Pendidikan adalah
salah satu institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan generasi masa
hadapan. Sudah tentu sistem pendidikan itu mesti dirancang dengan teliti dan
berhati-hati supaya sesuai dan munasabah dalam menghadapi segala kemungkinan
dan cabaran ini (Ibrahim Saad 1990).
Dalam kepesatan pembangunan Negara,
Pemimpin dan rakyat yang maju dan saintifik adalah hasrat utama pembangunan
modal insan yang harmorni. Masyarakat yang maju dan saintifik sentiasa bersedia
menerima perubahan untuk menjadi lebih baik dan tidak ketinggalan dalam segala
aspek perubahan globalisasi.
Sementara itu, institusi pendidikan bukanlah
sesuatu yang jumud dan tidak boleh berubah sejajar dengan peredaran masa. Dunia
pendidikan mestilah peka dengan perkembangan yang berlaku disekelilingnya.
Setiap perubahan yang berlaku di luar dunia pendidikan mestilah diambil kira
dan dibuat tindakan susulan. Ini bagi memastikan ilmu yang disampaikan kepada
para pelajar adalah yang terkini dan mampu digunakan apabila mereka keluar dari
alam persekolahan.
Untuk itu perubahan di sekolah tentu tidak
dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi sekolah sering dianggap sebagai agen perubahan
untuk sesebuah negara. Guru yang menjadi golongan yang melaksanakan perubahan
harus memberi sokongan padu kepada perubahan yang berlaku dalam pendidikan.
Persediaan yang secukupnya dari segala aspek fizikal, mental dan emosi haruslah
ada dalam kalangan guru bagi memastikan perubahan yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Bagi mengulas tajuk tugasan ini, sebuah
artikel yang bertajuk Caught between different worlds: Teachers and
educational change (Terperangkap dalam dunia berbeza: Guru dan perubahan
pendidika) yang diperolehi daripada Jurnal Pendidikan dan Pembagunan
Antarabangsa (IJED) telah digunakan di mana ia membincangkan isu yang berkaitan
dengan respon guru terhadap perubahan dalam pendidikan.
2.0
GURU DAN PERUBAHAN
DALAM PENDIDIKAN
Di
Malaysia serta kebnanyakan negara luar agen perubahan utama ialah pendidikan.
Pendidikan dan latihan merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan sumber
manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf
dunia akan menentukan kejayaan perubahan insan (Mohd Najib 1997). Perubahan
dalam pendidikan tidak dapat dielakkan kerana setiap ilmu dan penemuan akan
berubah ke arah penambahbaikan setiap masa. Pelbagai faktor lain turut menuntut
perubahan dalam pendidikan sama ada dari faktor luaran dan dalaman yang
mendesak dan menekan untuk melakukan perubahan khususnya dalam pendidikan di
Malaysia.
Menurut Mok Soon
Sang (1996), guru merupakan tenaga iktisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada
murid-murid di institusi pendidikan. Manakala Moore (1995), pula mendefinisikan
guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu orang yang merancang, memandu dan
menilai pembelajaran. Peranan ini memerlukan sokongan daripada orang lain. Oleh
itu, dapatlah kita simpulkan bahawa guru ialah pakar dalam pengajaran yang
bertanggungjawab merancang, memandu dan menilai pembelajaran.
Perubahan ke atas
guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang dirancang
dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan
pengajaran para guru. Walaupun istilah seperti perubahan kakitangan, latihan
dalam perkhidmatan, dan perkembangan profesionalisme selalu di gunakan, tetapi
perubahan ke atas guru menggambarkan satu konsep yang menghubungkan kesemua
aspek dalam persekitaran pendidikan. Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses
yang dinamik. Ia mesti dikendalikan dengan sistematik dengan menekankan
matlamat jangka panjang dan pendek.
Pendidikan adalah
proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu
mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah
bertangggungjawab untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku
ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna,
secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat
dilaksanakan dengan jayanya (Mok Soon
Sang & Lee Sok Mee 1988).
3.0
LANGKAH-LANGKAH
PERUBAHAN
Dalam melaksanakan
perubahan dalam pendidikan Josept & Susan Berk (1993) dalam Mohammed Sani
(2000) telah mencadangkan langkah-langkah berikut:
3.1
Mengenalpasti perubahan untuk keperluan
Untuk melakukan perubahan dalam
pendidikan ia perlulah melihat kepada keperluan mengikut situasi semasa.
Perubahan juga perlu dilakukan secara
menyeluruh dari pelbagai aspek. Ianya
termasuklah dalam aspek latihan untuk
pelajar dan guru serta menyediakan
kemudahan yang menyeluruh untuk semua.
3.2
Mengenalpasti pihak yang terlibat
Perubahan harus dilakukan dengan
mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaannya. Antaranya adalah
pihak sekolah terutamanya guru yang dilihat sebagai agen perubahan. Ia satu
tindakan yang bijak bagi memastikan perancangan perubahan itu tidak sia-sia
bahkan mengenalpasti pihak yang terlibat secara langsung dapat mengumpul
kekuatan dan sokongan untuk mendapatkan kesan yang baik dalam perubahan.
3.3
Keperluan perubahan komunikasi.
Untuk melaksanakan perubahan yang
dirancang ia memerlukan satu medium yang dapat menyebarkan kefahaman dan mesej
jelas akan matlamatanya kepada seluruh masayarakat terutamanya warga pendidik. Segala
maklumat berkaitan pendidikan seperti keperluan kursus, kenaikan pangkat dan
sebagainya hendaklah dihebahkan kepada semua guru. Langkah ini dapat
mengelakkan masalah lain yang membabitkan komunikasi selain perasaan prejudis
terutamanya antara pentadbir dengan kaki tangan akibat tidak mendapat maklumat
yang secukupnya.
3.4
Dapatkan pandangan subordinat yang terlibat
Apabila perubahan hendak dilakukan,
perbincangan antara pihak lain terutamanya subordinat yang terlibat haruslah
dilakukan. Sebarang perubahan yang hendak dijalankan perlu kepada pendapat atau
pandangan semua pihak yang terlibat supaya dapat dibuat perancangan yang
terbaik. Jika dalam situasi sekolah pihak pentadbir harus cuba elakkan daripada
membuat keputusan secara autokratik tanpa mendapatkan pandangan daripada
guru-guru sebagai kakitangan yang menjadi kepada pelaksanan perubahan di
sekolah.
3.5
Melakukan perubahan dan bersedia untuk membuat
pengubahsuaian
Perubahan yang dirancang itu perlulah
benar-benar dilaksanakan dengan tidak hanya secara teori di atas kertas. Jika
perlu plan tindakan mungkin perlu diubah suai setelah strategi sebelumnya
menemui kegagalan. Perubahan juga hendaklah selaras dengan perkembangan semasa
dan tidak bertentangan dengan norma masyarakat di samping harus berani dalam
menghadapi sebarang cabaran dan halangan yang berlaku.
4.0
PERUBAHAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KELAS
Dalam pengurusan perubahan,aspek-aspek yang
harus ditekankan oleh aspek yang harus ditekankan oleh guru ialah penggunaan
kaedah P & P guru ialah penggunaan kaedah P & P yang :
4.1
Berpusatkan murid dan bukannya guru
Dalam situasi pendidikan semasa pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan guru tidak begitu relevan lagi digunakan. Selaras dengan
perkembangan dunia pendidikan yang selari dengan globalisasi
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pelajar harus digunakan di dalam kelas. Komunikasi dua hala antara guru dan
murid menjadi keperluan masa kini bagi mengembangkan potensi minda murid untuk
berfikir dan member pandangan mereka berbanding hanya menerima bulat-bulat apa
yang diberitahu guru tanpa banyak soal.
4.2
Berasaskan perkembangan teknologi
Era globalisasi tidak dapat dihalang daripada menembusi sistem pendidikan.
Untuk itu guru harus menerimanya sebagai satu cara dalam memantapkan pengajaran
dan pembelajaran di kelas. Penggunaan sumber dan bahan rujukan berkomputer dan
berteknologi harus diberi penekanan kerana pelajar sendiri di luar sekolah
telah tertedah dengan penggunaannya. Jadi, guru tidak boleh lari untuk
menggunakannya bagi memberi kesan positif dalam pengajaran dan pembelajaran di
kelas.
4.3
Berpandukan hasil penyelidikan terkini
Apabila dikatakan pendidikan satu perkara yang dinamik dan berkembang maka
sudah tentu banyak penyelidikan telah dibuat bagi memastikan pendidikan itu
sendiri sesuai dan relevan dengan situasi semasa. Oleh itu guru harus
menerapkan pengajaran dan pembelajaran di kelas dengan menggunakan
pendekatan-pendekatan, bahan-bahan dan maklumat-maklumat terkini agar memberi
kesan yang baik terhadap perestasi murid.
4.4
Berlandaskan psikologi pertumbuhan dengan perkembangan murid.
Guru harus menyedari bahawa tahap penerimaan murid terhadap sesuatu
pengajaran dan pembelajaran tidak sama dan berbeza dari apa yang dari sukatan
pelajaran yang digunakan. Oleh itu guru harus bijak melihat keadaan itu dengan
5.0
FAKTOR HALANGAN
PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
Walaupun pelbagai langkah dan pendekatan boleh digunakan dalam
membuat sesuatu perubahan disebaliknya terdapat juga faktor-faktor yang menjadi
halangan kepada keberkesanan dalam melakukan perubahan dalam pendidikan. Untuk
itu Mr. Simon melalui artileknya ini telah menggariskan faktor-faktor kegagalan
dalam membuat perubahan seperti mana berikut:
5.1
Kelemahan guru dalam
memahami amalan perguruan.
5.2
Kecenderungan
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru.
5.3
Budaya masyarakat
yang konservatif dan karenah birokrasi.
5.4
Kerendahan status
keprofesionalisme dan kuasa autonomi guru.
5.5
Kecenderungan dalam
usaha dalam menerapkan pendidikan untuk semua (EFA) yang lebih mementingkan
kuantiti berbanding kualiti.
5.6
Kesan negatif daripada
dasar awam yang baru.
6.0
KESIMPULAN
Kualiti perkhidmatan
perlu ditingkatkan dan pelanggan pendidikan mendesak peningkatan mutu
perkhidmatan. Oleh itu, seseorang guru perlu memberi perkhidmatan bermutu,
kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Warga guru
perlu peka dengan perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan bersedia
menerima perubahan menggunakan peralatan canggih. Faktor-faktor di atas seakan
mendesak guru agar berubah. Mereka perlu peka dan bertindak kepada perubahan
supaya perubahan tidak membawa padah yang buruk (Zainal Abidin,1999).
Sebahagian penulis dalam Jurnal Pendidikan dan Pembangunan
Antarabangsa (IJED) berpendapat bahawa perubahan dapat dijayakan dengan
berkesan jika projek dan agenda perubahan yang dirancang itu dijalankan
sebaiknya serta diuruskan oleh kakitangan yang komited dan berkemahiran.
Dalam
menjayakan perubahan dalam pendidikan, semua pihak harus bekerjasama dalam
memastikan setiap perancangan yang dibuat terlaksana sebaiknya. Guru pula
seharusnya benar-benar menjadi agen kepada perubahan dan dalam masa yang sama
bersikap responsif dan kritis terhadap pelbagai perkembangan dan dinamika
peradaban yang berterusan berlaku dari semasa ke semasa (Najeemah 2006).
Guru juga
dengan kerjasama dari pihak pentadbiran pendidikan seharusnya sentiasa
menjadikan sekolah sebagai ‘magnet’ yang mampu mengundang tarikan kepada
pelajar untuk berinteraksi, berdialog dan saling bertukar-tukar pendapat dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menarik. Dengan cara sedemikian tidak akan berlaku keadaan di mana institusi
seklah dijauhi oleh masyarakat akibat ketidakberjayaan sekolah dalam mewujudkan
suasana pembelajaran yang baik di era globalisasi.
__________________________________________
Ini adalah tugasan kuliah bagi kursus Perubahan Dalam Pendidikan yang telah saya perbentangkan di dalam kelas pada tahun 2011.
1 ulasan:
J'ai un blog sur blogger et chaque fois que je vais à mon blog il le compte comme une page vue, même quand im logged in Comment puis-je faire que de compter les points de vue des autres personnes?.
Catat Ulasan