Sebelum saya meneruskan penulisan ini, saya berharap agar rakan-rakan pelawat tidak terkejut dengan gaya penulisan saya kali ini yang kelihatan lebih santai. Sebenarnya saya ingin olahkannya dengan cara yang standard, tetapi memandangkan saya ingin mengeksperikan pengalaman saya dalam sebuah program yang saya telah hadiri tempoh hari, maka saya terpaksa juga mengorbankan prinsip itu. Boleh jadi selepas ini untuk entri-entri yang akan datang, gaya tulisan saya akan kekal santai. Wallahu a'lam. Dari itu, terimalah laporan yang saya catatkan dalam Program Pengkarya Guru KPM 2013.
TAWARAN MBKM.
Tatkala menerima emel daripada MBKM yang aku tersenarai sebagai peserta kali ini, aku tak rasa apa-apa sangat. Gembira, tapi dalam masa sama tak rasa exited. Aku rasa begitu sebab masih tak dapat bayangkan andai apa yang aku lalui pada program sebegini pada tahun lepas akan berlaku lagi pada kali ini. Tahun lepas puaslah aku dok fokus ngadap laptop buat cerpen beberapa tajuk selama 4 siri. Mujur dua daripadanya diterima oleh pembimbing. Namun, sampai sekarang tak nampak apa kesudahannya. Sebab lain aku tak rasa exited sebab kawan aku yang sama sekolah x dapat pulak offer tu. Tapi aku tak pasti sama ada die betul-betul tak dapat atau tidak sebab akus endiri tiada senarai penuh peserta. Cuma kawan aku tu kata dia tak dapat. Aku desak dia untuk cuba hubungi MBKM tapi dia tak mahu. Sebab kalau dapat pon dia tak nak pergi sebab komitmen kerja dan keluarga. So, untuk kali kedua (sebenarnya ada kali 3 dan 4 di lokasi lain), aku pergi sorang-sorang mewakili sekolah. Itu pun selepas ramai kawan2 sepengkarya tahun lepas masing-masing meniupkan semangat antara satu sama lain. Berdasarkan maklumat yang entah dari mana mereka dapat (mungkin sekadar andaian), program kali ini ada kelainan. So, aku rasa lebih baik aku join sebab ini juga cara aku untuk release tention dengan kerja-kerja di sekolah. Ceh, macam nak lari dari tugas je aku ni. Apapun sebab yang paling utama aku rasa berbelah bahagi antara pergi dan tak pergi adalah pasal draf tesis aku yang dipulangkan semula khamis lepas. Ikutkan kalau ia diterima, boleh je aku terus hantar ke fakulti untuk proses viva. Tapi, bila dah macam ni, memang aku tak ada mood nak pergi. Rasa nak habiskan hujung minggu dengan perbetulkan draf tesis tu. Tapi fikir punya fikir, boleh saja buat di hotel waktu rehat selama 2 malam 3 hari tu.
DALAM PERJALANAN.
Hari Jumaat, aku berdebar-debar. Entah kenapa aku tak tahu. Yang bermain dalam fikiran adalah aku bimbang tak dapat jumpa hotel flamingo tu. Aku ni bab memandu memasuki Kuala Lumpur memang jarang lulus. Asyik la salah masuk jalan dan ambil lorong sampai sendiri sesat. So aku pun bersiap sedialah dengan gps di tablet. Dalam perjalanan, di awalnya tiada apa-apa masalah. Namun bila da sampai setengah jalan kat area Cheras aku dah mula hilang arah walaupun gps aku dah beritahu arahnya. Aku ni jenis tak yakin bila apa yang gps cakap tak serupa apa yang aku lalui. Tengok papan tanda jalan, sungguh mengelirukan, sana boleh pergi ampaing yang sini pon boleh ke arah yang sama. Akhirnya aku pun redah la. Tapi akhirnya juga aku terlepas jalan sebab tak jumpa jalan masuk hotel tu. Maka terlajaklah aku ke arah kuantan (ada lah dalam 5 ke 6 kilometer), aku buat pusingan-U, dah nak sampai tetiba aku rasa cam tersalah lorong lalu terlajak sampai ke arah KLCC. Argh... tension betul. Tahun lepas baru aku datang sini, tapi masih sesat juga. Apalah nasib aku ni. Tapi akhirnya selepas 1 jam setengah dalam kenderaan, aku sampai juga di destinasi.
WAKTU PENDAFTARAN.
Sampai di lobi, aku lihat tak ramai orang yang berdaftar. Selepas mendaftar aku diberi kunci (kad sebagai kunci pintu) untuk bilik yang terletak di bangunan lain. Aku kaget sementara, bangunan mana lagi? Bila diberitahu, rupanya aku kena bawa kereta yang telah diparkingkan di basement hotel ke bangunan lain. Nampak jauh. AKu tanya, tak ada ke bilik kosong yang dalam bangunan utama hotel ni? Masa tu Puan Mazlin yang ada dikaunter menjelaskan, yang ada hanyalah bilik dengan 1 katil king n satu katil single. Dia kata peserta wanita lebih sesuai duduk di bilik macam itu. So yang lelaki semuanya di bangunan lain. Bila aku melangkah ke parking, aku mula terfikir, apa salahnya katil king tu. Sudahlah dewan seminar n restoren sepanjang program berada di bangunan utama, takkanlah aku nak berulang-alik jauh-jauh dari bilik. Akhirnya aku patah balik ke kaunter, aku kata tak kisah la katil king tu, bukan lama pun. Akhirnya juga Puan Mazlin terima permintaan aku tu. Masa nak tulis nama tu ada seorang peserta yang dah berumur datang ke kaunter. Tiba-tiba Puan Mazlin kata 'u duduk dengan abang ni boleh tak?', aku cakap 'kenapa pula tak boleh?', akhirnya aku pun duduk bersama abang yang bernama Ahmadidin tu. Rupenye beliau ni seorang guru besar di sekolahnya. Aduh, macam anak dengan bapa je kami ni. Umur beliau kurang setahun dengan abah aku. Tak apa lah, tak salah kenal dengan orang yang berbeza latar belakang. Kalau dulu di tahun lepas roomate aku kawan sama sekolah menegah dulu yang terjumpa balik di sini selepas lebih 10 tahun tak jumpa. Kali ni pula orang baharu.
KHABAR GEMBIRA.
Untuk malam pertama, semua peserta dikumpulkan di Mewah hall. Aku tengok peserta taklah terlalu ramai. Aku dengan abg Din (roomate) terus ambil tempat, banyak kosong lagi waktu itu. Tapi yang tak bestnya, Abg Din nak duduk di area depan. Argh...Semangat betul beliau ni. Tapi aku ikut je lah dia. Bila program bermula aku tengok masing-masing ceria dan bersemangat. Tanpa disangka-sangka, masa seorang peserta membacakan doa, aku rasa familiarlah sangat. Rupa-rupanya member dalam kuliah Tamadun Dunia Islam, Wan Ali Akbar. 'Ada juga mamat ni di sini,' getus hati ku. Sebenarnya aku dengan dia taklah kenal sangat pun, hanya terberkanalan masa kuliah dalam bulan 9 yang lalu dan aku akhirnya bertahan dalam 4 minggu sebelum gugurkan subjek tu. Maknanya aku kenal dia sekejap je sebab aku ni pun bukan satu jurusan dengan dia. Aku yang mengada-ngada nak ambil kursus budak-budak Pendidikan Islam sedangkan ada lagi kursus dalam jurusan aku yang boleh aku ambil. Konon saja nak asah balik otak ni, tapi akhirnya aku sendiri yang terkantoi, poyo aje aku ni. Ops, untuk malam tu, kami yang alumni tahun lepas dikhabarkan bahawa karya-karya yang dihasilkan tahun lepas akan diterbitkan sebelum dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa pada April ini. Wow, rasa seronok giler la walaupun ia belum lagi menjadi kenyatan. Apapun, sekurang-kurangnya adalah kesudahan karya kami, kesian, 4 bulan memerah otak, tapi belum nampak hasilnya. Moga-moga urusan itu dipermudahkan. Insya Allah.
MENADAH TELINGA.
Untuk hari kedua iaitu hari Sabtu, semua peserta hanya berada di dalam dewan mendengar taklimat. Pengisian ceramah pula aku rasa macam biasa je dengar. Tapi tak lah rasa bosan sangat. Sebab Ada penceramah-penceramah yang buat lawak, santai dan ada yang membuatkan peserta ada peluang nak terlelap terutamanya masa Puan Mahaya beri ceramah. Aku yang dah duduk depan sama Abg Din tak mungkin nak lelap, silap hari bulan kantoi la pula. Memang menakutkan. Selalu juga dia mundar mandir ke kawasan aku, tapi mujur tak ditanya soalan melalui microfon. hanya yang berlaku aku disoal tanpa microfon masa beliau duduk di sebelah aku untuk meneguk air botol Habis setiap sesi ceramah, akan ada soalan-soalan daripada peserta yang bertanya mengenai penulisan n penerbitan. Rata-rata solana tu aku da dengar tahun lepas, tapi jawapan yang diterima kebanyakannya berbeza. Fuh, mujur tahun ni aku terpilih sebagai peserta. Sekurang-kurangnya ada info baru aku ketahui. Tapi betul, hari sabtu tu memang penat sangat. Dari pagi sampai ke petang asyiklah duduk dan menadah telinga. Dah tu sejuk pula. Aku lupa pula nak bawa blazer nak elakkan kesejukan, yang ada hanyalah sweater yang berwarna merah. Kalau warna hitam mungkin x ketara sangat. Apapun akhirnya aku berjaya mengharungi cabaran kecil itu sebelum berjaya menjadi seorang pengkarya besar pada masa akan datang, insya-Allah. Ceh!
KUNCI KERETA HILANG.
Aku sungguh-sungguh cemas bilamana menyedari kunci kereta aku hilang. Aku mula sedar bila ceramah Puan Mahaya berlangsung, aku cek poket seluar, rasa kosong. Terus masa break aku naik bilik mencari. Tak ada! Habis beg-beg aku selongkar, laci-laci termasuk di bawah katil. Yang aku risau, sebelum aku tinggalkan bilik jam 2, katil aku dan roomate tidak berkemas. Tapi bila aku masuk, katol dah cantik tersusun kemas. Allah, macam mana ni. Bila aku keluar bilik aku tengok ada cleaner sedang bersihkan bilik orang lain, terus aku tanya adakah mereka menegemas bilik aku? Tapi mereka tak mengaku. Aku rasa nak desak je mereka mengaku sebab bilik yang dikemas tu jaraknya 3 bilik je. Tentunya bilik aku juga mereka kemas. Tapi aku tak pandai nak bermain psiko. Lagi-lagi aku sendiri tak paham apa mereka tuturkan. Bukan orang Malaysia, mungkin orang Nepal atau Bangla. Ah, blah la. Terus aku patah balik ke dewan kursus, periksa dalam beg sandang laptop kot-kot ada. Tapi tak ada juga. Allah, tensionnya. Aku keluar semula menuju ke lobi hotel. Aku buat laporan ke kaunter mengenai kehilangan kucni tu. Aku cakap kawasan yang aku syaki adalah di restoren, di bilik dan di dewan aku kursus tu. Sempat aku pesan supaya pihak security block kereta aku agar tiada orang yang terjumpa kunci aku tu bawa lari kereta dari parking. Risau sungguh aku. Siap tunjuk gambar kereta untuk lebih jelas. Yang kelakar tu, setiap sejam akan aku jenguk kereta di basement. Lega, setiap kali aku jenguk masih ada ditempatnya. Jam 7 aku laporkan pada Puan Mazlin pula. Aku rasa dia harus tahu sebab dia penyelaras program, harus juga jaga kebajikan peserta. Dan aku dapati Puan Mazlin telah buat laporan juga kepada pihak pengurusan hotel. Bagusnya. Yang bagusnya juga Abg Din pon tolong cari di pelusuk bilik, nampak dia sangat prihatin walaupun sebantnya dia waktu tu ada masalah kerosakan henfon. Namun masih tak jumpa. Aku mula pasrah. Tapi, bagaimana aku nak balik esoknya? Aku pun hubungi Kemal suruh hantar kunci pendua. Pendek cerita, aku pun memang tak senang hati sepanjang program pada waktu malam. Lawak Dr. Ghazali lateh nak mencuit sangat jiwa aku. Memang runsing gila. Habis program aku balik bilik terus. Leteh mendengar ceramah dan memikrkan hal kunci yang hilang. Akhirnya, bila nak tarik selimut tebal yang kemas di atas katil, tak disangka-sangka, gugusan kuci kereta aku elok je terletak dibawahnya. Alhamdulillah...... syukur sangat-sangat. Abg Din pula tergelak besar bila tengok kunci tu elok je. Hahahaha.... Ah, boleh jadi cleaner yang letak sebegitu rupa. Aku puji saat itu, mereka adalah pekerja yang berintergriti. Tapi aku masih heran, masa aku tanya cleaner dia tak mengaku pula. Huh.
PILIH PENERBIT.
Ini adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Masing-masing dah terbayang penerbit mana yang bakal dipilih untuk menghasilkan karya. Aku pun sama. Tapi dalam dilema. Aku minat Sasbadi, tapi terikat dengan tema. Minat juga dengan al-Ameen, tapi tengok list, dia nak 6 orang je. Cerdik pula aku nak tapi die sasarkan pembaca 7-9 tahun. Last-last aku fikir pelangi lebih sesuai waktu ini. Genre nak ditulis adalah novel. tak apa lah, ambil cabaran. Tahun lepaskan dah buat cerpen. Esoknya pada hari Ahad, peserta telah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil mengikut penerbit. Dalam kumpulan aku ada 8 orang, 3 lelaki. Pertemuan awal, wakil penerbit Pelangi Novel, Puan Istikamah telah memberi penerangan mengenai syarikatnya dan menjelaskan matlamat penghasilan karya yang diinginkan iaitu projek NILAM. Dan beliau telah menjelaskan spesifikasi karya yang akan ditulis dan diterbitkan. Aku tengok rakan-rakan sekumpulan macam exited sangat. Aku pun. Tapi aku berjaya juga la menenggelamkan rasa teruja tu, cukup-cukuplah tahun lepas aku da teruja tak ingat dunia. Bagi la peluang kat kawan-kawan tunjukkan rasa teruja dengan bertanyakan pelbagai soalan kepada Puan Istikamah tu. Tapi aku tengok wakil syarikat ni bukanlah berfungsi untuk membimbing kami, tapi lebih kepada nak hasilan kami yang terbaik. Kak Sal n Khai asyik la bertanya bagaimana nak hasilkan karya step by step, tapi beliau dikatkan tak dimaklumkan mengena pengisian untuk perkara selain daripada menjelaskan spesifikasi buku dan perihal mengenai syarikat. Berbeza dahulu, wakil DBP berusaha sedaya upaya membimbing kami. Macam cikgu sekolah menanda karangan murid, macam tulah Puan Fatimah, fasilitator kumpulan cerpen dahulu membimbing kami sampai berjaya. Sebab matalamatnya adalah untuk mencungkin bakat. Tapi untuk kali ni matlamatnya lebih nak mencapai KPI MBKM iaitu hasilan buku. Bermaksud, semua peserta diandaikan telah mempunyai pengetahuan mengenai cara menulis karya sebelum hadir ke program ini. Erm, mujur aku ada pengalaman sikit-sikit, tapi sebenarnya masih kurang oengetahuan lagi-lagi nak tulis novel. Tapi apa yang aku lihat, keadaan ini juga bagus kerana penulisan peserta akan lebih fokus dan tidak terawang-awang. Harap hasilnya nanti adalah positif.
KESIMPULAN.
Aku mula seronok dengan program ini. Syukur masih terpilih dan membuat pilihan tepat untuk sertai. Aku dapat kawan-kawan baru di samping ada kawan-kawan lama. Ada beberapa peserta (kenalan lah tu) pula bertanya aku ni Cina ke Melayu. Ade yang sorang lagi plak siap cakap, 'lepas awak bersuara ni baru saya tahu awak Melayu'.... Ceh. Aku ni muka Cina ke? Mata aku bundar je, tak sepet. Hidungku walau tak mancung macam Arab, tapi tak lah pesek macam Kaum Asli dan Cina. Kulit pula sekadar cerah tapi taklah pucat macam kebanyakan orang Cina. Rasanya Kak Mar n Puan Mazlin lagi nampak ada iras-iras Cinanya...hehe...Erm. Selain tu dengan kursus ni aku boleh relaks dan melupakan sementara hal-hal sekolah. Tapi yang ralatnya, draf tesis yang aku bawa konon-konon nak diperbetulkan tak sempat-sempat aku nak buat. Jadual padat sangat. Makanan kat hotel pula aku rasa macam tak berapa sedap. Aku pon tak makan banyak. Lebih-lebih lagi roomate aku ni makan ikut sunnah, sikit-sikit sesuai dengan umurnya. Jadi tak mahulah aku melantak makan, die hanya tengok saja. Dan perbezaan program dulu dan sekarang, kedua-duanya ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. AKu harap aku dapat bertahan untuk menyelesaikan projek ini hingga berjaya diterbitkan. Insya Allah.
1 ulasan:
Tahniah Emi.
Semoga terus sukses dalam dunia penulisan.
Lain kali bagitahu akak kalau dalam kesusahan, leh akak tolong buat solat hajat dan doakan. :)
Catat Ulasan