Carian Daripada Blog Ini

Khamis, November 21, 2013

CIKGU-CIKGU DI BENGKEL PENULISAN SKRIP DRAMA

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia pada 15-17 November 2013 baru-baru ini telah menganjurkan sebuah bengkel penulisan skrip drama yang dibuka kepada guru-guru di seluruh negara. Ia merupakan kesinambungan daripada Program Pengkarya Guru KPM menerusi bengkel penulisan buku yang dijalankan secara usahasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan penerbit-penerbit buku di pasaran semasa.

Setelah mencapai objektif program iaitu sekurang-kurangnya sebuah buku bagi setiap pegkarya guru, program kali ini menampilkan Tuan Zabidi Mohamed selaku penulis skrip drama yang tidak asing lagi di Malaysia untuk mendedahkan cara menulis skrip drama. Dalam kalangan 30 peserta yang hadir, ia merupakan satu ilmu yang berbeza dari cabang penulisan sebelum ini. Namun, ia benar-benar mengujakan dan memberikan satu pengalaman baharu dalam dunia penulisan. Melalui program ini dapat mengasah bakat para peserta untuk terjun ke medan penulisan skrip bagi menyahut cabaran dalam menulis skrip yang berunsur keislaman sekaligus mendominasi genre ini di kaca tv sebagai medium tarbiyah dalam berhibur kepada masyarakat pada masa depan.

Sesungguhnya, ia merupakan cabaran kepada para pendidik khususnya guru-guru dan ahli akademik sebagai ejen perubahan dalam masyarakat. Melalui medium ini ia dapat melebarkan cabang pendidikan dalam menerapkan nilai-nilai Islam dalam membentuk akhlak dan pemikiran yang positif yang tentunya jauh daripada unsur-unsur yang merosakkan minda masyarakat. Bukan kerana buku atau sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas tidak lagi berkesan, namun dalam dunia yang semakin mencabar, segala ruang dan peluang yang ada harus dimanfaatkan oleh kelompok yang menginginkan masyarakatnya kembali kepada Tuhan dengan berpaksikan ajaran-ajaran Islam yang sebenar. Kata-kata hukama', mata pena lebih tajam daripada mata pedang selama ini telah jelas membuktikannya. 




Puan Lynn (penyelaras program) nampak gaya berminat nak tulis skrip juga :D

Tuan Zabidi membelek hasil karya penulisan Khaidir. Nampaknya ada potensi adapt kepada skrip drama :)

Puan Lynn kata, name tag saya ni la yang 1st sekali dia print. Thats why saya x jadi tarik diri :P

Hidayat selaku 'ketua kelas' program ini mengacara salah satu slot dalam program ini.

Memahirkan diri dengan perisian Final Draft.

Wajah keyakinan, lepas ni siapa punya skrip masuk tv dulu.

Minum petang sebelum tamat bengkel.

Filem Love Is Cinta yang agak karut dan x logik, namun skripnya mantap untuk pembelajaran.

Filem The Lady yang berat dengan falsafah. Sekaligus, kepala kami pon turut sama berat :D

Membaca dan meneliti skrip Aku Bukan Haji. Erm, just nice skrip.

Tatkala ditanya, siapa asal kedah. Tak ramai pon, tapi gamatnya macam satu bilik ni dari sana :))

'Ketua kelas' memberi pesanan supaya peserta memakai baju korporat macam beliau :D 

Barisan model baju korporat PPG.

Khusuk dan tawadhuk. Entah paham ke tak, entahlah.

Tuan Abdul Wahab (Pengarah Urusetia Tetap MBKM) sempoi dalam memberikan ucaptama dalam majlis penyampaian sijil kepada peserta.

Kenangan bersama semua perserta program.

Sijil penyertaan. Bagi kalangan peserta PPG, kami dapat dua sijil.

Kak Ros frust menggila bila hero mati...Ryan in Love Is Cinta :P

Drama Ihsan. Cerita mantap dan berkesan di hati walaupun jalan cerita agak klise,

Makanan kat Falmingo ni sedap-sedap. Tapi saya bukan jenis melantak :))

Azrul (salah seorang anak dididk Tuan Zabidi) sedang menunjuk cara menggunakan perisian Final Draft.

Irwan (anak didik Tuan Zabidi) menunjuk cara kepada peserta yang lain.

Latif Idrusi (anak didik Tuan Zabidi) menunjukan cara menggunakan perisian CELTX untuk menulis skrip.

Saya pula sekadar membantu peserta menginstall perisian. Susah pula pakai laptop akak ni, canggih sangat :D

Amli dan Khaidir dibimbing oleh Tuan Zabidi. Ape lagi yang x paham tu ya?

Peserta melengkapkan borang tuntutan perjalanan. Puan Lynn 'mewajibkan' semua peserta sekalipun rumah mereka dekat sekangkang kera seperti dua orang peserta di atas ni :P

Kantoi. Mentang-mentang dok belakang. Sedap-sedap je :D
Kantoi syahid di tengah jalan. Gara-gara The Lady la :))

Uishk, kantoi jugak. Hari itu dalam sejarah :)

Yusuf dan Shahrin fokus meneliti contoh skrip. 100% paham ke?

Relax je Kak Raba'ah n Kak Is Che Ma. Silap hari bulan skrip diorg masuk tv dulu :P

Kantoi lagi. Kak Ta ni siang-siang pon da terlentok :D

Drama Mencari Siti Khadijah. Cerita macam best, tapi siaran x habis.

Ramai lagi kantoi khusyuk tatkala 10k BC ditayangkan.

Pemndangan dari balkoni bilik. 1st time bilik ngadap pool, selama 4x sebelum ini, bilik mengadap highway je.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.