SECARA UMUMNYA, OBJEKTIF BIRO TATA NEGARA INI ADALAH UNTUK MENANAMKAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA MALAYSIA. SELAIN UNTUK MENGERATKAN PERPADUAN ATAS SATU KESEFAHAMAN YANG SAMA, IA JUGA MENJADI RUANG KEPADA PESERTA UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI KEWUJUDAN NEGARA MALAYSIA. PERASAAN HUBBUL WATAN DISUBURKAN DALAM JIWA PESERTA TANPA ADA PREJUDIS KEPADA MANA-MANA KAUM, BANGSA DAN AGAMA. LEBIH-LEBIH LAGI DENGAN MOTO 1MALAYSIA GAGASAN IDEA DARI PERDANA MENTERI KE-ENAM, PROGRAM INI KELIHATAN LEBIH RELEVAN DARI MATA KASAR.
NAMUN APA YANG MENJADI KESANGSIAN MASYARAKAT ADALAH SEJAUHMANA OBJEKTIF PROGRAM ITU TERSERAP SPENUHNYA KEPADA PESERTA. KEWUJUDAN AGENDA TERSEMBUYI PULA TIDAK LAGI DAPAT DISEMBUNYIKAN WALAUPUN DITERAP SECARA SEMBUNYI-SEMBUNYI. TENTU SAHAJA PIHAK PENGANJUR PROGRAM -JABATAN PERDANA MENTERI- TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK MENYEBARKAN DAKYAH POLITIK DALAM SITUASI BEGINI. ANGGAPAN INI BUKAN TUDUHAN MELULU SEMATA-MATA, TETAPI SECARA LOGIKNYA KALAU TIDAK BANYAK TENTU SAJA ADA WALAUPUN SEDIKIT. BUKANKAH JUGA SALAH SATU MATLAMATNYA ADALAH UNTUK MEMASTIKAN RAKYAT PATUH DAN TAAT SETIA KEPADA PEMIMPIN? DAN TENTU SAHAJA PEMIMPIN ITU DARI KALANGAN MEREKA YANG PUNYA IDEOLOGI POLTIK TERSENDIRI.
NAMUN, SEBAGAI SEORANG RAKYAT MALAYSIA YANG PUNYA FIKIRAN WARAS SEHARUSNYA ISU INI TIDAK HARUS BERLARUTAN SAMADA PROGRAM BIRO TATA NEGARA INI RELEVAN ATAU TIDAK. JIKA ANDA SUDAH MENGALAMI SENDIRI AKTIVITI DALAM PROGRAM ITU TENTU SAJA ANDA DAPAT MENILAI BAIK BURUKNYA. CUMA BAGI YANG TIDAK PERNAH LAGI MENYERTAINYA, ADALAH LEBIH BAIK TIDAK BERKATA-KATA TANPA MENGETAHUI APA YANG SEBENARNYA YANG BERLAKU APABILA PROGRAM BERKENAAN DIADAKAN. ISU INI MENJADI HEBAT BILAMANA ADA SEBAHAGIAN MASYARAKAT YANG TIDAK TAHU MENAHU SECARA JELAS TENTANG PROGRAM INI TURUT SAMA MEMBERIKAN PENDAPAT YANG MENOLAKNYA. SEDANGKAN SEBAGAI SEORANG YANG BERINTEGRITI SETIAP APA YANG DIDENGARI TIDAK PATUT UNTUK DITOLAK BULAT-BULAT. SELIDIKI DAHULU SEBELUM MERUMUSKAN BAIK BURUK, BETUL BENAR SESUATU ITU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan