Carian Daripada Blog Ini

Selasa, November 03, 2009

:: TAULIAH: PERLUKAH DALAM PENYEBARAN ISLAM? ::

Berita penahanan bekas mufti negeri perlis, dr asri zainal abidin kelmarin benar-benar mengejutkan ramai pihak. Tentu sahaja terlintas di benak fikiran ramai, atas alasan apakah beliau ditahan? Dengan dakwaan memberi kuliah dan ceramah tanpa tauliah, beliau ditahan dan di bawa ke balai polis sebelum dilepaskan kira-kira sejam selepas itu. Walaupun sekadar mengambil keterangan, insiden itu benar-benar mencalar kredibilitinya yang dikenali ramai dengan tahap keilmuannya yang setaraf faqih.

Lucu juga memikirkan, seorang yang diakui punya ilmu pengetahuan luas tiba-tiba ditahan. Apakah rasionalnya beliau ditahan malah persis penyebar ajaran sesat beliau di minta untuk memberi keterangan lanjut. Adakah unsure-unsur sesat terkandung dalam ucapan kuliahnya? Atau adanya khurafat dalam setiap patah ceramahnya? Setidak-tidaknya mungkinkah ada dalam setiap perkataannya di depan khalayak jemaah pada ketika itu mengadungi perkara-perkara gossip liar yang menjatuhkan maruah mana-mana pihak?

Semua persoalan itu mengundang hairan. Apakan tidak, selama ini tidak pernah beliau ditegah untuk menyampaikan apa-apa ilmu dan pesan tiba-tiba saja tidak dibenarkan? Benar-benar pelik! Seharusnya beliau, bahkan orang-orang yang seilmuan dengannya tidak harus ada halangan untuk memberikan sebarang bentuk kuliah, tazkirah dan ceramah kepada mana-mana golongan pon. Pastinya itu kewajiban baginya untuk menyebarkan apa yang diketahuinya kepada umum terutamanya hal ehwal berkaitan agama islam sama ada dari segi aqidah, akhlak, ibadah, sirah. Bahkan boleh juga hal-ehwal siayah syar’iyyah, iqtisodiyah dan ittisoliah yang mencakupi segala aspek kehidupan syumul yang berlandaskan ajaran islam seharusnya disebarkan kepada umat islam seluruhnya.

Tetapi, apa yang terjadi, apa yang berlaku tidak sepatutnya terjadi di dalam polarisasi lebih 65% masyarakat Malaysia beragama islam. Lebih-lebih lagi sepelusuk dunia melihat bahkan menganggap Malaysia merupakan Negara islam, tentu sahaja memberi malu kepada diri sendiri. Sepatutnya kebebasan harus diberikan kepada mana-mana bentuk wadah dan wasilah yang boleh menyalurkan maklumat dan pengetahuan tentang ajaran islam, bukan memperbataskannya dengan mengambil sebahagian daripada mana-mana yang ada di dalam islam. Sekadar mencedok di sana –sini dalam agama tidak membawa ke mana. Bila keadaan ini berlaku maka beginilah jadinya. Barisan ulama dan umara’ yang berlandas islam dinafikan haknya untuk menyebarkan kefahaman islam yang benar. Sedangkan kebatilan di sana-sini berlaku tidak pula diambil tindakan wajar.

Kalaulah keadaan ini berterusan di masa depan, tunggu sahajalah kehancuran umat islam dek kurangnya pemahaman mereka terhadap islam. Islam dipelajari sekadar untuk lulus penilaian dan peperiksaan semata-mata. Malah, pengamalannya hanya terhad di sudut ritual sembahyang dan puasa semata-mata. Sedangkan islam itu kaffah, malah sebaik-baik jalan adalah jalan yang berlandaskan islam . akuilah kita, Islam, the ways of life. Dunia selamat, akhirat pun selamat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.