LIDAH, ABDOMEN YANG BERADA DIMULUT ADALAH SATU DARIPADA PANCAINDERA YANG TIDAK BERTULANG, NAMUN TAJAMNYA SUNGGUH BERBISA MENGALAHKAN BILAHAN PEDANG. LIDAH YANG TERLETAK DI MULUT BENAR-BENAR MEMBERI IMPAK BESAR PADA SETIAP BUTIR BICARA YANG LAHIR DARIPADANYA. JIKA IA SESUATU YANG BAIK DAN BENAR, MAKA MANFAATNYA AMATLAH BESAR. JIKA SEBALIKNYA, BUKAN SAJA DIRI YANG EMPUNYA LIDAH YANG MERANA KERANA KELANCANGANNYA, BAHKAN PIHAK SEKITARNYA TURUT TERLIBAT SAMA.
PEPATAH KERANA MULUT BADAN BINASA SEMEMANGNYA TEPAT UNTUK MENGGAMBARKAN BETAPA LIDAH YAKNI MULUT ITU BISA MEMBERI KESAN NEGATIF BILA MANA APA YANG DIPERTUTURKAN ITU BOLEH MENIMBULKAN SUASANA NEGATIF PADA PERSEKITARAN. DARI MULUT ITU BIASANYA MENJADI PUNCA KEPADA PELBAGAI KEROSAKAN. BUKAN SAJA KEROSAKAN PADA TIAP BAIT BICARA, BAHKAN MENJADI ASBAB KEPADA KEROSAKAN PADA HATI DAN PERASAAN SAMA ADA DIRI SENDIRI ATAU ORANG LAIN. LEBIH PARAH LAGI JIKA KERANA LONTARAN KATA-KATA DARI MULUT ITU MENJADI ALASAN BERLAKUNYA SERANGAN BERBENTUK FIZIKAL.
MERUJUK CONTOH, HANYA KERANA KATA-KATA YANG PEDIH IA MEMBAWA KEPADA PERSENGKETAAN LISAN, MENGUMPAT, MENCERCA, MEMAKI, MENGEJEK, MENGHINA, MENCARUT, MEMFITNAH DAN PELBAGAI LAGI BENTUK SERANGAN LISAN. DARI SINILAH JUGA SETERUSNYA IA MEMBAWA KEPADA SERANGAN FIZIKAL. SAMA ADA BERGADUH BERTUMBUK ATAU BERPERANG SEHINGGA MEMBAWA KESENGSARAAN DIRI, IA SUDAH DILIHAT BEGITU SERIUS. JADI BAGAIMANA MAHU DINAFIKAN BETAPA LIDAH INI TIDAK BERPERANAN BESAR DALAM MENJERUMUSKAN SESEORANG ITU KE LEMBAH KEBINASAAN? LALU MASIHKAN PERLU LIDAH INI BEBAS MENUTUR KATA LEBIH-LEBIH LAGI BERBICARA TANPA MEMIKIRKAN KESANNNYA?
ALANGKAH BAIKNYA JIKA SETIAP APA YANG DIPERBICARAKAN ITU ADALAH KATA-KATA YANG BAIK DAN INDAH BELAKA. BUKANKAH YANG INDAH ITU BAHASA, YANG MOLEK ITU BUDI PEKERTI? MAKA ELAKKAN DARI BERKATA YANG BUKAN-BUKAN APATAHLAGI YANG SIA-SIA TANPA MANFAATNYA. KADANG-KALA KERANA BANYAK BERCAKAP, BANYAKLAH SILAP, KERANA BANYAKNYA SILAP BANYAKLAH DOSA, BILA SUDAH BERDOSA TENTU SAJA ALLAH MURKA YANG MENJADI FAKTOR JUGA KEPADA TERJERUMUSNYA KE LEMBAH NERAKA. LIHAT, SUNGGUH BESAR BAHAYA LIDAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan