Carian Daripada Blog Ini

Selasa, April 08, 2014

PROGRAM PENGKARYA GURU (PENTERJEMAHAN) 2014

Alhamdulillah, Setelah melalui dua siri dalam Program Latihan dan Penterjemahan untuk Guru di bawah anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, dapat saya rasakan ia sesuatu yang sangat mencabar buat saya. Program ini dijadualkan berjalan sebanyak 4 siri pertemuan pada hujung minggi bermula dari 13 Mac 2014 pada setiap minggu. 

Pada mulanya saya tidak begitu yakin untuk terpilih dalam program ini memandangkan semasa permohonan dibuat, terdapat tugasan yang perlu dilaksanakan. Namun, saya akhirnya terpilih dalam kalangan 30 pemohon terbaik daripada puluhan guru yang memohon kursus ini. Bila melihat kepada rakan-rakan peserta yang lain, ma-sya-Allah, terasa tidak layak bersama-sama mereka yang hebat-hebat. Tapi, bilamana berada dalam lingkungan mereka, rasa banyak perkongsian yang diperolehi daripada mereka yang datang daripad pelbagai latar belakang. Rakan sebilik saya contohnya, 'Adlan, nampak saja kurang bercakap, tapi bila bercakap memang nampaklah kehebatannya. 

Secara kesuluruhan, program ini sangat bermanfaat buat guru-guru yang suka kepada perkara-perkara baharu seperti yang terkandung dalam kursus ini. Melalui program ini peserta dibimbing oleh beberapa orang penceramah merangkap fasilitator iaitu Tuan Yusof Cha, Tuan Syed Nurulakla dan Cik Nurul Hidayah. Di akhir program ini, para peserta akan dapat menghasilkan sebuah karya terjemahan berdasarkan buku bacaan kanak-kanak terpilih yang dibekalkan oleh pihak Institut Terjemahan & Buku Malausia. Buku yang diberikan untuk saya terjemah adalah The Ancient Roman. Sungguh saya berharap agar tugasan ini dapat diselesaikan dengan mudah dan jayanya.

Di sebalik itu, hati saya turut merasa berat untuk menerimanya kerana memikirkan perlu berada di tempat kursus selama 4 hari 3 malam pada setiap hujung minggu. Ia berikutan sewaktu itu saya sangat bimbang dengan tahap kesihatan nenek saya yang tidak begitu stabil selepas keluar daripada hospitan beberapa minggu lalu. Namun atas semangat ingin menimba pengalaman yang lebih luas, saya tinggalkannya dengan 1001 doa untuknya. Namun, pada siri pertama itulah, nenek saya kembali menemui Tuhannya. Mujur penganjur program (Puan Mazlin & Puan Fauziah) memberi pelepasan buat saya untuk pulang awal tatkala saya dimaklumakan oleh keluarga mengenai keadaan tenat nenek saya ketika itu.


Peserta bersama fasilitator dan penganjur program.

Kak B, Tuan Syed, Cik Nurul dan Gue. 

Peserta mula menyibukkan diri dengan tugasan masing-masing.

Saya pun sibuk juga.




* Maaf, saya tak sempat nak upload gambar banyak-banyak kerana perlu cepat menyelesaikan tugas  menterjemah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.