Carian Daripada Blog Ini

Khamis, Januari 01, 2009

AZAM: Sejauhmana di realisasikan?



Saban kali masuknya tahun baru, akan kedengaran di mana-mana jua orang berbicara mengenai azam. Azam menurut kamus dewan didefinisikan sebagai kemahuan, keinginan dan cita-cita yang sangat kuat. ia juga boleh di anggap sebagai tujuan atau matlamat yang ingin dicapai oleh seseorang.


Terfikirkah kita, mengapa perlunya seseorang itu berazam pada satu-satu tempoh atau waktunya sepertimana di Tahun Baru? Tidakkah boleh azam itu disemat pada bila-bila masa tanpa kerana satu-satu keadaan itu?

Secara amnya boleh dikatakan itu merupakan satu budaya. Maksudnya, ia merupakan satu keadaan yang kononnya mesti dilakukan pada masa-masa tersebut. Atau boleh jadi ia hanyalah ikutan semata-mata. Walau apapun sebabnya, tidak menjadi kesalahan untuk seseorang itu berazam pada sesuatu keadaan. Mungkin ia merupakan turning point yang sesuai untuk seseorang itu melakukan perubahan.


Bagi mereka yang memasang azam, ini merupakan satu keadaan yang baik kerana azam boleh dikatakan cara serius bagi seseorang itu untuk memperolehi sesuatu. Antara lain seseorang yang berazam itu akan memperlihatkan kesungguhannya untuk mendapatkan sesuatu yang diingininya.

Namun, bagaimana untuk memastikan azam itu tercapai, ia adalah terpulang pada diri individu itu sendiri. Memang diakui kadang-kala azam yang disemat itu kelihatan seolah-olah sukar untuk direalisasikan, Namun harus juga diyakini sepertimana kata pepatah, di mana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Samada disedari atau tidak azam yang disemat dalam hati kadang kala tidak tertunai mengikut tempoh masa yang disasarkan. Maka samada azam itu akan diteruskan (forward) pada masa akan datang atau juga di mansuhkan sahaja. Jika azam itu disambung semula seolah-olah dapat dirasakan keinginannya itu sememangnya sukar untuk dilakukan. Namun, jika keadaan kedua itu dilakukan tentunya si pemasang azam tidak berkemampuan untuk merealisasikannya dengan pelbagai asbab tersendiri.

Jadi, bersempena dengan Tahun Baru Masihi 2009 juga beberapa hari lalu menyambut Tahun Baru Hijriyyah 1430, tidak salah untuk kita berniat serta menaruh sebarang azam. Namun harus dipastikan azam itu hendaklah seboleh-bolehnya direalisasikan dengan berbekalkan kesungguhan. Jangan pula dengan mduahnya berniat dan berazam sedangkan dalam hatinya tidak pula bertekad untuk memastikan ianya terlaksana pada masa hadapan, dalam tempoh yang di tentukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.