahmat buat umat islam. lebih-lebih lagi di 10 akhir Ramadhan seharusnya amal ibadah dilipat-gandakan. Mungkin selama 20 hari sebelumnya solat setiap waktu dan zikir saban masa tapi tidakkah kita ingat Lailatulqadar berada antara malam-malam terakhir ini? 

      Mungkin ada yang beranggapan pada hari ke-28 ini kemungkinannya malam al-Qadr yang fadhilatnya menyerupai 1000 bulan pahala jika beribadah dimalamnya telah berlalu. Adakah mereka pasti? Mana tahu mungkin malam ini. Apapun malam al-Qadr itu bukan isunya. apa yang harus kita insafi adalah bukan senang untuk kita mengumpul barakah dan pahala yang Allah berikan dengan mudah seperti mana yang Allah gandakan pahala amalan semasa berada di bulan Ramadhan. 

      Alangkah rugi andai kita masih ingin mensia-siakan kehadirannya yang bakal pergi meninggalkan kita tidak lama lagi. Dapat hidup di bulan mulia pada tahun ini pun sebenarnya patut kita syukuri dan rasa bertuah. Seawal hadirnya kita menyambutnya bagai sang kekasih yang lama tidak berjumpa. Tentu sekali ingin kita bersama dan memanfaatkannya untuk kita mendapatkan sesuatu yang berharga daripada Allah berwasilahkan kehadirannya. Alangkah baiknya situasi itu masih kekal diraikan sehingga ke akhir ramadhan. 

      Jangan kerana terlalu sebuk dengan persiapan raya amalan-amalan sampingan selain berpuasa ini dilupa-lupakan. Makin dekat kepada hadirnya Syawal makin kita jauh dengan Ramadhan. Jika beramal pun tidak sekencang semasa di awal kemunculannya. Ibadah yang dibuat dulu sempurna dan penuh dengan perkara-perkara sunat semakin pudar bagai rangka seperti bangkai tidak bernyawa. Roh ibadah semakin hilang bila hati dan fikiran makin ligat dengan hal ehwal raya. Jangan kita lupa amal yang kita buat insya-Allah Dia terima walau hati kita ini ikhlas dan tawaduk zahir serta batin. Kita belum pasti tahun hadapan dapatkah kita bertemu lagi dengannya. 

      Oleh itu saya menasihati diri saya dan anda semua supaya berikan fokus dan tumpuan kepada hari-hari terakhir Ramadhan yang penuh mulia ini. Moga amalan kita diterima serta doa yang kita panjatkan saban masa dimakbulkan-Nya tanpa hijab. Insya-Allah. 


Selasa, Ogos 02, 2011

ISLAM & HIBURAN DARI SUDUT HUKUM


Assalamu’alaikum wbt.. Pertama dan selamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dan RasulNya dengan membawa petunjuk agama yang benar. Cukuplah Allah sebagai saksi bahawa tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah semata-mata. Sebagai santapan rohani mahasiswa sekalian, saya ingin mengupas sedikit sebanyak berkaitan tajuk perbincangan kali ini “Hukum Berhibur Dan Nyanyian Menurut Islam”. Kenapa dan Mengapa saya memilih tajuk berkenaan? Kecelaruan mahasiswa dalam memahami hukum berhibur ini sehinggakan telah menyebabkan banyak perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam dalam masalah berhibur dan nyanyian berlaku. Namun ada juga beranggapan hiburan seperti Band, Tarian Majmuk dan Tarian Kebudayaan ini dianggap tidak bercanggah dengan syariat Allah. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menulis dan mengulas berkenaan tajuk ini agar kita semua mendapat gambaran berkaitan hiburan menurut prespektif Islam. 
Allah swt berfirman yang bermaksud;

Dan di antara manusia (ada) orang mempergunakan ucapan yang tidak berguna.” (Luqman: 6)
Abdullah bin Mas’ud bersumpah bahawa yang dimaksudkan dengan kata lahwul hadith (memperguna ucapan yang tidak berguna) adalah nyanyian atau lagu.


Rasulullah saw bersabda;

Sesungguhnya akan ada segolongan orang dari kaumku yang menghalalkan zina, kain sutera, khamar, dan alat muzik” (Hadith Sohihyyah)


Yang dimaksudkan dengan alat muzik di atas ialah alat yang digunakan untuk bertujuan melalaikan umat manusia daripada Allah seperti alat muzik yang ditiup ada dipetik, ijma’ ulama mengatakan hukumnya haram kerana alunan petikan dan tiupan ini boleh menimbulkan fitnah dan membangkitkan kelalaian manusia kepada Allah. swt.



Timbul persoalan adakah tarian majmuk, tarian kebudayaan kaum dan band ini adalah haram???
Sebelum saya mengupas lebih lanjut persoalan ini, saya nak mengemukakan beberapa syarat hiburan dalam Islam bertaliq (mengikut) peredaran zaman sekarang:
1.Hiburan sekadar keperluan sampingan,

Yang dimaksudkan hiburan sekadar keperluan sampingan ialah, umat Islam boleh berhibur tetapi biarlah hiburan itu sekadar memenuhi kehendak naluri dan tidak berlebi-lebihan dalam berhibur contohnya, ada orang berhibur sehingga mengelengkan kepalanya sehingga mabuk (pening) dan ada yang melompat-lompat tanpa tujuan. Apabila masuk solat fardhu maka wajib menyelesaikan dahulu solat itu dengan khusuk dan tawadduk.

2.Hiburan yang memuja Allah swt,

Lirik-lirik dan alunan lagu tersebut mestilah ada unsure-unsur memuja Allah adan ada seruan untuk mentaati Allah. Selain itu juga, lag yang memuji Rasulullah, para sahabat dibenarkan dalam Islam bertujuan mengingat kembali sirah perjuangan para nabi dan sahabat. Lirik-lirik seperti memuja wanita, dan tiada unsur-unsur Islam (kebaikan) adalah haram.

3.Pemisahan penonton/pendengar antara kaum hawa dan kaum Adam,

Pemisahan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan, sekiranya tidak dipisahkan maka hukumnya adalah haram.

4.Penyanyi dan penghibur hendaklah di kalangan lelaki sahaja,

Maksud penyanyi dan penghibur hendaklah lelaki sahaja ialah lelaki dibenarkan menjadi penyanyi/penghibur kepada seluruh pendengar lelaki ataupun perempuan. Berlainan pula wanita menjadi penghibur/penyanyi, ada ulama’ membolehkan wanita jadi penghibur tapi dengan syarat yang menjadi pendengar/penonton adalah di kalangan perempuan sahaja dan tidak penghibur tadi tidak boleh menyebarkan hasil hiburan itu di kalangan kaum muslimin. Hukum wanita berhibur di khayalak ramai yang terdiri daripada lelaki dan perempuan adalah haram.

5.Tidak menggunakan alat muzik yang ditiup dan dipetik

Contoh alat muzik yang dipetik dan ditiup ini terdiri daripada seruling, bioala, gitar, dan lain-lain yang qias (sama) dari segi kegunaan dan funsinya.


Melalui kelima-lima syarat ini, bolehlah kita menjadikan ianya panduan hukum asas dalam berhibur tetapi sebenarnya banyak lagi syarat yang dikenakan oleh para ulama’ di antaranya Syeikh Ibn Baz, Prof Yusuf Al-Qardhawi dan lain-lain lagi.

Kita masuk dalam persoalan adakah tarian majmuk, tarian kabudayaan kaum dan band itu adalah haram???

OK. Cuba kita teliti syarat di atas berkenaan syarat dibolehkan berhibur. Sebelum saya membuat istimbat (kesimpulan hukum) izinkan saya untuk menggambarkan bagaimana cara pelaksanaan tarian majmuk/tarian kebudayaan dan band ini berlangsung.
TARIAN MAJMUK
Tarian in adalah tarian antara kaum yang menghimpunkan kaum cina, iban, melayu, India dan lain-lain. Penghibur pada tarian ini juga tidak ada had limited (penghalang). Siapa-siapa pun boleh join, lelaki ataupun perempuan. Madhu’ (penonton) boleh bercampur dan bebas menikmati tarian tersebut.

KONSERT BAND

Konsert yang dipanggil band merupakan kegemaran anak muda masa kini sehinggakan konsert ini bukan sahaja dipelopori oleh budak-budak U tapi di kampung-kampung/bandar-bandar juga telah menular konsert yang telah ditaja oleh yahudi dan barat ini. Alat muzik dalam hiburan ini confirm(pastinya) adalah alat muzik yang dipetik dan ditiup. Hiburan ini juga adalah hiburan orang-orang kuffar dan kafir yang dipelopori di nega-negara barat.

Firman Allah swt yang bermaksud;
“Agama kamu adalah agama kamu, agama kami adalah agama kami” (Al-Kaafirun: 6)

Maksud ayat Allah di atas adalah bertujuan mengharamkan sama sekali mengikut jejak langkah golongan kafir (barat) dari segi hiburan, pemakaian, pemikiran sekular dan sebagainya.


KESIMPULAN

Apa yang saya boleh simpulkan mengenai hukum berhibur/nyanyian ini, Islam tidak melarang kita berhibur tetapi ada batas-batasnya. Batas-batasnya adalah apa yang saya telah nukilkan di atas. Tarian Majmuk dan Band itu boleh menjadi harus hukumnya sekiranya menepati syarat-syarat di atas. Cuba bayangkan saudara/i sekalian, tarian majmuk itu boleh dilaksanakan dengan penghiburnya terdiri daripada lelaki Islam mahupun bukan Islam yang penting mesej yang disampaikan berbentuk nasihat dan kebaikan. Bila lelaki menjadi penghibur tarian majmuk maka penontonnya boleh terdiri daripada lelaki mahupun perempuan. Penulisan ini sekadar membetulkan presepsi mahasiswa Islam berkenaan hiburan yang ada di kolej mahupun di kampus.

Waallahu’alam

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Kita.

____________________________________________________________________________________



Ditulis Oleh,Mohd Airil SyahLajnah Penyelidikan Dan PembangunanPMIUTMKL.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SALAM MESRA

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas kesudian berkunjung ke blog ini. Sejak akhir-akhir ini statistik menunjukkan adanya kunjungan dari pelawat-pelawat yang mencatatkan kekerapapan lawatan bagi sesetengah entri dalam blog ini. Kebanyakannya entri yang berkaitan dengan s]umber manusia, pengurusan organisasi dan seumpamanya. Siapa pun anda, plagiat merupakan sesuatu yang tidak beradab tanpa meminta izin terlebih dahulu dengan apa jua cara. Apapun, diharapkan agar mana-mana entri di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada anda.