Carian Daripada Blog Ini

Ahad, April 05, 2009

'ALLAH PERDULI' BY AGNES MONICA: SATU PENELITIAN UMUM



Heboh seketika di media massa mengenai lirik lagi nyanyian artis seberang Agnes Monica. Dengan tajuk 'Allah Perduli' lagunya mendapat tempat di hati peminat-peminatnya. Mungkin kerana rentak iramanya yang sedap didengar dengan kesesuaian lagu itu dengan suaranya maka mudah saja ia diterima lantas dijadikan halwa telingan.

Namun, jangan mudah untuk menerima sesuatu itu secara membabi buta! Pihak agamawan di Malaysia nampaknya begitu alert dengan suasana sekeliling. Lihat saja respon daripada para mufti di beberapa negeri di Malaysia. Mereka mengenalpasti bahawa terdapat 'kesesatan' yang terkandung dalam lirik lagu 'Allah Perduli' itu. melihat tajuk sememangnya tiada apa yang ganjil, malah ia seolah-olah menggambarkan bahawa Allah, Tuhan yang Agung itu telah dinisbahkan dengan sifatnya yang mengambil berat terhadap sesuatu. Atau dengan kata lain 'wahua as-samii' al-basiir'. Jadi, apa yang sesatnya?

Sesat yang dikatakan itu adalah pada liriknya, pada rangkap akhir lirik nyanyiannya terdapat ungkapan 'Allah Yesus ku perduli'... Allah? Yesus? Ya, saya sendiri telah mendengarnya dengan jelas ada nama Allah digandingsamakan dengan nama Yesus yang tentunya dimaksudkan dengan Jesus Christ yang dipuja oleh penganut kristian!

Jadi isu di sini adalah, perkataan Allah itu bergabung dengan nama Yesus! Yang lain-lain rasanya tiada masalah. Keseluruhan lagu tu menggambarkan bahawa Tuhan tu merupakan Yang Maha Pengasih, Penyanyang, Mendengar dan Melihat apa yang dideritai oleh hamba-hambanya. Ya, lagu itu bersifat kerohanian. Senang cerita, ia adalah lagu yang dicipta dan dinyanyikan sempena perayaan hari natal (kerana dalam clip videonya berkisar mengenai sambutan krismas dan penderitaan kanak-kanak).

Secara peribadi, saya tidak nampak ia menjadi kesalahn kepada sesiapa jua untuk menggunakan nama Allah dalam apa jua keadaan pun. Semua manusia mengakui Allah adalah Tuhan yang Esa, tiada tolok bandingannya. Cumanya kerana adat, budaya dan agama yang berbeza maka berleluasa la kesyirikan dan penyekutuan yang dilakukan manusia walaupun memahami hakikat ada Tuhan yang lebih berkuasa dari apa yang mereka sembahkan.

Namun, saya tidak pula bersetuju bahawa umat lain tidak boleh menggunakan nama Allah. Kerana selain agama Islam, agama Yahudi dan Nasrani juga adalah antara agama Samawi yang turun berperantaan Jibril daripada Allah. Jadi, tidak salah mereka turut menggunakan nama Allah walaupun ternyata mereka yang selain Islam itu telah terpesong akidahnya.

Memang di Malaysia ini iklimnya tidak sama dengan masyarakat dunia yang lain. Melayu sinonim dengan Islam, malah Islam menjadi agama rasmi di Malaysia telah menjadikan ungakapan yang berbaur keislaman seperti 'Allah', 'al-Quran', 'solat' dan sebagainya tidak boleh malah ditegah untuk digunakan oleh penganut agama lain dalam konteks budaya dan ritual keagamaan mereka. Tidak lain jelas bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan umat Islam di Malaysia. Boleh dikatakan frasa dan ungkapan berkenaan adalah satu 'password' dan identiti kepada agama anutan bagi masyarakat malaysia.

Jadi, daripada itu terdapat dua situasi pendirian yang harus dipegang oleh semua masyarakat. pertamanya, janganlah terlalu emosi dengan kata-kata berbaur keislaman seperti yang disebutkan dengan mendakwa ia adalah hak agama Islam. Bersikap rasionallah kerana Islam menuntut agar umatnya bersikap toleran. Kaji dan teliti dahulu permasalah yang timbul. Jangan pula kita dicop sebagai jumud dan jahil. Keduanya, semua pihak perlu jelas dengan penggunaan perkataan itu samada merujuk kepada agama Islam atau yang selainnya. Namun jangan pula ia bertujuan untuk mengelirukan umat Islam lebih-lebih lagi dengan adanya agenda 'misionari kristianisasi' kepada mana-mana Muslim. Jika ini berlaku, memang patut ada akta yang membabitkan kes-kes seperti ini.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Search Anything Here :.