KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN
DEFINISI
Satu proses antara perorangan yang melibatkan proses penghantaran dan penerimaan simbol-simbol yang bermakna di mana pertukaran idea, maklumat dan pendapat berlaku, atau;
Proses di mana seseorang, kelompok atau organisasi (pengirim) mengirimkan beberapa informasi (mesej) kepada seseorang, kelompok atau organisasi yang lain (penerima).
KEPENTINGAN
Membantu ahli organisasi mencapai objektif kendiri dan juga organisasi,
Mengimplimentasi dan memberi maklumbalas kepada perubahan dalam organisasi,
Mengkoordinasikan aktiviti organisasi dan terlibat dalam semua tingkahlaku organisasi. (contoh: sekolah).
Dalam konteks organisasi pendidikan, komunikasi penting dalam proses bagaimana pihak sekolah berkongsi informasi dan pengalaman dengan pihak atasan, guru-guru, ibubapa dan murid-muridnya serta sebaliknya.
JENIS KOMUNIKASI
Komunikasi Formal: Mesej yang disebarkan berkaitan dengan pekerjaan rasmi di dalam organisasi – komunikasi mengikut tingkat hierarki dalam organisasi.
Komunikasi Informal: Mesej yang disebarkan tidak rasmi, diluar kegiatan formal organisasi-komunikasi terpisah dari struktur formal dan tidak mengikut tingkat hierarki.
Nota: Organisasi yang berjaya mengamalkan sebuah jaringan komunikasi yang bersifat formal dan informal serta terbuka.
BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI
Atas ke bawah
- Pihak atasan ke sekolah: s/pekeliling, mesyuarat, dll
- Pengetua/GB kepada guru/staf: memo, perbualan, mesyuarat, buku panduan, poster, daftar senarai, papan buletin, dll
Bawah ke atas
- Sekolah ke pihak atasan: surat rasmi, laporan tahunan, mesyuarat
- Guru/staf kepada GB: Laporan, perbualan, mesyuarat
Interaktif (mendatar)
- Elektronik
- Antara rakan sejawat
- Mesyuarat jabatan
- penyelarasan kerja
- Penyelesaian masalah atau konflik
- Perkongsian maklumat/pengetahuan/kemahiran
KOMUNIKASI DI SEKOLAH
Komunikasi di sekolah boleh dilihat dari 5 aspek utama hubungan:
(1) Sekolah - masyarakat/ ibubapa.
(2) Ketua - guru/ staf
(3) Guru-murid
(4) Guru-guru
(5) Murid-murid
SALURAN KOMUNIKASI
Pelbagai saluran/teknik komunikasi dilaksanakan GB:
- Formal dan tak formal saling melengkapi
- Lisan dan bukan lisan perlu selari
- Komunikasi lisan
- membuat/menjawab panggilan telefon
- mengeluarkan arahan kepada guru/ pelajar: laporan bertulis- notis; memo, taklimat, dll.
- bermesyuarat
- surat menyurat
- mencerap pengajaran guru
- pebincangan dengan guru/ibubapa/pelajar
- perhimpunan
HALANGAN KOMUNIKASI EFEKTIF
Gangguan fizikal, ch. kebisingan
Masalah semantik, ch. tanggapan/terjemahan/tafsiran berbeza
Ketiadaan maklum balas
Pengaruh atau kesan status, ch. takut kepada bos, mengampu
Perbezaan bahasa
Keemosian, ch. tokok tambah, olahan
Komunikasi tak tekal
Kecurigaan, prasangka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan