MEMANG SEGALA PENCAPAIAN DAN KEBOLEHAN SESEORANG TIDAK SEKADAR DIUJI DI ATAS KERTAS PEPERIKSAAN SEMATA-MATA. AMAT TIDAK ADIL JIKA MENILAI SESEORANG ITU TIDAK CEMERLANG LANTARAN TIDAK MENCAPAI SCORE TINGGI DALAM PEPERIKSAAN BERTULIS. KECEMERLANGAN DAN KEBOLEHAN YANG WUJUD ACAPKALI TERZAHIR MELALUI KEMAHIRAN YANG DIMILIKI SECARA PRAKTIK WALAUPUN ADAKALANYA SECARA TEORI AMAT PAYAH UNTUK DITONJOLKAN.
DENGAN ALASAN ITU IDEA DARIPADA YANG BERHORMAT MENTERI PELAJARAN MALAYSIA TELAH MENJADI BUALAN HANGAT DI MEDIA DI MANA BELIAU MENCADANGKAN AGAR PENILAIAN YANG BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN BERTULIS IAITU UPSR (TAHUN 6 SEKOLAH RENDAH) DAN PMR (TINGKATAN 3 SEKOLAH MENENGAH) DIMANSUHKAN. CADANGAN INI KATANYA BAKAL MEMBERI KESAN YANG POSITIF MEMANDANGKAN SELAMA INI PELAJAR DIBEBANI DENGAN PEMBELAJARAN DENGAN BERMATLAMATKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK YANG TINGGI. CADANGAN INI BENAR-BENAR MENCETUSKAN PELBAGAI PIHAK.
TIDAK HANYA MENDAPAT BANTAHAN DARIPADA WARGA PENDIDIK DAN GURU-GURU SEKOLAH TERLIBAT, BAHKAN PENGUSAHA KELAS TAMBAHAN (TUSYEN), SYARIKAT PERCETAKAN (BUKU-BUKU RUJUKAN DAN ULANGKAJI) DAN INDIVIDU YANG AKTIF MENJALANKAN KELAS TAMBAHAN DI RUMAH TURUT LANTANG MEMBANTAH. AHLI POLITIK JUGA TUDAK KETINGGALAN MEMBERI KOMENTAR TERHADAP IDEA INI. JIKA ADA YANG PRO DAN BERSETUJU DENGAN CADANGAN INI MUNGKIN MEREKA TERDIRI DARIPADA AHLI AKADEMIK YANG MEMPUNYAI ALASANNYA YANG TERSENDIRI.
SECARA PERIBADI PENULIS MERASAKAN IDEA INI BOLEH DIKATAKAN AGAK ADVANCE JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SITUASI PEMBELAJARAN MURID SEKOLAH MASA INI. MURID SEKARANG DIAKUI MEMANG TERBEBAN DENGAN SISTEM PENDIDIKAN YANG TERLALU BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN. NAMUN IA TIDAK BERMAKNA SISTEM ITU SUDAH TIDAK RELEVAN MEMANDANGKAN IA ADALAH SATU MEKANISME DALAM MENENTUKAN PENCAPAIAN AKADEMIK SESEORANG MURID.
SEMUA SEDIA MAKLUM SETIAP DARIPADA TAHAP UJIAN DAN PENILAIAN YANG BERTARAF NASIONAL ITU MERUPAKAN UKURAN KEPADA MURID BAGI MENENTUKAN HALA TUJU MEREKA KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI. JIKA UPSR DITAHUN 6, IA MERUPAKAN PERANCANGAN AWAL KEPADA IBUBAPA, GURU MALAH MURID SENDIRI UNTUK MASA DEPAN MURID BERKENAAN. SEKOLAH-SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN BOLEH DIPILIH BERDASARKAN PENCAPAIAN YANG DIMILIKINYA SEPERTI MAKTAB RENDAH SAINS MARA, SEKOLAH BERASRAMA PENUH, SEKOLAH BERALIRAN AGAMA DAN SEBAGAINYA.
SEMENTARA DITINGKATAN EMPAT SELEPAS MELALUI PMR, MURID MELANGKAH SETAPAK LAGI UNTUK MEMBUAT PILIHAN ALIRAN BAGI MEMBENTUK MASA DEPAN MEREKA. SAMA ADA MEMILIH ALIRAN, SAINS, SASTERA, TEKNIKEL, AGAMA DAN SEBAGAINYA. DI TAHAP INI IA TURUT BERGANTUNG KEPADA PENCAPAIAN YANG DIMILIKI MURID SEHINGGA PENILAIAN YANG BAKAL DILALUI SEMASA DITINGKATAN LIMA, SPM BAKAL MENENTUKAN HALA TUJU SETERUSNYA DENGAN MEMILIH MANA-MANA PUSAT PENGAJIAN TERTINGGI SEBAGAI JALAN MENCAPAI IMPIAN MEREKA.
