Carian Daripada Blog Ini

Khamis, September 01, 2011

SELOKA SOALAN CEPU EMAS :D

Assalamualaikum pembuka bicara...
Di Syawal indah penuh bahagia...
Indah berseri ceria sentiasa...
Bersyukur di atas kurniaan Yang Esa...

Musim raya pun bermula...
Bertemu ramai sanak saudara...
Jauh dekat tua dan muda...
Semua gembira di hari raya...

Bila lama x berjumpa...
Macam2 lah cerita...
Ada suka ada duka...
Biar puas hati merasa...

Namun aku senyap saja...
X mahu mula cerita...
Nanti aku kan ditanya...
Bila lagi nak berpunya...


Namun x dapat ku elakkannya...
Soalan itu akhirnya ditanya...
Hati berkata 'kantoilah pula'...
Aku ingat orang dah lupa...

Aduh, rasa nak hantuk kepala...
Soalan cepu emas ditanya juga...
X de jawapan yang tersedia...
Untuk aku membalas kata...

Apa yang mampu aku kata...
X payah tanya tunggulah saja...
Mungkin esok mungkin lusa...
Kalau x sabar doakanlah juga...

Bila selalu orang bertanya...
X mampu lagi aku menjawabnya...
Berdiam diri 1000 bahasa...
Hanya senyuman tanpa kata...

Jauh di hati aku berdoa...
Supaya kelak jawapannya ada...
X perlu lagi aku ditanya...
Mungkin doa kan termakbul jua...


Apapun kini kan musim raya...
Malas nak layan jiwa nan lara...
Senyum sentiasa hati kan ceria...

Raikan Syawal yang penuh mulia...


hahahahaha...... :D

____________________
idea ni on the spot muncul kat kepala....kalu korang apa ek jawapannya?


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.