Carian Daripada Blog Ini

Rabu, Jun 29, 2011

OH BANGSAKU



OH ALANGKAH SAYUNYA HATIKU
BILA AKU MELIHATKAN BANGSAKU
KASIH SAYANGNYA SUDAH MUSNAH
PERPADUAN SUDAH PUNAH RANAH

BAHKAN BERLAKU DI DALAM BANGSAKU
PERGADUHAN DAN TIPU MENIPU
KASIH SAYANG SUDAH TIDAK LAGI DIPEDULI
MASING-MASING HIDUP CARA SENDIRI

OH ALANGKAH MALANG BANGSAKU
CUBA BERSATU TAPI TAK MAMPU
MALAH MAKIN MENJAUHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN

KERNA KITA HANYA TAHU MENGGUNAKAN AKAL SEMATA
TUHAN TIDAK DIBAWA BERSAMA
TUHAN TIDAK DIAMBIL KIRA

SEBENARNYA KUNCI SEGALANYA
BILA KITA MENCINTAI TUHAN
CINTAKAN TUHAN PERPADUAN DAN KASIH SAYANG
PASTI TUHAN SEGERA MEWUJUDKAN

OH MARILAH KITA SEMUA MENYINTAI TUHAN KITA
AGAR BANGSA DAN JUGA NEGARA BERSATU DAN BERPADU SEMULA
AMPUNAN TUHAN MENAUNGI BUMI TUHAN DIRAHMATI
KASIH SAYANG BERBUNGA SEMULA
SEMUA INSAN HIDUP BERHARMONI

WAHAI TUHAN DATANGKAN SEGERA
PENYELAMAT BAGI KAMI SEMUA
MENYATUKAN BANGSA DAN JUGA NEGARA
SEMOGA HIDUP AMAN BAHAGIA

2 ulasan:

Nik Thoha berkata...

semoga bangsa kita akan dapat terus bersatu padu demi kesejahteraan bersama..:)

emi nizam berkata...

moga2 menjadi nyata walaupun telah banyak formula diguna demi mencapainya...setakat ini gagal semuanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.