Carian Daripada Blog Ini

Rabu, Februari 02, 2011

HURU HARA DUNIA


Huru Hara Berlaku Dimana-Mana
Krisis Terjadi Disetiap Tempat Dan Masa
Peperangan Menggila Membunuh Manusia Memusnahkan Harta
Kemiskinan Kemelaratan Dimerata Dunia

Penzaliman Terjadi Diseluruh Dunia
Kerosakkan Akhlak Menghilangkan Kemanusiaan
Kasih Sayang Hilang Dari Hati Manusia
Jiwa Manusia Kosong Dan Menderita

Di Mana Pergi Hidup Dalam Ketakutan
Kerana Manusia Telah Ganas Macam Haiwan
Bahkan Kejahatan Manusia Lebih Merbahaya
Dengan Akalnya Manusia Merosak Dan Memperdaya

Aduh, Dimanakah Kita Hendak Pergi Lari
Ke Manakah Kita Mahu Selamatkan Diri
Ke Manakah Oh Ke Mana Kita Mahu Mengadu
Kepada Siapakah Nak Minta Penyelesaian

Orang Kaya Tak Boleh Diharap Lagi
Orang Besar Pun Juga Sama Sahaja
Para Ulama Bukan Lagi Contoh Masyarakat
Cerdik Pandai Petah Bercakap Tiada Modelnya

Wahai Tuhan Kami Kasihanilah Kami Ini
Jangan Biarkan Kami Dalam Derita Lagi Sengsara
Seorang Penyelamat Datangkanlah Segera
Membawa Rahmat Dan Karamah Jua Berakahnya



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.