APA DUNIA NAK PERKATAKAN, APA YANG PENTING TUJUAN YANG DI SASARKAN TERCAPAI JAYA. KERANA APA? TENTUNYA KERANA TIADA SIAPA-SIAPA PUN BOLEH MENGHALANG KEDURJANAAN MEREKA. HARAPAN DUNIA PADA WASHINGTON SI POLIS ANTARABANGSA KONONNYA TIDAK LAGI BOLEH DIHARAPKAN. KESATUAN PERSIDANGAN BANGSA-BANGSA BERSATU TERNYATA TIDAK PULA BERSATU. MENYANDAR SIMPATI PADA DUNIA ARAB DI KEJIRANAN PALESTIN SENDIRI BAGAI PUNGGUK RINDUKAN BULAN. ENTAH BILA MEREKA-MEREKA YANG BERAUTORITI DAPAT MENJADI PEMBELA KEZALIMAN DAN MENEGAKKAN KEDAMAIAN. SEOLAH-OLAH TERASA MIMPI DI SIANG HARI.
NASIB BAIKLAH ADANYA MASYARAKAT DUNIA YANG BERSIMPATI, NAMUN SEMAMPU MANAKAH PERTOLONGAN DAPAT DIHULURKAN? YA, DIAKUI PELBAGAI LANGKAH DAN CARA DIBUAT BAGI MERINGANKAN BEBANAN MANGSA NAMUN JELAS IA TIDAK JUGA MENCUKUPI. TEKANAN DAN SEKATAN HEBAT YANG DILAKUKAN TERHADAP RAKYAT PALESTIN ITU TELAH MELUMPUHKAN SEGALA ASPEK SOSIO EKONOMI DAN KEHIDUPAN MEREKA. TIADA APA LAGI YANG ADA DEK KEMUSNAHAN YANG BERLAKU.
RINTIHAN DAN RAYUAN YANG KEDENGARAN DI KACA TV BENAR-BENAR MERUNTUN JIWA. CORETAN HATI DAN GAMBARAN RASA D PAPARAN MEDIA AMAT MENGGURIS HATI. SEBAGAI SAUDARA SEAGAMA ATAU PALING TIDAK SEBAGAI SEORANG YANG BERPERIKEMANUSIAAN, TENTUNYA DERITA YANG DIRASAI TURUT SAMA DIRASA. WALAU TIDAK SERASA BAGAI DICUBIT PEHA KANAN, PEHA KIRI JUGA TERASA SAKITNYA, SEKURANG-KURANGNYA RASA HATI YANG MENCINTAI KEDAMAIAN AKAN TERUSIK JUGA.
NAMUN BEGITULAH, APAKANDAYA MASYARAKAT AWAM SEANTERO DUNIA. BERDEMONSTRASI TIDAK LANGSUNG MENGGUGAT KEAZAMAN ZIONIS UNTUK TERUS BERMAHARAJALELA. KATA-KATA KECAMAN DAN PENGHINAAN DUNIA TIDAK LANGSUNG DIPEDULIKAN. BOIKOT PULA TIDAK BEGITU TERASA KERNA MEREKA SENDIRI PUNYA SEGALANYA. RANCANGAN SISTEMATIK BERABAD LAMANYA TELAH DIPERHALUSI. SEMEMANGNYA MEREKA TELAH BERSEDIA DARI SEGALA ASPEK SEMATA-MATA UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PENAKLUKAN KE ATAS TANAH SUCI PALESTIN.
AYUH DUNIA, WALAUPUN BANTUAN KITA TIDAK SEBERAPA, NAMUN TERUSKAN USAHA-USAHA BANTUAN KEPADA MANGSA-MANGSA DI SANA. TIDAK MENGHULUR MATERIAL, SEKURANG-KURANGNYA SOKONGAN MORAL JUGA AMAT-AMAT BERGUNA KEPADA MEREKA. JIKA TIDAK DAPAT UNTUK KITA MENGGALAS SENJATA UNTUK MEMERANGI, JANGAN LUPA BAHAWA ADA SENJATA LAIN YANG BEGITU AMPUH - DOA- DAPAT KITA GUNAKAN UNTUK MENGHANCURKAN KUFFAR LAKNATULLAH. AYUHLAH DUNIA !!!
"ALLAHU AKBAR. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR"