Carian Daripada Blog Ini

Rabu, Jun 29, 2011

OH BANGSAKU



OH ALANGKAH SAYUNYA HATIKU
BILA AKU MELIHATKAN BANGSAKU
KASIH SAYANGNYA SUDAH MUSNAH
PERPADUAN SUDAH PUNAH RANAH

BAHKAN BERLAKU DI DALAM BANGSAKU
PERGADUHAN DAN TIPU MENIPU
KASIH SAYANG SUDAH TIDAK LAGI DIPEDULI
MASING-MASING HIDUP CARA SENDIRI

OH ALANGKAH MALANG BANGSAKU
CUBA BERSATU TAPI TAK MAMPU
MALAH MAKIN MENJAUHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN

KERNA KITA HANYA TAHU MENGGUNAKAN AKAL SEMATA
TUHAN TIDAK DIBAWA BERSAMA
TUHAN TIDAK DIAMBIL KIRA

SEBENARNYA KUNCI SEGALANYA
BILA KITA MENCINTAI TUHAN
CINTAKAN TUHAN PERPADUAN DAN KASIH SAYANG
PASTI TUHAN SEGERA MEWUJUDKAN

OH MARILAH KITA SEMUA MENYINTAI TUHAN KITA
AGAR BANGSA DAN JUGA NEGARA BERSATU DAN BERPADU SEMULA
AMPUNAN TUHAN MENAUNGI BUMI TUHAN DIRAHMATI
KASIH SAYANG BERBUNGA SEMULA
SEMUA INSAN HIDUP BERHARMONI

WAHAI TUHAN DATANGKAN SEGERA
PENYELAMAT BAGI KAMI SEMUA
MENYATUKAN BANGSA DAN JUGA NEGARA
SEMOGA HIDUP AMAN BAHAGIA

Sabtu, Jun 18, 2011

Kelebihan dan Adab Minum Air Zam-Zam

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :


Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah) 


Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."

Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, 'bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri olch gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.

Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang mnum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang saleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).

Al- 'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah Rahimahullah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudahpun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa."

Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)

Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah(lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallain pernah bersabda: " Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan? "" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).

AI-Jalal as-Suyuti juga turut menceritakan tentang dirinya, katanya: "Dengan memuji Allah Ta'ala, saya sudah musafir ke negeri-negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. Apabila saya menunaikan haji, saya telah minum air Zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya:
  • Agar saya sampai (mahir) dalam ilmu fiqeh sehingga mencapai mertabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
  • Dalam ilmu hadis sehingga saya mencapai mertabat al-Hafiz lbnu Hajar.
Adapun semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah Ta'ala ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah. Kerana apalah yang ada untuk dimegahkan didunia ini, sedang saat kembali semakin dekat dan ubanpun mulai subur." (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).

Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.

ADAB MEMINUMNYA

Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam".Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah carariya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Dalam bahasa Arabnya doa itu berbunyi:


Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.

Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:

"Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu 'Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda: 


Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.

Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.

____________________________________________________________________________________

Saya tergerak hati mendapatkan artikel ini setelah berhari-hari menjadikan air zamzam sebagai ubat batuk saya. Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik dari hari ke hari dengan mengamalkan meminum air zamzam. Artikel ini saya perolehi daripada http://www.salamcyber.com/blog/view/49/



Khamis, Jun 09, 2011

PENGUKUHAN AKIDAH SEBELUM SYARIAT



Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun memperlihatkan satu tempoh yang ideal bagi dakwah dan syariat Allah diperkenalkan kepada seluruh umat. 13 tahun di bumi Makkah tidak cukup untuk syiar Islam terpancar seluruhnya. Kala ini penerapan Islam lebih tertumpu kepada pengukuhan akidah dalam hati-hati umat yang dengan rela dan pasrah menyerahkan segala jiwa raganya demi keimanan kepada Allah. Sebagai syarat utama keimanan, KeEsaan Allah wajib diperkukuhkan dalam diri dengan meninggalkan segala perakuan syirik yang menyekutukan-Nya.

Kemudian untuk tempoh 10 tahun terakhir adalah era Islam bertapak di Madinah di mana pada masa ini  secara berperingkat syiar-syiar Islam tertegak dan diperkenalkan kepada penganutnya. Seruan tidak sahaja semata-mata meyakini Allah sebagai Tuhan seperti mana yang diterapkan oleh Rasulullah di Makkah bahkan memperakui keEsaan-Nya melalui amalan dan tindakan. Solat yang disyariatkan sebelum era Islam di madinah sekitar 9 tahun Islam disebarkan diperkukuhkan pula dengan amalan puasa dan zakat selain tuntutan-tuntutan kewajiban dan kifayah selainnya.

Daripada pembahagian period Islam di Makkah dan Madinah jelas sesuatu boleh diambil untuk difikirkan bersama – Aqidah mendahului Syariat – di mana satu persoalan yang sebenarnya pernah berputar di kepala suatu masa dulu kini mula menemui jawapan yang relevan untuk dikongsi.

Pengukuhan akidah dengan mengenal Tuhan lebih utama perlu ditanamkan dalam hati dan minda manusia sedang syariat melalui ibadat pula diamalkan setelah pasti Tuhan itu dikenali sebaik-baiknya. Ramai dalam kalangan kita beramal tanpa sedar seringkali pada masa yang sama lalai dan lupa dengan Sang Penciptanya.

Seringkali manusia menyedari Allah itu sebagai Tuhan yang Maha berkuasa tetapi pada waktu yang sama masih melakukan kemungkaran. Mungkin solatnya cukup lima waktu namun masih suka berbohong dan terlibat dengan fitnah. Atau juga seseorang yang cukup puasa dan zakatnya namun suka sangat menganianyai orang lain. Keadaan ini menunjukkan betapa dalam hati masih wujud ruang kosong yang tidak diisi dengan hakikat Ihsan yang meyakini Allah melihat dan mengetahui segala apa yang dilakukan.

Tidak kurang ada yang sudah menjejakkan kaki di depan kaabah tetapi dalam hati masih mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Malah memanjat doa saban kali selepas solat masih tidak meletakkan keyakinan 100% kepada Allah. Selalu tidak bersangka baik dengan-Nya selain seringkali melupakan Allah diwaktu senang dan hanya mengantinya kala dalam kesukaran.

Jika begitu adakah mereka telah mengenali Tuhan dengan sebaik-baiknya? Jika Tuhan dikenali segala sifat dan zat-Nya pasti hati akan sentiasa terpaut dan merasakan dirinya sebagai hamba yang lemah. Pergantungan kepada Allah semata-mata tentu saja itu jawapannya bagi orang yang benar-benar takwa dan percaya dengan keEsannya.

Keyakinan kepada Allah perlu diperkukuhkan dahulu disebabkan ia melibatkan pemupukan hati untuk memberi kefahaman jelas bahawa tiada Tuhan yang lebih agung dari-Nya. Dengan maksud jangan ada yang lain untuk dipercayai dan bergantungan hanya selain kepada Tuhan yang dipercayai paling berkuasa dan hebat tanpa sebarang keraguan. Tatkala Allah diimani sepenuh hati maka secara tidak langsung dirinya sentiasa terpaut pada pergantungan dengan-Nya. Tiada yang lain untuk diminta dan diharap bila mana hatinya telah dipenuhi dengan rasa kehambaan kepada Allah dahulu.

Untuk melahirkan rasa kehambaan, bagai seorang pacal hina di mata si raja memerlukan takwa yang menjadi benteng kepada segala tindak tanduk dalam kehidupan hariannya. Melalui takwa menjadi asas kepada perlakuan-perlakuan lain yang dibuat seolah-olah merasakan Allah mengetahui dan memerhatikannya saban waktu selain memahami akan kesan daripada tindakannya yang tidak selari dengan syariat.

Dengan ini, apabila sifat takwa telah wujud dalam hati dengan meyakini akan adanya Allah yang begitu hebat kekuasaannya maka segala tindakan dan perlakuan seseorang itu pastinya tidak terpesong dari jalan dan cara yang salah. Lalu dengan itu keadaan hati telah yakin dengan Allah maka dizahirkan pula dengan amal ibadah yang membuktikan keimanannya. Pada waktu ini tidak mungkin boleh wujudnya kemungkaran walau seseorang mengakui berimana kepada Allah. Tidak akan terjadi juga pada seseorang yang cukup solat lima waktu tetapi mencuri dan menyamun. Atau seseorang yang puasa dan beramal kebajikan tetapi membuka aurat dan memperlekehkan hukum Allah. Tidak mungkin itu adalah sifat seseorang yang beriman dan bertakwa yang tentunya mengetahui akan kesan dan akibat daripada setiap daripada tingkah lakunya yang berlawanan dengan pengakuannya yang mengimani Allah sepenuh jiwa raga.

Maka jelas menunjukkan mengenali Allah sebagai Tuhan yang Esa dan Agung adalah perkara yang sebaik-sebaiknya perlu ditekankan dalam diri seseorang. Ia merupakan kunci kepada kebahagian dunia akhirat melalui ibadat yang dilakukan dengan mengetahui apa tujuan amal ibadahnya itu. Adalah sia-sia bila mana seseorang itu beramal tapi tidak mengetahui tentang Tuhannya. Malah tidak pula sempurna keimanannya andai tidak dibuktikan dengan amal ibadahnya. Di mana pun keadaannya, ‘awaaluddiin makrifatullaah’ iaitu perkara awal dalam beragama (Islam) adalah mengenali Allah.


Ahad, Jun 05, 2011

Al-Quran & 7 Huruf


Al-Quran merupakan sebuah kitab ulung yang tidak ternilai dan sesuai dipraktikkan sepanjang zaman. Dari segi bahasa, al-Quran bererti kalam Allah berupa mukjizat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa mushaf bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadat [3]. Terdapat tiga rukun membaca al-Quran iaitu sah sanadnya, bertepatan dengan Rasm ‘Uthmani walaupun secara ihtimal dan bertepatan dengan satu wajah daripada wajah-wajah nahu (Bahasa Arab).

“Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya” Yusuf : 2
Penurunan wahyu yang pertama dimulai dengan ayat pertama dari surah al-Alaq pada akhir bulan Ramadhan dan diakhiri dengan ayat ke-281 dari surah baqarah, sembilan malam sebelum Rasulullah s.a.w wafat. Keseluruhan proses penurunan wahyu ini memakan masa selama lebih kurang 23 tahun. 
Al-quran seperti mana yang diketahui adalah berbahasa Arab diturunkan pada peringkat awal kepada bangsa Arab melalui Nabi Muhammad s.a.w dari kalangan Arab. Apa yang menjadi persoalan disini mengapakah bahasa arab dipilih menjadi bahasa al-quran? Apakah kelebihan bahasa ini sehingga mampu menjadi “pelemah” kepada hujjah-hujjah musuh-musuh Islam? Jika dikaji permasalahan ini secara mendalam tentu kita akan mendapati beberapa hikmah dan kelebihan yang ada pada bahasa ini, cuma apa yang ingin dibawa oleh penulis hanyalah secebis dari kelebihan-kelebihan yang ada pada bahasa ini.
Dalam pengkajian ilmu-ilmu al-Quran atau lebih dikenali dengan ulum quran terdapat satu bab yang dikaji dan dikarang oleh ulama’-ulama’ tafsir yang dinamakan “Al-Quran Diturunkan Dalam Tujuh Huruf” (نزول القران على سبعة أحرف) berdasarkan kepada hadith Imam Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. yng bermaksud, “Telah bersabda baginda Rasulullah s.a.w: Jibril telah membacakan kepadaku al-Quran dengan satu huruf kemudian aku mengulang-ulangnya, kemudian aku minta ditambahkan (huruf), maka ditambahkan kepadaku hingga menjadi tujuh huruf”.
Berdasarkan hadith ini para ulama’ telah berselisih kepada 35 pendapat dalam mentafsirkan makna ‘tujuh huruf’ di dalam hadith tadi. Akan tetapi kebanyakan dari pendapat-pendapat ini dilihat hampir sama maka mereka telah meringkaskan kepada enam pendapat atau pandangan sahaja :
Pendapat pertama berpendapat yang dimaksudkan dengan tujuh huruf ialah tujuh bahasa dari bahasa arab yang membawa makna yang satu. Bermaksud, ada diantara ayat-ayat di dalam al-Quran yang boleh dibaca dengan tujuh jenis perkataan yang berbeza dari segi bacaan dan ejaan tetapi mempunyai makna yang sama.
Pendapat kedua pula mengatakan apa yang dimaksudkan dengan tujuh huruf ialah tujuh bahasa dari bahasa arab yang digunakan oleh al-Quran. Tujuh bahasa ini ialah Quraisy, Huzail, Thaqif, Hawazin, Kinanah, Tamim dan Yaman.
Pendapat ketiga mengatakan yang dimaksudkan dengan tujuh huruf ialah tujuh bentuk ayat yang terkandung di dalam al-quran iaitu ayat yang berbentuk suruhan, larangan, janji baik, janji buruk, cerita, perumpamaan dan perbalahan.
Pendapat keempat, tujuh huruf tersebut ialah tujuh bentuk perubahan yang ada dalam al-Quran :
  1. Ikhtilaf dari segi mufrad, jama’, muzakkar muannas dan seumpanya. Sebagai contoh : 
والذين هم لأماناتهم وعهدهم راعون

