Carian Daripada Blog Ini

Ahad, Oktober 31, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU 'SEMPURNA'


JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN ….
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinyalagi……
Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….
MENGASIHIMU …
dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …
itu lebih BERMAKNA !

Ahad, Oktober 24, 2010

PENDIDIKAN KOKURIKULUM: 1 KEPERLUAN


Pendidikan adalah salah satu daripada sektor yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan generasi masa depan. Oleh itu kualiti kehidupan rakyat dalam sesebuah negara dapat diukur melalui tahap pendidikan rakyatnya. Sistem persekolahan di Malaysia dipengaruhi oleh Akta Muridan 1961. Kegiatan pendidikan di sekolah terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu kurikulum dan kokurikulum (Laporan Razak, 1956).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah meggalurkan keseimbangan perkembangan murid dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani semasa berada di peringkat alam persekolahan. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum sekolah digubal bagi memenuhi keperluan mental, fizikal dan sosial murid dengan penekanan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran formal yang melibatkan sukatan dan kandungan mata pelajaran aktiviti kokurikulum sebagai lanjutan dari yang di atas, seperti penglibatan murid dalam persatuan-persatuan dan kelab mata muri dan, sukan dan permainan dan badan-badan beruniform. Segala aktiviti yang disediakan dalam sistem pendidikan bertujuan menggalakkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid selain dari menggalakkan pembentukan daya kepimpinan dan sahsiah kepimpinan yang boleh membina keperibadian murid.
Mohd. Najib (2007) menyatakan pendidikan seimbang seharusnya menekankan kepada kedua-dua aspek akademik dan aktiviti kokurikulum. Penekanan yang seimbang ini akan dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang harmonis dan seimbang. Umum menerima hakikat bahawa generasi hari ini merupakan pemimpin masa depan. Apa yang menarik untuk kita ketahui daripada kenyataan ini ialah sejauh manakah generasi muda hari ini sedar akan hakikat bahawa mereka kelak akan menjadi pemimpin dan perlu meneruskan kesinambungan tanggungjawab kepimpinan kepada masyarakat?
Ramai murid berpendapat aktiviti kokurikulum hanyalah merupakan satu aktiviti bebas atau aktiviti sampingan tanpa memperlihatkan matlamat dan objektif yang nyata (Faridah, 1988). Tumpuan serta keutamaan hanya diberikan kepada pemburuan keputusan akademik cemerlang sahaja. Ada juga murid berpendapat murid yang aktif dalam kokurikulum akan menjejaskan kecemerlangan prestasi akademik.
Walau bagaimanapun kenyataan ini telah disangkal oleh Lim (1988) dalam kajiannya yang menyatakan tidak ada hubungan yang signifikan dalam pencapaian akademik bagi murid yang aktif dan kurang aktif dalam aktiviti kokurikulum. Pengkaji berpendapat, walaupun ramai murid mengakui akan kepentingan aktiviti kokurikulum dalam pembangunan modal insan yang mempunyai kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni seterusnya memupuk semangat menguasai kemahiran dan kompetensi, namun sebenarnya mereka kekurangan penjelasan dan penegasan yang sewajarnya dalam mengimbangi antara kepentingan akademik dengan aktiviti kokurikum.
Hasrat untuk mewujudkan satu generasi muda yang mempunyai daya kepimpinan yang unggul bagi mewarnai kepimpinan bangsa dan negara pada masa akan datang tidak akan tercapai (Hamzah Rahman, 1996) sekiranya penekanan yang lebih hanya diberikan kepada bidang akademik. Oleh itu murid-murid seharusnya diberikan pendidikan yang mengintegrasikan kecemerlangan kedua-dua aspek kurikulum dan kokurikulum supaya lebih ramai tenaga profesional dan separuh profesional dapat dilahirkan bagi memastikan kesinambungan kemajuan dan kemakmuran negara.
Menurut Azizah (1991), kokurikulum memberi ruang kepada murid untuk mengembangkan minat, bakat dan daya kreativiti, di samping dapat menyemai, memupuk dan menanam semangat kerjasama, bertolak ansur dan perasaan kekitaan di kalangan murid. Ia juga bertujuan melatih murid supaya bersikap berdisiplin, berdikari, dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Muridan, 1979). Asiah (1985) mendapati ada pihak menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan sebenar yang berlaku di sekolah dan berpendapat fenomena penglibatan yang tidak seimbang dalam aktiviti kokurikulum di kalangan murid berlaku kerana kegagalan pihak pengurusan sekolah melibatkan murid secara menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum. Ini secara langsung telah menjejaskan peluang murid memupuk sifat kepimpinan dan membentuk daya kepimpinan di kalangan murid.
Berdasarkan kepentingan di atas, ternyata kokurikulum mempunyai peranan dan pengaruh secara langsung atau tidak langsung di dalam pembentukan diri dan personaliti murid. Omardin (1996) menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah-sekolah bertujuan melahirkan pemimpin di kalangan masyarakat murid untuk menjadi pengganti kepimpinan pada masa depan.
Secara umumnya kita menyedari bahawa daya kepimpinan dalam diri seseorang tidak wujud secara semulajadi. Menyedari realiti ini pihak berwajib telah berusaha untuk menyemai dan menyuburkan pembentukan daya tersebut dalam aktiviti kokurikulum.

__________________________________________________________________________

Ini merupakan sebahagian daripada tulisan yang dikemukakan bagi tuagsan kursus Kaedah Penyelidikan 1 di bawak seliaan Cik Denise pada Oktober 2010.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.