Alhamdulillah.. Hari ni adalah hari ke 16 umat Islam seantero dunia menjalani ibadah puasa. Sememangnya cepat masa berlalu sedangkan kita rasakan ibadah kita masih di tahap yang minima. kehidupan kita masih seperti biasa dengan hanya menolak waktu makan minum. Jika ada pun yang menumpukan pada penggandaan amal ibadah pun ia masih boleh dipertikaikan dari segala segi. Malah perlakuan dan sikap sehariannya juga boleh dipersoalkan. Ikhlaskah tarawihnya disetiap malam? Semakin khusuyukkah solat fardhunya? Terjagakah pancaindera? Terisikah setiap waktu terluang dengan perkara-perkara berfaedah? Ditahap manakah keprihartinan pada golongan yang memerlukan bantuan? Atau adakah masih adanya pembaziran saban iftar?
Ramai yang mengakui kehidupan di Ramadhannya berubah 360 darjah. Azamnya sepanjang bulan ini tutur katanya akan dijaga, pandangan mata tidak lagi tersasar pada yang mungkar, hati senantiasa berzikir memuji Allah. Pada yang jarang mengaji al-Quran keinginan untuk mengkhatamnya timbul gara-gara ramadhan. bagi yang suka mendedah, pakaian sopan menjadi pilihan. yang jenis kedekut mula la menghulur-hulur.
Tapi, satu perkara yang rata-rata orang buat pada bulan ini masih sama seperti bulan-bulan lain, membazir! Tidakkah disedari sifat ini benar-benar tidak terhakis lagi dari diri mereka yang berpuasa? Walaupun berjaya menhana lapar dahaga sepanjang hari, tetapi keinginan di hati masih tidak dapat ditakluki, malah kehendak hatinya pula berjaya menakluki akalnya. Tatkala berbuka aneka juadah terhidang. Diakhirnya ada juga yang terbuang. perasaan ingin merasa kesemuanya telah membuatkan tidak semua hidangan dapat dihabiskan. ini telah menyumbang kepada pembaziran yang melampau.
Melihat pada mereka yang berbuka di hotel berbintang-bintang, cukup menggambarkan betapa tuntutan nafsu diikuti tanpa memikirkan impaknya. Dengan mengorbankan sejumlah wang yang boleh dianggap nilaian besar, segala-gala yang ada boleh dinikmati. terfikir, tidakkah mereka membanding beza amaun ketika berbuka dirumah atau kedai-kedai biasa dengan di hotel? Atau tidakkah mereka 'menepuk' perut mengagak kapasiti makanan yang boleh disumbat semasa berbuka?
Jelas, mazmumah ini tidak boleh dibiarkan merajai hati dan akal orang yang berpuasa sedangkan hati kita seharusnya telah terdidik untuk menahan nafsunya. Tidakkah kita seringkali mendengar firman Tuhan...'sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu adalah musuhmu yang nyata'..
4 ulasan:
dah mula aktif setelah lama menyepi...welkam to the blogging world...
hehe...kebetulan puasa ni free tu banyak..so saje2 suke2..lepas raya ni x tau la camana...ahaks..
OOOOo ade blog upe nyaaa... ho3. tumpang2... follow kamo
hehe..silakan...silakan. yg baik amik, yg x baik jgn r d amik.
Catat Ulasan