Profesion keguruan dilihat ramai sebagai satu tugas yang mulia di mata masyarakat. walaupun ada kedengaran rungutan dari kalangan guru betapa berat beban tugas yang semakin hari semakin mencabar kerjaya hakiki mereka, masih ramai juga lagi yang memohon untuk menjadikan kerjaya di perguruan ini sebagai profesion mereka. sama ada mereka ini benar-benar ikhlas dengan memiliki niat murni untuk mendidik anak bangsa atau sebaliknya tidak menjadi persoalan.
Jika diletakkan kedudukan di dalam hirerki masyarakat mungkin kalangan pendidik diantara golongan yang berada di kedudukan di atas walaupun tidak setanding dengan pemimpin masyarakat. Namun untuk dikatagorikan sebagai kerjaya yang dianggap profesional, banyak percanggahan pendapat yang diperolehi. Secara umumnya profesion perguruan ini dari semasa ke semasa bergerak ke arah capaian matlamat berstatus profesional.
Namun dalam pada menjayakan misi keprofesionalisme keguruan ini disebaliknya terdapat elemen-elemen yang menjejaskan usaha ini yang seharusnya disedari bukan saja oleh kalangan guru sendiri, tetapi kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskan penjawatan guru. berikut merupakan elemen-elemen yang elah menjejaskan profesionalisme perguruan (Mohd Salleh, 2000; Sufean Hussin, 1996):
1. Pelbagai skim dan kemahiran di kalangan guru. Terdapat banyak peringkat kelayakan untuk profesion guru; sijil perguruan, siswazah, bukan siswazah dan guru sandaran tidak terlatih.
2. Ramai guru masih belum menganggotai Kesatuan Guru. Ini memberi gambaran keseluruhan bahawa profesionalisme perguruan masih kurang mantap.
3. Perkhidmatan pendidikan sukar diukur kerana hasil proses pengajaran adalah lambat berbanding profesion lain. Dalam konteks pendidikan Malaysia, selepas peperiksaan PMR ataupun SPM, barulah dapat dilihat hasilnya.
4. Peranan guru dalam kejayaan pelajar kurang jelas kerana wujudnya faktor-faktor lain yang turut memainkan peranan seperti kecerdasan pelajar, penglibatan ibu bapa, kelas tambahan atau tuisyen.
5. Tugas guru banyak dan pelbagai, ini memaksa para guru menumpukan perhatian, masa dan tenaga kepada pelbagai jenis komitmen yang boleh menjejaskan pengajaran serta peningkatan profesionalisme.
6. Autonomi guru dalam menjalankan tugas agak terbatas. Guru boleh memilih isi pelajaran yang diajar cuma berlandaskan kurikulum dan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
7. Ramai guru tidak berpeluang mengikuti program dan kursus perkembangan staf. Program ini boleh meningkatkan profesionalisme guru. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga terhad.
8. Profesion perguruan dianggap suatu tugas yang murni oleh masyarakat. Apabila berlaku peristiwa atau kejadian yang tidak diingini, perkara ini boleh menjejaskan peribadi guru dan juga imej profesionalisme perguruan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan