Bagaimana situasi di Lahad Datu pada hari
ini? setelah hampir sebulan 'peperangan saudara' berlaku di antara kerajaan
Malaysia dan Keluarga Kiram, masih ada jalankah untuk penyatuan berlaku di
antara ke dua-duanya? Logiknya, mungkin kebanyakan kita tidak terfikir sebelum
ini di mana di suatu hari nanti kes sebegini akan berlaku. Kes berkaitan
tuntutan-tuntutan wilayah dan kawasan di perairan yang terpisah daripada tanah
besar memang biasa berlaku seperti kes tuntutan Pulau Sipadan dengan Indonesia
dan Pulau Batu Putih dengan Singapura yang hanya merupakan sebuah pulau kecil
namun mempunyai 1001 manfaat daripadanya, tetapi tuntutan kali ini dilihat
sungguh melampaui batas. Tatkala ramai pihak seantero dunia melihat Malaysia
sebagai pendamai yang merungkai persengketaan Kerajaan Filipina dan Kesultanan
Sulu yang menuntut kemerdekaan ke atas wilayah mereka, kini tiba-tiba mereka
pula mencari pasal dengan menuntut Sabah. Dalam hal ini, siapa yang punya Sabah
boleh diketepikan kerana selepas 50 tahun kemerdekaan, mengapa baru sekarang
mahu disibukkan? Tentu ada pihak lain yang berperanan di sebaliknya hingga
membuatkan keadaan ini berlaku. Walaupun pada awalnya perbincangan dibuka untuk
melerai masalah, namun ia tidak dipedulikan mereka. Bodohkah mereka sehingga tidak
mahu mencari pendamaian dengan menerima cadangan-cadangan tertentu daripada
Malaysia yang mungkin mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-duanya?
Mungkin tidak. Lantaran adanya kemungkinan diberikan pulangan yang lebih hebat
daripada pihak luar, maka motivasi mereka untuk menceroboh Sabah tetap
diteruskan. Apapun di sini berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi daripada
pembacaan di talian, maka sedikit sebanyak kita dapat ketahui apa yang
menyebabkan kestabilan rantau Asia Tenggara ini terganggu.
1.
Amerika Syarikat mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendirikan sebuah Naval
Base di rantau Asia Tenggara.
Selepas
penutupan Clark Base dinegara Filipina beberapa tahun lepas, Amerika tidak
mempunyai pangkalan tentera laut (naval base) yang kukuh serta yang dapat
membenarkannya menjalankan operasi penuh dengan kapal pengangkut pesawat
berkuasa nuclear (nuclear powered aircraft carrier).Walaupun sekitar tahun
lepas Filipina dikatakan mula membuka semula pangkalan tersebut untuk diduduki
oleh tentera US, namun US merasakan Filipina bukanlah lokasi strategik untuk
dijadikan pangkalan tentera.(Masih ingat penghujung tahun lepas kapal perang
canggih berteknologi tinggi Amerika USS John C. Stennis ada berlabuh di
Sabah?Rasanya kedatangan kapal itu ke Sabah sebenarnya bukan sekadar 'lawatan
biasa', besar kemungkinan Amerika telah menggunakan kesempatan lawatan itu
untuk mengintip rahsia sulit pertahanan Sabah dan mengatur strategi untuk
'covert operation' Lahad Datu ketika ini)
Pada
akhir-akhir ini, Amerika Syarikat bertambah terdesak untuk mendirikan Naval
Base oleh kerana kebangkitan Negara Cina dan pertikaian wilayah di Laut Cina
Selatan.Amerika perlu segera mendirikan sebuah pangkalan tentera laut dan
memerlukan sebuah negara yang menyokong kehendaknya.Jarak diantara Sabah dan
Negara Cina serta Sabah dan Filipina menjadikannya lokasi yang terbaik untuk
apa jua operasi tentera laut di Laut Cina Selatan serta perairan-perairan yang
berkaitan.
Walaupun
begitu, terdapat beberapa halangan besar yang tidak memungkinkan Amerika untuk
mendirikan Naval Base mereka di Sabah kerana pada ketika ini, kerajaan Malaysia
tidak akan sesekali membenarkan Amerika mendirikan Naval Base di Sabah.Ini
adalah kerana banyak aset-aset penting Tentera Laut Diraja Malaysia, terutamanya
kapal-kapal selam TLDM berpangkalan di Sepanggar.
Namun
demikian, Amerika berkemungkinan akan dapat merealisasikan impian mereka jika
kerajaan Sabah (serta Putrajaya) jatuh pada PRU13 nanti.Amerika/The Hidden Hand
mempunyai ejen di Malaysia yang dapat membantu mereka (tanpa perlu memberikan
nama- rasanya ramai boleh meneka siapakah ejen yang dimaksudkan ini).Dengan
menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk kepada ejen/tokoh ini, maka dapatlah
Amerika mencapai matlamat mereka.Ejen ini memang pandai berurusan dengan
Amerika.Walaupun secara logiknya, soal memisahkan Sabah dari Malaysia adalah
sesuatu yang boleh dikatakan sebagai 'mission impossible', tetapi menawarkan
Sabah sebagai pengkalan tentera kepada Amerika bagi mengantikan pengkalan Clark
di Cebu Filipina adalah sesuatu tidak mustahil untuk terjadi...
2.
Perebutan Untuk Penguasaan 'Emas Hitam' Laut Sulu
Emas
Hitam yang dimaksudkan disini adalah minyak mentah/crude oil yang terdapat di
dasar laut Sulu.Sabah sahaja dikatakan memiliki "simpanan minyak dan gas
yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah
mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak
11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai
diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana
192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari."
Itu
baru Sabah, belum lagi kawasan-kawasan lain yang belum diteroka di sekitar
lautan Sulu yang luas.Berikut dipautkan beberapa link yang memperlihatkan
beberapa kajian saintifik tentang kewujudan 'emas hitam' di sekitar lautan
Sulu.Anda boleh melihatnya sendiri di sini & sini.
Lokasi
pantai timur Sabah yang terletak berhadapan dengan laut Sulu, dilihat begitu
strategik kepada US dalam merealisasikan impian mereka dalam menguasai sumber
'emas hitam' laut Sulu ini.Seperti yang diketahui umum, minyak mentah/crude
oil, adalah salah satu sebab utama mengapa US melakukan 'penjajahan terancang'
ke atas negara-negara Arab.Lihat saja apa yang berlaku dengan Iraq, Kuwait, dan
yang terbaru Libya.Dan kini, adalah tidak mustahil jika mereka mula beralih
arah ke kawasan yang mempunyai sumber lebih besar yang belum diteroka...
Menurut
satu info, (tidak dapat dipastikan kebenaran info ini, sekadar perkongsian)
pihak Amerika akan membawa masuk seramai 3000 orang guru kulit putih yang
pandai berbahasa Tausug/Suluk ke Jolo, Sulu pada tahun ini.Tujuannya adalah
untuk mengajar dan membangunkan Sulu, agar entiti 'Kesultanan Sulu' akan dapat
dihidupkan semula.Ini adalah kerana, Amerika sebenarnya ingin mempergunakan
Kesultanan Sulu ini agar mereka menghidupkan semula tuntutan terhadap
kedaulatan Sabah.Mengapa Sabah?Kerana reserve simpanan minyak di laut Sulu
dikatakan menjangkau sehingga ke daerah Sandakan di Sabah.Maka dengan itu,
Sandakan mesti diambil semula dan Kesultanan Sulu, akan dijadikan kambing hitam
demi untuk mencapai matlamat keji Amerika/The Hidden Hand itu.
3.
Percubaan Untuk Mematahkan 'Kebangkitan Dari Timur'.
Kenapa
kerajaan Filipina ketika ini dilihat seperti 'menyokong sepenuhnya' tindakan
kerajaan Malaysia untuk memerangi para penceroboh yang ketika ini telah pun
digelarkan sebagai pengganas ini?Pada pendapat aku, sebenarnya kerajaan
Filipina 'terlibat dibelakang tabir' dalam kisah pencerobohan ini.Mereka
sebenarnya hanya bermain wayang dengan kerajaan Malaysia.Kenapa?Biar aku
jelaskan satu persatu kenapa aku berpendapat sedemikian.
1.
Kerajaan Malaysia (Islam) & self-proclaimed 'Kesultanan Sulu'
(Islam).Maknanya, apa yang berlaku ketika ini adalah 'peperangan' sesama
Islam.Mereka ini (MNLF, MILF, SSDI, self-proclaimed Kesultanan Sulu, Muslim
Mindanao) telah berperang selama berdekad lamanya dengan kerajaan Filipina.Atas
sebab itulah, kerajaan kafir Filipina dengan tangan yang terbuka dan hati yang
gembira, merasa amat 'senang' sekiranya Malaysia dapat 'membantu' mereka untuk
menangani musuh yang telah lama berperang dengan mereka ini.Kerajaan Filipina
secara tidak langsung akan dapat 'mencuci tangan' dan berjaya memindahkan
sedikit kebencian orang-orang Islam di Selatan Filipina ini kepada Malaysia
diatas tindakan membunuh pengganas-pengganas kiram ini.Walaupun pada awalnya
Malaysia cuba untuk mengambil pendekatan 'menarik rambut dari tepung' dengan
penceroboh-penceroboh ini atas dasar saudara seagama, namun rasanya tindakan
berlembut kerajaan Malaysia terhadap geng kiram ini telahpun dijangka oleh
Filipina.Apa yang diperlukan oleh mereka adalah 'pencetus/trigger' dan akhirnya
setelah 3 minggu pencerobohan geng kiram berlaku, akhirnya 'bom jangka' yang
tersimpan sekian lama telah dicetuskan oleh geng pengganas kiram dan
pertumpahan darah sesama Islam mula berlaku.Siapa yang akan mendapat manfaat
daripada pertumpahan darah ini?Sudah tentu salah satunya adalah kerajaan kafir
Filipina serta golongan yang sentiasa ingin melihat umat Islam berpecah belah.
2.
Kenapa Filipina ingin memindahkan kebencian masyarakat Islam Sulu kepada
Malaysia?Malaysia sememangnya selama ini diketahui oleh Filipina sebagai pihak
yang banyak membantu para pejuang Islam Sulu/Moro dalam peperangan mereka
menentang pemerintahan kafir Filipina.Terdapat banyak info yang mengatakan
bahawa para pejuang Sulu/Moro ini sebenarnya dilatih oleh Malaysia di satu
lokasi di Sabah suatu ketika dulu dan senjata yang digunakan oleh mereka
dibekalkan oleh Allahyarham Muammar Gadafi, bekas presiden Libya yang telah
dibunuh oleh Amerika.Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda MNLF, telah
mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka mempunyai simpanan senjata di Sabah
yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan
menjumpai senjata berkenaan.Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh
Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan kepada mereka
melalui Malaysia (?).(Sila rujuk artikel INI dan INI untuk maklumat lanjut.)
Bila
kesalahan dan kebencian ini dapat dipindahkan oleh Filipina kepada Malaysia,
maka dengan sendirinya proses penyatuan umat Islam yang sedang giat diusahakan
oleh para pejuang dan pendakwah Islam di akhir zaman ini akan mengalami
kesukaran.Perang saudara akan tercetus sesama Islam, dan ini akan membuatkan
umat Islam menjadi semakin lemah.Puak kafir akan bertepuk tangan & bersorak
gembira kerana berjaya memperbodohkan umat Islam untuk berperang sesama
sendiri.
Malaysia,
Selatan Thailand, Indonesia, Brunei dan Selatan Filipina adalah negara/kawasan
majoriti penduduk Islam terbesar yang terletak di benua 'Timur' ini.Nabi
Muhammad SAW dalam hadisnya telah menyatakan dengan jelas bahawasanya
kebangkitan umat Islam di akhir zaman akan bermula dari 'Timur' dan ramai yang
beranggapan bahawa 'Timur' yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu adalah merujuk
kepada salah sebuah lokasi/negara dikawasan Asia Tenggara ini.
Sabda
Rasulullah SAW :
"Akan
datang Panji-Panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah
kepingan-kepingan besi.Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang
kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di
atas salji."
"Al-Mahdi
akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana
pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun."
(Aku
tidak akan mengulas lanjut mengenai Hadis Nabi mahupun pengkisahan mengenai
kemunculan Panji-Panji Hitam & kedatangan Imam Mahdi ini.Kepada yang kurang
mengetahui mengenai hal ini, anda disarankan untuk membuat kajian sendiri dan
membaca artikel-artikel mengenai kisah ini di internet mahupun dengan guru-guru
agama)
Sesungguhnya
kerajaan kafir Filipina yang disokong oleh Amerika/The Hidden Hand sememangnya
telah mengetahui tentang hal ini.Oleh sebab itulah, maka satu 'black ops'
diperlukan oleh mereka untuk menggagalkan proses penyatuan dan kebangkitan
semula umat Islam ini.Mereka ini sebenarnya bersembunyi disebalik topeng dajjal
mereka, kerana sesungguhnya Islam adalah ancaman yang sangat besar kepada
mereka dalam menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan dunia ini sebagai
syurga kepada hawa nafsu mereka.Walaupun begitu, sepintar manapun perancangan
mereka, mereka tidak akan dapat mengalahkan perancangan Yang Maha Esa.
ALLAH
SWT berfirman dalam al-Quran Surah Al-Imran ayat 54 :
“Dan
mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan
ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”
Kesimpulan
Berdasarkan
analisis ini, aku meyakini satu perkara : bahawa sesungguhnya Amerika/The
Hidden Hand melalui CIA adalah tok dalang sebenar dalam pencerobohan Lahad Datu
ini.Cuma tidak dapat dipastikan secara jelas melalui pihak manakah operasi
sulit mereka ini berjalan.Ataupun adakah mereka juga sebenarnya melakukan 'joint-operation'
sama seperti apa yang dilakukan oleh PDRM-ATM ketika ini?Adakah CIA, Kiram,
kerajaan Filipina, Nur Misuari dan pihak-pihak tertentu di dalam Malaysia
bersekongkol dalam krisis pencerobohan kedaulatan Sabah ini?Aku tinggalkan
persoalan itu kita fikirkan bersama...
Credit
to: Tekok Beriuh Bagaimana situasi di Lahad Datu pada hari

to: Tekok Beriuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan