Khamis, Jun 03, 2010

MENUGGU WIRA PALESTIN...?

Heboh dimedia serangan yang dilancarkan Israel terhadap delegasi bantuan kemanusiaan yang datang untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin yang ditindas. Petugas media yang yang di dalam delegasi yang sama turut menjadi mangsa kezaliman Israel. Tidak dapat dibayangkan betapa kejamnya Israel sehingga sanggup mengepung dan menawan kumpulan yang terdiri daripada pelbagai negara dan bangsa dengan membawa niat murni atas dasar kemanusiaan. Dengan alasan kapal diserang, tentera Israel tanpa segan silu menyerang kapal Mavi Marmara. Tidak cukup dengan tembakan yang dilepaskan secara membabi buta, semua tahanan dimalukan dengan setiap inci badan mereka diperiksan sehingga terpaksa melucutkan pakaian tanpa rela. Gerun dan cemas tidak dapat digambarkan. Rayuan minta dilepaskan tidak langsung dihiraukan tatkala semua mereka dipenjarakan. Bukan saja tidak diberi makanan, malah segala peralatan milik tahanan dirampas dan dimusnahkan. 

Dunia tatkala ini secara meluas mengutuk tindakan kejam Israel. Namun tidak sedikit pon Israel terjejas dengan kecaman seluruh masyarakat. Tiada apa yang perlu ditakutkannya lantaran Amerika turut berada di belakang segala tindak tanduknya. Siapa yang berani melawan mereka? Kronologi kekejaman israel terhadap warga Palestin yang panjang tidak memberi kesan kepada mereka. Damai yang dimeterai tidak langsung dikotakan. Janji palsu Israel seharusnya tidak boleh dipercayai. Dalam kononnya berdamai di belakang dunia Israel berterusan bermaharajalela memusnahkan hidup masyarakat Palestin. Tanah yang dijajah semakin meluas takluknya. Tatkala masyarakat alpa mereka semakin giat membuat kerosakan. Tidak saja merampas hak penduduk asal Palestin, malah pembunuhan yang mengorbankan nyawa seolah-olah menjadi hobi mereka. Perikemanusiaan tidak melatari hidup mereka kerana apa yang penting cita-cita dongeng Yahudi untuk membina negara Israel tercapai. Sungguh menjengkelkan!

Sehingga saat ini masyarakat dunia seolah-olah hilang daya untuk menghentikan segala kemaraan Israel. Amerika yang kononnya sebagai polis dunia langsung tidak bersuara melihat kesengsaraan warga Palestin. Negara Arab sekitar serumpun pula membisu seribu bahasa menyaksikan penderitaan tetangganya. Masyarakat Islam seluruh dunia pula tidak bersatu untuk menghalanya. Laungan kecaman sekadar retorik tanpa tindakan. Siapa lagi yang ingin diharapkan bagi membela nasib Palestin dan seisinya? Sekadar melihat saja bolehkah mengurangkan rasa kecewa mereka? Mungkin saja apa yang perlu diharapkan lagi hanyalah....menunggu kemunculan pembela yang menjadi wira penyelamat dunia....begitu???? Wallahu a'lam..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SALAM MESRA

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih atas kesudian berkunjung ke blog ini. Sejak akhir-akhir ini statistik menunjukkan adanya kunjungan dari pelawat-pelawat yang mencatatkan kekerapapan lawatan bagi sesetengah entri dalam blog ini. Kebanyakannya entri yang berkaitan dengan s]umber manusia, pengurusan organisasi dan seumpamanya. Siapa pun anda, plagiat merupakan sesuatu yang tidak beradab tanpa meminta izin terlebih dahulu dengan apa jua cara. Apapun, diharapkan agar mana-mana entri di dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada anda.