Carian Daripada Blog Ini

Khamis, Februari 03, 2011

UJIAN KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH


PAKAR kesihatan dan pendidikan serta kesatuan guru menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan mengadakan ujian kesihatan mental terhadap pelajar sekolah menengah tahun ini sebagai kaedah menangani tekanan perasaan atau isu disiplin.

Naib Canselor Kolej Universiti ACMS, Prof Datuk Dr Mohamad Abd Razak, berkata ujian itu perlu dengan kerjasama doktor terlatih bagi mengenal pasti tahap kesihatan mental setiap pelajar.
Beliau yang pernah berkhidmat kira-kira 25 tahun dengan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata pemeriksaan itu juga perlu dirangka dan diiktiraf badan profesional antaranya kaunselor berdaftar atau pakar psikiatri.
“Pemeriksaan sedemikian penting bagi mengesan tahap kesihatan dan tekanan yang dialami pelajar dan mencari penyelesaiannya,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini dalam kenyataannya sebagai memetik, Kementerian Pelajaran perlu bekerjasama dengan kementeriannya untuk melaksanakan ujian mental di empat sekolah menengah yang dipilih secara rawak.

Katanya, ujian itu membabitkan murid di sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sains Teluk Intan, Perak; SMK Ahmad Badawi Kepala Batas, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekok Melaka dan SMK St Michael Penampang, Sabah.

Beliau berkata, sebagai permulaan, guru akan diberi latihan untuk mengesan tekanan perasaan dalam kalangan pelajar dan mengajar mereka cara terbaik mengurangkannya.
Sementara itu, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Zakaria Kasa, berkata ujian berkala perlu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

“Pelajar bermasalah mental tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar dan akan menimbulkan masalah lebih serius jika tidak tidak ditangani pada peringkat awal,” katanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata ujian itu mampu mengesan tekanan perasaan. Usaha awal itu dapat mengelakkan berlaku pertengkaran, pergaduhan atau amukan yang dicetuskan pelajar.

Katanya, guru kaunseling perlu dipilih untuk melakukan ujian kerana mereka berperanan sebagai penasihat kepada pelajar atau guru lain jika ada tanda awal pelajar mengalami gangguan mental.

“NUTP melihat ujian ini sebagai usaha yang perlu dilaksanakan ke semua sekolah seluruh negara termasuk sekolah rendah,” katanya. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ujiankesihatanmentaldisekolah/Article

 


______________________________________________

KALANGAN GURU PON KALAU NAK DI JALANKAN PON DIGALAKKAN :D

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.