Carian Daripada Blog Ini

Selasa, September 08, 2009

ASIMILASI MARIAM JOHARI -> KIM SOON AE

TATKALA MENATAP MUKA DEPAN AKHBAR MENGENAI KEMATIAN MARIAM JOHARI, WARGA EMAS YANG LAMA BERMASTAUTIN DI KOREA SELATAN SELAMA LEBIH 64 TAHUN LALU BENAR-BENAR MENINGGALKAN KESAN DI HATI SESIAPA JUA, SETIDAK-TIDAKNYA KEPADA KELUARGANYA DI PLENTONG, JOHOR. DIA BUKAN SESIAPA, BAHKAN TIADA APA YANG MENARIK DARINYA, MELAINKAN KISAH HIDUPNYA YANG TERPAKSA MELALUI RANJAU HIDUP DI BUMI YANG CUKUP ASING BAGINYA.

LANTAS DEMI DESAKAN HIDUP, BELIAU SANGGUP BERASIMILASI DENGAN MASYARAKAT DAN SUASANA SETEMPAT. DIKENALI DENGAN KIM SOON AE, BELIAU DENGAN MUDAH DITERIMA BANGSA YANG JAUH BERBEZA ADAT RESAM DAN BUDANYA MELAYUNYA. BAHKAN AGAMA ANUTAN TURUT JAUH BERBEZA SEHINGGA BOLEH DIKATAKAN TIADA APA YANG TERZAHIR PADA DIRINYA MASIH DIKEKALKAN.

MENJANGKAU SETENGAH ABAD, TIADA RALAT DALAM KEHIDUPANNYA DI TEMPAT YANG PERNAH DIANGGAP ASING DULUNYA. HIDUPNYA MAKIN SELESA BAHKAN KEBAJIKANNYA TURUT TERJAGA. NAMUN, JAUH DISUDUT HATI, KENANGAN DI TANAH TUMPAHNYA TIDAK LUPUT DIINGATAN. SEMAKIN MENGINJAK USIANYA, SEMAKIN KUAT KEINGINANNYA UNTUK KEMBALI DI TANAH AIRNYA. DOANYA TERMAKBUL JUA WALAUPUN KEPULANGANNYA KE KAMPUNG HALAMAN HANYA SEBENTAR.

TAPI KINI, KEPULANGANNYA DI SISI TUHAN MENINGGALKAN POLEMIK HEBAT. PERTANYAAN DEMI PERTANYAAN MUNCUL, MASIHKAH IA BERPEGANG DENGAN AQIDAH ASALNYA? APAKAH WASIAT YANG DITITIPKAN SEBELUM PEMERGIANNYA? APAKAH BENAR PERMINTAANNYA AGAR JENAZAHNYA DIURUSKAN MENGIKUT RITUAL KRISTIAN?

KINI, SATU SAHAJA CARA YANG BOLEH 'MENYELAMATKANNYA' DARIPADA TERUS MENERUS HILANG IDENTITI ISLAMNYA, MEMBAWA JENAZAHNYA PULANG KE TANAH AIR SECEPAT MUNGKIN. TENTANG PERSOALAN YANG BERMAIN DI FIKIRAN, BIARLAH BERLALU. MOGA-MOGA ALLAH MENGAMPUNINYA. TENTU SAHAJA RAHMAT RAMADHAN INI ADA HIKMAH BUAT DIRINYA, INSYA-ALLAH

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.