Tercatat dalam sejarah, jemaah yang dipimpin oleh mujaddid luar biasa kepimpinannya. Allah membantu mereka dengan membekalkan ilmu, kemampuan dan kegigihan yang luar biasa sehingga para pemerintah di zamannya segan dan takut dengan jemaah dan pimpinannya. Allah membekalkan ilmu ilham dan karamah kepadanya dalam memperjuangkan agama Allah.
Mereka sangat berwibawa kerana ketaqwaan mereka. Para pengikut mereka pula walaupun sedikit, sangat taat dan setia, kuat beramal dan dapat membangunkan kesyumulan Islam dalam jemaah.
Para mujaddid yang telah diutus
Sudah ada sekurang-kurangnya 13 mujaddid yang datang di setiap awal kurun Hijrah yang sudah berlalu selama 14 kurun, sejak kewafatan Rasulullah SAW. Mereka itu ialah (mengikut susunan kedatangan mereka):
1. Khalifah Umar Ibnu Aziz (mujaddid pertama, datang pada awal kurun kedua Hijrah)
2. Imam Syafie
3. Imam Abu Hassan Asyaari dan Ibnu Suraij Al Iraqi
4. Imam Al Baihaqi dan Syeikh Abdul Hamid Isfaraini Asy Syafie
5. Imam Al Ghazali
6. Imam Fakhrurrazi
7. Ibnu Daqiqi ‘Id
8. Al Balqini
9. Imam As Sayuti
10. Imam Muhammad Ar Ramli
11. Abdullah Salim Al Basri
12. Ad Dardiri
13. Asy Syarqawi
Khalifah Umar Ibnu Aziz:
Kedatangannya untuk memperbaharui sistem pemerintahan yang sudah rosak di zamannya. Keadilan dan ketaqwaannya mampu menundukkan manusia kepada Tuhan bahkan kambing dan serigala pun dapat berkawan.
Imam Syafie:
Beliau datang untuk mengaktifkan semula amalan syariat dengan memperkenalkan kaedah ijtihad dan bagaimana mengistinbat hukum. Keluarlah darinya penemuan-penemuan kaedah baru untuk menghidupkan agama di zamannya. Pendekatan secara ijtihad ini adalah khusus untuk umat Islam di zaman itu. Penemuan kaedah ini janganlah kita anggap hasil fikiran atau hasil pengajian Imam Syafie di zamannya. Sebenarnya bila Allah dan Rasul isytiharkan adanya mujaddid di setiap awal kurun, ertinya mujaddid itu dimonitor oleh Allah dan Rasul. Apa yang datang dari mereka itu adalah bikinan dan ciptaan Allah dan Rasul.
Imam Ghazali:
Menyatukan semula syariat, tasawuf dan tauhid yang sudah terpisah-pisah. Gabungan tiga bidang ilmu yang dibuat dalam Al Quran dan Hadis oleh Allah dan Rasul terpecah-pecah dalam beberapa kurun kemudian. Lalu tanggungjawab Allah dan Rasul-lah membetulkan semula kerosakan dengan cara menghantar orang-Nya selaku mujaddid.
Imam Abu Hassan Asyaari:
Mengeluarkan kaedah pengajaran ilmu tauhid secara falsafah berdasarkan dalil aqli dan naqli. Terkenal kaedahnya sebagai ilmu sifat 20.
Imam Fakhruddin Ar Razi:
Menghuraikan cara bagaimana kaedah mentafsirkan Al Quran dan bagaimana menghuraikan maksud-maksud yang halus dan tersirat daripada ayat Al Quran.
Imam Sayuti:
Menghuraikan bagaimana imam mujtahid berijtihad.
Demikianlah di antara karamah-karamah besar yang Allah rezekikan kepada para mujaddid untuk membangunkan atau menghidupkan semula agama di awal setiap kurun. Di sini kita dapat berfikir, terhadap orang-Nya masakan Allah dan Rasul tidak berhubungan, sedangkan misi mujaddid ialah misi Allah dan Rasul. Ini juga adalah mukjizat Nabi Muhammad yang sangat besar yang berlaku selepas kewafatan baginda. Mujaddid-mujaddid itu sebenarnya roh mereka sentiasa bersama roh Rasulullah SAW.
Para mujaddid sebenarnya adalah umpama para nabi di zaman ada nabi. Iaitu peranannya bukan membawa syariat baru. Mereka menyampaikan syariat Rasulullah untuk setiap seratus tahun sekali supaya setiap umat sepanjang 100 tahun itu mendapat sentuhan Nabi mereka melalui mujaddid. Demikianlah rahmat dan keadilan Allah supaya setiap orang diberi peluang untuk selamat dari api Neraka. Justeru itu sesiapa yang hidup di zaman adanya petunjuk sama ada rasul, nabi atau mujaddid tapi tidak mengikut petunjuknya maka dia tidak akan selamat hidupnya di dunia mahupun Akhirat.
Lalu selepas 13 kurun, siapakah mujaddid untuk kurun ke 14 ini? 32 tahun d abad 14 hijrah pastinya sudah ada tokoh ini di mana-mana. Siapa pun dia pastinya jasanya dalam Islam amat besar dalam membawa perubahan. Biasanya peranannya tidak disedari bahkan ramai yang memperkecilkannya. Bahkan mungkin jasanya itu dihargai tatkala jasadnya tidak lagi ada di dunia ini. begitulah resam dunia, bukankah manusia mati meninggalkan nama...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan