Carian Daripada Blog Ini

Rabu, September 28, 2011

Tempat ke-2 Pertandingan Menulis Esei Islam Negeri Selangor

 
 
 
 
 
Hari ini, 28 September 2011, ingin saya kongsikan sesuatu dengan anda semua. Semalam, tatkala menerima surat dari Jabatan Pelajaran Selangor hati saya gembira tidak terkata. Masakan tidak, saya diminta untuk hadir ke SAM Rawang bagi menjayakan Majlis Anugerah Hari Kualiti Pendidikan Islam & Instutusi Pendidikan Agama Negeri Selangor. Di dalam surat tidak dinyatakan anugerah apa yang saya perolehi, sekadar menyebut akan menerima anugerah. Kawan-kawan yang membaca surat kepunyaan saya bertalu-talu bertanya, anugerah apa? Takkan pula Anugerah Perkhidmatan Cemerlang? He, he...saya menjawab semula yang saya ni kan baru lagi, sah jawatan dalam perhidmatan baru setahun, tak layak lagi dianugerahi apa-apa. Bos saya tak habis-habis ucapkan tahniah, sedangkan beliau pun tertanya-tanya apa jenis anugerah yang saya akan dapat. Namun dalam hati saya, saya tahu apa anugerah yang saya perolehi. 
 
Menyoroti kisah sebulan lepas, saya ada menghantar penyertaan menulis esei bertemakan Islam khusus untuk bacaan umum dan family reading dengan pelbagai tema termasuk akidah, akhlak, motivasi dan sirah. Syarat penyertaan esei hendaklah dihantar 3 tajuk dengan berlainan tema, tetapi saya menghantar 4. Sejak hantar tidak putus-putus saya berdoa moga-moga menang. Namun sampai 22 September keputusan tidak diumumkan seperti yang dijanjikan pada borang penyertaan, lalu saya pun pasrah dan menganggap saya tidak memenanginya. Namun dengan hadirnya surat ini seolah-olah harapan saya subur kembali. Menangkah, aku? Nombor berapa? Sentiasa soalan itu berlegar-legar dalam hati sepanjang hari. 
 
Akhirnya, melalui buku program, saya menegtahui bahawa saya mendapat tempat kedua untuk pertandingan di peringkat Negeri Selangor ini. Syukurnya. Namun satu yang saya sampai sekarang masih tidak puas hati, mengenai habuan yang diperolehi. Melalui borang, ada disebutkan bahawa semua peserta akan diberikan sijil penyertaan dan pemenang pula akan diberikan hadiah. Soalnya, semasa saya menerima anugerah yang berupa sijl penghargaan, tidak ada hadiah lain yang mengiringinya. Pelik juga, kenapa hanya sekadar sekeping sijl? Apa bezanya antara yang mendapat tempat 1, 2, 3 dan saguhati? Lalu persoalan ini saya kemukakan kepada penganjur program melalui emel. Harap soalan saya itu mendapat respon sewajarnya. 
 
Apapun saya bersyukur kerana penyertaan kali pertama ini mendapat perhatian juri. Sempat seorang penyelaras pendaftaran tetamu dan peserta di luar dewan meminta address blog saya (www.mymindstories.blogspot). Katanya ingin melihat karya-karya yang telah saya hantarkan. He, he, buat segan saya pula. Lainlah kalau dapat johan, bukan? Insya-Allah jika ada peluang lagi akan saya sertainya. 
 
Sebenarnya kejayaan yang tidak seberapa ini dilihat telah menjadi pemangkin untuk saya lebih serius untuk menulis termasuklah mengup-datekan blog yang bersawang ini. Bukan sengaja membiarkan blog tanpa artikel terbaru, tetapi masa saya lebih kepada penumpuan terhadap membuat kajian sebagai syarat menamatkan pengajian diperingkat sarjana. Moga-moga Allah mempermudahkan segala-galanya untuk saya membuat sesuatu demi keredhaan-Nya. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.