Dengan pengumumannya yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja maka secara rasminya seluruh umat Islam di Malaysia bakal meraikan 1 Syawal pada esok hari bersamaan 30 Ogos 2011. Selari dengan catatan hisab di kalendar, semua sedari awal telah ternanti-nantikan pengumuman ini. Persiapan sejak awal telah dilakukan dengan kemuncaknya berjalan pada hari ini.
Ada sesekali di benak akal membayangkan apakah yang berlaku andai hari raya jatuh pada 31 Ogos, iaitu hari Rabu. Mungkin kerana masih tidak mahu berpisah dengan Ramadhan yang penuh barakah. Namun Malaysia yang menentukan tarikh jatuhnya Syawal ini adalah mengikut hisab juga rukyah. Semua orang harus menerimanya tanpa ada sikap memperlekeh dan mempersoalkan kredibiliti pihak berkuasa dalam menentukan Aidilfitri yang jatuh pada hari yang telah ditentukan.
Kini Ramadhan telah pergi meniggalkan kita. Ada yang rasa berat hati kerana terpaksa akur dengan ketetapan ini. Namun ada juga yang merasa gembira dengan hadirnya Syawal. Mengambil kata perpatah, 'life must go on' membuatkan sesetengah orang merasakan tidak perlu menangisi kehilangan Ramadhan kerana dengan hadirnya Syawal ia sebagai tanda kemenangan umat islam setelah bermujahadahs elama sebulan. Maka meraikan Syawal setelah perginya Ramdhan juga menjadi satu ibadah dengan mengikut landasan syariat yang ditetapkan,
Apapun pandangan yang ada, pastikan jangan terlalu gembira dengan Ramadhan yang telah berlalu. Ramadhan ini setahun sekali datangnya seperti mana Syawal. Perbanyakkan doa dan pengharapan kepada Allah, moga-moga segala amal ibadah kita diterima oleh-Nya. Pastikan juga kita berazam untuk terus konsisten dengan ibadah yang telah dilakukan. Apa yang baik terus dibuat, apa yang kurang baik jangan diulangi lagi.
Besar harapan agar Syawal ini disambut dengan meriah, namun tidak melampaui batas dalam adab dan akhlak sebagai seorang muslim. Raikan Syawal dengan takbir, tasbih dan tahmid memuja-muji Allah sebagai tanda kemenangan. Kemenangan yang dmaksudkan adalah keberjayaan seseorang itu menjalani iabdah puasa dengan jayanya serta ibadah-ibadah sampingan lainnya dengan sempurna dan cukup syarat-syaratnya. Kemenangan juga kerana berjaya terhindar daripada ganguan syaitan yang dibelenggu daripada mengganggu gugat muslim yang berpuasa untuk mengisi Ramadhan dengan beribadah siang dan malam.
Syawal kali ini turut dirasakan istimewa kerana kedatangan Syawal ini mengiringi hadirnya ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-54 pada 31 Ogos. Apakah hikmah disebaliknya? Tentunya ada. Namun jangan lupa, dalam pada kita menyambut merdeka dalam suasana berhari raya, syaitan juga turut serta meraikan kemerdekaannya setelah dibelenggu sebulan disepanjang Ramadhan. Pastikan kita dapat membebaskan diri daripada segala tipu daya mereka.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI kepada semua pengunjung dan pembaca artikel dan blog ini. Maaf andai ada dalam mana-mana penulisan dan artikel yang saya paparkan ini telah mengguriskan hati anda atau juga menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Ampun maaf saya pohonkan. Saya doakan agar ibadah kita diterima Allah dan dapat bertemu kembali dengan Ramadhan pada tahun-tahun berikutnya. Insya-Allah.
TAKBIR RAYA |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan