Ahad, November 02, 2008

:: Jangan Pandang Belakang ::


Perjalanan manusia seumur hidupnya di muka bumi ini tidak sesekali akan berundur walau setapak. Apa yang telah berlalu harus dibiarkan saja pergi. Masa hadapan yang belum pasti tetap akan dihadapi. Suka ataupun tidak, itulah lumrahnya.


Jalanan yang disusuri selama ini tidak saja meninggalkan beribu kenangan, bahkan pengajaran yang diperolehi daripada pengalaman hidup lalu menjadi tauladan dalam mengemudi layaran hidup pada masa mendatang. Apa yang dilalui itu haruslah dijadikan pedoman untuk bekalan hari-hari seterusnya. Jika ia sebaliknya, jadikanlah tali yang menyempadankan antara hak dan batil bagi memastikan apa yang tidak diingini itu berlaku buat kesekian kalinya.


Takah kehidupan yang dijalani dari hari ke hari tidak sesekali harus di cemari dengan noda kekesalan. Sememangnya manusia tidak pernah lari dalam melakukan kesilapan. Sengaja atau tidak bukanlah persoalannya. Apa yang penting segala yang berlaku itu harus diambil perhatian disamping senantiasa bermuhasabah diri dari segala apa yang telah dilalui.


Pastinya jika kita mengambil pengajaran dari apa yang telah dialami insya-Allah manusia akan lebih berwaspada demi memastikan perjalanan hidupnya berada di piawaian selamat dalam mencapai matlamat yang diingininya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SALAM MESRA

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas kesudian berkunjung ke blog ini. Sejak akhir-akhir ini statistik menunjukkan adanya kunjungan dari pelawat-pelawat yang mencatatkan kekerapapan lawatan bagi sesetengah entri dalam blog ini. Kebanyakannya entri yang berkaitan dengan s]umber manusia, pengurusan organisasi dan seumpamanya. Siapa pun anda, plagiat merupakan sesuatu yang tidak beradab tanpa meminta izin terlebih dahulu dengan apa jua cara. Apapun, diharapkan agar mana-mana entri di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada anda.