Carian Daripada Blog Ini

Khamis, Januari 20, 2011

HAWA, DUNIA & EXPLOITASI


Manusia diciptakan ALLAH punya pelbagai keunikan dan kehebatannya sekaligus menjadi bukti kepada keagunagan kuasa-Nya sebagai Sang Maha Pencipta. Adanya Hawa menjadi pelengkap kepada kewujudan Adam. Sifat kaum Hawa secara fitrahnya lemah berbanding Adam menjadi tanggungjawab kepada kalangan Adam untuk memelihara dan menjaga mereka daripada unsure-unsur yang tidak baik. 

Dalam kelemahan Hawa itu juga selalunya mereka menjadi bahan dan symbol kepada sesuatu yang negatif dalam masyarakat. Mungkin 1 bahagian akal daripada baki 9 nafsu menjadikan Hawa begitu mudah menjadi perangkap penipuan dunia. Tidak menyedari hak asasi dicabuli menjadikan Hawa semakin galak membiarkan dirinya diperlakukan apa saja demi kepentingan kapitalisme yang mengaut untung tanpa memikirkan kesan yang terjadi pada Hawa.

Atas nama cantik dan kecantikan, mudah saja kalangan Hawa dipermainkan. Demi sesuatu yang menjanjikan kesenangan dan kemewahan maruah dan kehormati sanggup pula digadaikan. Jika kerana wang tanpa malu segan merelakan diri menjadi bahan tontonan umum di media-media. Semuanya ini bukan satu paksaan bahkan secara total atas kerelaan diri sendiri. Apa yang penting ada rupa semuanya member kebahagian juga kemasyhuran pada dirinya.

Tidak malukah mereka menjadi model iklan kepada produk yang seharusnya tidak dipaparkan di kaca tv? Atau tidak terasakah betapa hinanya diri dipandang ribuan mata sewaktu memperagakan pakaian yang separuh telanjang? Mungkinkah diri mereka tiada rasa bermaruah apa bila senang menjadi penghibur dalam kalangan peminat Adam? Lalu, di mana letaknya akal fikiran mereka?

Sedarlah, jangan kerana wang dan rupa yang cantik, sanggup diri diperalatkan bagai barangan yang boleh diperbuat sesuka hati. Kerana memburu kemewahan yang sebenarnya adalah berlaku adalah demi sebuah kekayaan dan kesenangan para kapitalis yang mencari untung dengan menangguk di air keruh. 

Apa yang telah dijelaskan dalam Islam langsung ditolak tepi. Pihak yang sentiasa mencari ruang dan peluang sememangnya tidak akan puas dengan keuntungan melalui cara halal malah seringkali bersikap tidak berperi kemanusiaan dengan hanya memikirkan keuntungan sebanyak-banyaknya dari kelemahan wanita.  Apatahlagi untuk memikirkan maruah dan harga diri yang dikorbankan, sedkit pun tidak dipedulikan. Ya, memanipulasi kelemahan Hawa adalah cara yang mudah dan senang untuk Berjaya.

Siapakah yang harus dipersalahkan untuk semua ini? Untuk mencari penyelesaian perlu kepada pencarian punca. Punca yang berlaku tentu biasanya dari diri Hawa sendiri. Allah menerusi Kalam-Nya telah memuliakan maruah dan diri Hawa dengan syariat memelihara aurat. Nabi juga menerusi risalahnya telah member contoh untuk berakhlak mulia. 

Tidak cukupkah penjelasan al-Quran dan as-Sunnah untuk kalian turuti? Tidak nampakkah kebaikan daripada apa yang dituntut untuk dilaksanakan dalam diri? Jangan sesekali menyebut hak kebebasan sedangkan sebenarnya yang berlaku diri Hawa dibelenggu dengan keduniaan.  Sedarlah Hawa, kalian sebenarnya telah dieksploitasi tanpa sedar. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.