Minggu ini aku kembali sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah. Selama 6 minggu cuti sekolah ini (sebenarnya tolak 2 minggu yang mesyuaratnya hari-hari), sempat juga la aku berjalan-jalan makan angin. Minggu ketiga hari tu ke KK, minggu ke lima hari tu Singapura. Malah minggu sebelum cuti hari tu PD. Untuk kali ini, aku lebih nak fokuskan percutian ke KK.
Sebenarnya matlamat utama ke sana adalah untuk menghadiri Bengkel Penulisan Novel Sains Fiksyen anjuran UTM-Utusan Malaysia dengan kerjasama Majli Buku Kebangsaan Malaysia. Bengkel ini dijalankan dalam beberapa siri di mana Kota Kibabalu merupakan lokasi terakhir siri jelajah yang telah dijalankan di serata zon seluruh Malaysia.
Menyorot kembali bengkel yang diadakan pada 6 Disember itu, ia merekodkan jumlah peserta yang teramai berbanding di zon-zon lain. Penyertaan di lokasi ini menyaksikan majoriti peserta adalah dalam kalangan guru selain beberapa peserta daripada kelompok pelatih guru daripada IPG terdekat da juga individu-individu yang berminat dalam penulisan novel sains fiksyen. Menerusi kelompok guru itu pula, hampir 10 orang daripadanya adalah alumni Program Pembangunan Pengkarya Guru yang kini aktif dalam aktiviti pengkaryaan dan penerbitan.
Aku tidak berhasrat untuk bercerita panjang, lebih-lebih lagi mengenai kandungan bengkel tersebut. Bukan kedekut tetapi aku memikirkan ianya berbayar, maka adalah harus untuk aku tidak memperkatakannya secara terbuka. Jika mahu tahu, tahun depan ikuti saja bengkel ini. Apa yang boleh aku katakan, ianya memangs eronok dan berbaloi. Hanya perlu keazaman sahaja untuk meneruskan hasrat pernulisan novel dalam genre tersebut.
|
Ini bukan ahli panel, tetapi peserta yang berkobar-kobar nak menulis novel selepas habis bengkel. |
|
Reunion. Sebenarnya di KL alumni PPG berunion tetapi kami di sini reunion siap berbegkel. |
|
Muka ceria, Percayalah, dalam hati mereka tu kecut perut nak mulakan penulisan novel sains fiksyen tu. |
|
Aku dan Khai mengupah pemandu pelancong untuk bersiar-siar ke pergunungan Kinabalu. |
|
Si Khai jdi jurufoto bidang terjun. |
|
Bukti aku dah sampai sini. |
|
Tak tahu apa motif. |
|
Bauksit di Kuantan dapat ku lihat dari ruang angkasa. |
|
Jakun semacam, seolah-olah ini pertama kali naik kapal terbang. |
|
Bersama Prif. Lim Swee Tin. |
|
Datang dengan harapan, balik dengan kepeningan. |
|
Posing di resort termahal di KK. |
|
Kami sampai jua di sini. |
|
Member ni gembora yang amat bila mana dapat melihat gunug tu. |
|
Berjungle tracking di sini, |
|
Bersama-sama pelancong daripada India. |
|
Kawasan yang kami jelajahi di kaki gunung Kinabalu. |
|
BFF Konon. Insya Allah berterusan. |
|
Masa ni memang saja-saja buang masa sementara menunggu masa nak masuk. |
|
Bersama-sama model kaum kadazan-dusun, kot. |
|
Persembahan daripada petugas rumah budaya Sabah. |
|
Bersama-sama Diks, jurucakap dan pemudahcara sepanjang kami berada di Mari2 Cultural Village |
|
Jumpa kawan kepada Khai di sana yang menemani kami jalan-jalan sekitar KK. |
|
Seumur hidup, berkali-kali naik flight, ini pertama kali kami bergambar dengan kapten. |
|
AKu tengah memiki-mikin apa yang mahu dibeli sebagai ole-ole. |
|
Dah di airport. Ikut hati mahu stay lagi, tapi bayak kerja menanti di KL.
Sekian, terima kasih, |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan