Carian Daripada Blog Ini

Isnin, Mei 02, 2011

DUNIA & KEMATIAN OSAMA BIN LADEN

Pengumuman Presiden Barrack Obama mengenai kematian musuh nombor satu kerajaannnya, Osama bin Laden benar-benar membuatkan masyarakat dunia tersentak. Antara percaya atau tidak itulah realtiti yang akhirnya benar-benar terjadi setelah lama almarhum lari dan menyembunyikan dirinya. Pernah khabar angin sebelum ini yang menyebut beliau telah dibunuh sebetulnya tidak dipercayai orang, namun kematiannya pada 1 Mei 2011 (mengikut masa dan tarikh kejadian tempatan) ini diberitakan secara meluas, termasuklah pengumuman rasmi dari White House sendiri. Boleh dipercayai juga atau tidak?

Jika benarlah kejadian itu berlaku, lalu apakah episod perjalanan dunia yang seterusnya sepeninggalan Obama? Jika Amerika selama ini memburunya atas sebab beliau punca kepada kerosakan dan huru hara dunia, adakah selepas ini dunia yang kononnya huru hara disebabkan oleh beliau akan kembali aman damai? Peperangan dan keganasan di beberapa negara yang berlaku selama ini adakah akan kembali harmoni? Semua ini mereka halakan kepada Osama yang memimpin al-Qaeda sedangkan masyarakat dunia mengetahui semua kejadian ini didalangi oleh mereka sendiri disebalik arahan tersembunyi dari Israel.

Andaian mereka kononnya dunia akan kembali aman damai selepas ini tidak boleh dipakai. Jika benar mereka memperjuangkan hak asasi dan menebarkan keamanan sejagat, mengapa masih ada berlaku peperangan di sana sini? Mengapa adanya lagi penindasan di merata-rata? Apakah kerana wujudnya manusia yang bernama Osama bin Laden itu membuatkan aktiviti  menghalang keganasan dan program pendamaian yang di bawa oleh Amerika tidak berhasil? Bukankah sering mereka mendabik dada sebagai polis dunia, punya kuasa, punya segala-galanya? Takkanlah hanya kerana individu seorang itu semua gagal belaka. Kuat sangatkah Osama itu sampai Amerika yang dibelakangi Israel itu kalah dan lemah? Sungguh tidak masuk akal!

Jadi dengan demikian mana mungkin dunia perlu mempercayai pergolakan di seluruh dunia ini boleh kembali terkawal? Ya, mungkin peluang perlu diberikan kepada mereka untuk beberapa ketika bagi melihat bagaimana hasilnya. Mungkin ada beza situasinya tatkala musuh nombor satu dunia itu hidup dan setelah kematiannya. Untuk bersikap adil seperti itu mungkin boleh, tetapi dunia inikan bagai roda, sfera dan bulat. Secara analoginya hidup kita adalah sejarah, dan setiap kejadian juga berlaku adalah kerana sejarah. Sejarah yang berulang bukanlah sesuatu yang luar biasa. Lebih-lebih lagi bila mana berada di akhir zaman, segala-gala yang pernah berlaku suatu masa dulu boleh jadi berulang kembali. Lalu, sedikit sebanyak melalui sejarah dunia yang berlaku selama ini mungkin rumusan awal boleh dibuat untuk melihat sejauh mana kata-kata mereka bahawa dunia akan kembali aman damai ini bakal menjadi kenyataan.

Namun, secara rasionalnya boleh juga diandaikan, mana mungkin ketegangan yang berlaku boleh menjadi tenang tiba-tiba. Boleh jadi rangkaian al-Qaeda akan bangkit menuntut bela atas kematian pemimpin mereka lalu akan wujudnya satu lagi situasi keganasan dan penindasan yang berlaku dalam sejarah kerosakan dunia. Bahkan lebih dahsyat apabila mungkin sebenarnya peristiwa ini menjadi titik tolak kepada kejadian-kejadian besar lain yang berlaku. Boleh jadi dengan adanya Osama sebelum ini Amerika tidak berani membuat apa-apa secara drastik, tetapi bila keadaan ini berlaku tentu saja mereka tanpa teragak-agak boleh berbuat apa saja terhadap dunia lantaran musuh nombor satunya itu tidak lagi menjadi batu penghalang pada masa depan. Sekurang-kurangnya masyarakat dunia pada esok lusa akan sedikit sebanyak mengakui betapa Osama itu begitu penting dan berperanan dalam melawan serta menggagalkan tindak tanduk Amerika untuk menguasai dunia selaras dengan kehendak Israel yang mempunyai agenda tersembunyinya. 

Buat masa sekarang, apa yang bakal berlaku pada masa depan biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Siapalah kita untuk cuba menidakkan apa yang telah berlaku dan mengelak dari apada yang bakal berlaku. Apa yang perlu dilakukan adalah berdoa dan mengharap yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara tercinta. Tiada apa yang termampu untuk dilakukan dalam keadaan dunia pada masa kini. Dalam situasi dunia yang penuh huru-hara, fitnah-memfitnah dalam politik negara, bagaimana keamanan dapat dicapai sepenuhnya. Pergantungan kepada Tuhan adalah satu-satunya cara untuk memastikan keamanan sejagat. Bantuan daripadanya memang sangat diperlukan untuk memperbaiki kerosakan dunia hasil tangan-tangan manusia ini juga. Bagaimana daulah Islam akan tertegak kembali dalam keadaan ini kalaulah bukan kerana bantuan dari Allah?

Apapun sekarang, kebenaran mengenai berita kematian Osama masih menjadi tanda tanya. Dikala media secara meluas melaporkan hal itu ada juga timbul penafian dan keraguan terhadap berita berkenaan. Sebenarnya, permainan apakah ini hingga membuatkan ramai orang pening kepala? Tunggu saja lah sehari dua lagi, tentu kisah ini menjadi lebih sensasi...wallahu a'lam.






1 ulasan:

emi nizam berkata...

last aku jugak bengong...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.