JIKA BENAR-BENAR TERJADI, SEJARAH AKAN TERLAKAR LAGI BUAT KALI KE-6 DENGAN PERLANTIKAN PERDANA MENTERI KEENAM PADA ESOK HARI. PADA HARI INI, DATO' SRI ABDULLAH AHMAD BADAWI MUNGKIN SAJA MENUNGGU MASA UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA ANAK-ANAK BUAHNYA YANG SEJAK SEPENGGAL DUA MENJADI PENERAJU KERAJAAN DI ATAS TIKET UMNONYA.
BAGI KEBANYAKAN ORANG TERASA BEGITU SINGKAT KHIDMAT YANG DITABUR OLEH BEKAS PRESIDEN UMNO KEENAM INI. TIDAK KURANG JUGA ADA YANG MENANTI-NANTIKAN PENGUNDURAN BELIAU DARI ARENA POLITIK SEMASA. MALAH ADA LAGI SUARA-SUARA RAMBANG YANG MEMINTA AGAR BELIAU AKAN MERUBAH KEPUTUSAN YANG TELAH DIJANJIKAN ITU. ATAS APA ALASAN MEREKA, MASING-MASING PUNYA KEPENTINGANNYA YAG TERSENDIRI.
SATU DARIPADA SEKIAN DASARNYA YANG DAPAT DILIHAT ADALAH DARIPADA PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF YANG DILAKSANAKAN DI SETIAP SEKOLAH RENDAH. SEDAR ATAU TIDAK SEBEBANRNYA PROGRAM INI SEMAKIN NAMPAK KEBERKESANANNYA. MODUL-MODUL YANG DISUSUN KELIHATAN SESUAI DENGAN TAHAP MURID SASARAN. J-QAF DARIPADA AKRONIM JAWI-AL'QURAN-BAHASA ARAB-FARDHU AIN KEDENGARANNYA MENDAPAT TEMPAT DIKALANGAN MASYARAKAT WALAUPUN DI SANA TERDAPAT BEBERAPA KELEMAHAN YANG BERLAKU. BENAR ATAU TIDAK, TANYA SAJALAH KEPADA IBUBAPA YANG PUNYA ANAK YANG MENDAPAT DIDIKAN DARIPADA PROGRAM j-QAF (TAHUN 1-5 BERALIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN).
BAGAIMANAPUN SELAMA MANA PROGRAM INI DAPAT BERTAHAN ADALAH BERGANTUNG KEPADA KEHENDAK MASYARAKAT. TETAPI JANGAN LUPA, PIHAK KERAJAAN ADALAH PIHAK YANG BERAUTORITI UNTUK MENENTUKAN SEBARANG PERUBAHAN DASAR YANG TELAH DAN AKAN DILAKSAKAN. JADI, UNTUK HARI NI SEGALANYA BERJALAN SEPERTI BIASA.
ESOK? YA, TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGETAHUI APA YANG TERJADI PADA MASA-MASA MENDATANG. BUKANLAH KENYATAAN INI INGIN MNEGUNDANG RASA KALUT DAN 'GERUN' PADA YANG MASIH MENGHARPKAN PROGRAM j-QAF INI BERJALAN. NAMUN SEDIKIT SEBANYAK KITA PERLU JUGA UNTUK MENELITI SEJARAH YANG BERLAKU. KISAH PPSIMP YANG DICANANG MEDIA BEBERAPA KETIKA LALU PERLU DIPERHATIKAN. IDEA DARIPADA TUN DR. MAHATHIR KEPADA DASAR INI SEJAK LAMA DULU SEMAKIN DIPERSOALKAN KEBERKESANANNYA. ITUPUN SETELAH PENGUNDURANNYA DARI JAWATAN KETUA KERAJAAN.
BAGAIMANA PULA DENGAN PROGRAM j-QAM PADA HARI ESOK? ADAKAH IA BAKAL MENERIMA NASIB YANG SAMA? WALAUPUN IANYA MEMBERI IMPAK POSITIF KEPADA MASYARAKAT NAMUN SEBAGAI PENGGUBAL DASAR PIHAK PEMERINTAH PUNYA KUASA UNTUK MEMPERTAHANKANNYA MAHUPUN SEBALIKNYA. SUDAHLAH AKHIR-AKHIR INI TERDAPAT KEKURANGAN GURU UNTUK OPSYEN j-QAF INI TIDAK DI ATASI, BAGAIMANA PULA AKAN DATANG? JUGA KEDENGARAN PELBAGAI IDEA BAGI TERUS MEMPERKASAKAN PRORAM INI DARI SEGALA ASPEK SEPERTI KEPROFESYENELAN PARA PENDIDIKNYA, PEMANTAPAN MODUL-MODULNYA, SERTA KEPERLUAN-KEPERLUAN LAIN YANG BERKAIT RAPAT DENGAN GURU MURID SERTA MODULNYA. JIKA SELAMA INI PM KE-5 INILAH YANG MENAUNGINYA SERING MEMBERI PERHATIAN KEPADANYA SEHINGGA GURU-GURUNYA DIGELAR SEBAGAI 'ANAK EMAS PAK LAH', UNTUK ESOK ADAKAH ADA ORANG LAIN YANG AKAN MENJAGANYANYA? JANGAN-JANGAN NASIB YANG MENIMPA PPSIMP INI AKAN TERPALIT SAMA PADA j-QAF? WALLAHU 'ALAM.
WALAUAPAUN YANG BERLAKU ESOK, DIHARAPKAN SEMUA PIHAK DAPAT MENGERTI BETAPA PERLUNYA ANAK-ANAK INI DIBERI PENEKANAN DALAM ASPKE KEROHANIAN YANG DITERAPKAN SEDARI KECIL. MASYARAKAT YANG TENAT DENGAN PELBAGAI GELAJAL TIDAK SIHAT HARI NI SEBENARNYA TIDAK MENGHAYATI APA YANG TERDAPAT DALAM AGAMA ANUTANNYA TERUTAMANYA AGAMA ISLAM. UNTUK ITU, SEMOGA PADA MASA-MASA DEPAN PIHAK PEMIMPIN DAN MASYARAKAT HARUSLAH MENITIKBERATKAN TENTANG HAL INI DEMI KEMASLAHATAN DIRI, MASYARAKAT, BANGSA, AGAMA DAN NEGARA YANG KITA CINTAI INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan