Hotel Le Grandeur menyaksikan lebih 300 guru-guru dan kakitangan akademik berhimpun selama 3 hari bermula 22 Oktober 2013 dalam Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2013. Dengan tema Membudayakan Kecemerlangan Guru Melalui Amalan Terbaik, program ini sangat memberi manfaat kepada semua peserta dan hadirin yang datang dari seluruh negara. Majlis pembukaan yang telah dirasmikan oleh YB Tuan P. Kamalanathan selaku Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Dalam program ini, semua jabatan pelajaran negeri telah mempamerkan inovasi yang dihasilkan oleh guru-guru di negeri masing-masing di mana Jabatan Pendidikan Selangor telah menjadi johan dalam pertandingan inovasi bagi tahun ini di peringkat kebangsaan. Sementara itu, melalui konvensyen ini, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia telah diberi peluang untuk menyertai program ini di mana lebih 30 judul buku kanak-kanak yang telah dihasilkan oleh guru-guru di sekuruh negara telah dipamerkan dan dijual. Program ini dilihat sebagai medium untuk memperkenalkan penulis-penulis dalam kalangan guru yang kebanyakannya baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan.
Melihat lebih dekat gimik perasmian oleh perasmi. |
Di pentas utama selepas tamat majlis perasmian. |
Majlis makan malam. |
Booth Pengkarya Guru 2013. |
Pengkarya dalam kalangan guru teruja dengan karya masing-masing. |
Kumpulan Pelangi Novel bersama editor merangkap mentor. |
Bos Besar Pelangi yang terlebih exited datang dari Kuala Lumpur bersama pegawai MBKM dan penulis-penulis. |
Buku saya, Memori Istana Lama yang dipamerkan. Ramai meneka ia istana di negeri Perak, tetapi bukan! hehe... |
Sijil bernilai RM5.00??? Argh, saya tertipu :D |
Tak sangka, terjumpa guru saya semasa tingkatan 1 di SAMTTAR. Beliau pun tak menyangka anak muridnya dah besar panjang! Beliau merupakan urusetia dalam kalangan pegawai di BPG. |
Orang kuat Program Pengkarya Guru 2013. Tahniah atas usaha. Tanpa anda, boleh jadi sampai sekarang buku saya tak terbit. |