Carian Daripada Blog Ini

Selasa, Mei 03, 2011

Persoalan Mudah Kematian Osama

Semalam masayarakat dunia terkejut dengan berita kematian Osama bin Laden tu. Tapi hari ini ramai pulak yang bagai tak mempercayainya walau berita kematiannya terpampang di dada-dada akhbar. Secara logiknya mungkin benar. Tapi dengan akal rasional dan analitikal tentu berita itu boleh diragui. Tatkala ramai meyakini kesahihannya, ramai lagi yang cuba mencongak-congak sejauh kebenarannya. Bukan sekali dua berita sebegitu mendapat tempat dan diakhirnya ia diberitakan sebagai palsu semata-mata. 
 
Lalu apakah sekali lagi masayarakat dunia telah ditipu dan tertipu olehnya? Ok lah. Ciba kita kembali semula beberapa tahun kebelakangan, bukan dua tiga orang individu yang menjadi musuh dalam senarai buruan Amerika, ramai sekali sehingga kononnya dikatakan begitu berbahaya kepada dunia hingga menyemat matlamat untuk mencari hatta ke hujung dunia, seperti mana Osama ini. Dalam pada itu ramai yang dari senarai mereka itu telah berjaya ditumpaskan dan kebanyakannya umum mengetahui dengan yakin dan jelas mengenai kematian mereka. Kerana apa? Kerana tubuh jasad mereka memang wujud da terzahir di kalangan masyarakat mereka. Malah urusan pengebumian jasad mereka juga dilakukan oleh orang-orang mereka walau bagaimana sekali pun bentuk jasad yang ada disebabkan serangan peluru dan bom. 
 
Tetapi tidak pula kepada Osama, jasad yang didakwa Amerika sebagai Osama itu hanya foto-foto statik yang boleh diragui. Visual kononnya lokasi pengeboman itu pula boleh disanggah. Apa yang seantero dunia mahukan adalah bagaimana rupa jasadnya andai benar individu yang dikatakan pengganas itu setelah kediamannya dibom? Semata-mata menyiarkan beberapa keping gambar sebagai buti dilihat tidak meyakinkan orang. 
 
Apakah difikiran mereka masyarakat dunia boleh dipermain-mainkan, mudah tipu dan dibohongi? Jika individu lain seperti almarhum Syekh Ahmad Yasin dan almarhum Saddam hussain punya jasad yang dapat dilihat setelah kematiannya, lalu dikebumikan seperti biasa,takkanlah jasad Osama tidak melalui ritual seperti itu, dikalangan masyarakatnya? Malah berita pengebumian jenazah mereka disiarkan media dan tentu saja umum mengetahuinya. Tetapi bagaimana pula dengan Osama andai benar Amerika berjaya membunuhnya? 
 
Ini adalah persoalan simple yang perlu dicari jawapannya. Osama walau dikatakan sebagai musuh dunia sebagai militan yang mengganas mahupun individu yang berjuang atas nama agama sekalipun, ia bukanlah persoalan kepada teka-teki sejauh mana  kejayaan Amerika membunuhnya, tetapi ia lebih kepada untuk melihat sejauh mana kenyataan Amerika itu boleh dipakai dan dipercayai setelah berkali-kali dunia ditupu olehnya. Entah apa matlamatnya sukar untuk diketahui. lebih-lebih lagi bila mana Israel berada ditelunjuknya. Apakah lagi propaganda yang mahu dicanang kepada dunia? Tunggu dan lihat sahajalah
 
takutnya tengok gambar ni :D
 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.