Kementerian
Pendidikan Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Islam telah menjalinkan
kerjasama dengan Perbadanan Kota Buku untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam
dunia penulisan buku bergambar kanak-kanak berunsur Islam. Melalui penyertaan
daripada guru-guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab seramai 30 orang,
kumpulan ini telah didedahkan dengan latarbelakang dunia buku bergambar dan
asas-asas dalam menyediakan ilustrator di bawah bimbingan Puan Hjh. Naemah dan
Pak Usop Gajah. Program ini berlangsung selama tiga bulan dengan pertemuan
sebanyak tiga kali di tiga tempat berbeza sekitar Lembah Klang. Biar pun pada
awalnya kebayakan daripada peserta meragui kemampuan masing-masing, namun di
akhir program setiap perserta berjaya menghasilkan karya masing-masing dalam
pelbagai tajuk dan tema. Program ini benar-benar bermanfaat di mana selain
dapat memberi peluang kepada para guru berkarya, ia juga sebagai satu jihad dan
dakwah para guru melalui mata pena hingga tidak keterlaluan untuk kumpulan ini
digelar sebagai Da'ie Pena merentasi dunia tanpa sempadan dengan penerbitan
utamanya adalah dalam bentuk e-book.
|
Hujan, Nyamuk dan Semut. |
|
Err... dah lupa tajuk apa ni. |
|
Lupa siapa punya ni. |
|
Teka sendirilah. X ingat. |
|
Ni saya kenal siapa punya. |
|
Tak tahu tajuk apa. |
|
Hasil sendiri dengan penat lelah n susah payah :P |
|
Nampak Cik Mon lebih menyerlah dalam kelompok ini :D |
|
Mana squirellnya ya? |
|
Cantik dan kreatif. |
|
Buntal dan Lebah |
|
Semua lukisan sama sebab dari company yang sama :D |
|
Persediaan untuk pameran. |
|
Cenderahati daripada Kak Nalia daripada SMK Seri Puteri, Cyberjaya. |
|
Encik Haziq dan Encik Irween selaku penyelaras program yang komited dalam menjalankan tugas. |
|
Kumpulan Anak-Anak Encik Supeni yang diam-diam ubi berisi :D |
|
Kak Zarina dengan karya madu lebahnya. |
|
Tuan Ruzain dengan karya 5 Jari. Rupa-rupanya dia pun buat jugak :) |
|
Kak Sarah dengan biji sawinya yang xkelihatan di mana sawinya :D |
|
Masa di awal program ni, saya rasa macam nak lari je bilamana di suruh lukis sendiri :)) |
|
Puan Naemah men'touch-up'kan ilustrasi saya yang tak berapa lawa. |
|
Tertarik dengan buku bergambar yang ini. Lukisan pakai thumbprint, buruk tapi lawa, boleh je terjual :D |
|
Pak Usop Gajah memberi panduan dan idea bagaimana menghasilkan ilustrasi untuk buku kanak-kanak. |
|
Puan Yati yang menaruh kepercayaan yang tinggi kepada kami. Bila beliau melihat hasilnya, beliau sendiri yang terkejut :P |
|
Tuan Ruzain yang tak jemu-jemu memberi semangat kepada kami. |
|
Masing-masing tekun melukis, last-last ramai yang upah orang :D |
|
Khafizan termenung sebelum squirellnya muncul di kepala :P |
|
Cik Ma berilustrasi. Last-last upah orang seberang lukis :)) |
|
Punyalah saya percaya Abg Azman ni lukis sendiri, tapi rupa-rupanya... :) |
|
Puan Hjh. Naemah menunjukkan contoh karya Kumpulan Art Genting kepada peserta. |
|
Kesungguhan pada hasil karya Makanan Sunnah Kak Mimi berhasil akhirnya. |
|
Dr. Shamsu kreatif dengan kerajinannya menghasilkan Buntalnya. Saya tak rajin :D |
|
Encik Haziq tak ketinggalan membuat ilustrasi. Namun, x nampak pula mana hasilnya di akhir program :P |
|
Touch-up di saat-saat akhir sebelum pameran diadakan. |
|
Siapa antara kita yang akak ke Bologna dengan karyanya? :D |
Setelah saya mencongak-congak, 5 karya terbaik secara peribadi berdasarkan teks dan ilustrasi adalah....
- Waktu solat - Kak Azimah
- Buntal - Dr. Shamsu
- Cik Mon - Ustaz Wan
- Lebah - Kak Zarina
- Puasa - Abg. Azman
Semoga ukhwah kita berterusan walau pun program ni sudah berakhir :P