PRO KONTRA PENGGUNAAN BUKU TEKS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
BEBERAPA KUMPULAN PELAJAR TELAH DIMINTA UNTUK MEMBERI RESPON MENGENAI PENGGUNAAN BUKU TEKS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. BERIKUT ADALAH KESIMPULAN DARIPADA RESPON YANG DIUTARAKAN MEREKA.
POSITIF:
BIL | FAKTA | ALASAN |
1 | PADAT DAN RINGKAS | FAKTA YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU TEKS AMAT RINGKAS DAN PADAT DENGAN ISI-ISI BERKAITAN TOPIK PEMBELAJARAN. HURAIAN YANG PANJANG LEBAR MEMBUATKAN SESUATU PEMBACAAN TIDAK SERONOK. |
2 | WARNA-WARNI | HELAIAN-HELAIAN PADA BUKU TEKS MASA KINI KELIHATAN LEBIH BERWARNA WARNI BERBANDING BUKU TEKS DULU-DULU. IA SESUAI DENGAN KANAK-KANAK YANG SUKA KEPADA HELAIAN YANG BERWARNA WARNI. |
3 | ILUSTRASI DAN GAMBAR | SETIAP TOPIK DIPENUHI DENGAN PELBAGAI BENTUK ILUSTRASI DAN GAMBAR RAJAH YANG BERSESUAIAN. INI ADALAH CARA BAGI MENGUKUHKAN PEMAHAMAN PELAJAR SEMASA MEMBACA BUKU TEKS. |
4 | AKTIVITI | AKTIVITI YANG ADA PADA SETIAP TOPIK PEMBELAJARAN DAPAT MENGUJI MINDA PELAJAR DALAM SESUATU TOPIK YANG TELAH DIPELAJARI. |
NEGATIF:
BIL | FAKTA | ALASAN |
1 | ISI DAN FAKTA TOPIK | FAKTA YANG DIKEMUKAKAN DALAM BUKU TEKS TIDAK BANYAK. IA TERLALU RINGKAS HINGGA SUKAR UNTU DIFAHAMI DENGAN LEBIH LANJUT. |
2 | AKTIVITI | AKTIVITI YANG ADA WALAUOUN MENARIK TETAPI TIDAK PREKTIKEL. INI KERANA TERDAPAT AKTIVITI DAN PERMAINAN YANG DICADANGKAN DALAM BUKU TEKS SUKAR UNTUK DILAKUKAN AKIBAT KEKANGAN MASA. |
KESIMPULAN:
WALAU APAPUN PRO DAN KONTRANYA, TIDAK DINAFIKAN BUKU TEKS MERUPAKAN PANDUAN YANG BERGUNA BAGI MENGETAHUI FAKTA-FAKTA ASAS PADA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. WALAUPUN KEDAPATAN PELBAGAI BUKU RUJUKAN BERKAITAN NAMUN TANPA BUKU TEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TIDAK BERMAKNA KERANA FAKTA-FAKTA YANG ADA DALAM BUKU TEKS ADALAH SELARI DAN SERAGAM DENGAN SEMUA MURID-MURID DI SELURUH NEGARA. INI SUDAH TENTUNYA SOALAN PEPERIKSAAN YANG DIKELOLAKAN OLEH KEMENTERIAN, JABATAN ATAU PEJABAT PENDIDIKAN ADALAH BERPANDU KEPADA BUKU TEKS.
DILAPORKAN OLEH:
MOHD SUHAIMI BIN MOHD NIZAM
12039 KULIAH 1.04 KPLI
DISEMBER 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan