Carian Daripada Blog Ini

Sabtu, Januari 01, 2011

2011: Mencari Penawar Bagi Dunia



Tirai 2010 telah berlabuh beberapa minit lalu. Meninggalkan segala-gala apa yang telah berlaku. Semuanya kini menjadi sejarah walaupun ia baru berlaku beberapa ketika tadi. Masa yang tidak mungkin berulang hatta sedetik laln. Apatahlagi untuk meperbetulkan sebarang yang tdak diingini berlaku tentunya tidak mungkin sama sekali. Jika ia sesuatu yang berbaur kekesalan, memang benar kata bidalan, nasi sudah menjadi bubur. Melainkan apa yang pernah berlaku lebih-lebih lagi jika sesuatu yang tidak baik itu diperlakukan semula, tetap masih tidak dapat memperbaiki keadaan. Bagi yang tidak mengambil pengajaran atas kesilapan masa lalu tentu kadaan itu akan berulang kembali di masa depan. Inilah yang dinamakan sejarah mungkin berulang lantaran kesilapan yang pernah dilakukan terjadi kembali.

Sedekad di alaf baru memperlihatkan pelbagai peristiwa dunia berlaku. Lihat saja di seantero dunia, huru hara semakin menjadi-jadi di mana-mana sahaja.  Peperangan saling berkesinambungan sejak zaman berzaman. Persengketaan sringkali tercetus walau dengan alasan yang remeh temeh. Jenayah semakin berleluasa hingga wujud penzaliman di mana-mana tidak kira masa dan tempat. Kemiskinan yang menghambat tidak menjanjikan kesenangan bahkan makin melarat dek sikap dunia yang penuh tipu daya. Itu belum lagi melihat dari aspek kerosakan akhlak dan kehilangan intergiti dalam masyarakat.

Betapa malangnya dunia. Pernah semasa Nabi Muhammad diperjalanan bermikraj baginda terlihat dengan seorang wanita tua yang terbongkok tiga. Lantas baginda bertanya kepada Jibril siapakah gerangannya wanita tua itu. Lalu dijwab jibril bahawa wanita itu adalah simbolik kepada rupa dunia masa itu. Maka jika dunia dianalogikan sebagai penampilan wanita tua yang terbongkok tiga itu, tidak terbayangkah kita betapa dunia ini telah terlampau tua dan uzur?

Tentu saja seseorang yang tua akan sentiasa sakit-sakit. Demam pening menjadi perkara biasa. Sudah tua katakan. Namun orang-orang disekelilingnya tentu akan merasa simpati lalu menolong apa terdaya. Jika sakit diubati, jika susah dihulurkan pertolongan. Pada yang uzur selain mengubati secara lahiriah, hatinya juga perlu diceriakan. Tidak patut andai ada orang yang ada disekelilingnya buat-buat tidak endah atau membiarkan dia sendirian merana.

Begitu juga dunia. Dalam situasi yang berlaku hari ini seharusnya ada penawar yang dapat mengubatinya. Masakan boleh mebiarkan dunia berterusan dalam kerosakan dek kerakusan penghuninya. Jika begitulah adanya, sampai bila akan terus begini? Kiamat tentu saja noktahnya. Namun ia bukanlah jawapan kepada penyeleisaian. Penawar yang dicari tentu saja adalah alat bagi meredakan mudarat yang ditanggung dunia.

Selesakah hidup berterusan ketakutan? Gembirakah hati menjalani kehidupan dalam situasi tidak tenteram? Jawapannya tentu saja tidak. Lalu apakah formula kepada keselesaan hidup dan kehembiraan hati di dunia? Jika dikatakan suasana  keliling masih aman, jangan lupa, yang dinamakan dunia itu bukan hanya disekeliling kita. Di tempat lain?

Dengan kedatangan 2011 yang baru hadir ini diharapkan agar semua masyarakat dunia kembali berfikir bagaimana keamanan harus diwujudkan. Memang agak mustahil untuk mengajak satu dunia ke arah satu matlamat yang sama. Lalu apalah kiranya andai ia dimulakan oleh diri kita sendiri, keluarga serta masyarakat sekeliling.

Tetapi apakah caranya? Mengejar kekayaankah? Mencitai kesenangan duniakah? Berseronok dan bergembira sentiasakah? Jangan menipu diri sendiri. Jawapan bagi mengubat kerosakan dan kebejatan dunia adalah dengan menyuburkan kasih saying dalam diri kita dan sesame kita. Tidak benarkah begitu?


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.