BAGI YANG BERSETUJU DENGAN IDEA PEMANSUHAN BERKENAAN, MUNGKIN IA DILIHAT SEBAGAI SATU TANDA KEPADA PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN YANG DIKIRA TERLALU MEMENTINGKAN AKADEMIK SEHINGGA MENGABAIKAN PERKEMBANGAN DAN KECEMERLANGAN SAHSIAH MURID. MURID DILATIH UNTUK BERUSAHA GIGIH UNTUK MENCAPAI SASARAN AKADEMIK TETAPI PADA MASA SAMA PENERAPAN NILAI-NILAI SAHSIAH DAN AKHLAK TIDAK DIAMBIL KIRA SEWAJARNYA. JADI KEPERLUAN UNTUK MELAKSANAKAN CADANGAN DI ATAS ADALAH WAJAR BAGI MEMASTIKAN MURID TIDAK BEGITU OBSES DENNGAN JUMLAH 'A' YANG DIIMPIKAN.
JIKA CADANGAN INI DILAKSAKAN KEMUNGKINAN DI SANA ADANYA MASA UNTUK MURID DINILAI DARI SUDUT AKHLAK DAN SAHSIAH BERBANDING SELAMA INI JADUAL HIDUP MURID SETIAP HARI BERLEGAR SEKITAR SEKOLAH, AKTIVITI KOK-KURIKULUM, KELAS TUSYEN DAN MENGULANGKAJI PELAJARAN. INI MERUPAKAN ANTARA CARA BAGI MENILAI PRESTASI MURID SECARA KESELURUHANNYA YANG TIDAK SAJA MENGAMBIL ASPEK AKADEMIK SECARA TEORI BAHKAN PENGHAYATANNYA DALAM ASPEK-ASPEK PRAKTIKEL DARI APA YANG TELAH DIPELAJARINYA. SECARA TIDAK LANGSUNG SIKAP DAN SAHSIAHNYA DAPAT DINILAI SAMA BAGI MENGGAMBARKAN PRESTASI MURID SECARA MENYELURUH.
WALAUBAGAIMANAPUN IDEA INI ADALAH CADANGAN AWAL YANG MEMERLUKAN PENELITIAN YANG TEPAT BAGI MEMASTIKAN SETIAP PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN TIDAK BERJALAN DENGAN SIA-SIA. SELAMA INI MURID SEREINGKALI MENJADI BAHAN UJI KEPADA SESUATU DASAR BAGI MELIHAT PRESTASI YANG DIINGINKAN SEDANGKAN HASIL YANG DIPEROLEHI SELALUNYA TIDAK BEGITU MEMBANGGAKAN. GURU PULA TENTU SAJA MENJADI MANGSA YANG MEMIKUL BEBAN AMANAH DALAM MELAKSANAKAN SESUATU PROGRAM PENDIDIKAN YANG DIRANGKA KERAJAAN. JIKA SESUATU PROGRAM ITU TIDAK MENJADI BIASANYA GURU JUGA DIPERSALAHKAN SEDANG HAKIKATNYA TERDAPAT FAKTOR LAIN YANG MENJADI ASBAB KEPADA KEGAGALANNYA.
DIHARAPKAN CADANGAN UNTUK PEMANSUHAN UPSR DAN PMR YANG DIPERKATAKAN ITU DAPAT DIPERBINCANGKAN DENGAN LEBIH TELITI. PERBINCANGAN DI MEJA BULAT MERUPAKAN IDEA YANG BAIK BAGI MEMBERI RUANG KEPADA SEMUA PIHAK MEMBERIKAN PANDANGAN MASING-MASING. WALAU APA PUN KEPUTUSANNYA, PASTIKAN KEPENTINGAN MURID YANG MENERIMA PROGRAM ITU SERTA GURU YANG MELAKSANAKAN PROGRAM BERKENAAN TIDAK DIABAIKAN KERANA SEMUA ITU TIDAK LAIN ADALAH DEMI MEMARTABATKAN TAHAP KEILMUAN MASYARAKAT DI MALAYSIA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan