BERGEMBIRALAH DI SYAWAL KERANA MERAIKAN KEMENANGAN SEBULAN BERMUJAHADAH DI RAMADHAN.. NAMUN JANGANLAH PULA BERGEMBIRA DI SYAWAL KERANA MERAIKAN KEBEBASAN SEBULAN MENDERITA DI RAMADHAN...
BERSEDIHLAH DI SYAWAL KERANA TERPAKSA BERPISAH MENINGGALKAN RAMADHAN... NAMUN JANGANLAH PULA BERSEDIH DI SYAWAL KERANA TAK SEMPAT BERSIAPAN RAYA DI RAMADHAN...
RINDULAH RAMADHAN SEPERTIMANA KEKASIH HATI DIRINDUI.. NAMUN JANGANLAH PULA MEMBENCI RAMADHAN SEPERTIMANA MUSUH KETAT DIBENCI...
RAIKAN SYAWAL DENGAN PERKARA MAKRUF ATAS KEMULIAANNYA... NAMUN JANGANLAH PULA RAIKAN SYAWAL DENGAN PERKARA MUNGKAR ATAS KESUCIANNYA...
IRINGILAH RAMADHAN DENGAN LINANGAN AIR MATA... NAMUN JANGANLAH MEMBIARKAN RAMADHAN BERLALU DENGAN SUKA RIA...
ISILAH SYAWAL DENGAN SEGALA LIMPAHAN AMAL KEBAIKAN... NAMUN JANGANLAH MENGISI SYAWAL DENGAN SEGALA HIBURAN YANG MELALAIKAN...
KENANGKAN AMALAN DI KALA RAMADHAN... FIKRKAN JUGA SETIAP KESALAHAN... TANYAKAN HATI CUKUPKAH AMALAN... ADAKAH SEMUANYA DI TERIMA TUHAN?...
SYAWAL DIRAI KERANA KEMENANGAN... BERMUJAHAD DIRI SELAMA SEBULAN... MENGEKANG NAFSU LUARAN DALAMAN... BUKAN SEKADAR MENAHAN NAFSU MAKAN...
SAMBUTLAH SYAWAL DENGAN PENUH KEINSAFAN... ISTIQAMAHKAN DIRI MEMBUAT KEBAIKAN... TINGKATKAN JUGA SEGALA AMALAN... JANGAN BERHENTI SETAKAT RAMADHAN...
SYAWAL DIRAI KERANA KEMENANGAN... BERMUJAHAD DIRI SELAMA SEBULAN... MENGEKANG NAFSU LUARAN DALAMAN... BUKAN SEKADAR MENAHAN NAFSU MAKAN...
ADAKAH SUDAH SEGALA AMALAN DITERIMA... BERJAYAKAH DIJAUHI TIPUAN DUNIA... KOREKSI DIRI KALA SYAWAL MENJELMA... LAYAKKAH KITA BERHARI RAYA?...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan