Jumaat, Jun 04, 2010

HURU HARA DIMANA-MANA


Huru hara berlaku di mana-mana
Krisis terjadi di setiap tempat dan masa
Peperangan menggila membunuh manusia musnahkan harta
Kemiskinan, kemelaratan di merata dunia

Penzaliman terjadi di seluruh dunia
Kerosakan akhlak menghilangkan kemanusiaan
Kasih dan sayang hilang dari hati manusia
Jiwa manusia kosong dan menderita

Di mana pergi hidup dalam ketakutan
Kerana manusia telah ganas macam haiwan
Bahkan kejahatan manusia lebih merbahaya
Dengan akalnya manusia merosak dan memperdaya

Aduh, dimanakah kita hendak pergi lari?
Kemanakah kita mahu selamatkan diri?
Kemana, oh kemana kita mahu mengadu?
Kepada siapakah nak minta penyelesaian?

Orang kaya tak boleh diharap lagi
Orang besar pon juga sama sahaja
Para ulama bukan lagi contoh masyarakat
Cerdik pandai petah bercakap tiada modelnya

Wahai Tuhan kami
Kasihanilah kami ini
Jangan biarkan kami
Dalam derita lagi sengsara
Seorang penyelamat datangkanlah segera
Membawa rahmat dan karamah jua berkahnya

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SALAM MESRA

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas kesudian berkunjung ke blog ini. Sejak akhir-akhir ini statistik menunjukkan adanya kunjungan dari pelawat-pelawat yang mencatatkan kekerapapan lawatan bagi sesetengah entri dalam blog ini. Kebanyakannya entri yang berkaitan dengan s]umber manusia, pengurusan organisasi dan seumpamanya. Siapa pun anda, plagiat merupakan sesuatu yang tidak beradab tanpa meminta izin terlebih dahulu dengan apa jua cara. Apapun, diharapkan agar mana-mana entri di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada anda.