Ahad, Februari 20, 2011

ELEMEN-ELEMEN YANG MENJEJASKAN PROFESIONALISME PERGURUAN


Profesion keguruan dilihat ramai sebagai satu tugas yang mulia di mata masyarakat. walaupun ada kedengaran rungutan dari kalangan guru betapa berat beban tugas yang semakin hari semakin mencabar kerjaya hakiki mereka, masih ramai juga lagi yang memohon untuk menjadikan kerjaya di perguruan ini sebagai profesion mereka. sama ada mereka ini benar-benar ikhlas dengan memiliki niat murni untuk mendidik anak bangsa atau sebaliknya tidak menjadi persoalan. 


             Jika diletakkan kedudukan di dalam hirerki masyarakat mungkin kalangan pendidik diantara golongan yang berada di kedudukan di atas walaupun tidak setanding dengan pemimpin masyarakat. Namun untuk dikatagorikan sebagai kerjaya yang dianggap profesional, banyak percanggahan pendapat yang diperolehi. Secara umumnya profesion perguruan ini dari semasa ke semasa bergerak ke arah capaian matlamat berstatus profesional. 


              Namun dalam pada menjayakan misi keprofesionalisme keguruan ini disebaliknya terdapat elemen-elemen yang menjejaskan usaha ini yang seharusnya disedari bukan saja oleh kalangan guru sendiri, tetapi kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskan penjawatan guru. berikut merupakan elemen-elemen yang elah menjejaskan profesionalisme perguruan (Mohd Salleh, 2000; Sufean Hussin, 1996):

1. Pelbagai skim dan kemahiran di kalangan guru. Terdapat banyak peringkat kelayakan untuk profesion guru; sijil perguruan, siswazah, bukan siswazah dan guru sandaran tidak terlatih.

2. Ramai guru masih belum menganggotai Kesatuan Guru. Ini memberi gambaran keseluruhan bahawa profesionalisme perguruan masih kurang mantap.

3. Perkhidmatan pendidikan sukar diukur kerana hasil proses pengajaran adalah lambat berbanding profesion lain. Dalam konteks pendidikan Malaysia, selepas peperiksaan PMR ataupun SPM, barulah dapat dilihat hasilnya.

4. Peranan guru dalam kejayaan pelajar kurang jelas kerana wujudnya faktor-faktor lain yang turut memainkan peranan seperti kecerdasan pelajar, penglibatan ibu bapa, kelas tambahan atau tuisyen.

5. Tugas guru banyak dan pelbagai, ini memaksa para guru menumpukan perhatian, masa dan tenaga kepada pelbagai jenis komitmen yang boleh menjejaskan pengajaran serta peningkatan profesionalisme.

6. Autonomi guru dalam menjalankan tugas agak terbatas. Guru boleh memilih isi pelajaran yang diajar cuma berlandaskan kurikulum dan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

7. Ramai guru tidak berpeluang mengikuti program dan kursus perkembangan staf. Program ini boleh meningkatkan profesionalisme guru. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga terhad.

8. Profesion perguruan dianggap suatu tugas yang murni oleh masyarakat. Apabila berlaku peristiwa atau kejadian yang tidak diingini, perkara ini boleh menjejaskan peribadi guru dan juga imej profesionalisme perguruan.


Rabu, Februari 16, 2011

Dakwah Pakwe Untuk Makwe

 
 
Ini adalah dialog antara si pakwe dan si makwe..si pakwe telah menegur si makwe ni untuk pakai tudung dan baju tu leklok...kira sempurnakanla pakaian dia...tutup segenap aurat...akhirnya ni lah respon makwenye....

___________________________________________________

 
makwe-    "saya pun tahu syurga neraka, tapi janganlah PAKSA saya, saya tahulah nak urus diri, AWAK tu cakap kat saya, AWAK ingat awak tu HEBAT sangat ke, nak mengata2 kat saya, mak bapak saya pun xlarang, AWAK ingat awak ni siapa, syurga tu bukan HAK awak, duduk PAKSA pulak, tahulah saya jaga diri saya"


pakwe-    awak ingat awak tu da kebal sangat ke sampai berani sebut pasal hak..apa hak awak nak babitkan syurga neraka...Kenapa awak tak sebut saja 'allah tak ada pun nak hukum2 saya lagi selama ni'..saya cakap ni bukan nak menyibuk tapi da memang awak tak pandai nak uruskan diri awak ke arah syariat tuhan...boleh jadi awak lupa or terlupe ke..tu pasal lah saya beritahu awak ni..."

makwe-    "abeh tu awak tu dah cukup alim ke tu...sedap saja mengata kat orang, nabi tak ajar mengata org tau, dengan org yahudi pun nabi buat baik, kalau nak ajar org bukan dengan paksa2 macam ni"

pakwe-    "ello awak..bila pula saya mengata...kan ke saya cakap depan2 ni..lagipun ni jugak salah satu metod dakwah...cara hikmah selalu ada macam vdeo ni awak tak mahu ambil kesah..sekarang saya cakap direct awak kata nabi tak ajar pula...awak lupa ke..nabi kata Kalau nak tegur kesalahan org ada 3 cara...dan cara pertama adalah dengan lidah pecakapan pula tu...so...takkan cara ke 2 dengan bentuk fizikal baru awak nak sedar diri...tapi jika saya lemah iman tentu saja cara ketiga saya ambil..mendoakan kesejeahteraan awak dalam hati...tanpa awak ketahui.."


makwe-    "ooo awak ingat awak tu dah cukup alim ye sampai nak labelkan saya ni jenis tak ambil kisah, ewah-ewah...tu yang berlambak lagi kat luar sana lebih teruk awak diam saja..bukan saya tak tahu dosa pahala tapi saya tak adalah nak tunjuk alim macam awak tu"


pakwe-    "awak o awak...Kalau betul awak ambil kisah dengan apa yang saya cakap sure2 awak tak kisah bila saya cakp ni kan? so awak ni kisah ke tak kisah???..saya tak kisah lah Kalau awak tak mahu ambil kisah sekarang ..tapi kat 'sana' nanti jangan pula sebok2 nak babitkan saya tak ambil kisah dan tak beritahu awak masa kat 'sini'..saya tak hendak ambil kisah lagi masa tu...biarlah saya ambil kisah kat awak sekarang ni sebab awak kan kawan saya...sure2 lah saya ambil kisah...awak tak kisah kan.."


makwe-    "whoa..awak tak bolehlah suka-suka cakap macam tu..saya tahulah dosa pahala, cuma saya belum sedia lagi nak berubah,tak salah awak nak tegur tapi sebelum tegur tu awak kena kaji dulu latar belakang org yang awak nak nasihat tu, mana boleh terus kata macam tu"


pakwe-    "mengetahui belum tentu memahami...jadi awak patot bsyukur saya cakapkan ni untuk lebih memahamkan awak tentang apa yang awak sebenarnya memang da tau sebelum ni...syukurla awak ada saya untuk saya memahamkan awak kerana saya sangat memhami latar balkang awak lah saya nasihat awak..kebenaran tak boleh disekat2..tak boleh ditangguh2...kerana apa?...awak tau jawapannya bukan?.."
 
___________________________________________________________________________________
anda agak-agak kesudahannya apa? adakah si makwe tu insaf dan menerima kata-kata si pakwe tu..atau....dia tetap berdegil...atau...? adakah si pakwe ni akan terus meneruskan hubungannya dengan si makwe atau sebaliknya...? atau..atau....

PELAKSANAAN PERUBAHAN ORGANISASI: Cadangan Pendekatan Kepada Pengurusan.




Selaku pengurus kepada sesebuah organisasi, pihak pengurusan atau pentadbiiran harus bijak mengendalikan perjalanan organisasinya bagi memastikan kelangsungan hidup dan kitaran  operasi relevan dengan matlamat dan objektif organisasinya. Bagi mengekalkannya, pengurus harus sentiasa proaktif dalam mencari penyelesaian dan langkah penambahbaikan bagi setiap kelemahan yang wujud dalam organisasi. Jika perlu, perubahan harus juga dilakukan terhadap organisasi berkenaan.


             Mengurus perubahan dengan berkesan adalah sukar dan kompleks kerana di santa terdapat sesuatu yang berlaku di luar dari kelaziman (Mohd Izham & Sufean 2009).  Namun, bagi melaksanakan perubahan dalam pengurusan pihak pengurusan atau majikan harus mengambil inisiatif untuk memastikan perubahan yang akan dilakukan itu berkesan dan tidak mendatangkan penentangan walaupun mungkin ada di kalangan kakitangannya tidak bersetuju dengan idea perubahan yang akan dilaksanakan.


Apa yang penting perubahan yang hendak dilakukan itu tidak boleh dilakukan melalui paksaan secara tiba-tiba bagi mengelakkan ketegangan (Abdul Aziz Zainal 2008). Untuk itu pengurus perlu mencari dan memilih pendekatan yang sesuai sebelum melakukan sebarang bentuk perubahan. Bob Perry (2008) melalui bukunya menyebut enam pendekatan perubahan bagi menghadapi perubahan yang telah ditetapkan oleh Kotter dan Schlesinger. 

1.     
Pendidikan dan komunikasi.


Salah satu cara terbaik bagi mengatasi halangan untuk berubah adalah; memberitahu dan mendidik tentang usaha perubahan terlebih dahulu. Pendidikan dan komunikasi awal membantu pekerja untuk melihat betapa logiknya dalam usaha perubahan. Ini akan mengurangkan khabar angin yang berkaitan dengan kesan perubahan dalam organisasi.


Pihak pengurusan atasan bukan sahaja mencipta wawasan, tujuan dan strategi perubahan yang ingin dilakukan, tetapi mereka perlu menyampaikan atau memberitahu wawasan dan tujuan perubahan tersebut dengan jelas dan ianya perlu dilakukan berulang-ulang kali.


Memberi didikan atau pengajaran bagi memupuk pemahaman turut  menjadi teras kepada keupayaan kakitangan bahawan untuk memahami keperluan kepada perubahan. Sebagai pemimpin, keupayaan yang tinggi untuk memberi penjelasan, memupuk keyakinan dan menterjemahkan mesej perubahan kepada ahli-ahli organisasi adalah penting (Ab Aziz 2008). Ia adalah langkah bagi mengelakkan wujudnya kekurangan informasi atau maklumat dan analisis yang tidak tepat.




2.    Penyertaan dan penglibatan.


Penyertaan dan penglibatan staf dalam sesebuah organisasi perlu diberi ruang di mana pandangan yang diberikan harus diambil kira atau sekurang-kurangnya digargai (F. Brian 2005). Biasanya melakukan perubahan tanpa penglibatan kakitangan yang lain akan menyebabkan mereka tidak mempunyai maklumat yang lengkap untuk menerima sesuatu perubahan. Ini menjadi sebab kepada adanya penentangan kepada idea perubahan yang dibawa oleh pihak pengurusan.


Apabila pekerja-pekerja bawahan turut dilibatkan dalam proses perubahan, boleh jadi mereka akan lebih untuk menyokong sesuatu perubahan  perubahan daripada menentangnya. Pendekatan ini tentunya akan mengurangkan rintangan kepada pihak pengurusan dan ia akan menjadi lebeh mudah untuk melaksanakan proses perubahan yang diinginkan.


Antara lain, dalam membuat sesuatu perubahan akan ada implikasi terhadap sesebuah organisasi.  Ia mungkin akan dipengaruhi oleh politik, persekitaran ekonomik dan undang-undang (legal) dari luar yang menjadi ancaman kepada perubahan. Maka cadangan untuk mendapatkan sokongan dan penyertaan daripada kumpulan atau personaliti politik yang berpengaruh adalah wajar untuk dilakukan.


3.    Kemudahan dan sokongan.

Jika ada penentangan dalam melaksanakan perubahan, ia mungkin berkaitan dengan masalah penyesuaian dalam organisasi berkenaan. Oleh itu pihak pengurusan harus memberikan sokongan kepada kakitangannya jika wujud sebarang kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Ia bagi membolehkan pihak pengurusan dapat mencegah penentangan yang dihadapi daripada perkerja bawahannya. Sokongan pengurusan akan membantu pekerja mengatasi rasa takut dan risau semasa perubahan.


Punca kewujudan penentangan perubahan dalam organisasi adalah disebabkan adanya persepsi dari kalangan kakitangan bawahan akan berlakunya kesan-kesan yang merugikan akibat dari perubahan dalam organisasi. Ini dapat dilakukan dengan membenarkan mereka yang menentang perubahan untuk memberikan idea untuk mencorakkan elemen perubahan yang tertentu yang dilihat dapat memberi ancaman. Atau  mereka yang menentang perubahan harus diberikan insentif untuk meninggalkan syarikat melalui persaraan awal atau persaraan bagi mengelakkan mereka mengalami kesan perubahan. Pendekatan ini sesuai bagi mereka yang menentang perubahan dalam kedudukan mereka yang mempunyai kuasa dalam sesuatu organisasi.


Selain itu. penyediaan keperluan seperti kewangan, bahan dan sumber manusia untuk melaksanakan perubahan mestilah mencukupi. Sokongan moral dan psikologi harus diberikan kepada kakitangan yang terlibat melalui satu rangkaian perhubungan sosial dengan penyelian dan agen perubahan yang lain. Bangunkan kompetensi kakitangan melalui program pendidikan dan latihan untuk meningkatkan pengetahuan baru, kemahiran dan reaksi yang diperlukan oleh proses perubahan tersebut. Ia bagi memastikan keperluan dan kemudahan yang sesuai dengan perkembangan semasa harus diwujudkan (Mohamad najib 2004) untuk melicinkan lagi proses perubahan dalam organisasi.


4.    Perundingan dan kesepakatan.

Perundingan dan kesepakatan merupakan aspek penting dalam setiap proses perubahan. Ketika perubahan hendak dilakukan, pasti akan ada individu atau kumpulan yang enggan mengikuti perubahan seperti mana yang dirancangkan (Rhenald Kasali 2007).


Bagi mempertahankan perubahan yang dilaksanakan pihak pengurusan harus berdepan dengan individu atau kumpulan yang membuat penentangan. Caranya adalah dengan melalui rundingan bersama mereka dengan mengenalpasti masalah atau kehendak yang menyebabkan adanya penentangan terhadap perubahan yang dibawa. Mungkin ada dalam kalangan mereka boleh diberikan sebarang intensif bagi menjayakan perubahan atau menukarkan peranannya dalam mana-mana bahagian dalam organisasi yang sesuaai dengan dirinya selain membuat kesepakatan untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang ingin meniggalkan organisasi berkenaan.


Antara lain, pihak pengurs harus memaahami personaliti individu.  Respon yang diberikan dalam pelaksaan perubahan daripada seseorang kakitangan boleh jadi dipengaruhi personalitinya. Perlaksanaan perubahan lebih senang dilakukan jika seorang kakitangan bersifat bertolak ansur, berfikiran terbuka (open-minded) dan dapat bergaul dengan baik. Ini semua boleh berlaku dengan adanya kesepakatan dan perundingan antara pihak pengurusan dan kakitangannya.



5.    Manipulasi dan penyertaan bersama.

Kotter mencadangkan untuk menggunakan pendekatan memanipulasi yang berkesan. Caranya adalah dengan melibatkan mereka yang kelihatan menjadi penentang kepada perubahan dibawa bersama dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan organisasi.


Penyertaan bersama dibuat dengan meletakkan seseorang dalam kumpulan perancang pengurusan perubahan sebagai ‘tempelan’ berbanding sebagai pengganti. Ini selalunya melibatkan penyertaan daripada ketua kepada kumpulan penentang perubahan untuk bersama-sama dalam usaha perubahan. Ketua ini akan memberikan peranan simbolik dalam membuat keputusan, tanpa mengancam usaha perubahan.


Namun awas, tektik ini akan gagal sekiranya individu ini berasa dirinya sedang ditipu untuk mengaburi tindakan melaksanakan perubahan, seterusnya ia akan menyebabkan akan semakin menentang berbanding jika golongan penentang ini tidak dimasukkan dalam kepimpinan usaha perubahan.


6.    Paksaan secara implisit dan ekplisit.
Masa itu amat berharga untuk dibiarkan berlalu. Untuk itu sebarang keputusan yang telah diambil harus dilaksanakan mengikut jadualnya. Namun kewujudan orang-orang yang menentang perubahan yang dilaksanakan akan menyebabkan proses itu tergendala.


Lalu sebagai langkah terakhir, pengurus perlu mengambil pendekatan dengan memaksa pekerja secara eksplisit atau implisit agar menerima perubahan. Ia merupakan ancaman (Nurkolis 2003) sebagai langkah untuk memastikan para penentangan itu dapat mengikuti semua agenda perubahan yang dirancang. Di sini perlu dinyatakan dengan jelas bahawa penentangan mereka akan menyebabkan hilangnya pekerjaan, pemecatan, pertukaran pekerja, atau tidak menaikkan pangkat pekerja. 
______________________________________________________________

Ini merupakan sebahagian daripada tugasan kuliah yang saya kemukakan untuk kursus Perubahan Pengurusan Dalam Pendidikan di bawah seliaan Dr.Mohd Izham.

Isnin, Februari 14, 2011

KERASULAN MUHAMMAD: Rahmat Buat Seluruh Alam.



Siapa sangka, dalam kegelapan jahiliyyah, muncul cahaya kebenaran. Dalam penindasan dan pertelingkahan kaum, muncul penyelamat menyatu ummah. Dalam keruntuhan moral masyarakat, muncul icon memperbaiki akhlak manusia, sekaligus membawa mesej keEsaan Tuhan. Tiada siapa di kalangan masyarakat menyedarinya walhal pada masa sama satu kaum lain menanti-nanti akan kedatangannya, baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Kelahirannya tatkala fajar subuh seolah-olah menjadi khabar gembira buat seisi dunia. Cahaya yang mengiringi kezahirannya di muka bumi menyinari seluruh alam. Tentu saja ia satu petanda baik buat umat manusia. Segala kebatilan bakal runtuh dek tertegaknya kebenaran. Buktinya, api sembahan Majusi yang sebelum itu menyala ribuan tahun terpadam serta-merta. Keteguhan Istana Kisra di Parsi pula runtuh menyembah bumi. Syaitan yang berada di langit dunia menggigit jari lantaran tertutupnya pintu rahsia perihal khabar hal ehwal dunia. Semua itu menjadi sebahagian daripada tanda nubuwwah seorang insan yang bakal membawa perubahan besar pada dunia akhir zaman selaku Khatimul Anbiya’.

Zahirnya ke dunia membawa amanah Tuhan yang telah dijanjikan akan kemunculannya dari zaman ke zaman. Tidak sekadar catatan ‘Ahmad’ di dalam kitab injil pegangan umat Nabi Isa, tetapi keberadaannya telah Allah umumkan sedari wujudnya manusia pertama, bapa seluruh manusia, Nabi Adam. Di kala itu Allah meminta baginda Adam untuk melafazkan selawat dan salam ke atas baginda Muhammad sebagai mahar pernikahan antara baginda dan Hawa semasa di syurga.

Lihat, betapa hebat dan mulianya Nabi Muhammad di sisi Allah sehinggakan baginda diberi penghormatan sebegitu rupa. Sudah tentu dirinya telah Allah persiapkan dari segala sudut mental dan fizikal bagi membawa misi-Nya dalam menyebarkan kalimah Tauhid. Keluhuran akhlak telah Allah programkan dalam dirinya dengan pemeliharaan hati dan jiwa baginda daripada terjebak dengan sesuatu yang keji dan mungkar sepanjang hayatnya.

Peristiwa dadanya dibelah malaikat untuk disucikan hatinya memberi makna hatinya perlu dibersihkan dari segala kotoran mazmumah. Selaku manusia biasa, salah dan silap seringkali melingkari kehidupan. Lalu segala bawaan mahmudah telah diperkukuhkan dalam jiwanya sesuai dengan maksud sabda baginda, “sesungguhnya, aku diutuskan kepada kamu (manusia) adalah untuk menyempurnakan akhlak”. Hasilnya, gelaran al-Amin yang diberikan masyarakat kepadanya membuktikan betapa baginda terkenal dengan akhlak terpuji di mana ia memberi satu bonus awal kepada baginda dalam menyebarkan dakwah kerasulannya kelak.

Sepanjang 23 tahun berjuang di arena dakwah membuktikan betapa komitednya baginda untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Walau ditentang dan diperangi musuh semangatnya tetap membara. Cacian dan hinaan dari kaumnya membuatkan jiwanya semakin kental dan tabah. Tawaran harta, pangkat dan wanita untuk menekan baginda untuk memberhentikan dakwah kepada msyarakat tidak diendahkannya. Bahkan sokongan padu dari kalangan sahabat-sahabatnya menjadikan misi baginda berterusan maju dan berkembang.

Dengan paduan antara kebenaran tauhid Ilahi dan keluhuran ahlak baginda nabi, islam akhirnya diterima ramai dan semakin meluas. Tertegaknya Negara Islam di Madinah memberi mesej Islam telah gemilang. Ia turut menjadi penanda aras kepada kejayaan dakwah baginda dan kesyumulan islam yang merangkumi segala hal ehwal dunia dari segala aspek kehidupan manusia. Model siasah telah baginda tunjukkan melalui kepimpinan melalui tauladan di mana baginda sendiri menjadi teraju pimpinan di daulah Islam Madinah. Model ekonomi islam juga ditunjukkan nabi melalui kaedah berurus niaga yang jujur dan amanah semasa baginda menjadi agen barang dagangan hartawan khadijah di usia mudanya. Melalui hubungan social dan masyarakat telah jelas di perlihatkan dalam rakaman sejarah baginda yang hidup di kalangan masyarakat dan kaumnya. Tidak kurang juga model pendidikan yang dibawa islam telah diperkenalkan melalui saranan nabi dalam pelbagai situasi. Dengan kata lain, al-Quran dan al-Sunnah merupakan sumber panduan utama sepeninggalan baginda buat umat manusia. Sama ada mahu mengikutinya atau tidak, yang pasti kaum Yahudi dan nasrani tidak sesekali akan berputus asa untuk mempengaruhi seluruh manusia untuk mengikuti jejak dan langkah mereka.

Lalu, setelah lebih 1400 tahun ini tidakkah kita menyedari akan peranan Nabi Muhammad di muka bumi ini? Tidak besarkah jasanya kepada sekelian umat manusia yang telah membawa 1001 rahmat kesejahteraan buat seisi alam ini? Atau sudah lupakah kita akan kepayahan baginda memperjuangkan islam dan menerapkan iman dalam diri manusia sehingga hari ini?

Jangan ada pula yang buat-buat lupa betapa besar jasa-jasa baginda kepada kita. Sifat kasih sayangnya kepada umatnya sentiasa tersemat dihati walau disaat akhir hayatnya lidahnya tidak putus-putus menyebut ‘ummati…ummati…ummati…’. Lalu apa pula balasan kita sebagai umatnya dalam menzahirkan rasa cinta dan kasih sayang kepadanya? Maka, sama-samalah kita melafazkan selawat dan salam ke atas baginda. Moga-moga kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang diberikan syafaat di akhirat kelak. Insya-ALLAH.

Sabtu, Februari 12, 2011

Sambutan VALENTINE'S DAY: Memperlekeh Aqidah Muslim





PANEL Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Amalan merayakan Valentine Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan Islam.”

Hakikatnya larangan bagi meraikan sambutan Hari Valentine berpaksikan kepada dua alasan utama iaitu pertama, ia dilarang nas syarak dan kedua ia mampu mendatangkan kesan kehancuran yang besar kepada agama, bangsa dan negara.

Menurut Rizki Ridyasmara dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, sejarawan masih tiada kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diingati.

Bagaimanapun, berdasarkan sejarah, ada empat pendapat popular berkaitan Hari Valentine;

Pendapat pertama:
Ia mengaitkan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia iaitu upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari.

Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bernama Juno Februata. Pada hari itu pemuda Rom memilih nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak terbabit secara rawak.

Nama gadis yang tertera akan menjadi pasangan dan objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelih anjing dan kambing.

Kemudian mereka memilih dua pemuda Rom dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang itu ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Selepas itu diadakan perarakan besar-besaran diketuai dua pemuda itu yang memukul orang ramai di laluan dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk menerima pukulan kerana beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua:
Ia mengaitkannya dengan kematian paderi St Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Peristiwa ini yang sering dikaitkan dengan kisah pengorbanan besar demi keagungan cintanya terhadap agama sementara versi lain, cinta kepada seorang gadis.

Pendapat ketiga:
Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St Valentine ialah individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu.

Disebabkan sumbangan itu, St Valentine dianggap kekasih rakyat dan 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol yang dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat keempat:
Ia berdasarkan apa yang dinukilkan Geoffrey Chaucer, penyair Inggeris dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.

Berdasarkan versi itu, jelaslah tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan sudah terang lagi bersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan akidah Islam dan orang Islam sendiri. 


http://b.scorecardresearch.com/p?c1=8&c2=6864323&c3=993&c4=&c5=&c6=&c10=&c15=&cj=1

Selasa, Februari 08, 2011

Arghh...So Bored..!!!

  1. Think of your absolute favorite thing to do. For Ex.: playing a musical instrument, cooking, jogging, etc. Do that activity if possible.
  1. Draw a picture. Even if you are not artistically talented, you can draw a funny picture for a friend or to just to cheer yourself up. Another great thing to do with paper is origami. In learning this, you not only releave some boredom, but are also learning a neat skill.
  1. If you own a pet like a dog, take it out for a walk and get some exercise. If you do not own a dog or any kid of pet for that matter, pretend you have a pet and take it out on walks and talk to it. People will give you stange looks which can also be entertaining.
  1. Investing in a bycicle or a pair of roller blades is another great idea. Get out on your bike or blades and get some exercise. The much needed fresh air will lift yur spirits and you won't be in the least bit bored.
  1. Now this is something I personally do when I'm bored, it's even kind of fun. Turn some music on and rearange a room in your house. I like to do this with my bedroom. It gets you moving around and thinking. You are doing something productive and therefore, will be too distracted to be bored.
  1. If all else fails, do something extremely random. Start dancing for no reason, or sing aloud your favorite song. In doing random,funny things, you may even find yourself laughing at yourself. And thus, you are not bored anymore.

Jumaat, Februari 04, 2011

TIDUR MENURUT ISLAM





Tidur merupakan satu fitrah yang perlu dinikmati oleh semua manusia. Tidur merupakan waktu untuk fizikal dan mental kita beristirehat. Namun untuk tidur ia juga mempunyai adab-adab dan tatacara yang harus diikuti bagi memastikan tidur itu merupakan sesuatu yang bermanfaat kepada tubuh badan dan kehidupan seharian kita. Berikut dicatatkan tidur menurut islam sebagai panduan bersama.

1) Tidur awal.Mungkin dalam pukul 1030 malam,anda sudah boleh masuk tidur. Jika anda sudah berkahwin, latih anak-anak anda tidur awal juga.

2) Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi SAW membenci untuk tidur sebelum Isyak.

3) Semasa hendak tidur itu,niatkanlah dengan ayat lebih kurang begini “Ya Allah,aku tidur ini kerana-Mu ya Allah. Untuk memenuhi fitrah badan aku. Kerana aku ingin bertahajud pada malam nanti pula. Semoga tidur ini memberi kebaikan yang sama dengan tahajud aku nanti.”

4) Tetapi, niat di atas itu bahasa tidak formal sahaja. Itu saya baca begitu. Bukankah Islam itu mudah? Anda boleh search di internet untuk niat lebih formal.

5) Kemudian, tidurlah anda. Sebelum tidur itu, berwudhu’lah dahulu seelok-eloknya. Baca juga ayat Qursi.Baca juga surah Al-Ikhlaas, Al-Falaq dan An-Naas. Mengucap juga dua kalimah syahadah sebelum tidur.

6) Kemudian, dalam hati,niatkan untuk bangun pada pukul sebagai contoh mari kita letakkan 1.30 AM.Ini kerana waktu itu, kita punya minda belum sampai tahap tidur yang susah bangun. Ini kajian sains pun ada sebut.

7) Kemudian, bangunlah kita. Lakukan solat tahajud.Lakukan solat sunat. Ketahuilah bahawa solat tahajud itu solat sunat yang amat dituntut selepas solat fardhu.

8)Kemudian, jika anda masih mampu, bacalah sedikit Al-Quran. Tetapi,janganlah lakukannya jika anda mengantuk. Rasulullah berkata yang bermaksud lebih kurang begini “Janganlah bersolat dalam keadaan mengantuk kerana kamu akan mencaci diri kamu sendiri nanti”.

9) Kemudian,tidurlah kita.Tetapi,setkan alarm untuk bangun subuh pula.

10) Kiranya kita boleh simpulkan kita bertahajud selama sejam. Iaitu sehingga 2.30 AM. Jadi, kita akan tidur selama 4 jam sehingga jam 6.30 AM. (Anda boleh sesuaikan waktu ini dengan jadual solat kawasan anda)

11) Tetapi, setkan di dalam minda.Kita hendak bangun subuh. Berdoalah kepada Allah.Supaya membangunkan kita ketika subuh. Dan ketika sedar sahaja, pastikan mengucapkan syukur kepada Allah.

12) Lawan perasaan malas anda. Itu hanyalah syaitan. Sains mengatakan kita perlu tidur 6-8 jam berterusan bukan? Sebenarnya kajian terbaru ada menunjukkan bahawa kita hanya perlu tidur 3-4 jam berterusan.Dan bangun malam sebentar itu bagus untuk kesihatan.

13) Dapat membaikkan buah pinggang dan sebagainya. Ini bertepatan apa diajarkan Rasulullah SAW. Baginda menyeru kita tidur sebentar apabila kita mengantuk.

14) Dan kemudian, apabila sampai ke waktu zuhur (tengahari), berbaringlah anda sebentar.Orang putih kata take a cat nap. Ianya bagus untuk kesihatan. Niatkan juga untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.Pasti mendapat pahala dan berkat.

15) Jangan tidur selepas asar. Ada bukti sains juga yang mengatakan tidur selepas asar boleh menghilangkan kewarasan (gila).

16) Dan apabila sampai malam,  apabila anda mengikuti cara ini,pasti anda dapat tidur awal.Mula-mula hendak berubah, tentulah susah bukan?Jangan risau.

17) Dan dengan mengikuti cara ini anda mendapat 3 perkara. Iaitu keberkatan Allah SWT, kesihatan tubuh badan,dan juga dapat menjalankan tanggungjawab anda sebagai Hamba Allah SWT.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SALAM MESRA

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas kesudian berkunjung ke blog ini. Sejak akhir-akhir ini statistik menunjukkan adanya kunjungan dari pelawat-pelawat yang mencatatkan kekerapapan lawatan bagi sesetengah entri dalam blog ini. Kebanyakannya entri yang berkaitan dengan s]umber manusia, pengurusan organisasi dan seumpamanya. Siapa pun anda, plagiat merupakan sesuatu yang tidak beradab tanpa meminta izin terlebih dahulu dengan apa jua cara. Apapun, diharapkan agar mana-mana entri di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada anda.