NADA MURNI, SEBUAH KUMPULAN NASYID YANG MENCETUS FENOMENA BERDAKWAH MELALUI LAGU. NAMANYA TIDAK PERLU DIPERKENALKAN LAGI. RATA-RATA GENERASI YANG HIDUP SEKITAR 80-AN DAN 90-AN TENTU SAJA PERNAH MENDENGAR LAGU-LAGU YANG DIDENDANGKAN KUMPULAN INI. ANTARA LAGU YANG PERNAH MUNCUL DI KACA TV DAN RADIO ADALAH SEPERTI ASMAUL HUSNA, SIFAT 20, NAMA-NAMA SURAH DALAM AL-QURAN, IBU MITHALI DAN SEBAGAINYA. PENERIMAAN MASYARAKAT KALA ITU AMAT MEMBERANGSANGKAN WALAUPUN JUALAN ALBUMNYA TIDAK SECARA TERBUKA. SOKONGAN PADU TERHADAP KUMPULAN INI TELAH MENYEBABKAN BANYAK PIHAK YANG MENJEMPUT MEREKA UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN DI MAJLIS-MAJLIS TERTENTU.
MELIHAT SUASANA WAKTU ITU TIDAK BANYAK HIBURAN YANG BERTEMAKAN ISLAM WUJUD DITENGAH-TENGAH KECELARUAN HIBURAN YANG MEROSAKKAN MINDA MASYARAKAT. NADA MURNI TERBUKTI MENJADI PENYELAMAT SERTA ALTERNATIF KEPADA GOLONGAN YANG MENCINTAI HIBURAN YANG MENDAMAIKAN. DENGAN TIDAK BERTUJUAN KOMERSIAL,. TERNYATA KEIKHLASAN NADA MURNI DALAM MENJADIKAN HIBURAN SEBAGAI MEDIUM DAKWAH MEMBUAHKAN HASIL. SETIAP BAIT LIRIK MENGANDUNGI KATA-KATA NASIHAT, HIKMAH DAN PENGAJARAN. MELODI DAN RENTAK LAGUNYA PULA MEMBERI KESAN DALAM JIWA DENGAN SUSUNAN VOKAL DAN HARMONI YANG MANTAP. GAYA PERSEMBAHAN DI PENTAS DENGAN KAREOGRAFI YANG TIDAK MELAMPAU MENTERJEMAHKAN LAGU SEHINGGA MEMBEKAS DALAM HATI PENONTONNYA. BENAR, NADA MURNI MEMANG AJAIB.
TUNJANG UTAMA KEPADA NADA MURNI TERLETAK KEPADA KEKUATAN VOKALISNYA, ASRI IBRAHIM DIIKUTI MUNIF AHMAD. KADANG-KALA MEREKA MENAMPILKAN BEBERAPA AHLI LAIN SEBAGAI VOKALIS. SEPERTI HASNUL JAMAL DAN YUSOF SABRI. ANGGOTA NADA MURNI YANG RAMAI MENAMBAH LAGI KEKUATAN KUMPULAN ITU SEHINGGA KESEPADUAN SUARA ANTARA MEREKA MENJADIKAN PERSEMBAHAN MEREKA CUKUP HEBAT DAN MEMUKAU PENONTON. NAMUN, ATAS NAMA DAKWAH, MEREKA TIDAK PERNAH SEKALI MENONJOLKAN AHLI-AHLI SECARA SOLO SEBALIKNYA MEREKA BERGERAK SECARA KUMPULAN. IRAMA KONTEMPORARI YANG DITAMPILKAN MEMBERI NAFAS BARU SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN DUNIA HIBURAN MASA ITU APATAHLAGI TERDAPAT BEBERAPA KUMPULAN DAN INDIVIDU YANG MELAGUKAN LAGU KETUHANAN DAN NASYID IA LEBIH KEPADA MELODI IRAMA PADANG PASIR.
MENYOROT KEMBALI NADA MURNI PADA AWAL KEMUCULAN MEREKA TIDAK DIIRINGI SEBARANG ALAT PERCUSSION. NAMUN PERSEMBAHAN MEREKA TETAP MANTAP DAN BERKESAN DALAM JIWA. SEIRING DENGAN MASA, PERSEMBAHAN MEREKA DISERIKAN LAGI DENGAN PELBAGAI ALATAN PERCUSSION YANG MEMPERLIHATKAN BAKAT AHLINYA SEHINGGA MEMBUATKAN SESEBUAH LAGU DAN PERSEMBAHAN ITU SEAKAN CUKUP HEBAT. APA YANG MENARIK SET PENTAS DI MANA SESEBUAH KONSERT DIADAKAN CUKUP CANGGIH SETARAF DENGAN PENTAS-PENTAS HIBURAN PADA ZAMAN ITU. PENGGUNAAN 'LED' DAN LAYAR PUTIH DENGAN MENAYANGKAN VIDEO MENGIRINGI LAGU MEMBERI LEBIH KEPUASAN KEPADA PENONTON. LIMPAHAN LAMPU NEON YANG PELBAGAI WARNA DAN BENTUK MENJADIKAN PENTAS SEAKAN-AKAN CERIA DAN GEMERLAPAN. PERSEMBAHAN PENTOMEN JUGA KADANG-KADANG DIADAKAN MENJADIKAN KUMPULAN NADA MURNI BOLEH DIKATAKAN SEBA BOLEH.
MENYOROT KEMBALI NADA MURNI PADA AWAL KEMUCULAN MEREKA TIDAK DIIRINGI SEBARANG ALAT PERCUSSION. NAMUN PERSEMBAHAN MEREKA TETAP MANTAP DAN BERKESAN DALAM JIWA. SEIRING DENGAN MASA, PERSEMBAHAN MEREKA DISERIKAN LAGI DENGAN PELBAGAI ALATAN PERCUSSION YANG MEMPERLIHATKAN BAKAT AHLINYA SEHINGGA MEMBUATKAN SESEBUAH LAGU DAN PERSEMBAHAN ITU SEAKAN CUKUP HEBAT. APA YANG MENARIK SET PENTAS DI MANA SESEBUAH KONSERT DIADAKAN CUKUP CANGGIH SETARAF DENGAN PENTAS-PENTAS HIBURAN PADA ZAMAN ITU. PENGGUNAAN 'LED' DAN LAYAR PUTIH DENGAN MENAYANGKAN VIDEO MENGIRINGI LAGU MEMBERI LEBIH KEPUASAN KEPADA PENONTON. LIMPAHAN LAMPU NEON YANG PELBAGAI WARNA DAN BENTUK MENJADIKAN PENTAS SEAKAN-AKAN CERIA DAN GEMERLAPAN. PERSEMBAHAN PENTOMEN JUGA KADANG-KADANG DIADAKAN MENJADIKAN KUMPULAN NADA MURNI BOLEH DIKATAKAN SEBA BOLEH.
KEUNGGULAN NADA MURNI TELAH MEMBERI CONTOH DAN TELADAN KEPADA GENERASI MUDA WAKTU ITU UNTUK BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN INDUSTRI HIBURAN ISLAM. MAKA MUNCULLAH PELBAGAI KUMPULAN NASYID YANG RATA-RATANYA DARI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH AGAMA DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. ANTARA NAMA-NAMA KUMPULAN YANG ADA SEPERTI NADA ATHIRAH, MIRWANA, SOUTUL AMAL, ANUGERAH DAN LAIN-LAIN. DENGAN MENJADIKAN IMEJ AHLI-AHLI NADA MURNI YANG BERJUBAH DAN BERSERBAN, KUMPULAN LAIN TURUT BERPAKAIAN YANG SAMA DEMI MENDAPAT FEEL SEBAGAI KUMPULAN DAKWAH MELALUI HIBURAN ISLAM.
KINI NADA MURNI HANYA TINGGAL KENANGAN. MEEREKA BERPECAH KEPADA BEBERAPA KUMPULAN LAIN SELEPAS ORGANISASI DAKWAH YANG MENAUNGI MEREKA TERKUBUR. VOKALIS-VOKALIS NADA MURNI BERPECAH DUA DENGAN 5 ORANG DARIPADA MEREKA DIKETUAI OLEH MUNIF AHMAD DENGAN NAMA KUMPULAN HIJJAZ. MANAKALA BAKINYA BERSAMA ASRI IBRAHIM DENGAN KUMPULAN YANG DIBERI NAMA RABBANI. SEBUAH LAGI KUMPULAN YANG TURUT BERASAL DARIPADA ORGANISASI DAKWAH YANG SAMA, RAIHAN, DIANGGOTAI 5 AHLINYA YANG DIKETUAI OLEH NAZREY JOHANI.
KEHILANGAN NADA MURNI BENAR-BENAR MEMBERI IMPAK KEPADA PENCINTA HIBURAN ISLAM. RAMAI YANG TIDAK PERCAYA DAN KECEWA DENGAN APA YANG BERLAKU. HARAPAN MEREKA AGAR ADA KUMPULAN NASYID YANG BENAR-BENAR IKHLAS MEMPERJUANGKAN ISLAM MELALUI MEDIUM HIBURAN, TIDAK SEKADAR TUJUAN KOMERSIAL SEMATA-MATA.
3 ulasan:
rindunye...rasa nk je suruh rabbani raihan hijjaz gabung kembali wat konsert sgn bawak lgu2 era nadamurni n berimej pakaian yg sama mcm dulu2..
aku pun setuju kalau hijjaz dgn rabbani buat konsert nyanyi lagu nadamurni...boleh jemput raihan nyanyi lagu the zikr...aku mesti pergi punya
tol3x.. rasanye diorg sndiri pon ada terpikir hal tu...tp mgkin ada alasan mgapa mereka x buat konsrt gabungan mmbentuk nadamurni...tp hijjaz skrg sdang giat merakam smula lagu2 nadamurni dengan nafaz baru dr segi instrument dan menamakan albumnye pon nadamurni mugkin dgn harapan dapat mengubat rindu org2 lain thadap nadamurni...rabbani pon ada buat album nostalgia yg kesemuanya lagu2 dr nadamurni..tp x best sgt sbb selain muziknye da moden sgt, vokal pon da lain skit...xde feel da..erm..
Catat Ulasan