Saya telah ditanya seseorang, apakah fahaman Wahabi yang asalnya muncul di Tanah Arab kini menular ke area Nusantara ini sesat atau sebaliknya? Secara umumnya kelihatan Wahabi ini salah satu pecahan fahaman dari sudut keaqidahan seperti mana adanya Islam berfahaman as-Sya'irah, al-Maturidiah dan sebagainya. Wahabi ini merupakan fahaman yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab di mana frasa Wahabi itu sendiri dinisbahkan kepada ayahnya di mana kewujudanya adalah untuk memurnikan kembali ajaran Islam seperti mana yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang semakin terpesong diamalkan oleh umat Islam. Jadi boleh dikatakan ia bukanlah sesuatu yang boleh merosakkan aqidah secara jelas. Namun dalam pada itu saya tetap mencari jawapan yang mudah, bernas dan jelas tentang apa sebenarnya Wahabi termasuk sejarah kemunculannya dan akhirnya melalui video ini saya telah menemukan jawapannya. Memang menarik cara dan gaya penjelasan di buat. Diharapkan agar kalian dapat menambah informasi berkaitan isu Wahabi ini bagi mengenalpasti sama ada fahaman Wahabi yang selama ini digembar-gemburkan itu sesat atau tidak. Untuk menolaknya pastikan kita mengetahui asal usulnya, malah untuk menerimanya juga pastikan ia diterima dengan ilmu. Jika selama ini kita mendapatkan maklumat melalui pembacaan, maka apa kata kita teliti video-video ini yang menjelaskannya dengan cara yang dan perkataan yang mudah difahami. Untuk makluman durasi kesemua video ini adalah selama sejam. Ambillah sedikit masa untuk mendapatkan sebuah kepastian. Selamat menonton dan semoga anda beroleh jawapannya.
Percaya atau tidak dengan informasi ini? Terpulanglah. Tetapi apa kata jika anda melihat video ini pula.
Atau boleh juga lihat komentar ini. Mungkin fikiran anda makin terbuka dan semakin bijak menganalisa kedudukan Wahabi itu.
Jadi, bagaimana keyakinan anda? Tepuk dada, tanya iman...
1 ulasan:
url service seo optimazation backlink service backlinks
Catat Ulasan