Pagi tadi, oleh kerana ketiadaan ustaz yang selalu membaca doa di tempat kerja, saya diminta untuk mengendalikan bacaan doa khusus untuk rakan sejawat merangkap salah seorang bos saya yang bakal menunaikan ibadah haji bagi musim ini. Sebelum tu saya puas mencari-cari di internet, tapi satu pun tiada. Jadi, di sini saya kongsikan doa ini untuk panduan kalian di luar sana.
بسم اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma
Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya pada pertemuan ini, ingin kami rafa’kan
setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak
ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Pada saat dan detik ini
kami hulurkan tangan pengharapan memohon
ehsan dan rahmat-Mu agar engkau anegerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah
kepada yang berbahagia ……………. yang bakal menjadi tetamu-Mu tidak lama
lagi. Ketahuilah ya Allah, HambaMu yang kami raikan pada pagi ini akan pergi
menyambut panggilanMu, untuk menunaikan fardhu haji, sebagai syarat
melengkapkan diri sebagai muslim yang sempurna. Engkau terimalah kehadirannya dan permudahkanlah
segala urusannya. Berikanlah
kepada beliau kesabaran, ketabahan dan kekuatan mental dan fizikal dalam
menunanaikan serta menyempurnakan tuntutan Rukun Islam ke-5 itu.
Allahumma
ya Munzilar rahmah wa ya fatihal barakah
Kurniakanlahlah ya Allah ganjaran, syafaat dan keredhaan-Mu
kepada beliau, agar dengan rahmat dan kasih sayang-Mu, segala amal ibadah dan
kewajipan terhadap-Mu dapat dilaksanakannya dengan sebaik mungkin. Kurniakanlah
kesihatan yang baik sepanjang tempohnya di sana, hindarkan segala aral yang
melintang dan mudahkanlah segala kesukaran yang dihadapi tatkala berada di bumi
Makkah yang penuh barakah.
Allahumma
Ya alim wa ya qadhial hajat
Ampunilah segala dosa-dosanya yang lalu, janganlah ia menjadi asbab
kepada rosaknya ibadah, cacatnya syarat dan rukun haji yang dijalankan itu.
Semoga ibadah haji yang dilakukannya diterima baik oleh-Mu sebagai haji yang
mabrur dan bukanlah haji yang mardud.
Semoga kami yang belum sampai seruan untuk menuju-Mu direzekikan juga
pada masa hadapan seperti yang Engkau rezekikan kepadanya.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ
جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً
مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ
يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا
ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ
فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ
رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى
مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ
21 ulasan:
Salam...saya moron share ya doa ini..tq
saya mohon izin untuk diprint dan dibacakan kepada sahabat saya. syukran.
salam, mohon izin utk diprint dan dibaca kpd sahabat saya. Jazakallahu Khairan.
Sila lah ambil dan print. Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum, Saya mohon izin untuk mendapat doa ini,agar dapat di menafaat kapada yang berhajat,
Semoga yang menyediakan doa ini di limpahi rahmat oleh Allah s.w.t.Amin....
Assalamualaikum, saya mohon keizinan tuan untuk mencetak doan ini untuk dimanfaatkan kepada yang berhajat. Semuga usaha tuan yang murni ini dibaroqahi Allah SWT beserta sekeluarga, dunia dan akhirat.Aamiin!!!
Mohon copy ye
Mohon izin copy ye. Tk
Mohon copy ye tuan
Mohon izin copy tuan... Trima Kasih
Mohon keizinan copy doa ini tuan. Terima kasih
saya mohon izin untuk copy
Mohon share
Mohon keizinan copy doa ini dan dimanafaatkan tuan In Shaa Allah. Terima kasih
Mohon izin share doa ni boleh
Doa yg baik dan amat sesuai untuk menepati tujuan.
Mohon izin dibaca untuk majlis saudara saudara kita yang hendak pergi haji. Terima kasih.
Susunan doa yg baik..mohon izin digunakan sebagai runukan ya..
Sedekah aja ilmu moga2 pahala mengalir tanpa disedari
Doa yang baik. Mohon izin utk dimanfaatkan. Tqvm
Wa'alaikumussalam semua. Alhamdulillah. Ambil saja mana2 yang dimahukan. Semoga bermanfaat.
2023, Masih lagi Relevan..Terima kasih kepada Tuan Empunya Idea.
Catat Ulasan