Kalimah ( لأماناتهم ) yang dibaca dengan lafaz jama’ dibaca dengan lafaz mufrad ( لأمانتهم ) .
  1. Ikhtilaf dari segi i’rab.
Contoh :
(ماهذا بشراً) dibaca oleh jumhur ulama’ dengan nasab. Manakala Ibnu Mas’ud membaca dengan rafa’ (ماهذا بشرٌ)  
  1. Iktilaf dari segi tasrif.
Contoh :
Kalimah (يعلمون)dibaca dengan (تعلمون) dan kalimah (الصراط) dibaca dengan (السراط)  pada firman Allah (اهدناالصراط المستقيم)
  1. Ikhtilaf dengan yang mendahului dan dikemudiankan.
Contoh :
Kalimah (أفلم يايئس)  dibaca dengan (أفلم يأيس)
  1. Ikhtilaf dengan mengantikan ayat kepada ayat yang lain.
Contoh :
Ayat (كالعهن المنفوش) diganti dengan (كالصوف المنفوش) sepertimana yang dibaca oleh Ibnu Mas’ud. Ada juga ayat yang digantikan hurufnya kerana makhrajnya yang berhampiran seperti fiman Allah : (وطلح منضود) dibaca dengan (وطلع منضود).
  1. Ikhtilaf dengan penambahan dan pengurangan.
Contoh :
Ditambah bacaan pada firman Allah (وأعد لهم جنات تجري تحتها الأنهار)   dibaca oleh Ibnu Kathir dengan menambah kalimah (من) maka dibaca dengan ((من تحتها الأنهار.
Contoh lain pada firman Allah (وماخلق الذكر والأنثى) dibaca dengan dikurangkan bacaan dengan membuang ayat (وماخلق) maka hanya dibaca (الذكر والأنثى).
Ibnu Abbas membaca firman Allah (وكان أمامهم ملك يأخذ كل سفينة صالحة غصباً) dengan menambahkan kalimah (صالحة) dan menggantikan kalimah (أمام) dengan kalimah (وراء)  sebagaimana yang dibaca oleh jumhur ulama’ (وكان وراءهم ملك يأخذ كل سفينة غصبا).
  1. Ikhtilaf lahjah samada menipiskan atau menebalkan bacaan, membaca dengan fathah atau imalah, membaca dengan izhar atau idgham, membaca dengan tashil atau ishmam atau seumpama dengannya.
Contoh :
Dibaca dengan imalah pada kalimah (أتى) dan (موسى) pada firman Allah
(وهل أتاك حديث موسى). Menipiskan bacaan pada huruh ra’ pada firman Allah (خبيراً بصيراً). Menebalkan bacaan pada lam pada (الطلاق). Membaca dengan tashil hamzah pada firman Allah (قد أفلح). Mengisymamkan ghain dengan dibaca baris hadapan dan bawah pada firman Allah (وغيض الماء).
Pendapat kelima, sebahagian ulama’ berpendapat tujuh huruf tidak membawa sebarang maksud, bahkan ia seolah-olah sebagai satu simbul kepada kesyumulan al-Quran. Ia juga sebagai satu isyarat bahawa al-Quran dari segi bahasanya balaghahnya mengatasi bahasa-bahasa lain yang ada di dunia ini. Digunakan lafaz tujuh sebagai satu kiasan kepada kesempurnaan dan kesyumulan al-Quran kerana tujuh lebih banyak dari satu.
Pendapat keenam, mereka berpendapat yang dimaksudkan dengan tujuh huruf ialah qiraat tujuh.
Berdasarkan keenam-enam pendapat yang telah disebutkan tadi kebanyakan ulama’ telah berpendapat pendapat yang paling rajih ialah pendapat yang pertama bersandarkan kepada hadith yang telah disebutkan pada permulaan perbahasan ini, disokong pula oleh beberapa hadith yang tidak sempat dikemukakan oleh penulis kerana dikhuatiri akan menjadi lebih panjang berbahasan ini.
Bagi menjawab pendapat kedua yang mengatakan tujuh huruf bermaksud tujuh bahasa yang ada dalam al-Quran ditolak kerana bahasa arab tidak hanya tertakluk kepada tujuh bahasa sahaja bahkan lebih dari itu.  Bahkan dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim hadith yang diriwayatkan dari Umar Al-Khattab menceritakan beliau mendengar Hisyam bin Hakim membaca surah al-Furqan dengan bacaan yang tidak dibacakan oleh nabi kepadanya. Kemudian beliau berjumpa dengan Hisyam dan bertanya dari mana Hisyam meriwayatkan bacaan tadi, Hisyam menjawab dari Rasulullah s.a.w. Lantas Umar menjawab kamu berbohong. Kemudian mereka bertemu dengan Rasulullah s.a.w mengadu hal tersebut. Setelah Rasulullah mendengar bacaan kedua-duanya maka Rasulullah s.a.w bersabda kedua-dua bacaan mereka adalah sepertimana yang diturunkan dan sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf.
Berdasarkan hadith ini kita mendapati Umar Al-Khattab dan Hisyam kedua-duanya adalah berbangsa arab Quraisy yang menggunakan bahasa dan lahjah yang sama, adalah mustahil saidina Umar tidak tahu lahjah bangsanya sendiri sekiranya benar tujuh huruf itu bermaksud tujuh bahasa arab yang ada dalam al-Quran.
Untuk menjawab pendapat yang ketiga yang mengatakan tujuh huruf bermaksud tujuh bentuk ayat yang terkandung di dalam al-quran iaitu ayat yang berbentuk suruhan, larangan, janji baik, janji buruk, cerita, perumpamaan dan perbalahan, zahir hadith telah menunjukkan bahawa yang dikehendaki dengan tujuh huruf ialah sesuatu kalimah itu dibaca samada dengan dua atau tiga hingga tujuh wajah bacaan mengikut kehendak dan kemampuan kerana adalah mustahil bagi satu ayat yang mengandungi perintah suruhan contohnya kemudian di dalam ayat yang sama juga terkandung larangan dan begitulah sebaliknya.
Bagi menjawab pendapat yang keempat, walaupun dilihat dari satu sudut ada kebenarannya pendapat ini tetapi jika diteliti akan hadith yang dikemukakan pada awal perbahasan ini kita akan mendapati pendapat ini tidak selari dengan kehendak maksud hadith kerana sesetengah ikhtilaf dan perubahan bacaan mengikut pendapat ini (sebagaimana yang telah diterangkan di atas) bersandarkan kepada dalil-dalil ahad, telah menjadi kesepakatan ulama' setiap apa yang berkaitan dengan al-Quran hendaklah bersandarkan kepada dalil-dalil yang mutawatir. Selain itu kebanyakan ikhtilaf-ikhtilaf yang disebut oleh mereka tidaklah menunjukkan sebarang perubahan pada kalimah, cuma sekadar perubahan dari segi baris, wajah bacaan, i'rab, tasrif dan perubahan kedudukan ayat yang didahulukan dan dikemudiankan.
Untuk pendapat kelima, cukuplah hadith pada permulaan perbahasan ini menjadi hujjah menjawab pendapat ini.
Menjawab pendapat keenam, al-Quran bukanlah qiraat kerana al-Quran ialah wahyu yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w sebagai penerangan dan peringatan, sedangkan qiraat ialah ikhtilaf pada cara sebutan dan bacaan pada lafaz wahyu (al-Quran) samada dari segi menipiskan, menebalkan bacaan atau seumpama dengannya.
Secara kesimpulannya pendapat pertama adalah yang paling rajih berdasarkan kepada dalil-dalil yang telah disebutkan. Jika ditanya adakah tujuh huruf ini masih wujud? Maka dijawab oleh sebahagian ulama’ bahawa tujuh huruf ini sudah dihazafkan penggunaanya pada masa sekarang oleh khalifah Uthman ketika beliau mengarahkan al-Quran ditulis semula kerana pada masa itu berlaku perselisihan pendapat yang amat dasyat dalam bacaan al-Quran sehingga ada dikalangan mereka yang mengkafirkan antara satu sama lain. Bagi mengelakkan musibah ini berleluasa maka khalifah Uthman memerintahkan al-Quran ditulis dan dibukukan semula dengan dipilih bacaan yang paling kuat sanadnya dan paling masyhur digunakan oleh Rasulullah s.a.w., dari riwayat bacaan tujuh huruf ini tadi hanya satu yang dipilih dan ditulis dan ianya menjadi bacaan kita hinnga masa sekarang dan akan datang. Diharapkan agar perbahasan ini dapat memberi faedah kepada semua dalam memahami ilmu-ilmu al-Quran.  Wallahu a'lam.



Rujukan:
1. Al-Quran.
2. Fathul Bari Imam ibnu Hajar syarah kepada Sohih Bukhari.
3. Perbahasan Imu-ilmu Al-Quran : Manna' Qattan
4. Manahil I'rfan fi ulumil quran : Muhammad Abdul Azim Az-Zarqani

Sabtu, Jun 04, 2011

Bencana alam, pergolakan peringatan untuk umat Islam...?

MEREKA yang merenung mengenai kejadian alam dan segala fenomena perubahan seperti banjir, tsunami, kemarau panjang, ribut taufan sehingga pergolakan politik dan kerencatan ekonomi yang berlaku, akan meyakini kekuasaan Allah SWT serta kewajipan mengembalikan seluruh kehidupan serta tunduk kepada perintah-Nya. Ini disebabkan segala kekuasaan dan kekuatan dimiliki tidak terlepas daripada qada dan qadar Allah SWT kerana Dia mempunyai kuasa mutlak terhadap kejadian ini.

Lebih menakutkan kelalaian hati manusia terhadap kebesaran dan pengajaran daripada Allah dari fenomena di atas. Mereka hanyut dibuai keseronokan dan kemungkaran menjauhkan diri dengan Allah SWT, seterusnya mendorong mereka melanggar perintah Allah SWT. Natijahnya kemungkaran yang berlaku tidak dapat dibendung. Keduniaan menjadi matlamat kehidupan dengan mengabaikan tanggungjawab terhadap urusan akhirat.

Segala kemusnahan berlaku pada hari ini adalah peringatan daripada Allah SWT bagi mereka yang mengambil pengajaran dan iktibar. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya kami menimpakan azab seksaan tetapi mereka tetap tidak mahu tunduk kepada perintah Tuhannya”. (Surah al-Mukminun, ayat 76)

Firman-Nya lagi: “Allah mengumpamakan sebuah negeri yang dahulunya aman tenteram dengan rezeki yang melimpah ruah dari segenap sudut ruang, tetapi apabila mereka mengingkari nikmat dan perintah Allah SWT, didatangkan bencana kebuluran yang amat dahsyat akibat perbuatan mereka sendiri”. (Surah an-Nahl, ayat 112)

Al-Quran mengisahkan seumpamanya dengan kaum Saba di Yaman dikurniakan nikmat yang banyak daripada Allah SWT sehinggalah mereka dibinasakan akibat kekufuran. Kisah ini dirakamkan Allah SWT dalam Surah Saba bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT tunjukkan kebesaran-Nya terhadap kaum Saba. Mereka dikurniakan dua buah sungai yang mengalir di kiri kanan mereka serta limpahan rezeki yang banyak.

Sehingga dikatakan kepada mereka makanlah daripada rezeki Tuhanmu. Maka jadilah ia sebuah negeri yang aman dan mendapat keampunan Allah SWT. Selepas mereka berpaling, maka kami kirimkan banjir yang besar dan kami gantikan dengan pohon bidara yang pahit serta kemusnahan yang sangat besar. Demikianlah azab yang ditimpakan kepada mereka disebabkan kekufuran mereka.” (Surah Saba, ayat 15 hingga 17)

Demikianlah peringatan Allah kepada seluruh umat manusia sejak dulu, kini dan selamanya. Semuanya adalah daripada usaha dan perbuatan yang dilakukan oleh tangan manusia sendiri. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan segala musibah yang menimpa kamu adalah daripada perbuatanmu sendiri dan Allah banyak mengampunkan kesalahan kamu”. (Surah Syura, ayat 30).

Firman-Nya lagi: “Sudah datang kerosakan di darat dan di lautan akibat perbuatan manusia. Allah mengehendaki agar mereka merasai akibat dari perbuatan mereka supaya mereka kembali (mengingati Allah SWT)”. (Surah Rum, ayat 41).

Oleh itu, kesejahteraan dan kenikmatan dinikmati akan kembali segar dengan amalan baik dilakukan serta tunduk patuh menunaikan perintah Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud: “Laksanakanlah solat di pagi dan petang kerana kebaikan akan akan menghapuskan segala keburukan.” (Surah Hud, ayat 114).

(Disalin semula dari ruangan agama Berita Harian Online)


__________________________________________________________________

Tapi kan, saya tak rasa apa yang berlaku pada akhir-akhir ini sekadar sebuah peringatan Tuhan semata-mata, malah mungkin lebih dari itu. Kalau nak dikatakan peringatan atau ancaman Tuhan kepada makhluk dunia terutamanya manusia, sejak dulu lagi sudah macam-macam berlaku. Mungkin untuk waktu-waktu ini apa yang Tuhan mahukan adalah ketaatan penuh dari hamba-Nya dengan pada masa yang sama Dia hendak menunjukkan kekuasaannya yang sebenar-benarnya selain memberi pengajaran kepada yang terleka. Malah mungkin peringatan itu lebih kepada signal-signal ke arah kerosakan dunia secara total. Astaghfirullah....

Jumaat, Jun 03, 2011

Simpan Stok Garam

Mesti ramai yang pelek kenapalah stok garam perlu disimpan. Apa kepentingannya berbanding gula yang seringkali menjadi isu di media? Kalau hendak diketahui kenapa, apakata anda membaca artikel di bawah ini.
Garam "Kalsium Klorida" boleh menutralkan banyak spisis racun. Racun yang paling bahaya sekali masa hadapan ialah racun dari nuklear.
Kemudian diikuti olih keracunan dari asap gunung berapi,lepas pada itu ada beberapa jenis gas nadir dalam tanah yang akan keluar jika berlaku gempa bumi dan belahan tanah berlaku pada plet bumi yang mengumpulkan gas-gas beracun tersebut.

Garam boleh menutralkan banyak jenis racun.yang paling baik ialah garam galian semulajadi.ketika berlaku letupan nuklear atau 'super valcano', gunung berapi besar, seluruh dunia akan bergelap kerana asap tebal menghalangi cahaya matahari.

Mungkin kegelapan dalam masa 3 minggu,3 bulan atau bertahun.industri pertanian dan penternakkan akan pupus/mati,air minuman bersih akan berkurangan ramai akan mati kebulur dan penyakit merebak dari bawaan viktor....

Akibatnya yang lain bakteria dan kuman mudah berjangkit dan merebak dengan pantas.epidemik atas bawaan kuman-kuman ini akan mengakibatkan orang kafir seperti terkena kancer kronik dan bisul-bisul satu badan, muslim pula mungkin akan mengalami selsema dan batuk-batuk.

Dengan memakan garam galian akan meningkatkan daya metabolisma tubuh dan menyahkan toksin dari dalam badan.toksin nuklear atau racun gunung berapi yang terserap ketubuh akan keluar melalui perpeluhan atau proses buang najis akibat dimangkinkan olih proses kimia larut dari garam galian tadi...

Jadi sekarang tahu kenapa stok garam perlu ada dalam simpanan? Ia juga sebagai persediaan dalam menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berkaitan dengan peristiwa akhir zaman. Wallahu a'lam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.