Carian Daripada Blog Ini

Khamis, September 01, 2011

AIDLFITRI

Bila takbir memecah sunyi
Bergema pujian pada Ilahi
Fajar Syawal menyinar kembali
Umat Islam menyambut Aidilfitri

Aidilfitri hari yang bahagia
Tetapi nasib kita tiada sama
Setiap kali Syawal menjelma
Wajah dan suasana berbeza
Ada yang suka ada yang duka

Insaflah wahai ummat Islam
Janganlah leka dan suka berfoya
Igtlah pada yang tiada
Hulurkan bantuan serta doa
Bagi yang hidup juga yang mati
Agar hidup sentiasa berbakti

Berpadalah menyambut hari raya
Jauhkan diri dari noda dan dosa
Tanda kesyukuran di bulan yang mulia
Setelah sebulan berpuasa
Renunglah amalan yang telah dibina
Supaya ia tidak sia-sia

Aidilfitri lambang kemenangan
Berbagai peristiwa sejarah mencatitkan
Perjuangan ummat Islam yg silam
Untuk dicontohi sebagai panduan
Berkorbanlah demi perjuangan Islam
Agar tetegak kalimah Tuhan




________________________
Lagu nyanyian Nadamurni 1990

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.