Lalu adakah masih antara kita menarik nafas lega kerana tidak terlibat dengan ancaman itu secara langsung? Sesekali tidak untuk kita sekadar memberi simpati atas mangsa yang terlibat. Harus lebih itu dalam diri harus timbul rasa gerun dan kagum. Gerun pada ancaman al-Khaliq yang bisa melakukan apa saja terhadap makhluk-Nya. Kagum kerana kuasanya begitu hebat sehingga melangkaui jangkaan kita.
Sungguhpun bersyukur atas keselamatan yang masih terjamin sehingga kini, jangan lupa dengan sekali lafaz ' kun fa ya kun', sekelip mata bumi kita boleh menjadi binasa. Jangan disebut bagaimana dan kenapa andai kita meyakini kuasa mutlak-Nya. Tugas kita sebagai hamba, tak lain dan tak bukan hanyalah patuh dan tunduk dengan titah perintah-Nya. Bukan hanya bersifat nafsi-nafsi, tetapi meliputi semua ahli keluarga dan masyarakat kita.Adakah dalam kejiranan, tatkala hujan di laman kita, laman jiran tidak sama-sama basah dek lebat hujan???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan